SERANGAN PANIK BERLAKU SECARA TIBA-TIBA

“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya seorang yang mengalami anxiety. Adakalanya saya berasa takut dan sedih. Adakalanya saya mengalami rasa cemas secara tiba-tiba tidak boleh bernafas dan degupan jantung laju. Ada yang mengatakan saya mengalami serangan panik (panick attack). Apa yang perlu saya lakukan jika saya mengalaminya? Terima kasih”.

********

Waalaikumussalam

Serangan panik berlaku secara tiba-tiba dan tanpa amaran.

Tiada cara untuk menghentikan serangan panik selepas ia bermula. Tetapi ada cara untuk meredakan simptom ini.

GEJALA

Gejala biasanya memuncak dalam masa 10 minit selepas serangan bermula dan akan hilang tidak lama kemudian.

Tanda-tanda serangan panik adalah seperti berikut:

✅Sakit dada
👆Menggigil atau menggeletar
✅Rasa seperti tercekik
✅Kesukaran bernafas
✅Rasa seperti akan mati
✅Perasaan seram yang mendalam
✅Loya
✅Jantung berdegup kencang
✅Berpeluh

Serangan panik sebenarnya boleh dirawat, tetapi ramai orang menangguhkan untuk mendapatkan bantuan kerana mereka malu.

PUNCA

Berikut adalah beberapa faktor yang boleh menyebabkan serangan panik:

1. Stres Berterusan: Stres yang berpanjangan boleh menyebabkan tubuh menghasilkan lebih banyak sebatian peningkat stres seperti adrenalin dan kortisol.

2. Trauma atau Pengalaman Tertekan: Pengalaman yang sangat menekan atau trauma boleh mencetuskan serangan panik.

3. Pembaran atau sukar mengawal kemarahan: Individu yang sukar mengawal amarah lebih cenderung mengalami stres dan serangan panik.

4. Perubahan Suasana Secara Tiba-tiba: Masuk ke persekitaran yang ramai dan penuh sesak boleh yang menyebabkan rasa tidak selesa menyebabkan sensory overload dan mencetuskan serangan panik.

5. Masalah Kehidupan: Masalah seperti perceraian atau masalah kewangan boleh meningkatkan risiko serangan panik.

6. Faktor Genetik: Serangan panik juga disebabkan faktor genetik. Jika ada ahli keluarga yang mengalami serangan panik, anda juga boleh mengalaminya.

7. Kafein dan Aktiviti Fizikal Berlebihan: Pengambilan kafein yang berlebihan dan aktiviti fizikal yang terlalu berat boleh mencetuskan serangan panik.

Gejala serangan panik biasanya memuncak dalam masa 10 minit dan boleh berlangsung selama beberapa minit hingga setengah jam.

Selepas serangan, individu mungkin merasa letih dan penat.

PETUA KETIKA DISERANG PANIK DI KHALAYAK RAMAI

Mengalami serangan panik boleh menjadi pengalaman yang sangat menakutkan, tetapi ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk mengatasinya:

1. Tarik Nafas Dalam-Dalam: Fokus pada pernafasan anda. Tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung, tahan sebentar, lalu hembuskan perlahan melalui mulut. Ulangi beberapa kali.

2. Sedari Bahawa Anda Sedang Mengalami Serangan Panik: Ingatkan pad diri sendiri yang anda bahawa ini adalah serangan panik dan bukan sesuatu yang lebih serius seperti serangan jantung. Ini boleh membantu mengurangkan rasa takut.

3. Cari Tempat yang Tenang: Jika boleh, pindahlah ke tempat yang lebih tenang dan jauh dari keramaian atau kebisingan.

4. Gunakan Teknik Relaksasi: Cubalah teknik relaksasi seperti meditasi, mengingati Allah, atau mindfulness untuk membantu menenangkan fikiran dan tubuh anda.

5. Hindari Pencetus: Jika anda tahu apa yang mencetuskan serangan panik cubalah untuk menghindarinya. Ini termasuk kafein (kopi), alkohol, atau situasi stres tertentu.

6. Berbicara dengan Diri Sendiri: Katakan pada diri sendiri bahawa anda akan baik-baik saja setelah serangan ini berakhir.

Jika serangan panik anda sering terjadi atau semakin parah, pertimbangkan untuk berbicara dengan doktor kesihatan mental (psychiatrist) untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut.

Semoga menjawab soalan yang ditanya.

#HealthDrZubaidi
#drzubaidimenjawab
#anxiety
#seranganpanik
#coldandcalmessentialoil
#melatonin

Bagi yang ingin mencuba mengurangkan anxiety dan serangan panik, boleh mencuba MELATONIN dan Minyak Essential Cold and Comfort.

Boleh wassap saya bagi mendapatkan dari saya.

www.wassap.my/60197022391/MELATONIN

www.wassap.my/60197022391/C&COIL

KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI

Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link :

https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz

Leave a Reply

error: Content is protected !!