Artikel Terkini

UBAT-UBAT YANG BOLEH MENYEBABKAN ALAHAN TERUK

UBAT-UBAT YANG BOLEH MENYEBABKAN ALAHAN TERUK   Orang ramai boleh mengalami alahan kepada mana-mana ubat, akan tetapi terdapat sebahagian ubat yang lebih kerap menyebabkan alahan berbanding ubat-ubatan lain.   Antibiotik merupakan punca alahan yang paling kerap dikaitkan dengan alahan ubat. Baru-baru ini, ubat kemoterapi dan antibodi monoklonal juga dikatakan mendorong tindak balas anafilaksis.   Berikut adalah senarai ubat-ubatan yang paling kerap dikaitkan dengan alahan (atau bukan alahan dalam beberapa kes):   1. PENICILLIN . Kira-kira 1 dalam 10 orang melaporkan bahawa mereka mempunyai sejarah “alahan” kepada penicillin. Namun demikian, kurang daripada 10% individu yang berfikir bahawa mereka alah kepada penicillin. …

Read More »

TEKANAN DARAH RENDAH

“Assalamu’alaikum wbt Dr. Zubaidi. Saya seorang yang memiliki tekanan darah rendah. Sejak sebulan dua ni, pernafasan saya agak terbatas bila saya rasa seperti tak puas nak bernafas seperti biasa. Sejak tu saya selalu periksa tekanan darah saya sendiri di rumah. Hari ni bila saya periksa, tekanan darah saya 85/48 dengan heart rate 62. Naik tanda irregularity heartbeat. Saya mula risau dan periksa semula di tangan kanan. Bacaan 92/53 dan hb rate 71. Adakah ini merbahaya? Mohon pencerahan dari doktor yang arif. Terima kasih.”   WAALAIKUMUSSALAM.   Tekanan darah yang rendah adalah bacaan tekanan darah kurang dari 90 millimeter merkuri (mm …

Read More »

APA ITU SELAPUT PTERYGIUM PADA MATA PUTIH?

  Selaput putih boleh muncul secara tiba tiba pada permukaan mata putih.   Pada peringkat awal ia mungkin menyebabkan rasa tidak selesa dan gatal pada mata, mata menjadi merah, dan akhirnya pemandangan kabur.   Selaput ini dinamakan pterygium. Ia merupakan membran mukosa yang menyelimuti bahagian bola mata putih dan menuju ke anak mata (cornea).   Ia tidak berbahaya, cuma akan mengganggu pemandangan apabila ia matang. Pembedahan kecil untuk membuangnya perlu dilakukan pada masa itu.   Tiada penyebab punca yang diketahui. Ahli saintis berpendapat mungkin akibat rangsangan terdedah pada sinaran ultraviolet yang berlebihan. Selain itu, mungkin terdedah pada jangka masa yang lama …

Read More »
error: Content is protected !!