Sakit Kulit

KESAN CAHAYA ULTRAVIOLET PADA KULIT

Kesan penuaan pada kulit muka adalah berpunca dari radiasi cahaya ultraviolet dan jumlah sel-sel melanin pada kulit seseorang yang semakin berkurangan. Kesan cahaya matahari juga boleh merosakkan DNA dalam sel-sel kulit secara lansung. Radiasi ultra ungu ini menyebabkan kerosakan pada kolagen kulit dan mengganggu penghasilannya dalam lapisan kulit. Walau bagaimana pun hal ini dapat dkurangkan jika seseorang itu mengambil anti oksidan yang boleh mencegah kesan penuaan kulit dan membantu mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit seseorang. Ia harus diambil dalam bentuk pil dan sapuan.

Read More »

SUPLEMEN ANTIOKSIDA UNTUK KESIHATAN MUKA

  Pengambilan Vitamin C amat membantu mencegah masalah penuaan kulit akibat sinar matahari ini kerana Vitamin C adalah sejenis anti oksidan yang kuat. Ia melindungi sel-sel kulit dan tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang datang dari radiasi UV cahaya matahari.   Vitamin C juga membantu untuk mengaktifkan antioksidan yang lain didalam tubuh seperti Vitamin E , Glutathion dan L Carnitine.   Apabila keanjalan kulit berkurangan, maka kulit akan menjadi berkedut, kusam, berjeragat, kendur dan kelihatan tua. Vitamin C membantu menjadikan kulit menjadi lebih licin, tegang , cerah, berseri, mengurangkan kesan –kesan jeragat dan bintik hitam pada kulit akibat terdedah …

Read More »

VITAMIN C UNTUK KESIHATAN KULIT

  Pengambilan vitamin C melalui sumber makanan seperti buah-buahan (oren, jambu batu, kiwi, mangga, epal) dan sayur-sayuran (sawi, bayam, kangkung, cili) adalah amat penting dan patut diamalkan setiap hari. Pengambilan suplemen Vitamin C tambahan juga boleh diamalkan dengan dos sehingga 1000mg sehari untuk mendapat kesan yang terbaik mencegah penuaan kulit. Tiada kesan sampingan yang merbahaya dengan pengambilan vitamin C yang berlebihan kerana sifat vitamin ini yang larut air menyebabkan ianya mudah disingkirkan dari tubuh jika berlaku lebihan.       IKLAN Untuk meningkatkan immuniti tubuh badan, klik gambar di bawah ini untuk mendapatkan Nutriforte Non Acidic Vitamin C yang sangat sesuai …

Read More »

MINUM AIR UNTUK KESIHATAN KULIT

Minum air secukupnya adalah satu faktor yang amat penting untuk mengekalkan keremajaan kulit. Semakin meningkat usia seseorang, semakin berkurangan kebolehan kulit untuk menyimpan air dan mengekalkan kelembapan. Walaupun kita bekerja dalam pejabat berhawa dingin, kehilangan air banyak berlaku akibat kelembapan adalah rendah menyebabkan kulit menjadi lebih mudah kering. Kesannya, kulit akan kehilangan kelembapan dan lebih mudah menjadi berkedut serta bergaris halus yang lebih nyata. Minumlah air mineral yang akan membantu kesegaran kulit dan elakkan pengambilan air bersoda dan bergas. Kurangkan pengambilan kopi dan teh berlebihan yang menyebabkan masalah dehidrasi dan kulit kering. Saya juga mencadangkan sapuan DOCLAB KOREAN AMPULES sebagai …

Read More »

KULIT MUKA TUA SEBELUM MASANYA

“Salam doktor, saya ingin bertanya. Umur saya 28 tahun dan belum berkahwin. Tetapi ramai yang kata umur saya sudah masuk 35 dan macam sudah ada anak. Saya macam tak percaya, tapi kawan-kawan saya cakap perkara yg sama. Apakah puncanya doktor?” WA ALAIKUM MUS SALAM Penuaan pada kulit adalah proses semula jadi apabila umur kita semakin meningkat. Namun terdapat banyak faktor yang memainkan peranan, sama ada kulit wajah kita lebih tua dari umur sebenar.  Inilah yang cuba kita elakkan. Biarlah wajah kita menggambarkan umur kita, bukannya umur kita baru 28 tahun tapi kulit wajah sudah kelihatan berkedut, kusam, kering dan tidak …

Read More »

KESAN RADIASI ULTRAVIOLET PADA KULIT

KESAN RADIASI ULTRAVIOLET PADA KULIT Bila berada di luar rumah, radiasi ultraviolet, mempengaruhi  kesihatan kulit wajah kita.   Kulit  berfungsi melindungi tubuh dari radiasi  UV.  Jika  kulit terdedah pada jangka masa yang lama, ia akan menyebabkan kulit tidak mempunyai daya tahan diserang penyakit, dan mempercepatkan proses penuaan.   Radiasi UV dari  cahaya matahari akan merosakkan kulit, akhirnya menyebabkan masalah jeragat dan kulit cepat berkedut.  Masalah penuaan kulit ini boleh dilihat sebagai kedutan, garis halus, kulit mengendur (sagging and laxity), tona kulit tidak sekata, masalah jeragat (pigmentasi), kulit kelihatan kasar dan berkuping, kulit menipis dan mengendur, kekeringan kulit, kedutan kasar (deep …

Read More »

HYALURONIC ACID SEBAGAI DANDANAN ASAS

HYALURONIC ACID SEBAGAI DANDANAN ASAS Dandanan muka yang sempurna bermula dengan  kulit yang sihat. Oleh itu, penting memilih produk penjagaan kulit yang tepat dan sesuai  untuk mendapat kulit wajah yang sihat adalah penting. Bagi wanita yang agak sibuk, dan tidak sempat menggunakan produk penjagaan kulit setiap hari secara berterusan, mereka perlu menggunakan produk yang sempurna dan sangat asas. Ini akan menjadikan kulit akan kelihatan, lebih sihat, lembut, kering dan tidak berjerawat, walaupun tidak menggunakan sebarang make-up. Saya mencangkan produk kecantikan yang mempunyai bahan  Hyaluronic Acid yang berfungsi secara efektif untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit, mencerahkan kulit dan mengurangkan kesan hitam …

Read More »

DOCLAB MEMPUNYAI SERUM HYALURONIC ACID UNTUK KESIHATAN MUKA

Dalam dunia kosmetik, salah satu unsur yang telah dibuktikan secara saintifik, dan sangat memberikan manfaat dan selamat digunakan ialah hyaluronic acid. Ia adalah pelembap yang terbaik dan sangat sesuai bagi kulit yang sensitif, dan bagi wanita yang hamil. Sebenarnya, hyaluronic acid sudah berada dalam tubuh secara semulajadi. Oleh itu ia tidak menyebabkan tindakbalas alahan kepada pengguna. Ia banyak terdapat pada kulit. Ia berfungsi untuk mengekalkan kekenyalan kulit. Oleh itu ia bertindak secara berpasangan dengan kollagen untuk mengekalkan kekenyalan dan kelembapan kulit, agar ia sentiasa kelihatan muda. Dalam industri kosmetik, hyaluronic acid, dapat dihasilkan dengan dua cara, melalui proses kimia dan secara natural. Kedua-dua …

Read More »

KULIT BERNANAH SELEPAS GUNA PRODUK KOSMETIK

      “Salam doktor. Saya ada masalah kulit. Kulit saya mengalami masalah bernanah selepas 2 minggu saya gunakan satu produk kecantikan. Pada mulanya kulit saya menjadi bersih, tertapi kemudian menjadi ruam. Baru beberapa hari ini timnul pada jerawat seperti nanah pada muka saya. Adakah ia disebabkan oleh produk tersebut?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya percaya produk kecantikan tersebut mengandungi merkuri. Wanita yang memakai produk pemutihan kulit yang mengandungi merkuri, tidak akan mengalami masalah jerawat kerana lapisan kulit epidermis telah rosak. Kulit yang rosak tidak mengandung protein & melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran matahari dan …

Read More »

Sopak bukan Penyakit Berjangkit

SOPAK ATAU VITILIGO   SOPAK atau dalam bahasa perubatannya vitiligo merupakan sejenis penyakit kulit yang membuatkan penghidapnya mempunyai kulit bertompok-tompok putih yang tidak mempunyai pigmen. Kehadirannya dipercayai berpunca daripada masalah pigmentasi, yang mana sel-sel yang menghasilkan pigmen, iaitu melanosit, dirosakkan oleh auto antibody atau antibodi yang dihasilkan oleh pesakit itu sendiri.   Tanda utama penyakit ini ialah timbulnya tompok-tompok putih di atas kulit, tetapi ia juga boleh melibatkan kawasan yang mempunyai rambut atau bulu seperti kening, misai, bulu roma dan sebagainya, selain boleh menukarkan rambut menjadi putih. Penyakit vitiligo ini tidak menyebabkan rasa sakit atau gatal.   Kebanyakan kes yang melibatkan …

Read More »

Idebenone dalam Produk Kecantikan

IDEBENONE DALAM PRODUK KECANTIKAN Assalamualaikum Dr.  Saya ingin bertanya, adakah produk yg menggunakan Idebenone sbg bahan utama selamat dan berkesan dalam merawat masalah kulit wajah seperti jerawat? Terima kasih atas maklum balas yg bakal diberikan. WA ALAIKUM MUS SALAM Ketika ini memang banyak produk yang mengandungi bahan idebenone terkenal, seperti Catena, Raxone, atau Sovrima. Pada mulanya ia diperkenalkan oleh  Takeda Pharmaceutical Company sebagai sejenis ubat yang digunakan untuk merawat penyakit Alzheimer dan kecacatan kognitif (masalah ingatan) yang lain. Namun ubat ini tidak begitu berkesan. Syarikat dari Swiss, Santhera Pharmaceuticals  telah memulakan kajian untuk rawatan penyakit saraf yang dikenali sebagai ‘neuromuscular …

Read More »

Mengenalpasti Makanan yang Menyebabkan Alahan Pada Anak

 MENGENALPASTI MAKANAN YANG MENYEBABKAN ALAHAN PADA ANAK     “Salam doktor. Saya tiada alahan. Baru-baru ini anak saya mengalami alahan yang teruk, berpunca dari makanan. Bagaimana saya mahu mengetahui makanan yang mana menyebabkan alahan. Terima kasih   WA ALAIKUM MUS SALAM   Memang sukar untuk mengenalpasti makanan yang menyebabkan alahan kerana bayi dan kanak-kanak ini diberikan pelbagai jenis makanan. Satu cara untuk mengenalpasti makanan yang memberikan alahan ini ialah menyediakan jadual makanan harian. Berikan makanan yang tidak mengandungi bahan -bahan menyebabkan alahan. Jika terdapat tanda alahan, bermakna ada bahan yang disyaki boleh menyebabkan alahan dan cuba hentikan makanan tersebut. Berikan …

Read More »

Bagaimana mengelakkan anak dari alahan

BAGAIMANA  MENGELAKKAN ANAK DARI MENDAPAT ALAHAN?   “Salam doktor. Saya hamil dan mempunyai alahan teruk pada seafood. bagaimana saya boleh mengurangkan risiko alahan ini pada bayi yang akan saya lahirkan. Terima kasih” Jika masalah alahan berlaku dalam keluarga , pastikanlah bayi yang baru lahir diberikan susu badan sahaja. Pemberian susu formula, terutamanya berasakan susu lembu pada peringkat awal kelahiran boleh menyebabkan bayi mula mengalami alahan. Dalam satu kajian menunjukkan bahawa jika bayi yang diberikan susu formula (susu lembu) dan mengalami cirit -birit dalam tempoh dua bulan pertama kelahirannya , dia berkemungkinan besar bayi itu sedang mengalami alahan. Ramai pakar yang menyarankan …

Read More »

Alahan makanan bermula di peringkat janin

ALAHAN MAKANAN BERMULA DI PERINGKAT JANIN “Salam doktor. Maaf bertanya, sebenarnya bila bermulanya proses rangsangan alahan pada bayi. adakah selepas diberikan makanan selain susu ibu? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Doktor telah lama mengetahui bahawa sesetengah kanak -kanak boleh mendapat gatal -gatal kulit , lelah resdung , cirit , muntah -muntuah dan sebagainya setap kali mereka makan bahan -bahan yang tidak serasi dengan mereka. Ketidakserasian ini disebabkan oleh masalah penghadaman atau oleh alahan makanan ( food allergy ). Keadaan ini boleh berlaku pada peringkat bayi lagi , malah ada para penyelidik yang berpendapat bahawa ia boleh berlaku pada peringkat …

Read More »

KUDIS AKIBAT SCABIES

Scabies adalah penyakit kulit yang menyebabkan pesakit mengalami gatal yang melampau dan mudah disebabkan oleh jangkitan hama Sarcoptes scabiei. Ia merebak melaui sentuhan pada kulit. Selain dari gatal, tanda-tanda lain termasuk ruam kulit yang terbentuk dari lebam kecil berwarna merah dan melecet pada kawasan-kawasan tertentu pada badan. Gatal yang melampau menyebabkan pesakit menggaru dengan kerap, sehingga kulit menjadi luka atau jangkitan kuman dan bernanah. Rawatan termasuk ubat scabicidal oral atau topikal.

Read More »

Guttate psoriasis

GUTTATE PSORIASIS Tidak semua antibiotik menyebabkan alahan ubat. Adakalanya doktor terkeliru apatah lagi selepas ubat diberikan, pesakit mengadu mengalami alahan pada kulit. Dalam satu keadaan yang dinamakan “Guttate psoriasis” atau dalam bahasa mudahnya  ” letusan psoriasis ” adalah sejenis penyakit kulit psoriasis yang muncul selepas  jangkitan bakteria, biasanya jangkitan saluran pernafasankecil . Pesakit mengalami demam, selsema dan batuk, lalu diberikan antibiotik. Tidak lama, pesakit datang semula ke klinik dan mengadu mengalahi ruam yang gatal di kulitnya. Ruam sebesar  0.5-1.5 cm diameter, terutamanya pada kulit belakang dan peha. Dalam kes ini, alahan itu bukannya disebabkan oleh alahan ubat tetapi letusan yang …

Read More »

Keratoacanthoma

KERATOACANTHOMAS Seorang petani berusia 68 tahun datang ke klinik dengan menunjukkan masalah yang dialami pada jari kanannya. Seperti ada ketumbuhan  (nodule) dan sedikit nanan di tengah-tengahnya. Beliau tidak berasa sakit dan semua jarinya boleh digerakkan tanpa masalah. Selepas biopsy diambil, beliau didiagnosakan mempunyai masalah “Keratoacanthomas” dan sebahagian dari kanser yang dinamakan Squamous Cell Carcinoma dan perlukan rawatan yang agresif. Ia  gigitan serangga atau jangkitan kuman.    

Read More »

Susu Formula Terbaik untuk Eczema

SUSU FORMULA TERBAIK UNTUK BAYI ECZEMA   “Assalamualaikum Dr, saya ingin bertanya kepada Dr. susu formula apakah yang sesuai untuk bayi yang mempunyai ekzema. Buat pengetahuan Dr. Anak saya sekarang berumur 6 bulan lebih.. sejak lahir saya memang bagi bf sampai sekarang tapi saya ingin mencampur susu formula kepada anak saya.. kerana air susu saya sudah tidak banyak seperti mula2. Buat pengetahuan Dr. Jg saya sudah pernah memberikan susu formula dumex.. bayi saya menyusu dan tidak pernah memuntahkan balik susu itu tetapi selepas 2 hari begitu timbul bintik merah bengkak seperti gigitan nyamuk di kaki, peha, dan kepala , dan …

Read More »

Psoriasis

PSORIASIS     Psoriasis adalah penyakit radang kulit yang kronik yang disebabkan oleh faktor genetik (keturunan). Ia bermula dengan ruam merah, dan mempunyai sisik, yang apabila digaru akan menyebabkan habuk putih. Ia biasanya berlaku terutama pada kulit kepala, siku, dan lutut. Psoriasis tidak boleh disembuh kerana punca kerosakan terhadap kulit ini bermula dalam genetik seseorang. Selalunya ia boleh dikawal dengan baik, boleh datang dan pergi dengan sendirinya. Terdapat pelbagai jenis rawatan bergantung kepada betapa teruknya penyakit itu. Ia boleh dikawal dengan krim topikal dan rawatan cahaya ultraungu. Bagi masalah psoriasis yang teruk, ia boleh dikawal dengan ubat-ubatan yang ditelan atau …

Read More »

Herpes Zoster

HERPES ZOSTER Herpes zoster, juga dikenali sebagai kayap, adalah disebabkan oleh virus yang menyebabkan penyakit chickenpox menjangkiti semula akibat daya tahan seseorang individu itu menjadi lemah. Kali ini ia akan merosakkan saraf pada kulit, dan jika tidak dirawati akan menular ke dalam saraf tunjang atau otak. Ia bermula apabila seorang individu mengalami rasa sakit badan, dan menyangkakan ia hanya disebabkan oleh sakit otot. Selepas dua hari ia akan menyebabkan ruam dan lepuhan pada sebelah badan pada kawasan yang dikendalikan oleh saraf yang terlibat (dermatome). Virus Zoster ini selalunya menjangkiti warga tua, terutama daya tahannya lemah, dan bertambah teruk jika mengalami …

Read More »

Kuku jari berlekuk

KUKU JARI BERLEKUK “Salam doctor. Saya seorang wanita berusia 35 tahun, dan masalah saya ialah saya perasan kuku jari saya berlekuk-lekuk, dan kuku saya semakin menebal. Saya tidak pernah menggunakan sebarang pewarna kuku sebelum ini. Saya juga perasaan terdapat ‘kerakan’ berwarna putih pada kulit kepala dan siku saya semenjak setahun yang lepas. Mohon pendapat doctor. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya percaya pun mula mengalami penyakit “psoriasis” iaitu sejenis gangguan kulit dan kuku. Penyakit psoriasis ini tidak berjangkit kepada orang lain. Ia berpunca dari kombinasi factor genetic, hypersensitive dan factor sekeliling. Penyakit ini selalunya diwarisi dalam keluarga. Jika seseorang …

Read More »

Menghilangkan kulit hitam di leher

MENGHILANGKAN KULIT HITAM DI LEHER     “Salam Doktor, seorang pesakit diabetes berusia 45 tahun dan berat saya 120kg. Masalah saya ialah saya mengalami ‘skin tag’ dan mempunyai daki yang tebal pada leher saya. Bolehkah daki yang tebal ini dihilangkan? Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebenarnya saudara mengalami masalah yang dinamakan “Acanthosis Nigricans” iaitu kulit menjadi tebal dan gelap terutama di kawasan berlipat seperti leher, ketiak, atau lipatan antara payudara dan dada.   Acrochordons (tags kulit) sering hadir di kawasan-kawasan terlibat.   Ia selalu berlaku pada pesakit diabetes mellitus, obese, Polycyctic Ovarian Syndrome, dan Cushing Syndrome.   …

Read More »

Ruam berlingkar di kulit

RUAM BERLINGKAR DI KULIT   “Salam doktor. Saya berusia 28 tahun, baru-baru ini saya pergi berbulan madu di sebuah pantai terkenal. Masalah saya ialah saya mengalami rasa gatal keterlaluan pada betis kanannya akibat gigitan (?serangga) yang saya tidak sedari. Saya adalah seorang yang sihat, dan tidak mengambil apa-apa ubat-ubatan. Isteri saya juga tidak mempunyai masalah kulit. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya telah melihat gambar yang diberikan. Saya dapati ada ruam yang berbentuk lingkaran berkeluk seperti ada cacing halus di bawah kulitnya.     Saya percaya saudara mungkin mengalami penyakit “cutaneous larva migrans” yang …

Read More »

Jangkitan kudis buta Impetigo

JANGKITAN KUDIS BUTA IMPETIGO ” Salam doktor, baru-baru ini anak saya mengalami penyakit kudis buta. Doktor hanya memberikan ubat gatal dan sapu saja. Namun tidak berkesan. Mohon pandangan doktor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kudis buta disebut dalam bahasa perubatan sebagai IMPETIGO. Impetigo adalah salah satu jangkitan kuman pada kulit yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan kulit menghasilkan lepuhan, luka yang cetek dan kerakan, terutama pada muka, leher, tangan, dan kawasan yang biasa ditutupi lampin. Penyakit ini berpunca dari salah satu dua jenis bakteria, iaitu Staphylococcus aureus atau Streptococcus pyogenes. Terdapat satu lagi kuman yang jarang sekali …

Read More »

Ruam Peluh

MILIARIA ATAU RUAM PELUH   Salam doctor, saya mengalami masalah ruam dari sejak kecil lagi. Terutama apabila saya berpeluh. Apakah rawatan yang sesuai untuk saya? Mohon pencerahan, terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Setelah saya melihat gambar yang saudara berikan dan percaya punca utama masalah ini apabila saudara berpeluh atau apa saja keadaan yang menyebabkan saudara berpeluh.   Saudara mungkin mengalami keadaan penyakit yang dinamakan “Miliaria” atau juga dikenali sebagai “ruam peluh”.   Miliaria adalah penyakit biasa dalam masyarakat seperti kita, tinggal dalam cuaca panas dan lembap.   Ia bermula dari peringkat kanak-kanak dan bayi kerana punca …

Read More »

Produk ubat jerawat boleh menyebabkan alahan teruk

“Salam doctor, saya seorang pelajar kolej berumur 18 tahun. Baru-baru ini saya menggunakan ubat kream untuk merawat jerawat saya. Saya beli di farmasi. Malangnya selepas menggunakannya, kulit saya rasa panas dan terbakar. Terdapat ruam dan warna kehitaman seperti terbakar teruk. Adakah saya mengalami alahan pada ubat jerawat itu. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Ya, saya percaya saudari mengalami reaksi alahan pada kulit setelah menggunakan produk ubat jerawat itu. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh satu badan yang mengawal keselamatan ubat,  Food and Drug Administration (FDA) di Amerika syarikat pada 25 June 2014 telah melaporkan terdapat insiden di …

Read More »

Rawatan untuk Keloid

“Assalamualaikum. Bolehkah doctor beritahu saya pilihan rawatan bagi saya untuk saya menghilangkan keloid pada bahu kiri saya. Mohon pencerahan. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Keloid sangat sukar diubati dan mengambil masa panjang.   Sekiranya parut keloid itu belum matang, dan masih kecil, ia mudah dirawat dengan urutan menggunakan kream dengan cara 3-4 kali sehari dalam masa setengah hingga jam ke sejam setiap hari selama 3-4 bulan. Parut itu akan menjadi lembut, rata dan kurang gatal.   Selain itu boleh gunakan rawatan suntikan steroid yang dipanggil “Triamcinolone Acetonide” bagi menghentikan penghasilan kolagen di dalam tisu parut. Suntikan ini …

Read More »

Fordyce Spots

  “Salam, doktor. Apakah rawatan terbaik untuk penyakit FORDYCE SPOTS pada bibir dan mulut. Mohon pencerahan. Terima kasih”   Fordyce Spot atau Fordyce Disease sebenarnya adalah kelompokan kelenjar yang mengeluarkan lendiran sebum (minyak)  yang kelihatan jelas pada penglihatan kasar.       Ia berlaku pada kulit kemaluan (batang zakar dan sekitar clitoris) dan bahagian sekitar bibir.     Ia tidak berjangkit, bahkan ianya berlaku secara semulajadi apabila kelenjar-kelenjar ini menjadi aktif mengeluarkan sebum (minyak).   Ramai yang berjumpa doctor kerana bimbang dan keliru jika ia adalah tanda kanser atau jangkitan penyakit kelamin.   Dalam beberapa keadaan, kelenjar ini membesar sehingga …

Read More »

Hukum Menggunakan Rawatan Terapi Ulat Bagi Pesakit Luka Kronik

  Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Menggunakan Rawatan Terapi Larva (Maggot Debridement Therapy) Bagi Pesakit Luka Kronik. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:   Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang bahkan menggalakkan umat Islam mencari penawar kepada penyakit yang dialami sepertimana sabda Rasulullah SAW ketika ditanya oleh para sahabat:   فَقَالُوْا: “يَا رَسُوْلَ اللهِ! هَلْ عَلَيْنَا جُنَاحٌ أَنْ لاَ نَتَدَاوَى؟” قَالَ: “تَدَاوَوْا، عِبَادَ اللهِ! فَإِنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلاَّ وَضَعَ مَعَهُ شِفَاءً. …

Read More »

Krim Dermovate tidak sesuai untuk wanita hamil

  Salam doktor, saya hamil 31minggu dan mengalami dermatitis sejak umur 20tahun. Saya mendapati bahawa ubat krim paling berkesan untuk saya guna adalah kream Dermovate. Sekarang saya di UK dan kream itu tidak boleh dibeli di farmasi kerana memerlukan preskripsi doctor. Mohon penjelasan.     Wa alaikum mus salam. Bahan aktif dalam kream Dermovate adalah clobetosol propionate iaitu sejenis steroid yang agak kuat.   Ia selalu digunakan untuk meredakan masalah kekeringan kulit akibat penyakit eczema, psoriasis dan dermatitis. Kream Dermovate sangat berkesan untuk mengurangkan bengkakan, kegatalan dan keradangan pada kulit.   Sayangnya kream ini tidak sesuai untuk wanita hamil dan …

Read More »

Impetigo

Impetigo adalah jangkitan kulit yang disebabkan oleh bakteria, yang menyebabkan terbentuknya lepuhan-lepuhan kecil yang berisi nanah. Walaupun Impetigo biasanya berlaku pada muka, tetapi boleh di mana-mana bahagian kulit. Impetigo sering menyebabkan jangkitan pada kanak-kanak. Kuman yang biasa menyebabkan jangkitan itu ialah Staphylococcus aureus dan streptococci. Ia mudah dijangkiti dengan menyentuh bahagian kulit atau barang-barang yang dijangkiti seperti pakaian, dan permainan. Tanda jangkitan ini adalah bila ada lepuhan berisi nanah. Apabila pecah, ia menjadi luka dan akhirnya meninggalkan warna merah, dan kuping. Wallahu a’lam.

Read More »

Cutaneous horn vukan tanda dajjal akhir zaman

Cutaneous horn ( cornu cutaneum ) selalu disalahanggap oleh kebanyakan orang terutama masyarakat Melayu kita yang keterlaluan menuduh. Walaupun ia berbentuk seperti tanduk pada kepala pesakit, ia sebenarnya berasal dari ketuat pada kulit kepala yang tidak dirawat dengan baik, sehingga ia bertambah besar. Ia selalunya mengambil masa yang lama untuk menyebabkan ketuat seperti ini berbentuk panjang, keras dan menjulur seperti tanduk. Cara terbaik ialah dengan memotong ketuat ini sehingga ke peringkat  ‘akar’nya ialah ke lapisan dermis kulit. Ia boleh dilakukan di mana-mana hospital. Wallahu a’lam.

Read More »

Livedo Reticularis

  Keadaan ini dikenali sebagai Livedo reticularis di mana kulit menjadi seperti corak mosaic berwarna ungu apabila saluran darah  kapilari tersumbat oleh darah beku.   (rujuk: Rapini, Ronald P.; Bolognia, Jean L.; Jorizzo, Joseph L. (2007). Dermatology: 2-Volume Set. St. Louis: Mosby)   Sebenarnya yang lebih penting ialah corak kulit seperti ini menunjukkan bahawa seseorang itu mengalami penyakit yang lebih serius dan tersembunyi.   Pesakit kulit seperti ini harus melakukan pemeriksaan yang lebih teliti bagi emngetahui punca sebanr penyakitnya.   Corak mosaic pada kulit ini menjadi lebih jelas apabila di musim sejuk atau hujan.   Ubat sapuan selalunya tidak memberikan …

Read More »

Penyakit untut harus dirawat segera.

    Saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman ini sekadar menyedarkan masyarakat tentu perlunya mendapatkan rawatan yang betul sebelum parah.   Untut atau elephantiasis adalah penyakit yang menyebabkan penebalan kulit, terutama kulit kaki dan kerandut zakar (scrotum).   Dianggarkan enam peratus penduduk negara kita dijangkiti, terutama yang tinggal di perkampungan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.   Kajian pada 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan dan 10 pesakit disahkan menghidap untut.     Apabila memperkatakan mengenai penyakit untut, sudah tentu kita akan membayangkan pesakitnya …

Read More »

Perlukah gegata diberikan ubat dan rawatan

        Urticaria atau gegata adalah apabila sebahagian kulit yang terlibat menjadi bengkak, menebal, gatal dan kemerahan akibat alahan pada sesuatu sama ada habuk, sengat serangga atau makanan laut.       Gegata boleh melibatkan sebahagian dari kulit atau melibatkan keseluruhan kulit.       Kebiasaannya perubahan akibat alahan ini berlangsung selama 24 jam, oleh itu ia tidak memerlukan sebarang rawatan, kecuali terlalu gatal, atau mengalami masalah alahan yang teruk seperti sukar bernafas.       Dalam kes yang lebih teruk, alahan sebegini mengambil masa beberapa hari.       Dalam kes-kes yang tertentu alahan atau urticaria ini …

Read More »

Pelembap penting untuk kulit eczema

    “Salam doctor, saya mula mengalami penyakit kulit, iaitu kulit saya menjadi kering dan gatal pada lipatan siku dan lutut. Ia mula menjadi teruk apabila saya mengambil makanan laut dan telur. Doktor hanya memberikan kream kurangkan gatal. Adakah kream ini berkesan, doctor?”     Wa alaikum mus salam.   Saya percaya puan mungkin sedang mengalami penyakit eczema.   Eczema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami radang dan kegatalan. Tiada ubat yang khas bagi merawat masalah ini. Hanya dengan meberikan penjagaan kulit yang baik akan membantu menyembuhkannya.   Apabila kulit puan menjadi kering, masalah yang …

Read More »
error: Content is protected !!