Fordyce Spots

Fordyce spots oral

 

“Salam, doktor. Apakah rawatan terbaik untuk penyakit FORDYCE SPOTS pada bibir dan mulut. Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

Fordyce Spot atau Fordyce Disease sebenarnya adalah kelompokan kelenjar yang mengeluarkan lendiran sebum (minyak)  yang kelihatan jelas pada penglihatan kasar.

 

Fordyce Spot Penis
Fordyce Spot Penis

 

 

Ia berlaku pada kulit kemaluan (batang zakar dan sekitar clitoris) dan bahagian sekitar bibir.

 

Fordyces Spots Vulva
Fordyces Spots Vulva

 

Ia tidak berjangkit, bahkan ianya berlaku secara semulajadi apabila kelenjar-kelenjar ini menjadi aktif mengeluarkan sebum (minyak).

 

Ramai yang berjumpa doctor kerana bimbang dan keliru jika ia adalah tanda kanser atau jangkitan penyakit kelamin.

 

Dalam beberapa keadaan, kelenjar ini membesar sehingga boleh mengeluarkan lendiran berminyak.

 

Oleh kerana kebanyakan doctor menganggap bahawa ia adalah berlaku secara semulajadi, maka doctor tidak memberikan rawatan kecuali jika individu itu terlalu risau dengan penampilannya.

 

Rawatan kosmetik seperti “vaporising laser CO2” boleh  diberikan.

 

Wallahu a’lam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!