“Salam doctor. Saya menyusukan anak dan masalah saya payudara cepat penuh dengan susu. Kalau di tempat kerja saya, adakalanya sampai baju saya basah. Ia memalukan. Perlukah saya mengepam susu saya? Bolehkah ia diberikan kepada anak saya nanti bila pulang di rumah? ” WA ALAIKUM MUS SALAM Bagi wanita yang menyusukan anak seperti puan, mengepam susu badan di tempat kerja ada kalanya tidak menyenangkan kerana ada kalanya puan tidak mendapat tempat yang lebih privasi. Walau bagimanapun, ia banyak memberikan faedah kerana susu itu boleh puan simpan untuk diberikan kepada anak puan apabila pulang nanti. Cuma …
Read More »Doktor Menjawab
Mudaratkah bayi dalam rahem jika ibu hamil muntah keterlaluan beberapa hari?
Loya dan muntah ketika hamil tidak akan mengancam bayi anda jika ia tidak serius dan puan masih lagi dapat menyimpan sedikit makanan dan minuman yang dimakan dalam perut. Jika puan tidak mampu menelan makanan yang seimbang kerana tidak berselera dan amat loya, puan boleh makan apa saja yang puan mampu. Insha ALLAH bayi puan akan mendapat manfaat dari makanan yang puan makan. Jangan terlalu risau kerana kebanyakan nutrient sebelum hamil disimpan sebagai stok dalam organ hati, dan akan dikeluarkan ketika puan mengalami masalah tidak ada selera dan tidak dapat makan dengan sempurna. Jadi insha ALLAH …
Read More »Loya dan Muntah Ketika Hamil Sehingga Berat Badan Turun
“Assalammualaikum dokter. Saya berumur 30 tahun dan hamil anak ke 4 dan usia kehamilan saya minggu. Saya mengalami kehilangan berat badan sebanyak 3.7kg. (dari 67.7kg turun kpd 64.7kg) .. Saya mudah letih dan kerap susah untuk bernafas dan mengganggu saya menyiapkan kerja-kerja rumah. Saya juga tidak ada selera untuk makan, sehinggakan hanya makan nasi putih, ikan dan sedikit buah-buahan. Saya mengalami masalah untuk tidur. Dokter, saya sangat risau dan mohon nasihat doctor.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Saya menasihatkan puan agar berbincang tentang masalah kehilangan berat yang agak ketara dengan doctor yang merawat puan sepanjang kehamilan. Agak sukar bagi saya memberikan …
Read More »Adakah pesakit koma boleh hidup semula?
“Salam doctor. Baru-baru ini bapa saya telah koma dan ditempatkan di ICU selama seminggu. Bolehkah beliau boleh sembuh semula? Saya sangat sedih melihat keadaan beliau. Saya sayangkan bapa saya. Mohon pencerahan.” Waalaikumussalam. Pesakit tidak sedarkan diri akibat koma yang lama (vegetative), boleh sembuh semula dan bangun dari keadaan koma, dengan syarat pesakit masih mempunyai aktiviti otak. Dalam keadaan ini, pesakit belum lagi keadaan mati yang hakiki, yang selalunya disebut brain death. Maka alat bantuan pernafasan tidak boleh ditanggalkan. Bagi membezakan keadaan ini, pemeriksaan menggunakan FDG-PET atau MRI yang mengesan fungsi aktif otak. Jika didapati …
Read More »KECEDERAAN KEPALA ANAK : KERETAKAN TULANG DAN DARAH BEKU
“Assalamualaikum doktor. Saya hendak bertanya mengenai anak saya yang berusia 9 tahun, telah jatuh dari motorsikal pada pada 3/3/14. Doktor telah melakukan pemeriksaan CT scan kepala dan mendapati terdapat sedikit darah beku. Doktor pakar neusosurgeri di HKL mengatakan anak saya tidak memerlukan pembedahan kerana hanya mengalami keretakan pada tengkorak di sebelah belakang telinga kanan. Anak saya sekarang normal seperti dulu. Dia boleh pergi sekolah dan belajar, bergurau dan bermain. Doktor pesan jika ada cecair keluar dari hidung atau telinga, ia berpunca dari kebocoran tengkorak. Adakah ia boleh pulih seperti biasa ? Doktor mendapati tiada sebarang cecair yang keluar …
Read More »Anak berbakat adalah anugerah
“Salam doctor, saya ada seorang anak yang saya rasa dia berbakat. Umur dia 3 tahun. Percakapan dia sangat jelas dan tidak pelat. Pandai menggunakan perkataan yang betul. Dia sudah kenal huruf seawal umur satu setengah tahun dan sudah boleh mengeja. Saya bimbang mendengar orang bercakap mengatakan budak yang bijak ini nanti apabila masuk ke dalam tadika akan cepat bosan kerana banyak yang dipelajari dia sudah tahu. Ini menyebabkan saya kurang mengajarnya. Ada lagi yang mengatakan budak yang terlalu bijak sangat nanti akhirnya tidak berjaya. Itu yang saya risaukan. Apa yang perlu saya buat. Minta pencerahan dari doktor.” WA ALAIKUM MUS …
Read More »Wanita Hamil dan Kafeine
“Salam doktor. Saya hendak bertanya. Bolehkah wanita hamil minum kopi kerana saya amat meminati kopi. Terima kasih atas pencerahan”. WA ALAIKUM MUS SALAM Semua wanita yang hamil tidak digalakkan meminum kopi ketika hamil. Namun ia dibenarkan dalam kuantiti yang sederhana. Ini kerana kafein yang terdapat dalam air kopi yang diminum adalah satu bahan perangsang dan diuretic (yang menyebabkan mudah rasa mahu kencing akibat pundi kencing yang cepat penuh). Kesan kafein sebagai perangsang, akan meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung. Kafein juga menyebabkan kerap membuang air kecil, akhirnya menyebabkan pengurangan di dalam cecair badan dan akhirnya menyebabkan dehidrasi. Kafein …
Read More »Batu karang dan darah dalam air kencing
“ASSALAMUALAIKUM, Saya mengalami penyakit batu karang sejak empat tahun lalu. Saya sudah menjalani pembedahan membuang batu dari buah pinggang tahun lepas. Tetapi penyakit itu kembali dan saya selalu mengalami kesakitan hingga ke hari ini.Kadang-kala keluar darah semasa saya buang air kecil. Adakah keadaan ini berbahaya, doctor? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Batu karang kerap berlaku di kalangan lelaki berumur antara 20 hingga 40 tahun. Namun, ada juga wanita yang mengalami masalah batu karang. Sakit yang dialami biasanya teruk dan tidak hairan jika lelaki dewasa boleh menangis bila sakit batu karang menyerang. Batu karang merupakan butir-butir …
Read More »Benarkah bayi sedawa dalam rahem?
“Assalamu alaikum, doctor. Saya hamil bayi pertama. Baru-baru ini saya telah berjumpa doctor dan telah menjalani pemeriksaan ultrasound. Kami diberitahu bahawa anak kami sihat dan telah mengalami “hiccup” walaupun masih berada dalam rahem. Saya agak pelik dengan kenyataan doctor itu tetapi saya tidak mendapat penjelasan yang baik dari doctor tersebut. Benarkan bayi dalam rahem boleh “hiccup” atau sedawa?” WA ALAIKUM MUS SALAM Bayi sememangnya boleh sedawa dalam rahem, tetapi sedawa bayi tidaklah seperti sedawa orang dewasa. Apabila bayi semakin matang di dalam rahem, secara semulajadinya mereka akan mula belajar bernafas bagi memudahkan mereka bernafas dengan …
Read More »BAYI BERDENGKUR KETIKA TIDUR
“Dr…saya nak btanya.anak saya berusia 4bulan.nafas anak saya selalu berbunyi.mcm ade kahak.tp die xpernah pun selsema atau batuk sblm ni.dan anak saya bdengkur sewaktu tdo..sewaktu cek up di klinik ksihatan. Mereka beritahu mgkin sbb salur pernafasan die masih lg kecik.sbb tu nafas die bbunyi.adakah pkara ini normal Dr?perlukah saya pergi ke Dr pakar utk langkah seterusnya? Trima kasih krana sudi luangkan masa mbaca emel ini.“ WA ALAIKUM MUS SALAM Jawaban yang diberikan seperti itu adalah tidak benar kerana ramai bayi yang normal dilahirkan tidak mempunyai masalah yang sama seperti anak puan. Ini bermakna, anak puan bukan berada dalam …
Read More »Mudharat dan bahaya tidak mengeluarkan IUCD dari rahem
“Assalamu’alaikum Dr Zubaidi. Saya pernah masukkan IUD pada tahun 2008 tujuannya untuk family planning. Tapi sampai sekarang saya masih pakai IUD tu. Ada effect tak? Sebab Doktor tu kata boleh pakai cuma 3 tahun. Ni dah nak masuk 6 tahun. Mohon pencerahan.” WA ALAIKUM MUS SALAM Selalunya doktor akan memberitahu jangka hayat IUCD yang digunakan. Selalunya antara 3-5 tahun. Saya mencadangkan puan mengeluarkannya bergantung kepada tempuh hayat IUCD yang digunakan. Jika puan menyimpan terlalu lama, ia boleh mendatangkan mudharat. IUCD yang lama tidak mencegah puan dari hamil. Ini bermakna puan boleh hamil dengan …
Read More »Bolehkah guna ubat Clomid untuk saluran fallopian tersumbat
“Salam doktor, saya memang memerlukan pendapat dari doktor tentang masaalah saya.saya ada anak berusia 7tahun. 2tahun lepas saya penah mengandung luar rahim.setelah tiub kiri dibuang hasil dari pemedahan itu doktor mengesahkan right tube of fallopian tube adheret to pouch of douglas dan retroverted uterus. hampir 2tahun ni saya berusaha untuk mengandung semula tapi masih tidak berhasil. saya sudah mengambil clomid selama 5pusingan haid dengan kadar dos yg paling tinggi 150mg. hasil dari sperm count dan blood test saya semua normal. Adakah usaha lain yang boleh saya lakukan selain IVF? WA ALAIKUM MUS SALAM Saya bersimpati dengan masalah …
Read More »Anak muntah selepas diberikan ubat.. Perlukah diberikan semula?
“Salam doc, anak saya demam. Dia berumur 8 tahun. Saya baru saja memberikan dia makan ubat demam dan antibiotic. Tidak sampai 5 min dia muntah semula. Perlukah saya beri makan semula ubat tadi tu, atau kena tunggu lama sikit baru beri semula, ataupun tak perlu beri kena tunggu next schedule baru makan ubat semula? terima kasih doctor.” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai kanak-kanak yang agak sukar mengambil ubat-ubatan terutamanya antibiotic. Ada pula yang muntah setelah diberikan ubat. Selalunya muntah begini disebabkan lendiran pada tekak dan saluran pernafasan, atau punperut mereka punuh dengan gas (angin) Jangan …
Read More »Umur 17 Belum Datang Haid
“Assalam..doktor. adik perempuan saya yang kini sudah berusia 17 tahun. Yang menjadi persoalan saya ialah, adik saya masih lg belum datang period…sedang kami adik beradik lain datang period sewaktu sekolah rendah lg. Buat pengetahuan doktor jugak, adik saya telah pergi ke hospital untuk mendapatkan kepastian..tetapi jawapan yang kami perolehi daripada doktor ialah..ia perkara biasa. Adakah normal ape yang dialami oleh adik saya. Di harapkan doktor dapat memberi penjelasan. Terima kasih.” Wa alaikum mus salam Apabila seorang remaja wanita sudah mencapai umur 16 tahun, tetapi tidak pernah datang haid, dan telah menunjukkan sifat kewanitaan, ia bukanlah perkara yang normal. Keadaan ini …
Read More »Mengira Hari Subur
“Salam. Doctor. Saya dan suami berumur 28 tahun. Kami tinggal berjauhan kerana urusan kerja. Saya tinggal bersama ibubapa saya. Kami akan berjumpa di hujung minggu atau hari kelepasan saja. Kami telah berkahwin selama 3 tahun dan masih belum mempunyai zuriat. Saya mendapati kitaran haid seperti berikut: 14 Jun 2013 11 Julai 2013 7 Ogos 2013 3 September 2013 30 September 2013 28 Oktober 2013 23 November 2013 18 Disember 2013 14 Januari 2014 10 Februari 2014 8 Mac 2014 Bolehkah dokter memberikan nasihat. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mendapati kitaran haid …
Read More »Mahu hamil tetapi saluran fallopian tersumbat
“Assalamualaikum Dr..sy nk minta pendapat dr.Sya dh 5thun kwin tp xde rezeki lg..thun lps sya opret buang cyst…tp kputusan tiub folopio sy tersumbt..ade x cara ln utk sya mengandung??” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mencadangkan suami puan membuat pemeriksaan air mani dulu. Jika normal, maka boleh lakukan teknik IVF. Boleh bincang dengan doktor yang merawat puan. Jika tidak, walaupun telah melakukan teknik IVF, keguguran boleh berlaku. Wallahu a’lam. KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, boleh klik di link : https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz
Read More »Rasa sakit payudara selepas dan sesudah menyusukan bayi
“Salam. Urat breast belah kanan saya merasa sakit selepas breastfeed anak saya berumur 26hari. Rasa sakit seperti renjatan elektrik pada urat breast kanan. Sakit sangat bila sakit itu datang. Normal atau tidak? Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM. Merasa sakit pada payudara ketika dan selepas menyusukan bayi adalah perkara yang normal. Ini kerana puting dan areola (kawasan hitam di sekeliling puting) ditarik ke dalam mulut bayi. Selalunya selepas satu minit rasa sakit itu menjadi reda. Jika rasa sakit berterusan ketika menyusukan bayi, saya mencadangkan puan menukar kedudukan kepala bayi puan. Jika puan merasa …
Read More »Sperma Yang Berkualiti Rendah
“Assalamu alaikum, doktor, baru-baru ini saya menjalani pemeriksaan air mani. Doktor mengatakan sperma saya rendah kualitinya sehingga menyebabkan isteri saya sukar dihamilkan. saya sangat sedih dan terkejut. Apa yang dimaksudkan sebagai sperma yang berkualiti rendah?” WA ALAIKUM MUS SALAM Sperma dibentuk di dalam organ testis, iaitu telur zakar. Pembentukan sperma bermula apabila seorang remaja mencapai akhil baligh sehingga usia tua. Pada lelaki yang sihat, sperma dihasilkan sebanyak 300 juta sehari, dan mampu bertahan hidup selama 48 jam setelah ditempatkan di dalam vagina. Secara amnya, isipadu air mani seorang lelaki apabila berlakunya ejakulasi adalah 2.5 sampai 6 ml, dan jumlah sperma …
Read More »Bengkakan lemak pada kulit
“Assalamu mu alaikum doctor, saya ingin bertanya. Baru-baru ini saya perasan yang saya mempunyai dua bengkakan di bawah kulit, satu di peha dan satu di lengan yang berukur Antara 2-4cm. Bila ditekan tidak sakit. Saya agak bimbang kerana ada rakan-rakan yang mengatakan bahawa ia adalah tanda kanser kulit. Saya telah berjumpa doctor tetapi doctor hanya mengatakan bahawa ia adalah lipoma, iaitu ketumbuhan lemak di bawah kulit. Saya agak keliru dan masih bimbang jika ia adalah tanda kanser kulit seperti yang diberitahukan oleh rakan saya. Mohon pencerahan, dokter.” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya agak sukar bagi saya memberikan komen kerana saya …
Read More »Punca tangan, kaki dan lidah menjadi bengkak dan kebas semasa hamil
“Assalamualaikum doctor. Saya sedang hamil 38 minggu. Baru-baru ini secara tiba-tiba saya perasan tangan saya mengalami bengkakan (edema) yang mendadak. Saya perasan apabila cincin yang saya pakai menjadi terlalu ketat. Tangan dan kaki saya juga terasa membengkak. Mohon pencerahan. Terima kasih, doctor?” WA ALAIKUM MUS SALAM Wanita yang hamil, biasa mengalami rasa kebas dan bengkak pada pelbagai bahagian tubuh mereka, terutama pada lengan, tangan, jari tangan, kaki dan jari kaki, mulut dan lidah. Rasa kebas dan bengkak seperti ini biasanya disebabkan oleh ‘water retention’ atau pengekalan air dalam tubuh. Oleh itu merasa bengkak dan kebas dan akan …
Read More »Ujian darah untuk mencari punca alahan
“Salam docter, saya mahu membuat pertanyaan. Saya mengalami kegatalan sejak bulan Feb yang lalu. Saya tidak tahu apa punca kegatalan itu. Saya memang ada alahan tetapi sebelum itu saya tidak ada makan makanan seafood dan telur. Sampai sekarang gatal bertambah teruk sehingga menjadi sampai dekat kedua-dua siku dan lutut saya. Mula-mula kegatalan itu hanya dekat celah peha saja, yang mana telah menjadi kurap. Apa sebab kegatalan ini berlaku ya dokter? Saya sudah tidak tahan setiap mlm asyik menggaru sampai menjadi luka. Apa yang bagus diamalkan untuk kurangkan rasa gatal ini ya doc? Mohon bantuan dr doc. Terima kasih.” WALAIKUM MUS …
Read More »Dimarahi kerana kehamilan kembar
“Assalamu alaikum dokter, saya baru-baru ini disahkan kehamilan kembar dan usia kehamilan saya ialah 20 minggu. Akibat kesibukan bekerja sebagai operator di sebuah kilang (majikan saya tidak menggalakkan saya kerap keluar dari kilang untuk ke klinik) maka saya terlepas beberapa tarikh pemeriksaan antenatal. Malangnya saya pula dimarahi oleh jururawat dan bidak di Klinik Ibu dan Anak. Mereka mengatakan bahawa saya menémpah bahaya kerana gagal datang pada tarikh yang ditetapkan. Adakah “menempah bahaya” disebabkan saya hamil kembar? Mohon pencerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Saya memahami dan bersimpati dengan masalah. Saya juga tidak bersetuju dengan cara majikan puan …
Read More »Rahim tidak kuat
“Assalammualaikum Dokter. Saya ingin bertanya tentang ‘cervical incompetence”. Adakah benar, apabila seorang wanita yang pernah mengalami masalah ini, akan menjalani cerclage pada kehamilan yang berikutnya? Mohon pencerahan. Terima kasih doktor”. WA ALAIKUM MUS SALAM Seorang wanita yang mempunyai ‘cervical incompetence’ bermakna pangkal rahemnya (cervik) di mana ‘jalan’ di mana bayi dikeluarkan dari rahem, sebelum melalui faraj, mengembang lebih awal sebelum tiba masanya, menyebabkan proses kelahiran pramatang bermula. Dalam bahasa yang lebih mudah, pangkal rahem menjadi tidak kuat untuk ‘memegang’ bayi dalam rahem, sehingga menyebabkan bayi mudah keluar (lahir), sebelum waktu yang sepatutnya. Seorang wanita didiagnosakan …
Read More »Rasa Jantung Berdebar-debar..
“Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit. Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang …
Read More »Tekanan darah yang tidak stabil
“Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya soalan. Minggu lepas saya baru keluar dari hospital disebabkan tekanan darah naik dan turun. Bacaan 171/110 kadang 97/47 dalam masa seminggu. Doktor telah buat ujian CT scan, pemeriksaan jantung dan x-ray dan mendapati saya normal. Saya mengalami masalah sakit kepala di sebelah kanan. Saya tidak tahu apa sakit saya ?apa pendapat doktor denga masalah saya?. Mohon pencerahan”. WA ALAIKUM MUS SALAM Saya tidak dapat memberikan komen yang terperinci kerana tidak memeriksa puan dan tidak melihat keputusan pemeriksaan yang dijalankan oleh doctor. Namun saya percaya puan mengalami masalah yang agak serius kerana sakit …
Read More »Sembelit Punca dari Pemakanan
“Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”. Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar. Oleh itu saya menasihatkan agar ibu bapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka …
Read More »Berapa banyak serat yang anak-anak perlu dalam diet mereka?
“Doktor, saya berada di UK dan agak sibuk sebagai pelajar PhD. Adakalanya saya tidak sempat memasak untuk anak saya dan membeli makanan bayi yang telah siap diproses dalam tin, kerana ada kalanya anak saya yang berusia 3 tahun ini agak sukar untukdilayan selerenya. Selalunya saya memesan kepada pengasuh anak saya (pelajar yang sedang bercuti) untuk memberikan makanan itu kepada anak saya. Bagaimana saya memastikan anak saya mendapat cukup serat dalam makanan bagi mengelakkan dia mendapat sembelit?. Mohon pencerahan”. Wa alaikum mus salam. Ramai kanak-kanak yang tidak makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, malah mempunyai lemak yang agak tinggi dalam …
Read More »Memberi susu botol pada bayi sebelum tidur
“Salam doctor. Saya banyak kejadian tersedak susu berlaku di kalangan kanak-kanak dan bayi. Saya ingin bertanya, bahayakah kalau kita membiarkan anak kita minum sendiri dalam botol susu. Kadang kala saya tertidur ketika menemankan anak saya yang berumur setahun ketika dia menyusu botol sebelum tidur di atas katil. Mohon pencerahan” Wa alaikum mus salam. Memberi bayi puan susu dalam botol ketika dia berada di dalam katil, telah menjadi amalan ramai ibu dan pengasuh ketika memujuk bayi mereka untuk tidur. Walau bagaimanapun , meninggalkan botol dalam mulut bayi ketika beliau hendak tidur, bukanlah amalan yang baik. Ia boleh menyebabkan bayi puan mengalami …
Read More »Bengkakan Payudara
Assalamualaikum doktor… Saya hendak bertanya mengenai permasalahan breast lump yg telah saya alami selama 1@2 tahun.Saya perasan timbulnya biji sebesar guli selepas saya memakan “thanyaporn breast enlargement” pada tahun 2012.Saya amat takut untuk bertemu dengan doktor di Brunei. Adakah dengan memakan EKF lumps tersebut akan mengecut? Untuk pengetauhan doktor,saya telah memakan EKF selama 10 hari secara teratur. Saya ingin mengambil suplement ini secara berterusan tanpa perlu membuat sebarang pembedahan.Adakah doktor ada saranan lain? Terima kasih di atas maklum balas yang doktor beri. Wa alaikum mus salam. Berdasarkan pada cerita puan, saya yakin ia bukanlah ketumbuhan yang disebabkan oleh kanser payudara …
Read More »Sukar Hamil akibat Azoospremia?
“Salam doc, Saya dan suami pernah berjumpa dengan doctor dan dia mengatakan yang suami saya mengalami azoospermia akibat kecacatan sejak kecil yang mana tidak mempunyai kilang penghasilan hormon lelaki. Betulkah telahan doctor itu? Sebab saya pernah hamil 2 kali tetapi keguguran pada minggu ke7 kehamilan. Mohon pencerahan”. Wa alaikum mus salam. Jika puan pernah hamil dalam waktu terdekat, bermakna suami puan dan puan kedua-duanya tidak mempunyai masalah untuk hamil semula. Ini juga bermakna suami puan tidak mengalami masalah kilang hormone lelaki dan tidak mempunyai masalah sperma yang teruk. Cuma janin yang telah disenyawakan tidak dapat hidup lama kerana kualiti …
Read More »Steroid dalam Ubat Herba
“Salam doctor, saya pesakit gout dan sedang mengamalkan ubat herba. Sangat mujarab dan sakit saya telah hilang sepenuhnya. Cuma saya perasan berat saya bertambah. Adakah ubat herba seperti ini boleh diamalkan dan berkesan untuk penyakit gout saya?” Wa alaikum mus salam. Saya percaya “ubat herba”yang diamalkan oleh saudara mengandungi steroid. Pihak berkuasa telah banyak melakukan serbuan dan rampasan ubat yang mengandungi steroid berbahaya. Kebanyakan ubat ini dijual untuk merawat sakit sendi. Biar pun rampasan demi rampasan dilakukan, namun masih banyak ubat-ubat yang dijual semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pembuat ubat ini selalunya berselindung atas nama ubatan herba semulajadi …
Read More »Haid tak datang selepas gunakan Postinor
“Assalammualaikum doctor. Saya ingin bertanya. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Minggu lepas saya ada melakukan hubungan intim bersama suami saya, dan disebabkan kami berada jarak jauh, saya merancang menggunakan postinor 2 tuk mngelakkan hamil. Masalah saya kenapa saya masih belum dating hai, sedangkn saya dah mengambil kedua2 biji seperti yang di sarankan. Seseblum ini saya tiadak ada masalah apabila ambil postinor. Mohon pencerahan” Wa alaikum mus salam. Semua ubat-ubatan pencegah kehamilan mempunyai kesan sampingan. Paling biasa kesan sampingan adalah kecil, namun ada beberapa kesan sampingan yang boleh menjadi lebih serius. Saya harap puan …
Read More »Bayi mati akibat mandi air sejuk
“Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak. Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi. …
Read More »Simpan susu formula dalam peti sejuk
“Doktor, anak saya selalu tidak menghabiskan susu Isomil yang saya berikan. Memandangkan susu itu agak mahal, bolehkah saya menyimpan dalam peti sejuk, dan berapa lama ia boleh disimpan?” Wa alaikum mus salam. Setelah puan membancuh susu formula, jangan biarkan ia berada pada suhu bilik untuk lebih dari sejam. Ini kerana dibimbangi susu itu akan membiakkan bakteria di dalamnya. Jadi jika bayi puan tidak mahukan lagi sus botol, buangkan saja bakinya jika sudah melebihi sejam pada suhu bilik. Oleh itu, saya mencadangkan puan membancuh susu formula setiap kali waktu penyusuan dan bukannya membancuh susu …
Read More »Bayi hanya berak sebulan sekali
“Salam doctor. Anak saya berumur dua tahun mengalami sembelit yang teruk sejak dilahirkan. Dia hanya sembuang air besar hanya sebulan sekali, sehinggakan perutnya kembung dan tiada selera makan. Adakah ia normal. Mohon pencerahan.” Wa alaikum mus salam. Bayi dan kanak-kanak sesekali yang mengalami sembelit adalah normal. Sembelit disebabkan oleh pergerakan usus tidak normal dan berlaku secara perlahan. Ini menyebabkan hasil perkumuhan (najis) tidak dapat ditolak ke bahagian rectum dengan cepat dan najis menjadi lebih keras. Bayi dan kanak-kanak yang mengalami sembelit akan meneran kerana najis mereka keras dan sukar dikeluarkan. Oleh itu bayi yang tidak meneran walaupun mereka hanya membuang …
Read More »Implanon, Haid Tidak Menentu dan Sukar Solat
Assalamualaikum Dr Zubaidi , maaf menganggu doctor. Saya ingin bertnya. Saya menggunakan alat suntikan susuk perancang keluarga implanon. Semenjak memakainya , saya mengalami kitaran haid yang tidak menetu. Darah kekadang ada , kekadang tidak ada, kadang-kadang tengahari keluar, darah pekat sikit-sikit saja macam orang dah hari last haid. Bila malam tiada pulak, lepas 2-3jam darah itu ada semula. Bila tiada darah saya mandi hadas. Bila saya solat dank e bilik air, darah itu ada semula. Soalan saya macam mana saya nak solat? Saya keliru lah doctor. Mohon pencerahan. Wa alaikum mus salam. Salah satu dari kesan sampingan dari …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
