Ramai ibubapa yang berputus harap apabila melahirkan anak secara pramatang, dan bayi pula dilahirkan mempunyai berat yang kurang dari 1.0kg. Walaupun pada amnya, kebarangakalian untuk bayi sebegini untuk meneruskan kelangsung hidup agak rendah, namun sebenarnya mereka mempunyai peluang untuk terus hidup jika diberikan peluang dan dijaga dengan baik. Satu contoh yang menarik di mana seorang bayi, yang dipercayai paling kecil dilahirkan seberat hanya 0.25 kilogram dan setinggi ukuran telefon bimbit telah dilahirkan. Inilah tanda kebesaran ALLAH. “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran …
Read More »Tag Archives: sperma
Risiko alat pencegah hamil IUD dalam rahim
“Assalamu alaikum, doctor. Baru-baru ini seorang doctor telah mencadangkan kepada saya untuk menggunakan alat pencegah hamil, yang dimasukkan ke dalam rahim. Saya mendengar antara risiko yang boleh berlaku ialah kebocoran pada rahim. Saya sangat bimbang. Adakah alat ini selamat digunakan untuk jangkamasa panjang? Terima kasih doctor” Wa alaikum mus salam. Terdapat pelbagai jenis kaedah merancang keluarga yang puan boleh gunakan, dan kaedah-kaedah ini bergantung kepada kesesuaian pasangan suami isteri dan harus dibincangkan bersama dengan doctor keluarga. Ini bermakna kaedah perancang keluarga bagi satu pasangan, mungkin sesuai bagi satu pasangan, tetapi tidak sesuai untuk pasangan yang …
Read More »Pelembap penting untuk kulit eczema
“Salam doctor, saya mula mengalami penyakit kulit, iaitu kulit saya menjadi kering dan gatal pada lipatan siku dan lutut. Ia mula menjadi teruk apabila saya mengambil makanan laut dan telur. Doktor hanya memberikan kream kurangkan gatal. Adakah kream ini berkesan, doctor?” Wa alaikum mus salam. Saya percaya puan mungkin sedang mengalami penyakit eczema. Eczema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami radang dan kegatalan. Tiada ubat yang khas bagi merawat masalah ini. Hanya dengan meberikan penjagaan kulit yang baik akan membantu menyembuhkannya. Apabila kulit puan menjadi kering, masalah yang …
Read More »MENGHILANGKAN BATUK BERLENDIR PADA KANAK-KANAK
“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama. Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima. Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ubat di …
Read More »Ikat Peranakan boleh sebabkan menopause?
Assalamu’alaikum doc. Saya berusia 34 tahun dan mempunyai dua orang anak berusia 8 dan 5 tahun. Saya ingin bertanya mengenai kesihatan saya. Saya telah menjalani proses mengikat peranakan (BTL) pada tahun 2010 kerana mempunyai risiko ketika melahirkan anak. Sebelum ini saya mempunyai kitaran haid yg baik & teratur setiap bulan. Soalan saya: 1- apakah risiko apabila sesorang wanita melakukan BTL? Adakah ia akan menyebabkan sesorang cepat menapause? 2-Jadual kitaran haid saya sepatutnya 1hb Okt namun sehingga kini saya belum didatangi haid & tiada simptom didatangi haid biasa saya hadapi seperti senggugut, kembung perut atau sakit di bahagian pinggang. 3-Sejak akhir-akhir …
Read More »Makanan yang Tidak Baik Diambil ketika Menyusukan Bayi
Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu. Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi. Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang. Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan …
Read More »Lendiran kental dari kemaluan
Salam doctor, Saya telah mengamalkan EKF sejak bulan Januari 2013, dan menunjukkan perubahan positif. Kitaran haid saya lebih baik dan teratur. Saya mempunyai satu pertanyaan. Kali terakhir saya mengalami haid pada 15/5/2013. Soalan saya ialah pada 1 dan 2 Jun saya mendapati ada lendir yang kental dan panjang keluar dari faraj saya bersama dengan sejalur darah warna pink dan kemudiaannya coklat. Ia hanya berlaku selama 2 hari saja. Setelah sebulan berlaku, pada 9.6.2013, perkara yang sama berlaku semula. Soalan saya adakah keadaan itu merbahaya kepada saya? Saya belum lagi pergi ke klinik untuk pemeriksaan.. Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum …
Read More »Perokok Boleh Menyebabkan Anak Lelakinya Mandul
“Doktor mengapa saya mengalami masalah kesuburan?” seorang rakan FB menulis mesej dalam ruangan chatting di facebook. “Masalah yang bagaimana ..?” “Saya telah berkahwin selama lima tahun, belum lagi mendapat cahaya mata. Baru-baru ini saya buat pemeriksaan airmani bagi mengetahui sama ada punca masalah ini, adakah berpunca dari saya..” “Saya terkejut apabila saya diberitahu bahawa air mani saya tidak berkualiti. Saya buat pemeriksaan semula dan mendapati hal yang sama..” “Hasil pemeriksaan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang sperma dan tiada sperma aktif. Jumlah sperma yang diukur cuma 13 juta/ml, malah tiada jumlah sperma aktif dan 25 peratus sperma bergerak perlahan..” (saya ada …
Read More »Bolehkah lelaki yang mempunyai sperma yang cacat mempunyai anak?
Semakin saya dedahkan permasalaah ketidaksuburan yang dihadapi oleh para lelaki dalam FB, semakin rami pula yang bertanya. Pada saya ini adalah perkembangan yang baik kerana lelaki mula memberikan perhatian terhadap masalah yang mereka hadapi. Selama ini hanya sebilangan kecil lelaki yang ambil peduli tentang masalah ‘sukar mendapat anak’ dan sering menyalahkan pihak perempuan dalam hal ini. Padahal hal mendapat anak ini memerlukan usaha suami dan isteri. Ada seorang lelaki yang bertanya kepada saya, “apakah rawatan yang terbaik untuk lelaki yang mempunyai sperma yang cacat..” Saya agak keliru apabila beliau menggunakan istilah ‘’cacat”. Rupanya doctor yang merawat beliau yang memberikan istilah …
Read More »Panduan untuk hamil selepas usia 35 tahun
Lelaki dan wanita yang baru mendapat jodoh dan merancang untuk mendapatkan zuriat, mereka harus melakukan lebih banyak usaha. Ini kerana tahap kesuburan mereka semakin menurun dan memerlukan lebih banyak suplemen untuk mengekalkan kesuburan mereka. Kesuburan yang rendah akan menyebabkan kehamilan semakin sukar dan mengambil lebih banyak masa. Ramai pasangan yang sudah berumur 35 tahun ke atas yang berputus harap. Padahal kebanyakan mereka masih berpeluang untuk menimang cahaya mata sendiri asalkan terus berusaha dan berdoa kepada ALLAH. Dalam Al Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas. “Atau Ia (ALLAH) mengurniakan mereka kedua-duanya, anak-anak lelaki dan perempuan, dan …
Read More »Sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak
“Doktor, anak saya sudah tidak buang air besar semenjak semalam. Saya risaulah..” Itu adalah pertanyaan yang sering saya terima sama ada ketika bekerja di klinik, atau menjawab soalan-soalan di facebook. Saya sering memberitahu ibubapa bahawa sembelit bukanlah penyakit, dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak buang air besar. Malah kalau tiga hari sekali masih dikira normal jika tiada tanda-tanda bayi atau kanak-kanak itu mengalami sembelit. Antara tanda-tanda itu ialah bayi atau kanak-kanak itu menangis dan menunjuk rasa resah atau tidak selesa ketika membuang besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa sakit atau mereka kelihatan meneran …
Read More »Pilih waktu subur
Soalan: “Saya baru sahaja mendirikan rumah tangga sebulan yang lepas. Kami sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata. Tetapi setiap kali bersama saya mendapati air mani suami saya meleleh keluar walaupun saya tidak bergerak. Apabila saya bangun tidur keesokan harinya, saya dapati kain saya terdapat tompokan air mani. Apabila saya membuang air kecil juga, air mani akan meleleh keluar. Saya juga telah meletakkan bantal di bawah punggung ketika bersama. Peluang untuk saya hamil akan tipis sekiranya air mani suami selalu tumpah. Adakah keadaan ini menganggu usaha kami untuk mendapatkan zuriat?” Tahniah kepada puan dan Selamat Pengantin Baru! Insya …
Read More »Kesan Positif Kacip Fatimah terhadap PCOS
“ Saya sudah mendirikan rumahtangga selama 8 bulan. Baru-baru ini saya disahkan mengidap policycstic ovarian disease pd kedua-dua belah ovary. Bolehkah saya dirawat?” Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) adalah penyakit hormon melibat sistem reproduktif wanita, kerap berlaku di kalangan wanita ketika masih berada dalam umur kesuburan mereka. Punca sebenarnya PCOS masih lagi tidak jelas, namun ramai pakar perubatan memberitahu bahawa penyakit PCOS ini berkaitan dengan penyakit keturunan yang bermula dari masalah genetic. (x-linked dominant). (Lihat: Clinical gynecologic endocrinology and infertility Speroff L, Fritz MA. 7th ed. Philadelphia: Lippincott Williams and Wilkins; 2004. pp. 470–83). Bagaimana diagnose PCOS diberikan …
Read More »Pendarahan di awal kehamilan dan Keguguran
As salam dr…. sy ada sedikit masalah. bln ini sy lewat haid seminggu dan telah berjumpa doktor skit puan. doktor telah buat utp dan ultrascan. hasilnya utp ade 2 line tp ultrasound msih xnmpk mgkin krn msih awal. esoknye, darah sprt haid keluar pula.. selepas habis haid, sye buat utp dan masih wujud 2 line itu. skrg sye selalu alami sakit ngilu pada rahim bila sye bergerak bnyk n bile angkat brg. boleh doktor bntu sye dlm hal ini? minta tlog sgt ye. terina kasih Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Mengikut kefahaman saya, puan telah disahkan hamil …
Read More »Lapisan Endometrium dalam Rahem Menebal
As salam mu alaikum doktor, saya baru melakukan proses D&C yang pertama pada 19/1/13 ketika usia kandungan 10 minggu. Namun begitu setelah 2 minggu darah masih keluar dan doctor telah melakukan D&C untuk kali ke 2 kerana doktor beritahu ada darah beku tidak keluar. Seminggu selepas itu saya datang untuk melakukan pemeriksaan ultrasound tapi doktor memberitahu bahawa rahem saya masih tebal. Apakah risiko yang akan saya hadapi dan bagaimana cara utk pulihkan rahim? Wa alaikum mus salam.. Saya tertanya-tanya berapa ketebalan lapisan endometrium dalam rahem yang puan maksudkan. Ini kerana ketebalan lapisan endometrium dalam rahem yang normal …
Read More »Merokok Jejas Kualiti Sperma
SAYA dan isteri berusia 27 tahun dan kami berkahwin hampir dua tahun. Sehingga kini isteri belum hamil. Hasil pemeriksaan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang sperma dan tiada sperma aktif. Jumlah sperma yang diukur cuma 13 juta/ml, malah tiada jumlah sperma aktif dan 25 peratus sperma bergerak perlahan. Bolehkah masalah saya diubati kerana kami mahu cahaya mata dan latar belakang keluarga tiada masalah. Saya pernah kemalangan pada 2007 yang mengakibatkan tulang belakang terakhir di bahagian punggung mengalami keretakan. Saya juga kuat merokok sekitar 20 batang sehari. Kerja seharian saya banyak dihabiskan di dalam kereta dan pejabat dan saya juga selalu tidur …
Read More »Ubat Zyrtec dan Kehamilan
“Assalamu alaikum doktor. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Saya sedang hamil 20 minggu dan mengalami selsema yg teruk. Bolehkah saya ambil zyrtex (clarityne) dan berapa dos yang sesuai?” Wa alaikum mus salam. Terima kasih kerana bertanya dan saya berpendapat eloklah penerangan saya dikongsikan agar dapat dimanfatakan oleh ramai wanita-wanita hamil yang mengalami masalah yang sama. Zyrtec® (cetirizine hydrochloride) adalah ubat antihistamine yang biasa digunakan dan telah disahkan berkesan untuk merawat masalah alahan termasuk selsema. Ia dijual di farmasi tanpa preskripsi doctor. Saya selalu dikunjungi oleh wanita hamil yang mengalami masalah alahan dan selsema. Wanita yang hamil lebih …
Read More »Antibiotik bukan ubat wajib bagi demam dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak
Demam, batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah adalah hal yang kerap berlaku. Hampir satu pertiga pesakit yang datang ke Pusat Kesihatan di tempat saya bekerja, kebanyakan kanak-kanak dan bayi yang dibawa oleh ibubapa mereka untuk masalah yang sama. “Doktor sebelum ini tidak memberikan antibiotik, jadi anak saya sudah seminggu demam” Itulah antara keluhan yang biasa saya dengar. Telah menjadi amalan saya untuk tidak memberikan ubat yang banyak untuk merawat kanak-kanak kecuali ubat yang saya fikirkan perlu. Namun ada kalanya saya agak terkilan dengan desakan ibubapa yang mahukan antibiotik untuk anak mereka yang demam dan selsema. …
Read More »‘Hanya nampak kantung’ saja…
“HANYA NAMPAK KANTUNG SAJA…” “Salam doctor. Mengikut perkiraan saya, last period saya adalah pada 19.09.2012. Pada 04.11.2012 saya melakukan pemeriksaan ultrasound dan didapati saya hamil 8 minggu lebih. Doktor memberitahu bahawa ‘hanya nampak kantung saja’, tetapi janin masih belum nampak. Kemudian saya lakukan semula pemeriksaan sama pada 14.11.2012 dan menunjukkan saya hamil 5 minggu lebih dan doctor masih mengatakan bahawa ‘hanya nampak kantung sahaja’. Pada 20.112012 saya mendaftar kehamilan di klinik kerajaan dan doktor juga membuat scan. Doktor mengatakan usia kehamilan saya 6 minggu lebih dan jawapan yang doktor berikan adalah sama, iaitu ‘hanya nampak kantung saja’ seperti …
Read More »Dusphaton dan Keguguran
“As salamu alaikum doktor. Saya baru keguguran 19 hari lepas Saya ingin bertanya adakah pil dupasthon boleh menyebabkan keguguran. Untuk makluman doktor, ketika kehamilan saya berusia 5 minggu, saya disahkan dan dirawat sebagai ”threatened abortion” dan semasa hamil kali ke dua, saya masih menyusukan anak pertama. Adakah rahim saya tidak kuat ? Mohon penjelasan doktor. Terima kasih.” Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan simpati terhadap takdir yang dialami oleh puan, dan saya berdoa agar ALLAH memberikan yang terbaik untuk puan. Saya ada menulis mengenai keguguran ini dan mengharapkan puan dapat membacanya di https://drzubaidi.com/blog/?p=1083. …
Read More »Clomid dan ketidaksuburan lelaki
Assalam mu alaikum doktor, saya ingin bertanya adakah clomid hanya boleh digunakan untuk kaum wanita sahaja? Ini kerana sebelum ini, saya dan suami isteri ada membuat pemeriksaan kesuburan dan mendapati bahawa resultnya suami saya mempunyai kekurangan sperma. Doktor menncadangkan suami saya mengambil ubat clomid selama 6 mnggu. Bila saya pergi ke farmasi, ahli farmasi itu memberitahu bahwa clomid hanya untuk wanita. Sekarang saya keliru. Wa alaikum mus salam. Saya doakan puan bersabar dengan ujian yang diberikan dan tetap terus mencari kesembuhan. Untuk pengetahuan puan, Clomid biasanya diberikan kepada wanita yang mengalami ketidaksuburan. Ini kerana clomid akan menggalakkan pengeluaran …
Read More »Mengapa Haids Tidak Menentu selepas Melahirkan atau Keguguran?
As salam mu alaikum doctor, pada tahun lepas saya lewat kedatangan haids selama sebulan lebih dan apabila saya buat UPT, result negatif. Pada masa yang sama mengalami rasa rasa sakit seperti senggugut dan tidak lama kemudian darah keluar secara sedikit-sedikit, sehingga saya disahkan mengalami keguguran. Selepas itu haids saya kembali teratur tetapi baru-baru ini ia menjadi tidak teratur. Saya mula haids pada 4/8/2012 hingga 16/09/2012 (selama 44 hari) dan kemudian pada 17/09/2012 sehingga 20/10/2012 saya masih belum haids. Saya telah melakukan ujian UPT tetapi negative. Adakah saya hamil? Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat …
Read More »Manfaat tidur tengah hari
Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis …
Read More »NUTRIEN Q10 UNTUK JANTUNG
Soalan: Saya berusia 40-an dan mengambil koenzim Q10 atas saranan ahli farmasi untuk menangani kelesuan. Malah, saya juga mendapat tahu beberapa rakan mengambil koenzim Q10 atau pernah disarankan pengambilannya kerana mereka sedang mengambil anti kolesterol. Adakah nutrien ini memberi manfaat yang besar kepada kesihatan jantung? Jawapan: Koenzim Q10 boleh didapati dalam semua bahagian tubuh. Bahan yang menyamai vitamin ini merupakan anti oksida dan menjadi komponen penting kepada beberapa aktiviti berkaitan metabolisme tenaga. Koenzim Q10 banyak dijumpai dalam mitokondria, di mana beberapa siri reaksi biokimia mengambil tempat serta pembentukan tenaga yang diperlukan untuk menyokong kehidupan. Namun, koenzim Q10 paling banyak …
Read More »Nenas boleh Sebabkan Keguguran?
“Doktor, benarkah makan nenas ketika hamil boleh menyebabkan keguguran?” Saya diam. Hal ini tidak diajar semasa kuliah O&G semasa saya berada di universiti dulu. Jadi saya biarkan persoalan ini, sehingga saya mendapat jawapan yang sahih dari rakan-rakan yang telah menjadi pakar sakit puan dan perbidanan. “Menurut kata orang tua, nenas ini tajam dan boleh menyebabkan keguguran” sambung wanita itu lagi. Saya mengangguk-angguk kepala sebagai tanda menghargai pandangan beliau. Tidak ramai doktor yang sedar bahawa terdapat beberapa kes di mana wanita yang hamil memakan nenas dan mengalami keguguran. Adakah ini satu fakta atau satu kebetulan? Saya mendapati tidak banyak kajian saintifik …
Read More »Mengapa Saya Rasa Seperti Hamil Tetapi Ujian UPT Negatif?
Saya menerima banyak pertanyaan melalui inbox di FB dari ramai wanita yang keliru mengenai perasaan mereka yang seperti sedang hamil. Ini kerana mereka tidak mengalami haid untuk beberapa minggu, tetapi apabila ujian air kencing UPT dilakukan, mereka mendapati ia negatif (mereka tidak hamil). Saya memahami perasaan mereka yang sangat berharap untuk hamil, namun belum lagi diberikan rezeki untuk hamil. Banyak berdoa dan teruskanlah usaha, semoga doa dimakbulkan Allah. Perasaan untuk hamil setelah mencuba beberapa tahun mencuba bukanlah perasaan yang boleh diabaikan. Ramai yang menyatakan kesedihan kepada saya apabila setelah lama berikhtiar, pada saat darah haids tidak datang pada waktu yang …
Read More »Prenatal Vitamin Mana Yang Perlu Dibeli?
Ramai wanita hamil yang agak keliru tentang penggunaan multivatimin yang perlu diambil sepanjang kehamilan. Di pasaran terdapat pelbagai produk yang memberikan pelbagai pilihan kepada mereka. Saya sendiri tidak pernah mengesyorkan mana-mana jenama. Mereka boleh memilih apa saja jenama asalkan ia mengandungi vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan wanita hamil. Bekalan tambahan (suplemen) vitamin untuk wanita hamil dinamakan Prenatal Vitamin. Ia berlainan dengan mana-mana suplemen vitamin yang biasa untuk orang dewasa yang tidak hamil, kerana dosnya berbeza. Suplemen ini boleh didapati dari beberapa pil yang berlainan atau dalam satu set multivitamin yang diformulakan khas untuk wanita hamil. Pengambilan suplemen prenatal vitamin …
Read More »Hormone Progestrone dan Kesuburan
Saya amat menginsafi bahawa Allah amat berkuasa terhadap diri dan nasib kita. Walaupun semasa bertunang kita mungkin merancang untuk mempunyai anak yang ramai, namun perancangan Allah lebih tepat. Sudah tentu perancangaNYA lebih baik jika kita dapat menyingkap tabir hikmah yang tersembunyi. Seorang rakan FB bertanya pada saya. “Apa punca saya sering mengalami keguguran di awal kehamilan, doktor? Ini masuk kehamilan yang ke empat. Baru masuk 8 minggu. Semua kehamilan saya sebelum ini keguguran. Saya takut ia berulang kembali” Begitu juga seorang lagi. “Saya mengalami masalah kesuburan. Doktor pakar yang memeriksa memberitahu bahawa saya mengalami masalah hormone progesterone yang rendah. Apakah …
Read More »PENAMBAHAN BERAT BADAN KETIKA HAMIL
Saya sangat risau apabila seorang wanita yang hamil, mahu mengekalkan berat badannya supaya sentiasa kelihatan cantik. Saya faham kehendak ini, namun semasa proses kehamilan, adalah mustahil bagi seorang wanita untuk mengekalkan berat badannya. Penambahan berat pasti berlaku. Jika tidak mencapai berat yang sesuai, doktor dan jururawat tentu akan cemas dan menasihati agar memakan lebih banyak makanan yang mengandungi kalori yang tinggi. “Doktor, saya hamil untuk kali pertama. Saya membuat pemeriksaan kehamilan di salah sebuah klinik awam di bandar tempat saya tinggal. Jururawat di situ memberitahu saya tidak mempunyai penambahan berat badan yang cukup. Apakah yang dimaksudkan oleh jururawat yang bertugas. …
Read More »Perlukah Henti Penyusuan Anak Apabila Hamil Semula?
“Hamil lagi..??!!” “Ish abang ni. Macam tak percaya pulak. Yang buat saya mengandung adalah abang. Abang jangan buat-buat tak percaya pulak”. Saya nak tergelak mendengar perdebatan suami-isteri itu. “Doktor, macam mana ni, anak saya baru masuk umur satu tahun. Masih lagi menyusu badan.” keluh si isteri. “Maaf puan, saya tak buat pengguguran bayi. Saya takut dosa. Lagi pun perkara ini sepatutnya boleh dielakkan kalau puan dan suami merancang. Lainlah kalau kehamilan puan mengancam nyawa..” “Habis macam mana doctor?” “Teruskan saja kehamilan ini. Jika puan rasa berat untuk membesarkannya kerana tekanan ekonomi, saya boleh bantu dengan mencari ibu bapa angkat untuk …
Read More »Kegemukan Suami dan Kesuburannya
Saya masih teringat peristiwa seorang kanak-kanak yang agak montel, menjerit-jerit ketika dikhatankan. Saya dan pembantu bersusah payah dalam usaha melakukannya. Apa tidaknya, tidak ubah seperti mahu menyembelih seekor kambing. Pembantu saya memegang tangan. Bapanya memegang peha agar punggungnya tetap di atas katil, sementara seorang rakan bapanya menekan dada budak itu agar tidak bergerak. Lima orang sedang ‘bergelut’ di bilik yang kecil, menyebabkan kesemua kami berpeluh. Lolongan dan teriakan budak tadi akhirnya berakhir setelah saya menyempurnakan tugas itu dengan kepayahan dan mengambil masa sejam. Bapanya berjabat tangan dan mengucapkan terima kasih. “Sebelum ini dah lima kali saya ke klinik, semua doktor menolaknya. Terima kasihlah doktor kerana …
Read More »Penjagaan Gigi Semasa Hamil
“Doktor, saya sedang hamil. Saya mendengar dari kawan-kawan, bahawa pemeriksaan gigi tidak boleh dilakukan semasa hamil. Saya bimbang dengan ubat bius dan ubat penahan sakit yang diberikan. Harap doktor dapat memberikan komen” Saya sering mendapat pertanyaan-pertanyaan sebegini. Banyak informasi yang salah dan ada kalanya mengelirukan kerana mendengar kata kawan-kawan. Saya cuba menjernihkan kekeliruan ini dengan memberikan penerangan dalam blog ini, semoga ianya bermanfaat. Ramai wanita yang hamil mempunyai masalah gusi dan gigi kerana gusi mereka mudah menjadi bengkak, mudah berdarah dan makanan yang dimakan mudah terselit di antara gigi dan gusi. Ini semua disebabkan oleh perubahan hormon ketika hamil. Oleh …
Read More »Merawat Baki Tali Pusat Bayi Anda
“Pagi ini saya sungguh dukacita melihat seorang bayi yang mengalami jangkitan kuman di pusatnya. Ini disebabkan bayi itu seperti tidak dipedulikan dan tidak dijaga baki talipusat yang telah dipotong. Pusatnya bernanah, berbau dan bengkak. Demam dan tidak bermaya. Layakkah seorang ibu atau bapa minta dilayan sebaiknya oleh si anak apabila mereka sudah tua dan uzur nanti?” Itulah ayat pembuka yang saya letakkan di dinding FB saya pada 13 Mac 2011. Ia telah mengundang pelbagai komen. Tali pusat (umbilical cord) adalah struktur penting dalam hubungan fizikal antara anak dan ibunya. Seorang anak menerima nutrien dan oksigen melalui uri (placenta) yang terlekat …
Read More »Sperma dan Ejakulasi Pramatang (PE)
Hari ini klinik FB saya ditanya oleh seorang rakan FB lelaki berkenaan masalah hubungan kelamin. Mungkin ada yang memandang perkara ini sebagai isu ringan. Pada saya sebagai lelaki, ianya amat sensitif dan melibat ’harga diri’ seseorang lelaki. Masalah ejakulasi pramatang (Premature Ejaculation/PE) adalah antara yang dihadapi oleh lelaki. Dianggarkan sebanyak 25-30% lelaki mengalami PE. Ia boleh berlaku pada mana-mana umur. Ada yang mengalaminya sejak mula berkahwin dan ada pula yang mengalaminya selepas beberapa tahun berkahwin walaupun sebelum itu beliau tidak menghadapi apa-apa masalah. Namun apa yang hendak saya bincangkan kali ini adalah masalah PE dan kaitannya dengan ketidaksuburan lelaki. …
Read More »Kegatalan Kulit Semasa Hamil
Saya merasa kasihan pada ibu yang hamil apabila mereka mengalami alahan teruk ketika hamil. Ada kalanya kulit mereka menjadi kering, beruam merah dan adakalanya terdapat bekas-bekas cakaran dan garu akibat kegatalan yang mengganggu. Ramai juga yang berasa agak bimbang untuk memakan ubat yang diberikan kerana sayangkan kesihatan anak yang dikandung. ”Teruk dugaan saya pada kehamilan yang lalu. Kulit saya tumbuh biji-biji gatal. Sepanjang malam saya menggarunya” keluh seorang wanita yang hamil. ”Saya sudah kurangkan makan seafood, kacang dan telur.Tapi masih lagi gatal, doc” Bagi yang menghidap masalah alahan kulit, tentu keadaan mereka menjadi bertambah teruk. Rajin-rajinlah menyapu …
Read More »Bila Masa Sesuai untuk Mendapat Anak Kedua?
Semenjak balik dari kursus keibubapaan yang diadakan baru-baru ini, saya berasa berkobar-kobar untuk berkongsi input-input yang boleh memperkasakan kita sebagai ibubapa. Sebelum ini saya mendengar frasa “membesarkan keluarga, meramaikan umat, memperbanyakkan zuriat”…dan pelbagai retorik lagi yang disebut-sebut oleh penceramah lelaki. Apabila saya memandang pada realiti masyarakat, saya mendapati bahawa ianya suatu yang ‘indah khabar dari rupa’. Terlalu ramai anak-anak Islam yang tidak dibentuk menjadi tunjang kekuatan Islam malahan ramai pula yang menjadi sampah masyarakat. Saya tidak pasti sama ada semua ini adalah laungan keegoaan lelaki untuk membuktikan ‘kejantanan’ mereka atau mengikuti sunnah? Apakah selama ini Islam mengajar kita agar mementingkan …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
