KUKU JARI BERLEKUK “Salam doctor. Saya seorang wanita berusia 35 tahun, dan masalah saya ialah saya perasan kuku jari saya berlekuk-lekuk, dan kuku saya semakin menebal. Saya tidak pernah menggunakan sebarang pewarna kuku sebelum ini. Saya juga perasaan terdapat ‘kerakan’ berwarna putih pada kulit kepala dan siku saya semenjak setahun yang lepas. Mohon pendapat doctor. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya percaya pun mula mengalami penyakit “psoriasis” iaitu sejenis gangguan kulit dan kuku. Penyakit psoriasis ini tidak berjangkit kepada orang lain. Ia berpunca dari kombinasi factor genetic, hypersensitive dan factor sekeliling. Penyakit ini selalunya diwarisi dalam keluarga. Jika seseorang …
Read More »Tag Archives: pengsan
PUNCA PENDARAHAN KETIKA HAMIL
“Salam doctor, isteri saya sedang hamil. Beliau mengadu ada sedikit pendarahan berlaku. Adakah ianya berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya sukar menjawab soalan yang sauadara kemukakan kerana saya tidak mendapat keterangan dengan lebih lanjut. Pendarahan ketika hamil, selalunya menandakan ada sesuatu yang tidak baik berlaku ketika hamil. Namun punca pendarahan itu bergantung kepada usia kehamilan dan pemeriksaan yang dijalankan. Jika pendarahan berlaku di awal kehamilan, berkemungkinan disebabkan oleh “Pendarahan Implantasi”, di mana pendarahan berlaku apabila telur wanita ovum yang telah disenyawakan dengan sperma, bergerak menuju ke rahem dan menanamkan dirinya ke …
Read More »JANGKITAN HEPATITIS B KETIKA HAMIL
“Salam, doctor. Saya hamil anak pertama dan doctor telah mengesahkan bahawa saya telah mengalami jangkitan Hepatitis B. Saya agak risau dan bingung kerana sepanjang pengetahuan saya, penyakit Hepatitis B hanya berjangkit melalui hubungan kelamin. Bagaimana saya boleh dijangkiti penyakit ini sedangkan suami saya telah melakukan pemeriksaan darah dan disahkan negative. Bagaimana pula dengan anak saya dalam kandungan? Adakah ia boleh diubati dengan ubat-ubatan tradisional? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Saya bersimpati dengan puan. Namun puan bukanlah berseorangan. Menurut statistic, dianggarkan seramai 1.3 juta penduduk Malaysia dijangkiti kuman Hepatitis B. Ramai pesakit pulih setelah diberikan …
Read More »WANITA BERHALKUM
“Salam Dr., adakah normal untuk wanita mempunyai benjolan di leher (menyerupai halkum lelaki)? Adakah ini mempengaruhi tahap kesuburan wanita tersebut? Ciri-ciri lain seperti berbulu lebat seperti lelaki. Walaubagaimanapun, suara, haid, dan bentuk tubuh adalah seperti wanita normal yang lain. Mohon pencerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Benjolan di leher tidak semestinya halkum, tetapi ia boleh jadi beberapa masalah yang lain antaranya Thyroglossal cyst, kelenjar thyroid yang membesar, dan beberapa masalah yang lain. Oleh itu pemeriksaan yang teliti harus dilakukan. Jika benar ia adalah halkum, puan tidak perlu risau. Halkum terbentuk apabila tulang rawan thyroid yang …
Read More »PENDARAHAN DARAH MERAH SEMASA PANTANG
“Salam doctor, saya berumur 24tahun, bersalin normal kelahiran pertama dan sekarang saya berpantang pada hari ke 39. Jahitan semakin baik semasa pemeriksaan hari ke 32. Pada tempoh awal berpantang saya sembelit dan hanya dapat buang air besar selepas hari ke 20. Darah nifas saya pada ketika itu sudah berkurangan dan berwarna kelabu coklat. Pada hari ke 37, saya terpaksa keluar rumah atas urusan yang tak dapat dielakkan, dalam cuaca hujan serta memerlukan saya berjalan kesana ke mari. Keesokan harinya (hari ke38) darah nifas saya kembali banyak dan merah serta terdapat sedikit ketulan-ketulan kecil tompokan darah. Selepas 2 jam tuala wanita …
Read More »Wanita yang pernah keguguran boleh mendapat sakit jantung
KEMATIAN BAYI DALAM RAHEM DAN KEGUGURAN BERKAITAN DENGAN PENYAKIT JANTUNG PADA MASA HADAPAN Wanita yang pernah mengalami beberapa kali keguguran (miscarriage) dan kematian bayi dalam rahem (stillbirth) adalah penanda bagi wanita itu mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung pada masa hadapan. Kajian ini telah diterbitkan dalam journal perubatan terkenal, Annals of Family Medicine. Dalam kajian itu mereka mendapat risiko untuk mendapat penyakit jantung (coronary heart disease) adalah 27% lebih tinggi bagi wanita yang pernah mengalami keguguran atau kematian bayi dalam rahem berbanding dengan wanita yang tidak pernah mengalaminya. Mereka juga mendapat sebanyak banyak …
Read More »TEKANAN DARAH TINGGI KETIKA HAMIL
“Salam doctor. Saya berumur 25 tahun dan hamil 24 minggu. Baru-baru saya menjalani pemeriksaan di Pusat Kesihatan Ibu dan Anak. Saya disyaki mempunyai darah tinggi. Bacaan tekanan darah saya ialah 150/90. Saya tidak pernah mnghidap penyakit ini sebelumnya. Cuma ibu dan bapa saya memang kedua-duanya pesakit darah tinggi dalam rawatan. Saya ingin bertanya, apakah punca penyakit darah tinggi dialami oleh wanita hamil? Mohon nasihat doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Seorang wanita didiagnosakan sebagai mempunyai penyakit darah tinggi ketika hamil (Pregnancy Induced Hypertension) apabila bacaan tekanan darahnya melebihi 140/90 atau bacaan diastoliknya saja yang melebihi 90 mmHg. Bacaan ini …
Read More »TEKANAN DARAH RENDAH KETIKA HAMIL
Salam doktor, saya seorang ibu muda berusia 19 tahun. Saya mempunyai persoalan yang memerlukan kepastian. Saya kini sedang hamil dan semenjak hamil, tekanan darah saya semakin turun. Tekanan darah normal saya adalah 110/70 dan 110/60, tetapi telah mencecah kepada 90/53 dan kini 90/40. Adakah keadaan ini membahaya atau petanda yang tidak baik? Malahan, berat saya juga menurun sebanyak 3.7 kg. dalam masa tujuh minggu. Saya pernah pitam dan menjadi seram sejuk dengan tiba-tiba. Saya juga selalu hampir pitam apabila ingin berdiri ketika sedang duduk atau baring. Keadaan ini kerap berlaku. Mohon keterangan lanjut daripada yang pakar. Segala maklum balas, saya …
Read More »UPT kabur, bagaimana nak pastikan saya hamil
” Asalam doktor..saya ada buat upt siang hari tadi..result nye line yg ke dua tu kabur..lepas tu malam tadi saya tengok balik pregnancy test tu line ke dua nampak terang..saya pregnant ke doktor? Mohon pencerahan dan terima kasih.. “ WA ALAIKUM MUS SALAM Mungkin puan melakukan ujian UPT terlalu awal. Cara terbaik melakukan UPT adalah pada waktu pagi setelah tidak datang haid 6 minggu dari tarikh hari pertama kitaran haid yang lepas atau dua minggu selepas tarikh sepatutnya haid. Jika puan masih lagi tidak pasti, boleh lakukan: 1. Tunggu lagi dua minggu dan uji UPT semula. 2. …
Read More »Punca Sakit Belakang Ketika Hamil
“Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat. Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar. Bagi mengimbangkan pusat gravity itu, selalunya puan akan menukarkan …
Read More »Jangan mendengar kata-kata negatif orang sekeliling
Saya bukan dari keluarga yang berada atau terpelajar. Ibubapa saya hanya lulus darjah enam dan ayah saya terpaksa bertungkus lumus bekerja sebagai pemandu kren di sebuah kilang di Singapura untuk membesarkan lima orang adik beradik saya. Kami tinggal di kawasan setinggan berdekatan dengan bandar Johor Bahru. (Alhamdulilah sekarang telah mendapat geran tanah dari kerajaan negeri) Banyak cerita suka duka ketika saya menuntut ilmu. Saya ingin berkongsi cerita yang saya dengar dari guru saya. Mungkin cerita ini bermanfaat pada adik-adik yang masih belajar dan pada sesiapa saja yang masih mengejar impian mereka. Cerita ini biasa didengar dan saya ingin mengulang bercerita …
Read More »Ubat Penahan Sakit yang lebih selamat
“Salam doctor. Saya telah didiagnosakan sebagai pesakit Peptic Ulcer Disease. Malangnya saya juga pesakit sendi arthritis yang memerlukan ubat penahan sakit. Saya mendapat tahu ubat-ubat penahan sakit yang baru seperti Arcoxia sesuai untuk saya. Boleh doctor berikan pencerahan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Ubat-ubat tahan sakit (painkiller) yang selalu diberikan oleh doctor dikategorikan sebagai “NSAIDs”, iaitu non steroidal anti inflammatory drugs atau ubat yang merawat keradangan yang bukan jenis steroids. Apabila badan kita mengalami kecederaan sama ada kecederaan fizikal dari luar seperti terseliuh, atau kecederaan dalaman seperti jangkitan kuman, badan kita akan mengalami keradangan. Ketika …
Read More »DOS PARACETAMOL YANG SELAMAT
“Salam doctor, apakah dos paracetamol yang selamat digunakan. Bagaimana paracetamol boleh menyebabkan keracunan? Mohon penjelasan dan terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Keracunan akibat pengambilan paracetamol boleh menyebabkan kerosakan hati. Ini kerana paracetamol akan dileraikan dalam tubuh dan menghasilkan bahan terakhir “N-acetyl-p-benzoquinoneimine” (NAPQI) yang akan merendahkan tahap kandungan “glutathione” (antioksidan) dalam hati. NAPQI ini juga merosakkan sel-sel hati secara langsung. Kebanyakan individu yang mengalami kerosakan hati tidak dapat dikesan dalam masa 24 jam selepas pengambilan dos yang berlebihan kerana tidak menunjukkan tanda-tanda keracunan yang jelas. Mereka hanya mengadu kembung perut atau dan rasa tidak selesa di bahagian perut atau mengadu …
Read More »Ambil Paracetamol ketika hamil menyebabkan anak mendapat asthma?
“Salam doctor. Baru-baru ini saya membaca satu penulisan di internet bahawa Paracetamol tidak boleh diambil oleh wanita hamil. Ini kerana ia meningkatkan risiko bayi mereka mendapat asthma. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Saya juga membaca penulisan itu yang mendakwa bahawa wanita hamil yang mengambil ubat paracetamol (di Amerika Syarikat dikenali sebagai acetaminophen) boleh meningkatkan risiko bayi mengalami asthma apabila mereka membesar kelak. Kajian ini diterbitkan dalam Journal Clinical and Experimental Allergy, New Zealand. Dalam kajian itu mendapati, pengambilan paracetamol oleh wanita hamil dalam mana-mana peringkat kehamilan telah dikaitkan dengan peningkatan risiko sebanyak 21% untuk …
Read More »Bahaya Paracetamol
“Salam doctor. Adakah ubat demam paracematol yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan kematian? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Paracetamol adalah ubat demam yang biasa dijual secara meluas di pasaran sama ada boleh dibeli dari farmasi, kedai runcit toko jamu, atau diberikan oleh doctor di klinik. Keracunan paracetamol akibat pengambilan yang berlebihan merupakan salah satu keracunan yang biasa berlaku di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, dan New Zealand, keracunan paracetamol akibat pengambilan dos yang berlebihan adalah keracunan ubat yang biasa berlaku. (rujuk: The Medical Journal of Australia 188 (5): 296–301.) Malah di …
Read More »Madu mengelakkan masalah gastrik orang berpuasa
“Salam doktor. Ibu saya sering mengalami pedih perut dan selalu muntah selepas berbuka pada tahun lepas. Yang hairan ketika berpuasa, beliau ok saja. Doktor mengatakan ia adalah disebabkan oleh asid berlebihan dalam perut. Beliau telah diberikan ubat gastrik, namun masih mengalami masalah yang sama. Ada suplemen yang dapat membantu? Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai di kalangan orang yang berpuasa mengalami “acid reflux” setelah beberapa jam berbuka dan bersahur. Orang kita biasa menamakannya sebagai masalah gastrik apabila mengalami rasa panas dan tidak selesa pada bahagian atas abdomen dan dada. Bagi sesetngah individu pula …
Read More »MENGELAKKAN GASTRIK PADA ORANG BERPUASA
Bagi mengelakkan gastrik (acid reflux) pada orang yang berpuasa, beberapa langkah perlu diambil bagi mengelakkan muntah lendiran masam, kembung perut, mudah sedawa dan sedu. 1. Elakkan makan secara banyak sekali gus 2. Jangan berbaring atau bersandar selepas makan 3. Banyakkan minum air sebelum makan makanan yang berat 4. Jangan makan dekat dengan waktu tidur 5. Kurangkan makanan yang mengandungi banyak bawang putih, bawang merah, makanan pedas atau makanan berlemak 6. Elakkan minum minuman bergas (berkarbonat), kopi, atau teh pekat. 7. Kurangkan atau hentikan tabiat merokok. 8. Berbincang dengan doktor sekiranya anda sedang …
Read More »Bahaya Ubat Penahan Sakit
“Salam doktor, baru-baru ini bapa saya berumur 65 tahun telah terjatuh di tangga luar rumah. Dia mengalami sakit di pergelangan kaki dan doctor memberitahu yang dia mengalami ‘sprain’ kerana ia sangat bengkak dan tidak boleh digerakkan. Xray telah diambil dan normal. Dia telah menggunakan ubat tahan sakit yang doctor beri selama seminggu. Masalahnya dia mengadu pedih perut. Mohon pencerahan doctor, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Saya sangat berhati-hati apabila memberikan pesakit saya ubat penahan sakit seperti ibuprofen, mefenamic acid (ponstan) dan diclofenac (voltaren), terutamanya orang yang mempunyai masalah penyakit kronik atau wargatua. Ubat-ubat ini mudah didapati, kerana ia bukan …
Read More »Rawatan untuk Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)
“Salam doctor. Baru-baru ini anak saya disahkan mengalami jangkitan HFMD. Apa yang saya tidak faham doctor hanya memberikan ubat demam saja, pada hal anak saya tidak demam. Malah beliau menyuruh kami balik tanpa pemeriksaan lanjut di wad. Mohon pencerahan, doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM HFMD adalah penyakit jangkitan virus yang bahaya dan selalunya akan sembuh sendiri, walaupun mengambil masa beberapa hari. Oleh itu kes seperti ini tidak perlu dimasukkan ke wad dan doctor selalunya akan memberikan rawatan sebagai pesakit luar saja. Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak yang lain. Doktor selalunya akan memberikan ubat menurunkan demam, seperti paracetamol, yang …
Read More »Tanda Penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD)
“Salam doktor. baru-baru ini anak saya berumur 5 tahun mengalami demam yang kuat. Saya telah memasukkan ubat ke dalam punggungnya bagi meredakan demam. Saya perasan ada ruam pada tapak tangannya. adakah ini yang dikatakan penyakit tangan, kaki dan mulut? Terima kasih atas pencerahan. Wa alaikum mus salam. Tanda-tanda jangkitan kuman virus HFMD ialah ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul …
Read More »Rawatan untuk Keloid
“Assalamualaikum. Bolehkah doctor beritahu saya pilihan rawatan bagi saya untuk saya menghilangkan keloid pada bahu kiri saya. Mohon pencerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Keloid sangat sukar diubati dan mengambil masa panjang. Sekiranya parut keloid itu belum matang, dan masih kecil, ia mudah dirawat dengan urutan menggunakan kream dengan cara 3-4 kali sehari dalam masa setengah hingga jam ke sejam setiap hari selama 3-4 bulan. Parut itu akan menjadi lembut, rata dan kurang gatal. Selain itu boleh gunakan rawatan suntikan steroid yang dipanggil “Triamcinolone Acetonide” bagi menghentikan penghasilan kolagen di dalam tisu parut. Suntikan ini dilakukansebulan sekali sebanyak enam …
Read More »Parut Buruk di Dada
“Salam doktor. Baru-baru ini saya mengalami jerawat di dada . Saya memicitnya sehingga pecah, dan akhirnya menyebabkan parut yang besar. Masalahnya parut ini terlalu besar dan buruk. Saya belum berjumpa doktor dan saya oleh rakan saya diberitahu bahawa saya mengalami masalah keloid. Mohon pencerahan, doktor”. WA ALAIKUM MUS SALAM Apa yang saudara alami ialah keloid, iaitu luka parut yang hidup. Ia menjadi timbul, membesar dan akhirnya keluar dari sempadan luka yang lama. Kadangkala ia boleh menjadi begitu besar sehingga menyebabkan rasa sakit, gatal dan kurang selesa. Bukan itu sahaja, ia boleh menyebabkan tekanan perasaan dan perasaan rendah diri kerana secara …
Read More »Makanan Yang Boleh Menyebabkan Gout
“Salam doctor. Saya baru-baru ini diserang gout di ibu jari kaki kanan saya. Doktor memberitahu saya ada beberapa makanan yang perlu dielakkan. Mengapakah saya perlu elakkan makanan sebegitu yang menjadi kegemaran saya sejak dulu. Berat saya 110kg dan saya mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis dalam rawatan. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi protein yang tinggi dan menghasilkan satu bahan yang dinamakan “purine” dan kemudiannya ditukarkan ke sejenis bahan dipanggil “Uric Acid”. Uric Acid yang tinggi akan menjadi tepu dan akhirnya kristal (seperti pasir-pasir kecil) …
Read More »Ubat Bagi Penyakit Gout
“Salam doktor. Boleh beritahu saya bagaimana merawat gout kerana saya telah mecuba rawatan alternatif tetapi tidak memberikan kesan yang baik. Saya tidak dapat tidur semalaman kerana ibu jari kaki kanan saya sangat sakit dan doktor memberitahu saya telah mengalami batu buah pinggang. Mohon pencerahan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Cara yang terbaik di dalam merawat gout adalah menjaga diet kita sehari-harian. Menjaga makanan yang tinggi kandungan purine adalah penting. Selain daripada itu mengurangkan berat badan boleh membantu mengurangkan insiden gout. Selain daripada itu minum air dengan banyak dapat mengurangkan risiko batu karang. Oleh kerana saudara telah mengalami …
Read More »Rawatan Kehamilan Luar Rahem
“Salam doktor. Saya ingin bertanya apakah vitamin yang terbaik untuk wanita yang baru saja menjalani pembedahan ektopik (hamil luar rahim) agar mudah untuk hamil semula?” WA ALAIKUM MUS SALAM Buat masa ini dua cara utama perawatan di Malaysia ialah melalui pembedahan samada kaedah laparoskopi atau laparotomi. Kaedah laparoskopi lebih banyak digunakan sekarang kerana ia tidak memerlukan pembedahan besar. Ia cuma menebuk tiga lubang kecil di perut di mana 3 alat dimasukkan melalui lubang. Pakar boleh melihat masalah yang berlaku melalui alat ini dan pembedahan kecil boleh dilakukan tanpa membuka perut pesakit. Walaupun begitu, penggunaan kaedah laparoskopi adalah terbatas. Sekiranya pendarahan …
Read More »Pesakit Mana Yang Boleh dan Tidak Boleh Berpuasa?
“Salam doctor. Saya mempunyai penyakit tiga serangkai; diabetes, darah tinggi dan kolestrol. Namun penyakit saya terkawal dengan ubat-ubat yang diberikan. Saya ingin melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Namun doctor bukan Islam yang memeriksa saya memberitahu saya tidak boleh berpuasa. Boleh doctor berikan penjelasan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Sukar untuk doctor menentukan seorang pesakit boleh berpuasa atau tidak. Ia bergantung kepada keadaan penyakitnya. Doktor hanya mampu menasihati saja dan keputusan sama ada untuk meneruskan puasa atau meninggalkannya bergantung kepada iman pesakit. Jika pesakit merasakan beliau mampu meneruskan puasa tanpa masalah, saya menggalakkan beliau terus berpuasa. Ini kerana …
Read More »Mahu buang besi dalam tulang
“Salam doctor. Saya pernah mengalami kemalangan jalanraya kira-kira 10 tahun lalu. Tulang betis dan peha saya sebelah kiri telah patah dan telah menjalani pembedahan memasukkan besi. Saya boleh berjalan dengan sempurna selepas setahun dan selepas itu tiada lagi rawatan susulan. Masalah saya sekarang saya rasa kebas dan ada kalanya rasa sejuk pada kaki sebelah kiri terutama waktu hujan. Rakan-rakan menasihatkan saya mengeluarkan semula besi dalam tulang saya. Bolehkah doctor di hospital melakukan hal itu? Mohon pencerahan. Terima kasih doctor” WA ALAIKUM MUS SALAM Pembedahn semula mengeluarkan besi yang telah ditanam pada tulang setelah 10 tahun bukanlah …
Read More »Kerap kencing walaupun tiada diabetes dan jangkitan kuman
“Salam doctor. Saya berusia 28 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah kerap kencing. Pemeriksaan telah dibuat oleh doctor di hospital. Menurut doctor, saya tidak mengalami masalah jangkitan kuman, batu karang atau diabetes. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kekerapan membuang air kecil tidak bermakna terdapat jangkitan kuman pada pundi kencing, ada batu karang atau menghidap penyakit diabebets. Masalah ini juga boleh disebabkan oleh masalah pundi yang terlalu sensitive dan mudah mengecut menyebabkan rasa cepat mahu buang air kecing walaupun kuantitinya sedikit. Masalah ini dinamakan “Pundi Kencing terlalu Aktif” atau “Overactive Bladder” (OAB). Tanda-tanda paling penting OAB …
Read More »Kekurangan gula dalam darah
“Salam doctor. Bapa saya berusia 65 tahun dan pesakit diabetes dengan rawatan pil dan suntikan insulin. Baru-baru ini beliau pengsan di rumah. Apabila kami bawa ke hospital, doctor memebritahu bahawa bapa saya mengalami ‘Hipoglesimia”. Saya pula berusia 25 tahun, Kadang-kadang saya mengalami rasa lemah juga dan mahu pengsan. Adakah saya mengalami masalah yang sama? Mohon pencerahan doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya bersimpati dengan insiden yang berlaku pada bapa saudara. Beliau sebenarnya mengalami kekurangan glukosa dalam darah setelah mengambil ubat diabetes yang diberikan. Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat fungsi …
Read More »AIR KETUBAN YANG BANYAK
“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin …
Read More »Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa
“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea. Gabungan ini menjadikan yang diberikan menjadi sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed. Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari …
Read More »Bengkakan lemak pada kulit
“Assalamu mu alaikum doctor, saya ingin bertanya. Baru-baru ini saya perasan yang saya mempunyai dua bengkakan di bawah kulit, satu di peha dan satu di lengan yang berukur Antara 2-4cm. Bila ditekan tidak sakit. Saya agak bimbang kerana ada rakan-rakan yang mengatakan bahawa ia adalah tanda kanser kulit. Saya telah berjumpa doctor tetapi doctor hanya mengatakan bahawa ia adalah lipoma, iaitu ketumbuhan lemak di bawah kulit. Saya agak keliru dan masih bimbang jika ia adalah tanda kanser kulit seperti yang diberitahukan oleh rakan saya. Mohon pencerahan, dokter.” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya agak sukar bagi saya memberikan komen kerana saya …
Read More »Rasa Jantung Berdebar-debar..
“Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit. Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang …
Read More »Sembelit Punca dari Pemakanan
“Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”. Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar. Oleh itu saya menasihatkan agar ibu bapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka …
Read More »Bayi mati akibat mandi air sejuk
“Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak. Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi. …
Read More »Hemodialisis noktural lebih baik dari hemodialisis biasa
“Salam doctor, saya mendapat tahu rawatan dialysis waktu malam yang dilakukan di sesetengah hospital swasta lebih berkesan dari hemodialisis biasa. Adakah ia sesuai untuk suami saya seorang pesakit ginjal yang sedang menjalani dialysis dan mempunyai tekanan darah dan kolestrole yang tinggi. Beliau sering pengsan dan keletihan selepas rawatan hemodialisis. Mohon pencerahan, doctor” Wa alaikum mus salam. Alhamdulillah, sekarang pesakit ginjal ini masih ada harapan untuk meneruskan kehidupan kerana boleh menjalani rawatan haemodialisis, peritoneal dialisis atau pemindahan ginjal. Majoriti pesakit memilih untuk menjalani haemodialisis kerana kos rawatannya yang tidak terlalu tinggi berbanding dengan pemindahan ginjal. Tetapi pesakit juga mengalami penyakit …
Read More »