Artikel Terkini

PENDARAHAN YANG BANYAK SETIAP BULAN

“Assalamu alaikum. Saya berumur 48 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Anak yang bungsu berumur 15 tahun. Masalah saya ialah saya mengalami pendarahan haid yang banyak setiap bulan. Saya terpaksa menukarkan melebihi 5 tuala wanita ketika haid. Adakalanya darah yang keluar berketul-ketul. Saya sangat bimbang. Mohon pencerahan, doktor”. Waalaikumussalam. Pendarahan yang puan alami dikira sebagai banyak. Ia amat membimbangkan kerana berlaku pada setiap bulan. Jika berlarutan, dibimbangi puan akan mengalami kekurangan darah yang serius. Pendarahan yang banyak berlaku setiap bulan dinamakan “menorrhagia”. Banyak punca berlakunya masalah ini. Antara puncanya ialah: 1. ‘Ketidakseimbangan Hormone’ berlaku di kalangan wanita berumur akhir 20an …

Read More »

Kawal produk makanan kesihatan berasaskan sunah

  Produk kesihatan berasaskan makanan sunah dalam bentuk suplemen perlu dikawal dan disahkan khasiatnya secara saintifik sebelum dijual kepada orang ramai. Pengarah Institut Sains Islam, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Muhammad Mustaqim Mohd Zarif, berkata ia bagi mengelakkan produk itu disalah guna, sekali gus memberi implikasi kepada pengguna dan mencemarkan integriti Nabi Muhammad SAW.   Katanya, kebanyakan produk nutraseutikal (makanan tambahan) tidak memerlukan ujian dan keizinan khas daripada badan mengawal pelesenan dan penjual, sebelum dipasarkan kepada orang ramai berbanding produk farmaseutikal. “Produk nutraseutikal kebanyakan dikategorikan makanan. Justeru, sesiapa boleh mendakwa pelbagai khasiat tanpa menyertakan bukti.   “Kajian …

Read More »

Pengalaman seorang pesakit SLE

“Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin berkongsi pengalaman dan cerita. Setahun yang lepas, adik perempuan saya mengalami ‘penyakit misteri’ dan dikatakan buatan orang. Ini kerana adik saya menolak pinangan orang. Beberapa hari selepas itu, adik saya   mengalami demam yang agak kuat. Beliau tidak boleh bangun dan dihantar ke hospital. Doktor tidak dapat mengenalpasti punca sebenar punca demam adik saya. Beliau disuruh pulang. Keadaannya bertambah baik.   Selang beberapa hari, adik saya demam semula. Dia tidak mampu bergerak untuk beberapa minggu dan terpaksa berhenti kerja.   Dia tidak boleh berjalan, dan terpaksa merangkak ke bilik air. Saya sangat sedih dan menagis melihat …

Read More »
error: Content is protected !!