Artikel Terkini

Haramkan loket radioaktif

  Saya pernah menulis isu bahaya memakai loket  yang dibeli dengan harga mahal tetapi tidak mempunyai manfaat kesihatan. Malangnya saya diserang , diugut untuk disaman dan dicaci maki dalam FB. Saya dituduh menyekat rezeki orang. Tidak kurang yang mengatakan saya menfitnah.. Padhal pada waktu itu saya hanya mahu berkongsikan info dari salah seorang ‘orang kuat’  Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) Malaysia.   Saya masih ingat malam itu saya dibuli secara mental oleh penjual-penjual loket  itu (dari salah satu syarikat MLM), secara beramai-ramai. Sehingga 4 am saya masih menerima kutukan dan cacian, sehingga isteri saya menasihatkan saya agar memadamkannya kerana emosi …

Read More »

Zaditen (ketotifen) untuk mengurangkan lendir

Assalamualaikum doctor, saya mohon pendapat mengenai ubat Zaditen. Saya disarankan oleh seseorang untuk membantu mengatasi masalah batuk anak berumur antara 18 bulan – 28 bulan. Mohon penjelasan. Terima kasih. Wa alaikum mus salam. Zaditen bukanlah ubat batuk dan tidak digunakan untuk merawat batuk. Namun Zatiden boleh mengurangkan lendiran (kahak) pada kerongkong akibat tindak balas alahan akibat virus, habuk atau cuaca sejuk. Apabila tiada lendiran di kerongkong, maka batuk akan hilang. Oleh itu Zaditen digunakan sebagai ubat untuk mencegah tindak balas alahan yang mungkin dihadapi oleh pesakit asthma, terutama jika pesakit asthma itu mengalami serangan asthma yang berpanjangan. Zaditen sama ada …

Read More »

Kaitan migraine dan stroke

  Saya diberitahu oleh seorang rakan bahawa terdapat berita yang mengatakan bahawa kebarangkalian orang yang menghidap migraine untuk diserang stroke,  dua kali ganda lebih tinggi dari orang yang tidak mengalami migraine. Hal ini berlaku terutamanya di kalangan wanita.   Berita yang dikeluarkan oleh Reuters Health pada 2 Jun 2010 ini mengejutkan ramai pesakit migraine terutamanya wanita.  Ia dilapor memetik satu artikel dalam journal terkenal American Journal of Medicine. Walau bagaimana pun saya cuba mencari pautan journal tersebut tetapi gagal. Pautannya terputus.   Sebelum ini banyak kebimbangan yang disuarakan oleh masyarakat perubatan mengenai kemungkinan pesakit migraine diserang stroke.   Dalam satu …

Read More »
error: Content is protected !!