Artikel Terkini

Makan sup ikan jerung tidak dapat mengelakkan kanser

  Para saintis telah maklum bahawa ikan jerung juga boleh mendapat ketumbuhan, malah kanser.   Pengkaji di Australia baru-baru ini dapat merakam dan mengkaji satu ketumbuhan besar pada mulut seekor ikan jerung. Kajian ini diterbitkan dalam  Journal of Fish Diseases pada Nov 2013.   Malangnya ramai yang mendakwa bahawa sup ikan jerung dapat mengelakkan seseorang yang memakannya dari penyakit kanser.   Salah faham ini dikelirukan oleh dakwaan penjual suplemen dan makanan kesihatan yang mendakwa tulang rawan ikan jerung dapat merawat penyakit kanser.   Sehinggakan di beberapa buah negara berjuta-juta ekor ikan jerung yang dibunuh setiap tahun untuk mendapatkan tulangnya.   …

Read More »

ALLAH menguji dengan sakit sendi, maka jangan berputus asa.

    “Salam. Saya berusia 35 tahun dari Melaka, wanita yang belum berkahwin. Saya disahkan  menghidap penyakit artritis lebih sepuluh tahun semenjak saya berada di universiti. Semua sendi jari saya mengeras dan membengkak dan rasa sakit. Buat masa ini, pihak hospital membekalkan saya ubat tahan sakit dan vitamin. Mohon pendapat doctor.” Wa alaikumsalam. Saya mengucapkan tahniah kerana saudari telah bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan. Saya percaya banyak ganjaran yang menanti saudari. Firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Baqarah:153 “Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat.  Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar.” Saya percaya dan yakin, hanya ALLAH SWT yang …

Read More »

Cutaneous horn vukan tanda dajjal akhir zaman

Cutaneous horn ( cornu cutaneum ) selalu disalahanggap oleh kebanyakan orang terutama masyarakat Melayu kita yang keterlaluan menuduh. Walaupun ia berbentuk seperti tanduk pada kepala pesakit, ia sebenarnya berasal dari ketuat pada kulit kepala yang tidak dirawat dengan baik, sehingga ia bertambah besar. Ia selalunya mengambil masa yang lama untuk menyebabkan ketuat seperti ini berbentuk panjang, keras dan menjulur seperti tanduk. Cara terbaik ialah dengan memotong ketuat ini sehingga ke peringkat  ‘akar’nya ialah ke lapisan dermis kulit. Ia boleh dilakukan di mana-mana hospital. Wallahu a’lam.

Read More »
error: Content is protected !!