Advertorial
Home » Author Archives: drzubaidi (page 33)

Author Archives: drzubaidi

Feed Subscription

Perlukah Buasir Ketika Hamil Dibedah?

Wanita yang hamil adalah wanita yang seharusnya sihat. Mereka bukan pesakit. Kehamilan adalah proses fisiologi yang sihat. Orang tidak pernah hamil dikatakan tidak mempunyai proses fisiologi yang normal. Namun orang yang hamil lebih mudah menderita pelbagai penyakit akibat kehamilannya. Antara penyakit yang mudah dialami oleh wanita yang hamil ialah buasir. Ia adalah penyakit yang boleh dielakkan jika dari awal, seseorang berhati-hati menjaga kesihatan dirinya. Namun apabila telah ditimpa penyakit, banyaklah bersabar dan berusahalah untuk mendapat rawatan yang sesuai. Saya mendapat email dari seorang wanita yang hamil dan mengalami penyakit buasir. “Assalammualaikum, saya berusia 27 tahun, sekarang hamil 25 minggu. pada 19.10.11 saya mengalami BUASIR dan ‘ketumbuhan’ itu masih boleh ditolak masuk dubur, tetapi ia keluar dengan sendirinya. Keesokan paginya (20.10.11) ia menjadi bengkak dan sakit sehingga tak boleh ditolak masuk ... Read More »

Asthma Ketika Hamil

“Doktor, tolonglah nasihat isteri saya. Dia tu penghidap penyakit asthma tapi tak mahu makan ubat. Dia takut apa-apa hal terjadi pada bayi dalam rahem. Sekarang ni tercungap-cungap” Saya meminta agar isterinya diberikan rawatan nebulizer dulu bagi mengurangkan rasa sukar bernafasnya. Kalau tidak dirawat segera, bukan saja anak dalam rahem akan terjejas, silap-silap nyawa ibu juga boleh melayang. Ramai yang memandang ringan serangan asthma. Saya pernah melihat ada pesakit asthma mati di hadapan mata, secara tiba-tiba dia mengalami kesukaran bernafas. Segala-galanya berlaku dengan pantas. Asthma adalah salah satu penyakit kronik yang boleh menyerang wanita hamil. Selalunya seorang pesakit sudah diketahui menghidap penyakit asthma sebelum hamil. Sesetengah wanita diuji oleh Allah diserang asthma dengan lebih kerap ketika hamil. Banyakkanlah bersabar. Makanlah ubat yang diberikan oleh doctor. Cuba bayangkan, jika ibu sedang menghadapi ... Read More »

Habbatus Saudah Boleh Membantu Mengelakkan dan Merawat Batu Karang di Ginjal?

Sesiapa yang pernah diuji dengan sakit akibat terdapat batu pada ginjal, pundi kencing atau saluran kencing, pasti tahu betapa deritanya sakit yang dialami. Selain kencing berdarah dan sakit pinggang, kebanyakan lelaki yang datang berjumpa saya memberitahu, mereka tidak dapat menahan kesakitan apabila kerandut zakar mereka seperti dipulas. Suntikan penahan sakit hanyalah rawatan sementara menunggu pengesahan penyakit melalui pemeriksaan x ray dan ultrasound. “Doktor, saya sudah dua kali mengalami kesakitan akibat serangan batu di ginjal kanan saya. Rasa mahu putus nyawa. Saya telah menjaga pemakanan saya. Berat saya sudah berkurangan. Boleh tak doktor cadangkan apa-apa supplemen untuk mengelakkan pembentukan batu di ginjal saya.” Pembentukan batu di ginjal (atau disebut sebagai urinary calculi), sebenarnya disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat dan dehidrasi (tidak cukup minum air).  Terdapat pelbagai jenis batu yang boleh terbentuk ... Read More »

Bahayakah Menggunakan Minyak Berangin Ketika Hamil?

“Assalamualaikum wbt… Doktor, saya ingin bertanya, adakah sebarang kesan sampingan jika menggunakan minyak angin pada perut ketika hamil? Saya kerap menyapu minyak angin pada perut kerana rasa tidak selesa. Saya sudah hamil 31 minggu. Harap doktor  boleh berikan  pandangan dan nasihat. Terima kasih.”   Wa alaikum mus salam.. Saya percaya apa yang puan maksudkan ‘ketidakselesaan perut’ bukanlah suatu kesakitan perut yang merbahaya. Mungkin ‘tidak selesa’ yang dimaksudkan puan ialah rasa kembung (distension abdomen) akibat perkembangan fizikal bayi yang semakin membesar di dalam rahem, lalu mengambil ruang yang terhad di dalam abdomen. Jika puan rasa sakit perut yang kuat, sama ada bersama darah keluar dari vagina atau tidak, puan haruslah berjumpa doktor dan tidak hanya menggunakan minyak berangin yang disapukan pada perut saja. Ubat-ubat yang dijual di farmasi tanpa preskripsi (over-the-counter medicine) untuk ... Read More »

Kaitan Pil Perancang Keluarga Dengan Stroke

Kaitan Pil Perancang Keluarga Dengan Stroke

Baru-baru ini staff saya memberitahu bahawa kakaknya yang berusia 43 tahun dimasukkan ke hospital akibat pengsan di rumah ketika memasak. Pada mulanya keluarganya enggan membawa pesakit ke hospital kerana menyangka beliau diserang santau. Kebetulan sebelum ini pesakit ada bertengkar dengan keluarga berkenaan harta peninggalan nenek mereka. Setelah tidak sedarkan diri hampir 12 jam, dan berusaha semua ’cara kampung’, akhirnya atas nasihat seorang ustaz, mereka membawa pesakit ke hospital. Waktu itu tengah malam dan keadaan pesakit semakin teruk. Mukanya pucat dan mulutnya mula berbuih. ”Iskh, sah lah ini santau..” bisik orang kampung bila melihat keadaan pesakit. Namun apa yang mereka tidak sedari pesakit mempunyai tekanan darah tinggi yang tidak terkawal. Sesekali pesakit terlupa menelan ubat darah tingginya. Menurut rekod kesihatan di hospital, tekanan darah yang terakhir dilakukan pada dua minggu lepas ... Read More »

Bila Anak Saya Boleh Mula Berjalan?

Bila Anak Saya Boleh Mula Berjalan?

Saya mendapati anak saudara saya yang berumur sebelas bulan sudah mula berjalan sendirian tanpa dibantu oleh bapanya. Sementara sepupunya yang berumur satu tahun dua bulan, belum lagi mahu mengatur langkah. Ramai ibubapa yang bertanyakan saya bila anak mereka boleh berjalan. ”Doktor, apa agaknya masalah anak saya ini. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan yang serius?” tanya ibubapa yang bimbang. Belajar berjalan adalah salah satu langkah yang penting dalam perkembangan fizikal bayi. Bayi yang membesar tidak lagi berbaring sahaja di dalam buaian. Mereka mula bangun berdiri, bertatih, berjalan  tanpa dipegang, berlari dan melompat dengan penuh keyakinan. Itu adalah perkembangan fizikal yang sihat. Cuba kita selidik perkembangan fizikal bayi sebelum mereka boleh berjalan sendirian. Beberapa bulan selepas dilahirkan, bayi selalu membengkokkan lututnya. Dalam keadaan terlentang, bayi selalu menggunakan kakinya untuk menendang. Ini adalah ... Read More »

Bolehkah Probiotik Diberi Kepada Bayi

Seorang ibu membawa bayinya yang berumur 8 bulan, setelah mengalami ceret-beret selama tiga hari. Alhamdulillah keadaannya bertambah baik. Saya rasa amat bersyukur dengan perubahan baik ini. Beliau datang untuk bertanya kerana beliau keliru dengan istilah ‘kuman baik’ yang diberitahu oleh seorang doktor. “Doktor, ada ke kuman yang baik? Bahaya tak kalau kuman itu diberikan pada anak saya yang masih bayi?” Saya cuba memahami soalan yang diberikan. Soalannya pendek tetapi memerlukan jawapan yang agak panjang. Ramai pakar kanak-kanak mencadangkan pengambilan ‘kuman yang baik’ sebagai supplement. ‘Kuman yang baik’ yang dimaksudkan ialah probiotik. Ia dijual sama ada bersama dengan makanan seperti yogut atau dalam bentuk serbuk dan kapsul. Mengikut satu jurnal, International Journal of Food Microbioloy, dalam usus manusia yang sihat terdapat sebanyak 400-500 jenis mikroorganisma ‘kuman baik’. Antara kuman yang baik ... Read More »

Sakit Kepala ketika Hamil

“Doktor, bolehkah isteri saya yang hamil makan Panadol yang dijual di farmasi?” Saya berkerut dahi. Soalan ini seperti soalan perangkap. “Boleh, asalkan ikut dos yang ditetapkan.” “Bukan apa doc, isteri saya sudah telan 8 biji panadol pagi ini sebab sakit kepala yang kuat…” Ya Allah… Sahlah, soalan tadi adalah soalan perangkap. Kalau saya tidak jawab dengan sempurna, berkemungkinan isteri beliau akan terus menelan pil-pil itu sepanjang hari kerana saya yang ‘membenarkannya’. Bagi orang yang jarang-jarang menghadapi sakit kepala tentu memandang remeh terhadap pesakit yang mengadu sakit kepala. Sakit kepala kadang kala dianggap sebagai satu alasan untuk rehat dan mendapat MC. Sakit kepala ketika hamil adalah antara ujian terbesar dihadapi oleh mereka. Kebanyakan sakit kepala disebabkan oleh tekanan emosi. Ia biasanya berlaku di awal kehamilan. Ramai yang mengadu mengalami sakit kepala seperti ... Read More »

Tidak Boleh Menderma Darah Setiap Bulan

Tidak Boleh Menderma Darah Setiap Bulan

Banyak berita yang mewar-warkan keperluan pendermaan darah. Setiap hospital awam di seluruh negara menggesa masyarakat setempat mendermakan darah bagi menampung keperluan rawatan yang semakin berkurang. Darah diperlukan untuk menggantikan darah mangsa kemalangan jalanraya, pesakit yang sedang menjalani pembedahan, atau pesakit-pesakit kronik yang memerlukan darah seperti leukemia atau thalassemia. Dalam hal ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 Apr 1982 telah membincangkan ‘Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya’. Muzakarah telah memutuskan bahawa: Menderma darah hukumnya harus. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah adalah tidak digalakkan. Sementara Sheikh Yusuf al Qardhawi pula menyatakan bahawa menderma darah merupakan sedekah yang paling tinggi nilainya. ... Read More »

Perlukah Lidah Yang Pendek (Tie-Tongue) Dibedah?

Baru-baru ini seorang sahabat membawa anaknya yang baru berumur 2 tahun berjumpa saya. Dia meminta saya memeriksa lidah anaknya. Apabila saya meminta membuka mulut dan menggerakkan lidah, didapati lidah  anak itu tidak dapat digerakkan sebebasnya. Saya dapat melihat selaput pendek di bawah lidah yang melekat pada lantai mulutnya. Ini menyebabkan hujung lidah tidak boleh diangkat ke lelangit dan tidak boleh digerak ke kanan dan ke kiri dengan mudah. Apabila saya memintanya menjelir, lidahnya tidak dapat dikeluarkan dengan sepenuhnya dan terdapat lekukan pada hujung lidah. Keadaan ini dinamakan “tongue-tie”, atau dinamakan “ankyloglossia” di mana lidah tidak dapat digerakkan sebebasnya kerana terdapat selaput yang pendek melekat antara lidah dan lantai mulut. Selaput ini dinamakan frenulum. Akibat pergerakan lidah yang terbatas, masyarakat Melayu kita menamakan sebagai ‘pendek lidah’. “Tongue-tie” boleh dikesan selepas kelahiran ... Read More »

Mengapa Prosedur IUI Kadangkala Tidak Berjaya

Pengalaman saya bekerja di Jabatan Gynaecology dan Obstetric di sebuah hospital awam di selatan tanah air membantu saya memahami perasaan ramai wanita yang menjadi pesakit untuk mendapatkan rawatan kesuburan. Saya tidak pasti sama ada masalah ini telah diselesaikan dengan baik atau tidak. Namun lima tahun dahulu ketika saya bekerja di sana, masalah komunikasi antara doktor yang merawat dan pesakit amat lemah. Pesakit yang amat berharap agar doktor dapat membantu mereka memahami mengapa mereka masih belum dikurniakan anak, dilihat dengan pandangan sepi terhadap tuntutan emosi mereka. Jadi tidak hairanlah jika ramai di antara mereka yang berputus asa dari mendapat rawatan selanjutnya dari hospital awam. Saya mengharapkan banyak perubahan positif yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, supaya masalah ini dapat diatasi. Saya menerima pertanyaan yang hampir sama. Cuba lihat email yang diberikan ... Read More »

Selamatkah Menjalani Pemeriksaan Xray Ketika Hamil?

Diuji dengan musibah sakit ketika hamil adalah suatu keadaan yang merunsingkan. Apatah lagi jika doktor meminta ibu hamil menjalani pemeriksaan xray bagi mengesan masalah sebenar penyakitnya. Saya menerima e mail dari seorang pembaca blog saya. Assalamualaikum Dr. Dr. saya ada masalah untuk diberitahu. Saya telah didapati hamil 6 minggu oleh doktor. Masalahnya, saya telah menjalani pemeriksaan x-ray untuk lantikan sah jawatan kerajaan sebelum mendapat tahu saya hamil. Saya amat bimbang. Buat pengetahuan doktor, haid saya yang terakhir pada pada 30/8/2011-5/9/2011, dan sebelum membuat x-ray pada 19/9/2011di Jabatan Pesakit Luar, Hospital Awam, saya sudah buat ujian kehamilan dan resultnya negatif. Adakah bayi saya dalam rahem akan terjejas? Wanita yang kekeliruan.   Ramai yang bertanyakan hal yang sama, “Doktor, adakah xray selamat untuk bayi dalam rahem saya?” Masalahnya ramai doktor yang tidak ... Read More »

Menerima Suntikan Vaksin MMR Ketika Hamil

“Doktor, saya ingin bertanya. Saya baru saja disahkan hamil 12 minggu. Namun begitu,dua bulan lepas, saya telah menerima suntikan vaksin rubella/MMR tanpa mengetahui saya hamil. Saya membaca artikel dari blog doktor yang mengatakan wanita hamil yang dihidapi virus rubella boleh melahirkan anak yang cacat. Saya sedang risau dan bimbang sekarang doktor.” Saya bersimpati dengan masalah yang dihadapi. Ramai wanita yang baru berkahwin menyedari mereka belum lagi disuntik dengan vaksin rubella/MMR dan terus mendapatkan suntikan itu. Selepas disuntik mereka disahkan hamil pula. Setakat ini memang terdapat bukti yang menunjukkan terdapat risiko bagi bayi dalam rahem mengalami kecacatan fizikal apabila ibu mereka menghidap jangkitan virus rubella ketika hamil. Bayi yang dilahirkan boleh menghidap Congenital Rubella Syndrome, apabila dilahirkan. Malah ada bayi yang keguguran di awal kehamilan atau meninggal dunia dalam rahem. Oleh ... Read More »

Tidak Datang Haid Selama 6 Bulan

Saya menerima email dari seorang wanita, sekembalinya saya dari bercuti di Kuala Lumpur. Saya amat bersimpati dengan masalah yang beliau hadapi. “Salam, drzubaidi.. Saya ingin bertanya masalah saya. Saya telah berkahwin pada bulan Febuari 2011. Kali terakhir saya kedatangan darah haid pada bulan April 2011, selepas itu saya tidak mengalaminya sehingga sekarang. Saya sangat risau kerana sebelum ini saya tidak pernah mengalami masalah ini. Saya melakukan ujian UPT dan mendapatinya negative. Perut saya menjadi kembung seperti wanita hamil dan saya sering muntah. Saya mengalami kelesuan dan rakan-rakan memberitahu muka saya pucat. Saya rasa letih dan mengantuk. Kemudian masalah-masalah itu hilang dengan sendirinya. Kali terakhir saya pergi ke klinik kerajaan pada Ogos lalu untuk pemeriksaan. Doktor kemudian mengarahkan saya untuk mengambil ubat untuk “turun darah” yang boleh didapati dari klinik swasta. ... Read More »

Buah Keladi untuk Masalah Ketidakseimbangan Hormon?

“Salam doktor, saya ingin bertanya. Isteri saya mengalami masalah yang berat iaitu beliau selalu keguguran. Doktor yang merawat memberitahu isteri saya mengalami kekurangan hormon progesterone, yang menjadi penyebab beliau selalu keguguran. Doktor memberikan beliau ubat Susten 100 (Progesterone Soft gelatin Capsules) bagi memastikan kehamilannya dapat diselamatkan. Melalui pemeriksaan ultrasound, beliau sedang hamil 6+ minggu. Adakah makanan yang sesuai bagi membantu isteri yang sedang hamil ini?” “Salam doktor, saya ingin bertanya adakah makanan tambahan yang boleh meningkatkan hormon progesterone dalam tubuh. Saya mengalami kitaran haid yang tidak teratur dan pernah gugur empat bulan lepas. Bolehkah keladi membantu merawat masalah ketidakseimbangan hormone saya?” Wa alaikum mus salam, saya amat bersimpati dengan musibah yang puan hadapi. Ini semua ujian dari Allah bagi menguji keimanan kita. Dalam pada masa yang sama, janganlah kita berputus ... Read More »

Sakit di Tulang Ekor (Coccydynia) Selepas Melahirkan Anak

Seorang wanita bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh beliau setelah melahirkan anak secara normal. Beliau mengalami sakit di hujung tulang belakang (tulang ekor) yang berlarutan beberapa minggu. Akibat daripada ketidakselesaan dan kesakitan ini, beliau tidak dapat melakukan kerja-kerja rumah dengan sempurna. Kehamilan dan melahirkan anak adalah proses fisiologi yang normal. Wanita yang hamil dan melahirkan anak bukanlah dianggap pesakit. Namun begitu proses yang normal ini adakalanya mendatangkan kemudharatan diri. Oleh itu banyak perkara yang perlu diambil perhatian dalam kedua-dua proses ini. Salah satu punca kesakitan pada tulang ekor (coccyx) ialah proses melahirkan anak. Kesakitan pada tulang ekor ini dinamakan coccydynia. Ia kerap berlaku pada kelahiran normal melalui faraj. Tulang ekor (coccyx) ialah sekumpulan tulang yang terakhir pada tulang belakang kita. Ia  mempunyai 5 tulang yang berbeza. Adakalanya tulang-tulang ini bercantum ... Read More »

Aqueous Cream dan Eczema

Aqueous Cream dan Eczema

Saya mempunyai seorang rakan yang telah lama tidak bersua. Suatu hari beliau membawa anak lelaki beliau yang mengalami eczema di pelipat siku dan peha dan lutut. Saya mendapati eczema yang dihadapi oleh anaknya agak teruk. “Sudah dibawa berjumpa doktor pakar kulit?” “Sudah doktor. Ini tahun ke-lima. Tak ada perubahan. Pakai krim sapu pun tak berguna”, kata beliau seperti putus harap. “Penyakit kulit memang lambat sembuh, kena banyak bersabar. Kalau tidak disapukan ubat tentu akan jadi lebih teruk”. Saya ingin menambah nasihat lagi tetapi tidak sampai hati. Dahulu di sekolah dia lebih baik daripada saya, selalu mengajak saya ke surau. Sekarang masih lagi berkopiah seperti dahulu. “Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. Bersabarlah dengan ketentuan Allah dengan terus berusaha  kerana usaha itu termasuk sebahagian tawakal.” Itu nasihat yang tersekat di kerongkong ... Read More »

Darah Istihadhah: Fisiologi dan Syariah

“Saya sedang mengalami pendarahan haids sudah 4 bulan. Ia tidak pernah kering. Kadang kala ia adalah pendarahan yang sedikit dan ada kalanya ia pendarahan yang banyak. Ada kalanya saya terpaksa menukarkan banyak pad, dan adakalanya pula ia keluar seumpama ketulan darah yang besar. Saya hairan kerana saya tidak mengalami senggugut yang kuat. Adakah ia penyakit yang berbahaya?” Saya menerima e-mail dari seorang rakan FB yang berumur 36 tahun. Saya tidak dapat membayangkan kesukaran yang beliau hadapi selama 4 bulan. Tentu besar pahalanya jika dapat bersabar dengan ujian ini. Secara amnya, darah yang puan alami bukanlah darah haids, kerana darah haids hanya berlangsung selama 2 minggu (14 -15 hari). Lebih dari 14-15 hari itu, adalah darah istihadhah yang menwajibkan puan bersolat dan berpuasa (jika berada di bulan Ramadhan). Maksudnya masuk hari ... Read More »

Posisi Terbaik Semasa Tidur Bagi Wanita Hamil

“Doktor, boleh saya minta MC hari ini?” “Apa masalah puan, puan sakit ke?” tanya saya kepada seorang wanita yang sedang hamil. “Tidak. Saya tak cukup tidur semalam. Perut saya semakin membesar, saya tidak selesa untuk tidur. Saya pusing ke kanan dan ke kiri, tetapi masih tidak boleh melelapkan mata” Saya berfikir sejenak. Berat juga ujian wanita yang hamil. Seorang rakan FB bertanya, “Salam, doktor. Saya mahu bertanyakan sesuatu. Untuk ibu hamil, seeloknya posisi tidur bagaimana yang sesuai? Untuk pengetahuan doktor, apabila saya mengiring belah kanan saya mempunyai perasaan bimbang kalau-kalau kepala bayi berada di sebelah kanan dan terhempap pula. Saya diberitahu orang, tidur terlentang tidak sesuai untuk wanita hamil”. Ketika hamil, banyak perkara yang harus difikirkan. Bukan setakat keselesaan untuk tidur, tetapi juga keselamatan bayi dalam rahem. Ramai para ibu ... Read More »

Hormone Progestrone dan Kesuburan

Saya amat menginsafi bahawa Allah amat berkuasa terhadap diri dan nasib kita. Walaupun semasa bertunang kita mungkin merancang untuk mempunyai anak yang ramai, namun perancangan Allah lebih tepat. Sudah tentu perancangaNYA lebih baik jika kita dapat menyingkap tabir hikmah yang tersembunyi. Seorang rakan FB bertanya pada saya. “Apa punca saya sering mengalami keguguran di awal kehamilan, doktor? Ini masuk kehamilan yang ke empat. Baru masuk 8 minggu. Semua kehamilan saya sebelum ini keguguran. Saya takut ia berulang kembali” Begitu juga seorang lagi. “Saya mengalami masalah kesuburan. Doktor pakar yang memeriksa memberitahu bahawa saya mengalami masalah hormone progesterone yang rendah. Apakah saya boleh dikurnikan anak?” Saya sebenarnya bukanlah orang yang terbaik menjawab soalan-soalan ini, namun saya cuba membantu menjelaskan masalah yang dihadapi. Berbincanglah dengan doktor pakar kesuburan mengenainya. Di antara punca ... Read More »

Keberkesanan Elortinib (Tarceva) untuk Pesakit ‘Advanced Non-Small Cell Lung Cancer’

“Assalamualaikum. Ibu saya berumur 69tahun didiagnosa sebagai pesakit kanser paru-paru level 4. Sekarang badannya agak lemah dan kami adik beradik bimbang dengan kesan rawatan chemotheraphy. Bagaimanapun beliau masih lagi sembahyang, makan walaupun kurang selera dan berasa letih. Doktor yang merawat beliau mencadangkan penggunaan pil Elortinib Tarceva. Kos RM7875 sekotak/sebulan. Oleh kerana harganya yang agak mahal, saya ingin bertanyakan pendapat doktor jika ubat ini dapat merawat ibu saya. Harap doktor beri pandangan sebagai panduan. Atas segalanya terlebih dahulu diucapkan terima kasih. saya amat berharap jawapan dari tuan doktor.” Saya bersimpati dengan ujian yang dihadapi ibu dan saudara sekeluarga. Semoga dengan berkat kesabaran dan redha atas ketentuan yang Allah telah tetapkan, ibu saudara mendapat yang terbaik dari Allah sama ada di dunia atau mungkin di akhirat nanti. Sebenarnya saya bukanlah orang yang patut ... Read More »

Penambahan Berat Badan Ketika Hamil

Penambahan Berat Badan Ketika Hamil

Saya sangat risau apabila seorang wanita yang hamil, mahu mengekalkan berat badannya supaya sentiasa kelihatan cantik. Saya faham kehendak ini, namun semasa proses kehamilan, adalah mustahil bagi seorang wanita untuk mengekalkan berat badannya. Penambahan berat pasti berlaku. Jika tidak mencapai berat yang sesuai, doktor dan jururawat tentu akan cemas dan menasihati agar memakan lebih banyak makanan yang mengandungi kalori yang tinggi. “Doktor, saya hamil untuk kali pertama. Saya membuat pemeriksaan kehamilan di salah sebuah klinik awam di bandar tempat saya tinggal. Jururawat di situ memberitahu saya tidak mempunyai penambahan berat badan yang cukup. Apakah yang dimaksudkan oleh jururawat yang bertugas. Saya mahu bertanyakan beliau, tapi beliau kelihatan sibuk dan tidak mesra pesakit. Boleh doktor terangkan?” Penambahan berat badan adalah penting bagi membentuk fizikal bayi dalam rahem, penambahan saiz organ-organ ibu ... Read More »

Adakah Pil Perancang Kehamilan Menyebabkan Kegemukan?

  Setiap ubat-ubatan yang digunakan mempunyai kesan sampingan tertentu. Namun ia bergantung kepada individu. Ada pesakit yang tidak mengalami kesan sampingan itu, tetapi ada juga pesakit yang mengalami kesan sampingan yang teruk. Pil Pencegah Kehamilan (Oral Contraceptive Pills – OCP) dikaitkan dengan kesan sampingan yang merisaukan kebanyakan wanita iaitu pertambahan berat badan. Mereka bimbang dengan perubahan saiz pada payudara, peha dan punggung mereka. Ramai wanita yang mengamalkan OCP kerana masalah kesihatan mereka bertanyakan perkara yang sama kepada saya. Jika berat mereka bertambah tentu tidak baik untuk kesihatan dan dikhuatiri bakal berdepan masalah perubatan yang lain pula. Kesan ini tidak dirasakan oleh semua orang. Tiada bukti saintifik yang kukuh mengatakan bahawa OCP menyebabkan penambahan berat badan pada semua wanita yang mengamalkannya. Ia hanya berlaku pada wanita tertentu dan selalunya ia akan ... Read More »

Asthma dan Dehidrasi

Asthma dan Dehidrasi

“Kenapa anak saya kerap sangat diserang asthma, doktor?” Saya menarik nafas panjang. Hari ini saja sudah enam orang pesakit asthma yang diberikan nebulizer. Cuaca di luar sangat panas, ditambah dengan jerebu yang menyesakkan. Alhamdulillah mereka respond baik dengan rawatan nebulizer. Walaupun masih berkahak ketika batuk, mereka mengakui merasa amat lega kerana dapat bernafas dengan baik dan tidak rasa sakit dada lagi. “Cuba puan perhatikan cuaca sekarang. Panas membahang” “Tapi bukankah asthma disebabkan oleh cuaca sejuk?” “Betul puan, cuaca sejuk boleh menyebabkan asthma. Namun ada satu lagi punca asthma, iaitu kekurangan air dalam tubuh (dehidrasi)” “Ya lah doktor, sekarang pun kita tengah berpuasa Ramadhan. Kurang air agaknya” Asthma bukanlah satu perkataan yang asing di Malaysia. Ramai kanak-kanak menghidap penyakit ini dan sering dihantar ke klinik atau hospital untuk rawatan. Ia adalah ... Read More »

Jangan Terlalu Lama Mengamalkan Suntikan Pencegah Kehamilan

Ramai wanita muda yang datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan pencegahan kehamilan. Saya tertanya-tanya dalam diri, apakah mereka mengetahui kesan sampingan dan bahaya-bahaya yang menanti jika mereka terus mengamalkan suntikan ini tanpa membuat pemeriksaan. Saya pasti ramai wanita ini tidak diberitahu bahawa jika mereka mengalami sakit kepala, mengalami tekanan darah tinggi, masalah darah yang pekat atau menghadapi masalah fungsi hati (liver disease), maka mereka harus menghentikan penggunakan suntikan ini. Untuk itu suntikan pencegah kehamilan ini harus diberikan oleh doktor yang melakukan pemeriksaan berkala kepada pesakit. Doktor harus memeriksa darah pesakit setiap kali sebelum suntikan diberikan dan melakukan pemeriksaan darah untuk liver function test, bagi memastikan fungsi hati pesakit dalam keadaan normal dan toksik dari perkumuhan hormone ini dapat dibuang dengan selamat. “Doktor, saya datang sebab mahu meneruskan suntikan pencegahan kehamilan. ... Read More »

Bilateral Tubal Reversal

Saya mendapati ramai wanita yang menggunakan kaedah yang kekal untuk menjadi tidak subur. Mereka mengambil keputusan ini atas pelbagai alasan. Kebanyakan mereka melakukanya dengan nasihat doktor atas keperluan kesihatan mereka. Mengikut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke 12 pada 20 Jan 1977 memutuskan bahawa memandulkan lelaki dan wanita secara amnya hukumnya adalah haram. Kemudian Fatwa terhadap kaedah pemandulan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada tahun 1981 memutuskan bahawa kaedah pemandulan yang kekal atau melemahkan dan merosakkan fungsi reproduktif seseorang individu secara kekal adalah haram. Ini berdasarkan ayat al Quran: “..dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah memberikan rezeki pada kamu dan kepada mereka..” (Al An’am:151) Tetapi terdapat pengecualian yang diberikan kepada wanita yang tidak boleh menggunakan sebarang kaedah pencegahan kehamilan sementara (atas faktor kesihatan), di mana ... Read More »

Ovarian Cyst Ketika Hamil

Ovarian cysts berlaku kepada kira-kira 1 dalam 1,000 wanita hamil. Kebanyakan cyst ini tidak berbahaya (bukan kanser) dan didiagnosa oleh doktor secara tidak sengaja ketika melakukan pemeriksaan ultrasound untuk mengetahui perkembangan bayi dalam rahem. Oleh kerana organ kilang telur ovari terletak berhampiran dengan rahem, maka ia mudah dikesan. Saya selalu menasihati wanita hamil yang didiagnosa mempunyai ovarian cyst agar bertanya saiz dan jenis cyst yang mereka hadapi. Ini dapat diberitahu oleh doktor yang melakukan pemeriksaan ultrasound berkenaan. Baru-baru ini saya menerima pertanyaan dari rakan FB. Beliau runsing kerana telah didiagnosa ovarian cyst ketika hamil. “Salam doktor, saya telah didiagnosa mengalami ovarian cyst berukuran 3.2 x 2.8mm ketika melakukan pemeriksaan ultrasound untuk kehamilan saya. Menurut doktor yang memeriksa, jika saiz ovarian cyst semakin membesar kemungkinan saya akan dibedah. Ini merisaukan saya. ... Read More »

Apakah Kaitan Ovarian Cysts dengan Ketidaksuburan?

Saya banyak menerima pertanyaan mengenai ovarian cyst dan ketidaksuburan. Sebaiknya nasihat mengenainya diberikan oleh doktor yang memeriksa, kerana saya hanya dapat memberikan nasihat berbentuk panduan saja. “ Assalamu alaikum Doktor. Saya telah berkahwin selama 2 tahun lebih tetapi masih belum hamil. Pada awal tahun lepas saya ada melakukan pemeriksaan kesuburan. Mengikut laporan doktor, saya mempunyai satu cyst di ovari sebelah kanan. Doktor tidak menyarankan saya untuk melakukan pembedahan membuang cyst namun katanya cyst itu akan membesar. Saya sangat risau memikirkan apabila cyst itu bertambah besar, tentu akan menyukarkan saya untuk hamil. Jadi apa nasihat doktor? Terima kasih..” Saya bukan tidak mahu menjawab soalan yang diberikan, tetapi sekali lagi doktor yang memeriksa sebaiknya menjawab soalan ini. Namun untuk bersangka baik, saya percaya mungkin doctor yang memeriksa terlalu sibuk dengan pesakit yang ... Read More »

Masalah Pendengaran Ketika Hamil

Masalah Pendengaran Ketika Hamil

Hari raya telah berlangsung selama hampir seminggu, dan saya masih lagi menikmati cuti raya. Namun pertanyaan-pertanyaan yang diajukan di dalam email dan inbox, sangat menguja saya untuk berada di hadapan komputer. Seorang rakan FB, telah mengalami masalah pendengaran untuk beberapa tahun tetapi kehamilannya menyebabkan masalah pendengaran bertambah teruk sehingga beliau ditegur oleh rakan-rakannya akibat tidak mendengar dengan baik. Saya tidak dapat memberikan diagnosis kepada masalahnya kerana saya tidak memeriksa beliau, tetapi saya boleh memberikan nasihat dan panduan bagi beliau. Beliau telah pun berjumpa dan diperiksa oleh doktor pakar ENT, tetapi masih tertanya-tanya apa yang berlaku pada dirinya. Menurut satu artikel dalam sebuah jurnal yang pernah saya baca, masalah pendengaran di kalangan wanita hamil biasa berlaku, namun ia bersifat sementara. Masalah ini berlaku pada pertengahan atau akhir usia kehamilan. Ia lebih kepada ... Read More »

Perlukah Suntikan Antitetanus Vaccine Selepas Kemalangan atau Kecederaan?

“Aduh..aduh..aduh” Seorang pemuda 20an sedang dibersihkan luka kemalangan jalanraya oleh pembantu klinik saya. Dia menjeling apabila saya menyediakan suntikan. “Itu apa tu doktor? Tak boleh ke kalau tak inject?” “Eh janganlah mengada-ngada. Kalau dah datang klinik kenalah injek. Pakai jarum besar, doctor !!” Ada suara wanita, saya mengagak ia suara ibunya yang berdiri di belakang saya. Saya menoleh ke arahnya. Dia tersenyum. “Jangan bagi chance, doctor. Anak saya ini memang mengada-ngada. Siapa suruh bawak motor laju-laju, nasib baik tak patah riuk”, dia menambah. “Saya akan suntik kamu dgn suntikan anti vaksin sebab luka kamu dalam dan kotor” Saya merujuk kepada luka yang dialaminya pada lutut, siku dan kaki, yang agak dalam sehingga menampakkan tisu di bawah kulit, bercampur darah dan tar jalan raya. Ramai yang menganggap luka-luka yang dalam dan ... Read More »

Perlukah Henti Penyusuan Anak Apabila Hamil Semula?

Perlukah Henti Penyusuan Anak Apabila Hamil Semula?

“Hamil lagi..??!!” “Ish abang ni. Macam tak percaya pulak. Yang buat saya mengandung adalah abang. Abang jangan buat-buat tak percaya pulak”. Saya nak tergelak mendengar perdebatan suami-isteri itu. “Doktor, macam mana ni, anak saya baru masuk umur satu tahun. Masih lagi menyusu badan.” keluh si isteri. “Maaf puan, saya tak buat pengguguran bayi. Saya takut dosa. Lagi pun perkara ini sepatutnya boleh dielakkan kalau puan dan suami merancang. Lainlah kalau kehamilan puan mengancam nyawa..” “Habis macam mana doctor?” “Teruskan saja kehamilan ini. Jika puan rasa berat untuk membesarkannya kerana tekanan ekonomi, saya boleh bantu dengan mencari ibu bapa angkat untuk anak puan nanti” “Tapi saya masih menyusukan anak…” dia membantah. “Tidak ada masalah. Sepanjang pengetahuan saya kehamilan puan yang lepas adalah normal. Insya Allah puan boleh meneruskan penyusuan dan kehamilan ... Read More »

Hamil Walaupun Menggunakan IUCD

Hamil Walaupun Menggunakan IUCD

“Tahniah, melalui ujian air kencing, kami mendapati puan hamil. Boleh saya tahu bila tarikh haid puan?” “Haa.. Saya hamil? Tak mungkin sebab saya guna alat perancang. Macam mana saya boleh hamil. Saya tak mahu bayi ini!!” Terkedu saya mendengar jawapan wanita ini. Apakah ujian air kencing yang dibuat telah memberikan keputusan yang silap? “Kalau macam itu, apa kata kita lakukan pemeriksaan ultrasound untuk kepastian..” saya sudah hilang kekuatan untuk berfikir. Nasib baik alat IUCD bukan dimasukkan oleh saya. Saya memang tidak berminat untuk memasukkannya walaupun memasukkan alat IUCD adalah mudah dan dapat dilakukan oleh mana-mana doktor. “Bagaimana doktor, betulkah saya hamil?” Tanya wanita sebaik saja saya meletakkan probe ke atas abdomennya. Saya menarik nafas panjang. Di dalam abdomen tidak nampak pun sarung janin, hanya imej IUCD masih berada di dalam rahem. Sementara ... Read More »

Kekurangan Gula (Hypoglycemia) Ketika Hamil

“Doktor, saya nak tanya. Maaflah kerana terpaksa menelefon. Isteri saya tidak tahan untuk meneruskan puasa. Bolehkah beliau berbuka?” Macamlah saya seorang ustaz pula. Tetapi  terdetik juga dalam hati, apa sebenarnya yang berlaku sehingga isteri beliau mahu meninggalkan puasa. “Isteri saya sedang hamil 8 minggu. Dia kata badannya letih, menggigil dan lemah. Saya pun hairan sebab dia bersahur pagi tadi dengan saya” “Kalau begitu, bolehlah berbuka. Jangan tunggu sampai pengsan pula” jawab saya ringkas. Saya percaya isteri beliau sedang mengalami hypoglycemia. “Tahun lepas pun dia berpuasa, tapi dia tidak pernah mengalami rasa lemah, menggigil dan lemah badan walaupun badannya agak kurus. Sekarang, dia mengalami masalah ini. Adakah ini disebabkan kehamilannya?” “Sudah pasti. Mungkin isteri awak jenis yang kurang makan, sebab itu badannya kurus. Apabila kurang makan dan semua nutrient dikongsikan dengan ... Read More »

Bahaya Dehidrasi Ketika Hamil

“Teruk betul isteri saya hamil kali ini. Asyik muntah saja sampai badannya lemah…” Saya tersenyum kerana rakan saya ini bercerita dengan bersungguh-sungguh. “Habis tu siapa yang masak di rumah?” saya menduga beliau. “Makan kat kedailah doktor. Dia bukan saja lemah badan dan tak terdaya hendak masak, bau makanan dia pun tak boleh nak hidu..” “Sekarang ini dia di mana?” “Kat rumah. Sudah 3 hari terbaring di atas katil..” “Kalau sudah terbaring  3 hari, itu sudah tanda bahaya. Kena bawakan ke hospital. Jangan dibiarkan tanpa rawatan. Berbahaya pada ibu dan anak dalam rahem” Terbeliak mata dia mendengar penjelasan saya. Tidak sempat menjawab salam yang diberikannya, kelibatnya telah hilang, memandu kereta pulang ke rumah. Dalam istilah perubatan, ‘dehidrasi ditakrifkan sebagai kekurangan air yang banyak dari tubuh’. Ia bukan masalah ringan. Dehidrasi yang ... Read More »

Kesan Jangka Panjang Cafergot

Kesan Jangka Panjang Cafergot

“Doktor, saya selalu membeli cafergot di farmasi untuk sakit kepala. Ubat tahan sakit yang lain tidak berkesan untuk saya sebab saya dah cuba bermacam-macam jenis. Agaknya ada tak kesan sampingan mengambil cafergot dalam jangka masa yang lama? Saya sudah menggunakannya selama 6 tahun” Saya menerima e-mail itu dengan rasa bantahan. “Sudah 6 tahun menggunakan cafergot, baru tanyakan kesan sampingan. Masa ambil ubat ini dulu tidak ada doktor yang menerangkannya atau selama ini memang dia membelinya dari farmasi tanpa perskripsi?” detik hati saya. Saya menarik nafas panjang. Bersangka baiklah… Tentu lebih baik dia bertanya sekarang daripada terus memakan ubat itu dan menerima kemudharatan. Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Hindarilah prasangka, kerana prasangka itu berita yang paling bohong. Jangan saling mencari-cari keburukan orang. Jangan saling mengorek rahsia ... Read More »

Khasiat Durian Belanda Masih Diperdebatkan

Khasiat Durian Belanda Masih Diperdebatkan

Saya diminta untuk memberikan pandangan terhadap kebaikan buah durian belanda. Bukan niat saya untuk memperkecilkan kebaikan buah ini, apatah lagi jika ada pihak dari Jabatan Pertanian yang ingin mempromosi buah ini. Namun biarlah kebaikan-kebaikan buah ini diberitahu berdasarkan fakta yang benar. Saya akan berikan pandangan berdasarkan pengamatan saya terhadap kajian-kajian yang telah dibuat. Terserah pada pembaca sama ada untuk menerimanya atau menolaknya. Semoga kita selamat dari sekumpulan manusia yang suka mengambil kesempatan di atas kealpaaan kita. Saya ucapkan terima kasih atas pertanyaan rakan FB saya. “Doktor, saya mendapat tahu dari seorang rakan bahawa buah durian belanda mempunyai khasiat untuk merawat penyakit kanser?” “Awak dah beli ke produk buah durian belanda itu?” “Belum lagi doktor. Harga produk itu mahal sebab buatan luar negeri. Lagi pun saya ingat nak makan buah itu ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!