drzubaidi

Perimenopause

Assalamualaikum doctor. Saya mohon pendapat doctor. Saya berumur 46 tahun dan telah lewat kedatangan haids selama 2 bulan. Pemeriksaan UPT menunjukkan saya tidak hamil. Semalam doctor yang saya temui di klinik memberikan saya ubat hormone untuk menurunkan darah haids saya. Perlukah saya mengambil pil ini. Apakah sebenarnya penyakit saya. Adakah suplemen yang perlu dimakan? Terima kasih.   Saya tidak dapat bertanya dengan lebih banyak kepada beliau. Jadi saya tidak dapat memberikan diagnose,  apakah penyakit yang beliau alami. Namun saya percaya, berdasarkan umur beliau, berkemungkinan besar beliau sedang memasuki fasa perimenopause. Perimenopause, adalah suatu fasa dalam kehidupan seorang wanita, berlaku beberapa …

Read More »

Coenzyme Q10 Mengurangkan Keletihan

Seorang pesakit saya, baru berumur awal 40an mengadu mengalami keletihan yang agak ketara. Beliau kerap rasa letih, mengantuk dan kerap mengalami rasa sakit pada beberapa bahagian tubuhnya.  Padahal dia adalah seorang pengurus bank di bandar Johor Bahru, bukannya seorang buruh yang menggunakan kekuatan ‘tulang empat kerat’ untuk menjalankan kerjanya. Saya menasihatkan agar beliau menjalani pemeriksaan darah dan air kencing. Namun secara  amnya saya mendapati beliau sihat dan tidak mengalami apa-apa penyakit kronik. Jadi apa masalah beliau sehinggakan beliau sering tertidur ketika menonton rancangan berita di TV. Beliau juga mengadu sering rasa letih dan tidak puas tidur. Saya menghabiskan masa yang …

Read More »

Phthalates Menyebabkan Diabetes Mellitus

Seperti mana yang ramai ketahui bahawa peningkatan kes diabetes mellitus semakin menjadi-jadi di Malaysia. Saban hari saya berhadapan dengan kes-kes baru di pusat kesihatan tempat saya bekerja. Yang pelik, kebanyakan mereka berusia dalam lingkungan 30an. “Doktor bagaimana saya boleh kena diabetes. Badan saya tidak gemuk. Mak dan ayah saya tiada diabetes. Agaknya mesin yang doktor guna tersilap” Saya mengulangi pemeriksaan gula di awal pagi di mana pesakit belum lagi  bersarapan dan belum mengambil apa-apa makan semenjak pukul 10pm malam tadi. Bacaan pertama tadi 12.0mmol/L, bacaan ulangan kedua pula 12.5mmol/L. Lebih kurang saja. Saya mencadangkan pemeriksaan semula setelah dua jam pesakit …

Read More »

Menjaga Luka Episiotomi

“Doktor kenapa perlu dipotong ‘laluan’ bayi ketika melahirkan bayi?” “Maksud puan, episiotomi kah?” “Saya tak pasti namanya, tapi doktor telah menggunting kemaluan saya semasa kepala bayi saya mula keluar. Apakah ia perlu?” “Puan rasa sakitkah?” “Tidaklah rasa sakit sangat, sebab masa itu saya hanya ingat ALLAH dan mahukan kelahiran itu cepat selamat saja. Tapi bukankah mencederakan kemaluan saya adalah memudaratkan?” Episiotomi adalah teknik memotong di bahagian kemaluan yang dinamakan perineum, terletak di antara faraj dan lubang dubur, ketika kepala bayi sedang keluar dari faraj. Pada masa dahulu, doktor sering melakukannya secara rutin, apabila mereka menyambut kelahiran bayi yang dilahirkan secara …

Read More »

Krim Ezerra untuk Merawat Eczema

Ezerra cream adalah krim yang digunakan untuk merawat penyakit atopic dermatitis dengan segera dan dapat juga digunakan untuk merawat eczema tetapi mengambil masa yang lebih lama. Bagi ibu bapa yang terlalu risau terhadap kesan steroid yang sering diberikan kepada anak-anak mereka yang mengalami eczema, Ezerra cream adalah alternatif yang baik kerana tidak mengandungi steroid. Atopic dermatitis sering berlaku kepada kanak-kanak dan dianggar seramai 2 dari 10 orang kanak-kanak mengalami masalah kulit ini, mengakibatkan kulit mereka menjadi merah akibat radang, mengalami kegatalan  dan kekeringan. Ezerra mengandungi dua bahan utama iaitu Stimutex AS yang bertindak sebagai antihistamine untuk mengurangkan kegatalan dan Saccharide …

Read More »

Ural Sachets

    Ia adalah serbuk yang dibancuhkan ke dalam air, mengandungi Citric acid anhydrous 0.72g; tartaric acid 0.89g; sodium bicarbonate 1.76g; sodium citrate anhydrous 0.63g per 4g sachet.   Boleh mencubanya jika mengalami rasa sakit ketika kencing, rasa tidak puas kencing, rasa selalu mahu kencing, rasa tidak selesa di bahagian ari-ari. Ural digunakan untuk air kencing  menjadi alkali, bagi  merawat  jangkitan kuman.   Bagi orang dewasa dan kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas, satu atau dua sachet boleh dicampurkan dengan segelas air mineral, dan diminum 3-4 kali sehari. Selepas tiga hari, masih tidak sembuh berjumpalah doctor. Bagi pesakit kronik seperti …

Read More »

Kopi Luwak : Manfaat dan Hukum

  Kopi luwak atau juga dikenali sebagai civet coffee, adalah antara kopi yang termahal di dunia dan ia sangat sukar didapati. Ini kerana pengeluarannya sangat terhad.   Harga kopi luwak boleh mencecah antara US$100 dan $600 sekilo bergantung kepada kualitinya. Kopi yang dihasilkan oleh musang liar dalam hutan lebih mahal dari kopi yang dihasilkan oleh musang yang dijinakkan.   Kebanyakan pengeluaran kopi luwak ini dihasilkan di Pulau Sumatera, Jawa, Bali dan Sulawesi, Indonesia. Ia juga dikeluarkan di Vietnam, Filipina (dinamakan kape alamid) dan Timur Timor (kafé-laku).       Pengeluaran kopi ini bermula apabila bijian kopi yang dimakan oleh  musang …

Read More »

Bahayakah Menggunakan Suplemen ALFALFA?

Ramai yang bertanyakan tentang suplemen yang berasaskan Alfalfa. Pada pendapat saya tidak salah kita mengamalkan suplemen asalkan manfaat yang diperlolehi berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Pastikan juga suplemen itu dikeluarkan oleh syarikat yang boleh dipercayai, terutama dari segi penjagaan keselamatannya. Terserahlah pada pengguna untuk memilih suplemen yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Saya akan menulis secara ringkas mengenai alfalfa. Penulisan ini disesuaikan dari http://www.webmd.com/vitamins-supplements. Saya cuba bersikap lebih adil dan tidak berat sebelah dalam menerangkan mengenai suplemen alfalfa. Alfalfa adalah tumbuhan herba yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit sejak zaman dahulu lagi. Alfalfa mempunyai kandungan protein dan kalsium yang tinggi …

Read More »

Epidural Analgesia Semasa Melahirkan Anak

Seorang rakan FB bertanyakan saya dan meminta saya memberikan pandangan terhadap kaedah “epidural” yang sedang popular digunakan, terutamanya di hospital swasta. Rakan FB ini agak keliru dan berasa ngeri apabila membayangkan suntikan jarum di tulang belakang. Perkataan “epidural” biasa digunakan oleh doktor dan orang awam bagi merujuk kepada ‘epidural analgesia’, iaitu satu teknik memasukkan ubat bius yang  disuntik melalui tiub (catheter) ke dalam ruang epidural pada tulang belakang. Suntikan bius ini akan menyebabkan kehilang deria rasa (kebas) dan dapat menghilangkan rasa sakit, dengan menghalang pergerakan isyarat saraf pada saraf tunjang. Jadi ia adalah teknik bius yang sesuai digunakan untuk menghilangkan …

Read More »

Jangkitan Respiratory Syncytial Virus (RSV)

Baru-baru ini seorang rakan FB menandakan gambar anaknya yang sedang dirawat di ICU di sebuah hospital awam ke dalam dinding GB saya. Beliau mengesahkan bahawa nak beliau sedang dijangkiti oleh virus RSV. Melihat gambar bayi yang sedang dimasukkan tiub melalui mulut dan beberapa wayar di beberapa tempat di tubuhnya, saya dapat memahami kepiluan seorang ibu. “Bersabarlah dengan ujian ini, dan harapkanlah yang terbaik dari ALLAH.” Dalam keadaan ini, doctor hanya melakukan rawatan setakat yang mereka mampu. ALLAH yang akan menyembuhkan kanak-kanak ini. Banyaklah berdoa… Jangkitan Respiratory Syncytial Virus (RSV), boleh menyebabkan jangkitan pada paru-paru dan saluran pernafasan yang lain, terutama …

Read More »

Peminum kopi menjadi lebih sihat

Baru-baru ini Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat (National Institutes of Health) telah mengeluarkan satu kenyataan pada Rabu, 16 May, bahawa peminum kopi mempunyai risiko kematian awal yang rendah. Sudah semestinya ajal kematian seseorang itu hanya diketahui oleh ALLAH SWT, kerana hanya DIA yang memiliki ilmu pengetahuan terhadap perkara-perkara ghaib. Tiada sesiapa yang mengetahui dan tiada sesiapa yang dapat menghalangnya. Namun begitu sebagai usaha untuk hidup lebih lama agar dapat berbakti di muka bumi ini, kita digalakkan untuk mencari ikhtiar agar dapat mencapai tujuan  usaha kita. Jadi ini adalah berita baik untuk penggemar kopi. Kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute …

Read More »

Makanan Segera meningkatkan risiko Diabetes dan Sakit Jantung

Dulu ada seruan memboikot makanan segera seperti McD dan KFC atas alasan kedua-dua syarikat makanan segera ini menyumbangkan keuntungan mereka pada dana Israel. Saya tiada maklumat sahih mengenainya. Di Johor Bahru, McD dan KFC bagaikan cendawan tumbuh. Malah ada yang dibuka 24 jam. Maknanya perniagaan mereka mendapat sambutkan warga JB yang semakin sibuk dan mempunyai kuasa membeli. Saya tidak berasa jengkel atau irihati dengan perkembangan ini. Namun saya hanya berminat mengenai kandungan nutrisi makanan yang dihidangkan.  Jadi skop perbincangan ini, hanya membincangkan mengenai bahaya makanan ringan (fast food) dari sudut nutrisi, tanpa merujuk kepada mana-mana syarikat penyedia ‘makanan ringan’. Bahaya …

Read More »

Berhati-hati menggunakan PONSTAN

Ponstan adalah ubat penahan sakit yang agak terkenal di kalangan pesakit-pesakit yang sering mengalami sakit kepala. Malah ada yang menggunakan ubat ini secara berpanjangan sehinggakan ubat ini tidak lagi membantu mengurangkan kesakitan yang mereka alami. Malah Ponstan ini boleh dibeli secara mudah, tanpa preskripsi, di farmasi dan kedai-kedai ubat. Ia dikenali dengan pelbagai nama, seperti Holostan, ata lebih mudah disebat ‘ubat kuning lonjong’. Ponstan sebanranya adalah ubat yang terkawal, yang seharusnya diambil dengan nasihat doctor atau ahli farmasi. Ini kerana setiap ubat mempunyai risiko dan manfaat. Doktor hanya akan memberikan ubat ini jika mendapati Ponstan memberikan manfaat kepada pesakitnya. Ponstan …

Read More »

Hamil tetapi mengalami Haids?

  Salah satu tanda kehamilan ialah tidak dating darah haids pada tarikh sepatutnya. Oleh itu saya berasa amat pelik jika ada wanita yang mengaku hamil dan mengalami haids.   Ini satu kekeliruan. Kedatangan haids dan kehamilan ibarat malam dan siang. Mana mungkin malam dan siang berlaku serentak. Begitu juga dengan kehamilan dan kedatangan haids. Mustahil orang yang hamil akan kedatangan haids kerana kedua-duanya tidak berlaku serentak.   Kekeliruan ini juga menyebabkan doctor mengira tarikh dijangka melahirkan bayi (date of delivery) pada tarikh yang salah. Masalah ini selalunya diselesaikan dengan bantuan pemeriksaan ultrasound.   Sebenarnya mereka mengalami pendarahan di awal kehamilan, …

Read More »

Benarkah Soya menyebabkan Kanser Payudara?

Banyak pertanyaan tentang tentang kesahihan khabar angina, sama ada kanser payudara disebabkan oleh meminum air kacang soya atau memakan produk makanan berasaskan soya seperti tauhu dan tempeh? Jawapannya tidak. Memang tidak dapat dinafikan air soya dan produk makanan berasaskan soya mempunyai phytoestrogens, iaitu bahan biokimia semulajadi yang menyerupai hormon estrogen. Oleh kerana hormon estrogen boleh menyemarakkan lagi kanser payudara, maka persoalan seperti ini timbul. Walaupun dalam ujikaji di makmal, phytoestrogens boleh merangsangkan pertumbuhan sel-sel kanser payudara, tetapi dalam kajian klinikal, ramai saintis gagal membuktikan dakwaan ini.  Malah ada kajian klinikal yang mendapati pengamalan produk makanan berasaskan soya boleh merendahkan kebarangkalian …

Read More »

“Meramal” hayat anak menggunakan teknik Preimplantation Genetic Diagnosis

Seorang rakan FB yang baru kematian seorang anak yang baru dilahirkan bertanyakan kepada saya sama ada ada teknologi perubatan moden yang boleh meramalkan kecacatan yang bakal dihadapi oleh bayi. Ini kerana bayi beliau mengalami penyakit yang berkaitan dengan genetik atau kecacatan kromosom, iaitu  Klinefelter Syndrome. Oleh kerana beliau diberitahu oleh doctor pakar, bahawa kebarangkalian untuk isteri beliau hamil semula dan mengalami masalah yang sama adalah sangat tinggi, beliau mengharapkan dan berdoa agar biarlah selepas ini mendapat anak yang sihat. Perkataan ‘meramal’ adalah perkataan yang agak keras dan sensitif. Saya bimbang rakan saya mungkin akan salah faham. Isu sama ada Islam …

Read More »

Berkahwin semasa belajar dan belum sedia untuk hamil

  Saya memahami kehendak dan naluri orang muda yang sedang belajar terutama jauh di luar negeri. Suasananya mungkin agak berbeza dengan suasana di Malaysia. Di sini kita ada ibubapa yang dekat dan sering memantau perkembangan pelajaran dan kehidupan kita. Di luar negeri mungkin tiada siapa yang dapat kita minta nasihat kerana kebanyakan kita hampir sebaya. Ketika saya belajar di India dulu ketika melanjutkan pelajaran di bidang perubatan, umur saya sudah memasuki 21 tahun dan kebanyakan kami (batch pertama dan kedua) berumur sebaya. Saya tidak nampak di antara kami yang sama-sama selalu berjemaah di masjid di kariah kampus, mampu memberikan nasihat …

Read More »

Merawat Jerawat ketika Hamil

Wanita yang mengalami jerawat ketika hamil haruslah lebih berhati-hati dengan ubat-ubatan yang mereka beli dari farmasi. Ini kerana tidak semua ubat-ubatan yang biasa digunakan, sesuai untuk mereka. Ubat-ubatan itu boleh memberikan kemudharatan pada bayi dalam rahem. Sebenarnya mengalami jerawat (acne) adalah perkara biasa di kalangan wanita yang hamil. Jika jerawat itu tidak berapa teruk, tentu tidak merisaukan. Tetapi jika jerawat itu terlalu teruk, sudah tentu ramai wanita yang berasa malu dan berusaha untuk menghilangkan jerawat itu dengan segera. Punca bagi pembentukan jerawat di kalangan wanita yang hamil ialah akibat hormone terutama di awal usia kehamilan (trimester pertama). Peningkatan hormone ini …

Read More »

Rahem kecil tidak boleh hamil ?

  Saya tertarik dengan satu pertanyaan “ Assalamualaikum doktor,saya nak tanya,kalau rahim kecil ada peluang nak hamil tak?”   Saya segera bertanya semula, “Puan telah membuat pemeriksaan doktor?”   “Hari itu saya ada berurut dengan seorang bidan. Bidan yang beritahu saya bahawa saya mempunyai rahem yang kecil dan akan mengalami kesukaran untuk hamil”   Saya menggelengkan kepala. Tidakkah wanita ini terfikir bagaimana seorang bidan tanpa menggunakan bantuan pengesan dapat mengetahui bahawa wanita itu mempunyai masalah sedemikian. Rahem berada di dalam pelvis, maka sukar untuk menganggak saiz rahem seseorang wanita dengan menggunakan sentuhan tangan ketika berurut kerana posisi rahem berada sangat …

Read More »

Nenas boleh Sebabkan Keguguran?

“Doktor, benarkah makan nenas ketika hamil boleh menyebabkan keguguran?” Saya diam. Hal ini tidak diajar semasa kuliah O&G semasa saya berada di universiti dulu. Jadi saya biarkan persoalan ini, sehingga saya mendapat jawapan yang sahih dari rakan-rakan yang telah menjadi pakar sakit puan dan perbidanan. “Menurut kata orang tua, nenas ini tajam dan boleh menyebabkan keguguran” sambung wanita itu lagi. Saya mengangguk-angguk kepala sebagai tanda menghargai pandangan beliau. Tidak ramai doktor yang sedar bahawa terdapat beberapa kes di mana wanita yang hamil memakan nenas dan mengalami keguguran. Adakah ini satu fakta atau satu kebetulan? Saya mendapati tidak banyak kajian saintifik …

Read More »

Makan Chocolate semasa Hamil

  Banyak kajian yang menyokong bahawa wanita hamil seharusnya tidak dihalang daripada memakan produk makanan berasaskan koko termasuk chocolate ketika hamil, kecuali jika wanita hamil itu mempunyai alahan terhadap koko dan chocolate. Walaupun produk makanan berkoko seperti chocolate mengandungi caffeine, masih tiada bukti saintifik  yang menunjukkan kandungan caffeine yang rendah dalam koko dan chocolate membahaya kepada wanita yang hamil dan bayi mereka. Chocolate juga kaya dengan magnesium, yang sangat perlu bagi perkembangan otak bayi dalam rahem. Flavonoids dalam chocolate berfungsi sebagai antioxidant membantu kesihatan jantung dan daya tahan untuk melawan sel-sel kanser. Malangnya, bahan bersusu pada chocolate boleh menghalang penyerapan …

Read More »

Hukum mengecilkan Payudara

HUKUM MENGECILKAN PAYUDARA “TERDAPAT GAMBAR-GAMBAR YANG TIDAK SESUAI DILIHAT” Jarang-jarang kita mendengar wanita yang mahu mengecilkan saiz payudara mereka. Tentu ada yang tersenyum atau melabelkan mereka sebagai “mengada-ngada”.  Ini kerana ramai wanita yang mempunyai saiz yang kecil mahu menambahkan saiz payudara mereka. Namun terdapat wanita yang ditakdirkan mempunyai saiz payudara yang terlalu besar berbanding dengan saiz tubuh mereka. Mereka mengalami perasaan rendah diri dan mengalami masalah fizikal yang tidak tertanggung. Pelbagai ubat yang telah dicuba sehingga mereka terpaksa merelakan untuk menjalani pembedahan. Antara pertanyaan yang saya terima: “ Assalamualaikum doctor, saya berumur 23 tahun..saya mempunyai masalah iaitu payudara jatuh sejak …

Read More »

KEHAMILAN SEMULA SELEPAS CAESAREAN

  Kini di Malaysia ramai ibu yang telah melahirkan anak secara pembedahan Caesarean, sama ada dilakukan secara elektif atau kecemasan. Pembedahan Caserean secara elektif bermakna pembedahan yang dijalankan untuk mengeluarkan bayi dalam rahem pada tarikh yang dirancang, sementara pembedahan secara kecemasan ialah pembedahan yang dilakukan serta-merta kerana bayi dalam rahem atau ibu yang hamil berada dalam keadaan yang bahaya.   Dalam kedua-dua pembedahan ini, banyak darah yang hilang semasa pembedahan. Dianggarkan seorang wanita yang menjalankan pembedahan Ceseran akan kehilangan antara 200ml hingga 1500 ml, bergantung kepada kesukaran ketika pembedahan. Jika ia dilakukan secara kecemasan, sudah tentu lebih banyak darah yang …

Read More »

Mengalami Masalah untuk Hamil Semula

Anak merupakan salah satu rezeki yang Allah kurniakan kepada pasangan-pasangan yang terpilih. Ada yang Allah berikan anak tunggal, ada yang mendapat bilangan anak yang sedikit dan ada yang mendapat bilangan anak yang ramai. Dalam Al Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas. “Atau Ia (ALLAH) mengurniakan mereka kedua-duanya,  anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia (ALLAH) juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya  mandul. Sesungguhnya Ia (ALLAH) Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.” (Surah Asy-Syura: 50) Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah. Jadi wanita yang pernah hamil dan telah mempunyai anak, tiba-tiba mendapati diri mereka sukar untuk hamil semua, sedarlah bahawa ini semua ujian dari Allah …

Read More »

Jalur Samar di UPT: Adakah Saya Hamil?

Saya mendapati membeli alat pemeriksaan UPT di farmasi dan melakukan ujian sendiri di rumah memang mudah, tetapi ia boleh mendatangkan kekeliruan apabila jalur di kotak ujian mengeluarkan jalur yang agak samar. Keputusan ujian pemeriksaan UPT bagi pengesahan kehamilan seseorang wanita ada kalanya mengelirukan jika tidak diberikan konsultasi oleh doktor. Saya ada menulis satu artikel mengenai ujian pemeriksaan air kencing ini. Boleh baca di https://drzubaidi.com/blog/?p=1107. Pemeriksaan ujian UPT sebenarnya mengesan kehadiran hormone human chorionic gonadotropin (hCG) dalam air kencing seorang wanita yang dikeluarkan oleh uri (placenta) dalam rahem. Ujian UPT yang positif bermakna alat ujian UPT dapat mengesan hormon hCG di …

Read More »

Pancutan Air Mani ke Belakang atau Retrograde Ejaculation

  Masalah Retrograde Ejaculation (RE) banyak ditanyakan kepada saya. Retrograde ejaculation sebenarnya berlaku apabila air mani (semen) masuk ke dalam pundi kencing, ketika berlaku orgasm dan klimaks. Semasa seorang suami mengalami klimaks semasa jimak, sperma dikeluarkan dari telur zakar (testicles) melalui satu saluran dinamakan (vas deferens)  yang membawa sperma ini kepada kelenjar prostate, di mana sperma dan lendiran lain akan bercampur dqan membentuk air mani (semen). Sepatutnya air mani dan sperma ini keluar melalui saluran air kencing lelaki (urethra) untuk sampai ke faraj (vagina) isteri. Sayangnya hal ini tidak berlaku, air mani masuk ke dalam pundi air kencing. Walaupun RE …

Read More »

Mengapa Saya Rasa Seperti Hamil Tetapi Ujian UPT Negatif?

Saya menerima banyak pertanyaan melalui inbox di FB dari ramai wanita yang keliru mengenai perasaan mereka yang seperti sedang hamil. Ini kerana mereka tidak mengalami haid untuk beberapa minggu, tetapi apabila ujian air kencing UPT dilakukan, mereka mendapati ia negatif (mereka tidak hamil). Saya memahami perasaan mereka yang sangat berharap untuk hamil, namun belum lagi diberikan rezeki untuk hamil. Banyak berdoa dan teruskanlah usaha, semoga doa dimakbulkan Allah. Perasaan untuk hamil setelah mencuba beberapa tahun mencuba bukanlah perasaan yang boleh diabaikan. Ramai yang menyatakan kesedihan kepada saya apabila setelah lama berikhtiar, pada saat  darah haids tidak datang pada waktu yang …

Read More »

Ujian Kesihatan Memerlukan Kesabaran

Tawakal bermakna berserah kepada Allah dengan sebulat hati, atas takdir yang ditentukanNYA setelah kita berusaha. Seperti mana seorang pelajar sedang menjalani pengajian di universiti. Setelah berusaha mendalami dan memahami bahan kuliah, maka tibalah masa untuk menghadapi peperiksaan. Maka pelajar itu menjawab soalan-soalan itu dengan cara yang terbaik. Akhirnya berserah dan menunggu sahaja keputusan yang bakal diumumkan oleh pensyarah. Begitu juga sebagai seorang hamba yang berusaha untuk memuaskan hati tuannya. Terserahlah kepada tuannya menilai pekerjaan yang dilakukan. Sabar dalam menerima keputusan yang bakal diterima setelah melakukan yang terbaik. Untuk mendapat kesembuhan penyakit, seorang pesakit harus berusaha mencari ubat dan rawatan terbaik …

Read More »

Berurut Ketika Hamil

Rawatan urutan memberikan faedah kepada wanita hamil. Namun begitu ramai doktor yang agak berat memberikan galakan pada wanita hamil untuk berurut kerana rawatan ini bukan sahaja mendatangkan manfaat, tetapi juga boleh mendatangkan mudharat bergantung kepada cara dan latihan yang ada pada si pengurut. Tidak semua pengurut mahir dalam bidang yang mereka lakukan. Ada di antara mereka yang langsung tidak ada pengetahuan dan berlagak seolah-olah tahu. Ada pula yang mengurut hanya berdasarkan pengalaman dan cuba-cuba. Sudah tentu ini akan membahayakan ibu dan bayi dalam rahem. Urutan tidak digalakkan di awal kehamilan, iaitu apabila usia kehamilan kurang dari 12 minggu kerana ia …

Read More »

Menentukan Penglihatan Bayi Yang Normal

Baru-baru ini seorang ibu bertanyakan kepada saya mengenai penglihatan anaknya yang baru berusia 3 bulan. Beliau sangat risau kerana anaknya seolah-olah masih tidak dapat melihat apa-apa. Saya tidak berkesempatan memeriksa bayi beliau kerana beliau hanya menelefon saya untuk mendapatkan kepastian. Saya hanya memberikan nasihat agar beliau bertenang dan memberikan sedikit masa untuk anaknya mengalami perkembangan fizikal. Oleh kerana anaknya masih belum mencapai usia enam bulan, terlalu sukar untuk memastikan sama ada anaknya mempunyai masalah penglihatan. Bayi yang baru dilahirkan sebenarnya tidak mempunyai daya penglihatan yang baik seperti orang dewasa. Mereka hanya mampu mengesan cahaya dan bentuk bayangan secara kabur. Itu …

Read More »

Penggunaan Perkataan ‘KITA’ Ketika Salah Faham

Saya sering ditanya melalui e-mail untuk mendapat nasihat dan panduan bagi pasangan suami isteri yang menghadapi konflik rumahtangga. Kebanyakan yang bertanya adalah suri rumah yang tidak tahan lagi dengan pertengkaran dengan suami mereka, sama ada yang hanya melibatkan ’verbal’ atau pertengkaran yang melibatkan kekerasan fizikal. Sayang sekali kebanyakan pertengkaran ini melibatkan pasangan yang masih muda dan tempoh perkahwinan mereka baru saja memasuki separuh dekad. Bagi pasangan muda seperti ini, konflik keluarga yang tidak diselesaikan dengan baik, ia boleh menjurus ke arah penceraian. Walaupun ada juga pertengkaran ini melibatkan pasangan yang lebih berusia, namun pasangan ini lebih matang ketika bertengkar dan …

Read More »

Mengapa Suami Bermalasan di Rumah

Dalam tubuh lelaki terdapat hormon kelakian, testosterone yang penting dalam kehidupan mereka sebagai seorang lelaki. Hormon ini bukan saja penting bagi menyemarakkan syahwatnya sebagai lelaki, tetapi yang lebih penting, hormone testosterone akan memberikan rasa untuk terus berjuang, untuk bersaing, menjadi kreatif, menjadi lebih pintar dan matang serta mampu melakukan tugas-tugas yang diamanahkan sebagai seorang suami. Hormon testosterone juga akan mempengaruhi mental lelaki dengan mengurangkan rasa stress. Lelaki yang stress akibat kekurangan hormon testrosterone bukan saja tidak mempunyai nafsu syahwat terhadap isterinya, malah beliau mungkin tidak mempunyai rasa untuk berjuang, bekerja dengan lebih baik untuk keluarganya, tidak kreatif dan tidak mampu …

Read More »

Saya Tidak Tahu

“Encik ini doktorkah?” seorang rakan FB yang baru saya ‘approved’ bertanya di dalam ruangan chatting FB. Dengan merendah diri, saya menjawab, “Ya..” “Doktor merawat apa..?” Rasa macam malas nak melayan, tapi demi siratur rahim saya menyambung, “Saya merawat manusia..” “Doktor ini doktor pakar apa?” “Saya doktor tapi tak pakar..” “Kalau tak pakar, kenapa jadi doctor..” Fuh, boleh tahan loyar buruk. Saya segera memberi salam dan memadamkan komputer. Orang yang bijaksana adalah tidak tergesa-gesa dalam mengeluarkan memberikan jawapan pada setiap soalan yang diberikan. Orang yang bijaksana akan bersifat berhati-hati dalam perbuatan mahupun perkataannya. Imam Ghazali memberitahu dalam kitab Ihya Ulumuddin mengenai …

Read More »

Spirulina Sebagai Makanan Tambahan

Hampir setiap syarikat jualan langsung menjual produk makanan kesihatan spirulina. Ia adalah produk yang amat laris di pasaran kerana dikatakan mempunyai kadar protein yang tinggi dan bagus untuk pembangunan minda. Spirulina sebenarnya adalah tumbuhan microalgae berwarna biru kehijau-hijauan yang dimakan oleh manusia dan haiwan sebagai suplemen nutrisi. Kebanyakan algae ini dari jenis Arthrospira platensis dan Arthrospira maxima yang dikeluarkan di United States, Thailand, India, Taiwan, China, Pakistan, Myanmar dan Chile. (rujuk: Vonshak, A. (ed.). “Spirulinaplatensis (Arthrospira): Physiology, Cell-biology and Biotechnology”. London: Taylor & Francis, 1997) Di Amerika Syarikat spirulina dianggap sebagai suplemen atau makanan kesihatan yang diwar-warkan sebagai nutraceutical, atau …

Read More »

Mengapa Lelaki Tidak Ingat Tarikh Perkahwinan?

“Doktor ingat tarikh perkahwinan?” saya ditanya oleh petugas di kaunter pendaftaran sarjana di UTM beberapa minggu lepas. Saya diam. Rasa malu. Tersengih. “Errr… boleh saya minta talian hayat. Saya nak call isteri saya” Saya bukan lelaki yang tidak peduli pada perkahwinan.  Cuma saya tidak dapat mengingati tarikhnya. Di waktu yang lain, ketika saya memeriksa seorang kanak-kanak yang demam kuat. Saya mahu memberikan ubat. Dosnya harus diberikan mengikut umur dan berat badan kanak-kanak itu. “Berapa umur anak encik  ni. Ingat tarikh lahirnya?” saya menyoal bapa yang membawa kanak-kanak ini. “Nanti saya tanyakan isteri saya..” jawapan yang serupa saya berikan dahulu. Kaum …

Read More »

Bahayakah Makan Kepak dan Leher Ayam Kepada Wanita?

Saya diminta untuk mengulas satu kenyataan yang disebarkan melalui internet. Teknologi “copy and paste” telah menyemarakkan penyebarannya. Kenyataan ini mulanya saya baca dalam versi bahasa Inggeris, kemudian saya mendapati ia telah dialihbahasakan dan ada yang diubahkan kandungannya. Saya tidak dibayar gaji oleh syarikat makanan segera, McDonald atau Kentucky Fried Chicken mahupun Persatuan Penternak Ayam untuk menerangkan hal ini. Saya menulis kerana saya percaya ada kesilapan pada kenyataan yang disebarkan dan perlu diperbetulkan. Saya tidak menyangkal bahaya penggunaan steroid pada haiwan ternakan kepada manusia. Namun niat yang baik tidak menghalalkan cara. Menakut-nakutkan orang ramai untuk tidak memakan leher dan kepak ayam …

Read More »
error: Content is protected !!