drzubaidi

Bimbang anak jatuh dari katil

“Salam Doktor, Saya ada seorang anak lelaki berusia 7 bulan. Pagi tadi anak saya jatuh dari katil. Ada bengkak diatas dahi anak saya. Dia menangis tapi selepas 3 minit mcm tu, dia berenti dan main macam biasa.  Saya juga telah bawa anak saya ke klinik sejurus lepas kejadian tu. Menurut doctor yang check anak saya, tiada apa2 yang serius. Tapi sebagai seorang ibu, saya sgt risau. Need your advice.”  WA ALAIKUM MUS SALAM Apa yg selalu kita risau apabila anak jatuh dari katil ialah anak akan mengalami kecederaan dan pendarahan otak. Kecederaan ini bergantung pada ketinggian katil, benda-benda keras yang …

Read More »

Coca-cola pernah menyebabkan wabak gejala penyakit yang tidak diketahui

        “Apa yang sedapnya minum Coca-cola?”   Tanya saya kepada seorang rakan yang sering kali memesan air tersebut apabila kami berjumpa di kedai mamak.   “Entahlah, rasa seperti mendapat kelegaan apabila minum coke. Doc, you tak pernah minum ke?”   “Dulu pernah minum, tapi dah taubat. Nak jaga kesihatan.” Saya jawab selamba.   “Ala doc, ada Diet Coke.. tak ada kalori”   Saya hanya tersengih. Malas menerangkan pada orang yang tidak berminat.   Saya pernah membaca satu penulisan di hournal perubatan terkenal, British Medical Journal dan Lancet yang melaporkan pada 8 June 1999, seramai I26 remaja perempuan …

Read More »

Kesan sampingan suntikan perancang keluarga

“Salam doctor. Saya baru berumur 28 tahun dan baru melahirkan anak yang kedua. Saya ingin mengambil kaedah perancang yang selamat kerana kedua-dua anak saya agak rapat.   Untuk pengetahuan doktor, saya pernah mengambil pil perancang keluarga dan bertukar sebanyak tiga jenis pil kerana saya mengalami sakit kepala dan loya yang teruk. Jadi saya bertukar kepada suntikan.   Malangnya semenjak saya mengambil suntikan pula, haid saya juga tidak teratur setiap bulan, kadang kala ada dan tidak, dan pernah keluar selama 15 hari atau kadang kala lebih.   Saya ingin mendapat kepastian, adakah selepas saya berhenti mengambil suntikan hormon akan menyebabkan kesukaran …

Read More »

UPT kabur, bagaimana nak pastikan saya hamil

    ” Asalam doktor..saya ada buat upt siang hari tadi..result nye line yg ke dua tu kabur..lepas tu malam tadi saya tengok balik pregnancy test tu line ke dua nampak terang..saya pregnant ke doktor? Mohon pencerahan dan terima kasih.. “   WA ALAIKUM MUS SALAM Mungkin puan melakukan ujian UPT terlalu awal. Cara terbaik melakukan UPT adalah pada waktu pagi setelah tidak datang haid 6 minggu dari tarikh hari pertama kitaran haid yang lepas atau dua minggu selepas tarikh sepatutnya haid. Jika puan masih lagi tidak pasti, boleh lakukan: 1. Tunggu lagi dua minggu dan uji UPT semula. 2. …

Read More »

Kegemukan dan kurang hubungan intim meramalkan risiko serangan jantung

“Salam doctor. Baru-baru ini suami saya berusia 35 tahun telah dimasukkan ke Jabatan Kecemasan hospital awam, dan disahkan mengalami serangan jantung. Sebelum ini kami tidak tahu yang beliau mempunyai penyakit darah tinggi dan tahap kolestrole yang tinggi. Ini kerana suami saya agak ‘takut’untuk melakukan pemeriksaan. Berat badannya tidak berapa gemuk, 88kg dan tinggi 180cm. Boleh doctor komen sedikit bagaimana serangan jantung boleh berlaku pada dirinya. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya harap puan bersikap terbuka kerana mungkin apa yang hendak saya jelaskan ini agak sulit. Saya sedari ramai lelaki yang agak sukar untuk diperiksa kesihatan mereka, dan hanya akan …

Read More »

Kentang Goreng Boleh Menyebabkan Tumor dan Kanser

“Salam doctor. Saya diberitahu oleh rakan saya bahawa memakan kentang goreng yang dijual di restoren segera boleh menyebabkan kanser.  Adakah ianya benar atau khabar palsu saja. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ya benar. Khabar yang mengatakan bahawa memakan kentang goreng boleh menyebabkan kanser bukanlah suatu khabar palsu. European Food Safety Authority (EFSA) iaitu satu badan berautoriti yang memastikan industri makanan menyediakan makanan yang selamat dimakan oleh masyarakat Eropah telah mengesahkan acrylamide dalam makanan berpotensi meningkatkan risiko kanser bagi pengguna di semua peringkat umur. Acrylamide dalam makanan  dihasilkan oleh tindak balas kimia apabila makanan (terutamananya karbohidrate) digoreng dengan suhu yang tinggi (120 …

Read More »

Ramai wanita hamil tidak diberitahu bahaya toksin dari persekitaran

Wanita hamil yang terdedah kepada bahan kimia toksik yang berada di persekitaran mereka termasuk bahan-bahan yang berada di dalam rumah. Banyak kajian saintifik menunjukkan toksin kimia ini akan menjejaskan kehamilan mereka. Namun hanya beberapa doktor O&G dan doctor lain seperti doctor awam dan doctor keluarga yang menasihati pesakit, iaitu wanita hamil, tentang bahaya toksin dari persekitaran mereka dan memberi cadangan bagaimana untuk mengelakkan toksin tersebut. Kebanyakan doktor hanya memfokuskan rawatan pesakit mereka yang hamil kepada isu-isu kesihatan seperti pemakanan yang seimbang, senaman, obesiti dan penyakit seperti diabetes dan darah tinggi. Ramai doktor berkata mereka tidak mahu menakutkan pesakit mereka mengenai …

Read More »

Produk ubat jerawat boleh menyebabkan alahan teruk

“Salam doctor, saya seorang pelajar kolej berumur 18 tahun. Baru-baru ini saya menggunakan ubat kream untuk merawat jerawat saya. Saya beli di farmasi. Malangnya selepas menggunakannya, kulit saya rasa panas dan terbakar. Terdapat ruam dan warna kehitaman seperti terbakar teruk. Adakah saya mengalami alahan pada ubat jerawat itu. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Ya, saya percaya saudari mengalami reaksi alahan pada kulit setelah menggunakan produk ubat jerawat itu. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh satu badan yang mengawal keselamatan ubat,  Food and Drug Administration (FDA) di Amerika syarikat pada 25 June 2014 telah melaporkan terdapat insiden di …

Read More »

Infectiosum erythema ruam, demam rendah

  Infectiosum erythema, atau “fifth disease” adalah penyakit yang biasa menjangkiti kanak-kanak akibat jangkitan virus Parvovirus B19. Jangkitan boleh menyebabkan ruam pada tubuh dan muka.   Ia bermula apabila kanak-kanak itu mengadu sakit kepala, demam yang rendah, dan hidung selsema dan berair 2-3 hari sebelum bermulanya ruam. Kanak-kanak ini akan pulih secara spontan tanpa rawatan, pastikan minum air secukupnya , insha ALLAH.

Read More »

Makanan yang boleh menyebabkan pening

 “Salam doktor. Benarkah ada makanan yang menyebabkan seseorang mengalami pening. Mohon pencerahan. Terima kasih”   Pening, adalah perasaan yang merasakan bahawa dunia sedang bergerak mengelilingi kita. Ramai pakar perubatan berpendapat bahawa ia disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair dalam alat pengimbangan badan yang berada dalam telinga, jangkitan kuman sehingga menyebabkan keradangan dalam telinga, serangan migrain atau dalam kes-kes yang jarang berlaku, ia adalah tanda awal bagi pendarahan otak, penyakit multiple sclerosis atau serangan strok.   Kandungan gula dalam darah yang rendah (hypoglycaemia) juga boleh menyebabkan pening.  Malah makanan tertentu juga boleh menyebabkan rasa pening bagi sesetengah individu.   Makanan masin Garam yang …

Read More »

Menjadi kurus, tiada selera, demam rendah, batuk berdarah ..tanda santau, kata rakannya

Saya masih ingat apabila saya dipanggil ke sebuah rumah kongsi yang dihuni oleh pekerja warga asing. Ketika itu saya masih bekerja di HSA JB sebagai MO di Jabatan Pembedahan. Petang itu 5.30pm baru selesai kerja. Semalamnya oncall seharian dan wad pembedahan macam biasalah penuh dengan pesakit. 5 pesakit baru yang masuk. Dua kes disyaki acute appendicitis, satu kes kecederaan dalaman (intraabdominal injury) dari Kluang akibat jatuh dari bumbung, satu kes juga kecederaan dalaman setelah jatuh dari motorsikal di Tambak Johor dan satu kes polis apabila seorang lelaki Cina ditikam di perut di hadapan pub. Saya boleh saja cakap “Saya penat, saya …

Read More »

Luka Pembedhan Ceserean Lebih Baik Dijahit Dari Dikokot (Staples)

“Salam doctor. Saya ingin bertanya. Saya berbincang dengan doctor sakit puan saya dan dia memberikan saya pilihan sama ada mahu menjahit luka Ceserean menggunakan jahitan biasa atau pun kokot staple. Mengikut pengetahuan dan pengalaman doctor, mana yang lebih baik. Mohon penverahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM, Di Malaysia, luka ceserean ketika mengeluarkan anak dari rahem selalunya ditutup dengan dua cara. Cara pertama menggunakan jahitan biasa dan satu lagi menggunakan kokot (staple). Penggunaan kokot semakin popular di kalangan doctor kerana ia lebih cepat dan kosnya lebih murah. Dianggarkan bahawa menutup luka menggunakan kokot, paling kurang lebih cepat 10 minit berbanding …

Read More »

Punca Sakit Belakang Ketika Hamil

“Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat.   Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar.   Bagi mengimbangkan pusat gravity itu, selalunya puan akan menukarkan …

Read More »

Manik dalam telinga anak

  “assalamualaikum dr…..sy ibu yg tengah celaru….ank sy mengadu skit telinga pd sabtu lalu….hr yg sama sy bw dia ke klinik biasa dan dr kata masuk air….tp hr berikutnya sy jmpa dr yg sma dan cek skali lg….dr xpasti dan tranfer ke hkl…smlm sy g hkl dan cuci dr sana kt ada benda cm manik tp xbleh kluarkan sbb ank sy meronta dan minta sy msk wad tuj tggu blik bedah….mrka akn bius 1bdn dan kluarkan bnda 2….sy xbrani dan bbincang dgn suami…suami sy suggest tuk bw ke klinik ent jln pudu…dr sana cek dan cuba kluarkan dan ada drh …

Read More »

Bahaya bayam menyebabkan batu dalam ginjal?

  Baru-baru tersebar dalam internet bahawa bayam (pinach) tidak boleh dimakan kerana memudaratkan. Mulanya saya ingatkan ianya hanya gurau, namun penulis blog itu beria-ia mengatakan ia sangat berbahaya kepada kesihatan, terutamanya boleh menyebabkan batu pada ginjal.   Saya pun cuba mencari profile penulis, manalah tahu penulis blog adalah seorang pakar pemakanan dan isu yang dibawa adalah penemuan terbaru yang diambil dari mana-mana journal pemakanan atau kesihatan.   Rupanya penulis hanya menggunakan samaran saja dan tiada rujukan sahih. Saya percaya ianya hanyalah kutipan sampah “copy and paste” saja.   Jika benar bayam sangat berbahaya, sudah tentu ia menjadi punca keracunan yang …

Read More »

Kanak-kanak ketawa mengilai dirasuk syaitan rupanya mengalami ketumbuhan otak

  Ada pepatah mengatakan “ketawa adalah ubat yang terbaik”. Tetapi bagaimana jika saya katakana ketawa yang melampau adalah satu penyakit?   Seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang tinggal di Bolivia mengalami mengalami masalah ketawa yang melampau dan tidak terkawal, yang sebenarnya berpunca dari masalah ketumbuhan otak yang serius.   Doktor pada mulanya menyangka kanak-kanak perempuan ini hanya mempunyai masalah tabiat yang buruk.  Para bomoh pula mendakwa dia dirasuk syaitan.     Namun apabila seorang doctor melakukan pemeriksaan MRI scan otak mendapati kanak-kanak ini mengalami masalah otak.   Dr José Burgos Liders Zuleta, dari Advanced Medical Image Centre, di Bolivia, …

Read More »

Penjelasan Terhadap Keraguan Suntikan Vaksin (Imunisasi)

  KENYATAAN AKHBAR BERSAMA KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA DAN KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA 1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyedari ada di kalangan ibubapa yang agak khuatir dan ragu-ragu untuk memberikan suntikan vaksin atau imunisasi kepada bayi mereka ekoran daripada berita-berita dan khabar angin yang tersebar luas di media baru yang mengatakan bahawa vaksin mengandungi bahan-bahan haram dan membahayakan yang boleh mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Juga turut disebarkan ialah program imunisasi yang dijalankan oleh Kerajaan adalah bertujuan untuk melemahkan umat Islam. Semua berita yang tersebar ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sebenarnya …

Read More »

Vaksin disahkan selamat dan berkesan?

  Banyak kajian telah mengesahkan bahawa vaksin yang biasa digunakan untuk meninggikan daya tahan kanak-kanak di Amerika Syarikat adalah selamat, malah berkesan dalam mencegah banyak penyakit yang boleh mengancam nyawa.   Tetapi oleh kerana telah banyak informasi yang mengelirukan mengenai risiko vaksin ini, dan sebenarnya bahaya sebenar apabila ibubapa enggan untuk menghantar anak mereka untuk diberikan suntikan vaksin, maka sekumpulan pengkaji telah mengambil keputusan untuk meneliti semula secara sistematik semua kajian yang telah dijalankan dan yang telah diterbitkan dalam journal-journal perubatan.   Mereka mendapati dan membuat kesimpulan bahawa pemberian suntikan vaksin adalah selamat malah berkesan.   Para penyelidik itu mengkaji …

Read More »

Sembelit ketika berpuasa di bulan Ramadan

  “Salam doktor. Saya mengalami sembelit dan sudah tiga hari saya tidak ke bilik air. Adakah ini disebabkan oleh puasa atau kurang minum air? Mohon pencerahan. Terima kasih”   Sembelit berlaku apabila pergerakan usus besar yang perlahan sehingga najis yang mulanya berbentuk cair menjadi keras apabila berada di hujung dubur (anus).   Ini kerana sepanjang pergerakan yang perlahan itu cecair dari najis akan diserapkan semula ke dalam usus besar.   Oleh itu sembelit mendatang kemudaratan jika ia dibiarkan lama kerana semua toksik dalam najis telah diserap semula.   Orang yang lama mengalami sembelit (chronic constipation) akan menyebabkan tubuh mereka lemah, …

Read More »

MENGELAKKAN KEMBUNG PERUT SELEPAS BERBUKA DI BULAN RAMADHAN

“Salam doktor. Bagaimana hendak mengurangkan kembung perut selepas berbuka puasa di bulan Ramadan ini? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kembung perut  berpunca dari  pengumpulan gas di dalam perut dan usus besar. Ia berlaku kepada hampir semua individu bergantung bagaimana dia makan dan apa yang dia makan.   Cara mengelakkan kembung perut selepas berbuka dengan cara:   1. Jangan makan secara berlebihan sehingga terlalu kenyang. Makan dalam jumlah yang kecil dan boleh diulang semula selepas solat maghrib dan terawih.   2. Kurangkan makanan yang yang banyak lemak (santan) atau pedas. Makanan yang berlemak menyebabkan perut terpaksa …

Read More »

Jangan mendengar kata-kata negatif orang sekeliling

Saya bukan dari keluarga yang berada atau terpelajar. Ibubapa saya hanya lulus darjah enam dan ayah saya terpaksa bertungkus lumus bekerja sebagai pemandu kren di sebuah kilang di Singapura untuk membesarkan lima orang adik beradik saya. Kami tinggal di kawasan setinggan berdekatan dengan bandar Johor Bahru. (Alhamdulilah sekarang telah mendapat geran tanah dari kerajaan negeri) Banyak cerita suka duka ketika saya menuntut ilmu. Saya ingin berkongsi cerita yang saya dengar dari guru saya. Mungkin cerita ini bermanfaat pada adik-adik yang masih belajar dan pada sesiapa saja yang masih mengejar impian mereka. Cerita ini biasa didengar dan saya ingin mengulang bercerita …

Read More »

Ubat Penahan Sakit yang lebih selamat

“Salam doctor. Saya telah didiagnosakan sebagai pesakit Peptic Ulcer Disease. Malangnya saya juga pesakit sendi arthritis yang memerlukan ubat penahan sakit. Saya mendapat tahu ubat-ubat penahan sakit yang baru seperti Arcoxia sesuai untuk saya. Boleh doctor berikan pencerahan. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ubat-ubat tahan sakit (painkiller) yang selalu diberikan oleh doctor dikategorikan sebagai “NSAIDs”, iaitu non steroidal anti inflammatory drugs atau ubat yang merawat keradangan yang bukan jenis steroids.   Apabila badan kita mengalami kecederaan sama ada kecederaan fizikal dari luar seperti terseliuh, atau kecederaan dalaman seperti jangkitan kuman, badan kita akan mengalami keradangan.   Ketika …

Read More »

Perjalanan kehidupan bukan hanya untuk pencapaian tetapi menikmati kehidupan

Seorang ayah yang amat sibuk dengan kerjanya, akhirnya memenuhi janji untuk membawa anaknya pergi memancing. Dengan hati yang agak berat, dia terpaksa membatalkan beberapa temujanji penting dan akhirnya dapat bercuti untuk bersama anaknya. Mereka menghabiskan masa seharian dengan memancing namun tidak mendapatkan seekor ikan pun. Dengan perasaan marah, si ayah pulang ke rumah kerana ia menganggap cuti yang diambil adalah suatu yang sia-sia. Banyak hal yang dapat dilakukan di pejabat jika dia bekerja pada hari itu. Sedangkan pada hari dia terpaksa membatalkan temujanji yang bakal memetrikan perniagaan yang jutaan ringgit, dia gagal mendapatkan seseekor ikan pun. Namun ia tidak meluahkan …

Read More »

DOS PARACETAMOL YANG SELAMAT

“Salam doctor, apakah dos paracetamol yang selamat digunakan. Bagaimana paracetamol boleh menyebabkan keracunan? Mohon penjelasan dan terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Keracunan akibat pengambilan paracetamol boleh menyebabkan kerosakan hati. Ini kerana paracetamol akan dileraikan dalam tubuh dan menghasilkan bahan terakhir “N-acetyl-p-benzoquinoneimine” (NAPQI) yang akan merendahkan tahap kandungan “glutathione” (antioksidan) dalam hati. NAPQI ini juga merosakkan sel-sel hati secara  langsung. Kebanyakan individu yang mengalami kerosakan hati tidak dapat dikesan dalam masa 24 jam selepas pengambilan dos yang berlebihan kerana tidak menunjukkan tanda-tanda keracunan yang jelas. Mereka hanya mengadu kembung perut atau dan rasa tidak selesa di  bahagian perut atau mengadu …

Read More »

Ambil Paracetamol ketika hamil menyebabkan anak mendapat asthma?

  “Salam doctor. Baru-baru ini saya membaca satu penulisan di internet bahawa Paracetamol tidak boleh diambil oleh wanita hamil. Ini kerana ia meningkatkan risiko bayi mereka mendapat asthma. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya juga membaca penulisan itu yang mendakwa bahawa wanita hamil yang mengambil ubat paracetamol (di Amerika Syarikat dikenali sebagai acetaminophen) boleh meningkatkan risiko bayi mengalami asthma apabila mereka membesar kelak. Kajian ini diterbitkan dalam Journal Clinical and Experimental Allergy, New Zealand. Dalam kajian itu mendapati, pengambilan paracetamol oleh wanita hamil dalam mana-mana peringkat kehamilan telah dikaitkan dengan peningkatan risiko sebanyak 21% untuk …

Read More »

Bahaya Paracetamol

“Salam doctor. Adakah ubat demam paracematol yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan kematian? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Paracetamol adalah ubat demam yang biasa dijual secara meluas di pasaran sama ada boleh dibeli dari farmasi, kedai runcit toko jamu, atau diberikan oleh doctor di klinik.   Keracunan paracetamol akibat pengambilan yang berlebihan merupakan salah satu keracunan yang biasa berlaku di seluruh dunia.   Di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, dan New Zealand, keracunan paracetamol akibat pengambilan dos yang berlebihan adalah keracunan ubat yang biasa berlaku.   (rujuk: The Medical Journal of Australia 188 (5): 296–301.)   Malah di …

Read More »

Madu mengelakkan masalah gastrik orang berpuasa

    “Salam doktor. Ibu saya sering mengalami pedih perut dan selalu muntah selepas berbuka pada tahun lepas. Yang hairan ketika berpuasa, beliau ok saja. Doktor mengatakan ia adalah disebabkan oleh asid berlebihan dalam perut. Beliau telah diberikan ubat gastrik, namun masih mengalami masalah yang sama. Ada suplemen yang dapat membantu? Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai di kalangan orang yang berpuasa mengalami “acid reflux” setelah beberapa jam berbuka dan bersahur.   Orang kita biasa menamakannya sebagai masalah gastrik apabila mengalami  rasa panas dan tidak selesa pada bahagian atas abdomen dan dada.   Bagi sesetngah individu pula …

Read More »

MENGELAKKAN GASTRIK PADA ORANG BERPUASA

Bagi mengelakkan gastrik (acid reflux) pada orang yang berpuasa, beberapa langkah perlu diambil bagi mengelakkan muntah lendiran masam, kembung perut, mudah sedawa dan sedu.   1. Elakkan makan secara banyak sekali gus   2. Jangan berbaring atau bersandar selepas makan   3. Banyakkan minum air sebelum makan makanan yang berat   4. Jangan makan dekat dengan waktu tidur   5. Kurangkan makanan yang mengandungi banyak bawang putih, bawang merah, makanan pedas atau makanan berlemak   6. Elakkan minum minuman bergas (berkarbonat), kopi, atau teh pekat.   7. Kurangkan atau hentikan tabiat merokok.   8. Berbincang dengan doktor sekiranya anda sedang …

Read More »

Bahaya Ubat Penahan Sakit

“Salam doktor, baru-baru ini bapa saya berumur 65 tahun telah terjatuh di tangga luar rumah. Dia mengalami sakit di pergelangan kaki dan doctor memberitahu yang dia mengalami ‘sprain’ kerana ia sangat bengkak dan tidak boleh digerakkan. Xray telah diambil dan normal. Dia telah menggunakan ubat tahan sakit yang doctor beri  selama seminggu. Masalahnya dia mengadu pedih perut. Mohon pencerahan doctor, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Saya sangat berhati-hati apabila memberikan pesakit saya ubat penahan sakit seperti ibuprofen, mefenamic acid (ponstan) dan diclofenac (voltaren), terutamanya orang yang mempunyai masalah penyakit kronik atau wargatua. Ubat-ubat ini mudah didapati, kerana ia bukan …

Read More »

Rawatan untuk Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)

“Salam doctor. Baru-baru ini anak saya disahkan mengalami jangkitan HFMD. Apa yang saya tidak faham doctor hanya memberikan ubat demam saja, pada hal anak saya tidak demam. Malah beliau menyuruh kami balik tanpa pemeriksaan lanjut di wad. Mohon pencerahan, doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM HFMD adalah penyakit jangkitan virus yang bahaya dan selalunya akan sembuh sendiri, walaupun mengambil masa beberapa hari. Oleh itu kes seperti ini tidak perlu dimasukkan ke wad dan doctor selalunya akan memberikan rawatan sebagai pesakit luar saja. Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak yang lain. Doktor selalunya akan memberikan ubat menurunkan demam, seperti paracetamol, yang …

Read More »

Tanda Penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD)

“Salam doktor. baru-baru ini anak saya berumur 5 tahun mengalami demam yang kuat. Saya telah memasukkan ubat ke dalam punggungnya bagi meredakan demam. Saya perasan ada ruam pada tapak tangannya. adakah ini yang dikatakan penyakit tangan, kaki dan mulut? Terima kasih atas pencerahan. Wa alaikum mus salam. Tanda-tanda jangkitan kuman virus HFMD ialah ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul …

Read More »

Rawatan untuk Keloid

“Assalamualaikum. Bolehkah doctor beritahu saya pilihan rawatan bagi saya untuk saya menghilangkan keloid pada bahu kiri saya. Mohon pencerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Keloid sangat sukar diubati dan mengambil masa panjang. Sekiranya parut keloid itu belum matang, dan masih kecil, ia mudah dirawat dengan urutan menggunakan kream dengan cara 3-4 kali sehari dalam masa setengah hingga jam ke sejam setiap hari selama 3-4 bulan. Parut itu akan menjadi lembut, rata dan kurang gatal. Selain itu boleh gunakan rawatan suntikan steroid yang dipanggil “Triamcinolone Acetonide” bagi menghentikan penghasilan kolagen di dalam tisu parut. Suntikan ini dilakukansebulan sekali sebanyak enam …

Read More »

Parut Buruk di Dada

“Salam doktor. Baru-baru ini saya mengalami jerawat di dada . Saya memicitnya sehingga pecah, dan akhirnya menyebabkan parut yang besar. Masalahnya parut ini terlalu besar dan buruk. Saya belum berjumpa doktor dan saya oleh rakan saya diberitahu bahawa saya mengalami masalah keloid. Mohon pencerahan, doktor”. WA ALAIKUM MUS SALAM Apa yang saudara alami ialah keloid, iaitu luka parut yang hidup. Ia menjadi timbul, membesar dan akhirnya keluar dari sempadan luka yang lama. Kadangkala ia boleh menjadi begitu besar sehingga menyebabkan rasa sakit, gatal dan kurang selesa. Bukan itu sahaja, ia boleh menyebabkan tekanan perasaan dan perasaan rendah diri kerana secara …

Read More »

Makanan Yang Boleh Menyebabkan Gout

  “Salam doctor. Saya baru-baru ini diserang gout di ibu jari kaki kanan saya. Doktor memberitahu saya ada beberapa makanan yang perlu dielakkan. Mengapakah saya perlu elakkan makanan sebegitu yang menjadi kegemaran saya sejak dulu. Berat saya 110kg dan saya mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis dalam rawatan. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi protein yang tinggi dan menghasilkan satu bahan yang dinamakan “purine” dan kemudiannya ditukarkan ke sejenis bahan dipanggil “Uric Acid”.       Uric Acid yang tinggi akan menjadi tepu dan akhirnya kristal (seperti pasir-pasir kecil) …

Read More »

Ubat Bagi Penyakit Gout

“Salam doktor. Boleh beritahu saya bagaimana merawat gout kerana saya telah mecuba rawatan alternatif tetapi tidak memberikan kesan yang baik. Saya tidak dapat tidur semalaman kerana ibu jari kaki kanan saya sangat sakit dan doktor memberitahu saya telah mengalami batu buah pinggang. Mohon pencerahan. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Cara yang terbaik di dalam merawat gout adalah menjaga diet kita sehari-harian. Menjaga makanan yang tinggi kandungan purine adalah penting. Selain daripada itu mengurangkan berat badan boleh membantu mengurangkan insiden gout. Selain daripada itu minum air dengan banyak dapat mengurangkan risiko batu karang.   Oleh kerana saudara telah mengalami …

Read More »

Rawatan Kehamilan Luar Rahem

“Salam doktor.  Saya ingin bertanya apakah vitamin yang terbaik untuk wanita yang baru saja menjalani pembedahan ektopik (hamil luar rahim) agar mudah untuk hamil semula?” WA ALAIKUM MUS SALAM Buat masa ini dua cara utama perawatan di Malaysia ialah melalui pembedahan samada  kaedah laparoskopi atau laparotomi. Kaedah laparoskopi lebih banyak digunakan sekarang kerana ia tidak memerlukan pembedahan besar. Ia cuma menebuk tiga lubang kecil di perut di mana 3 alat dimasukkan melalui lubang. Pakar boleh melihat masalah yang berlaku melalui alat ini dan pembedahan kecil boleh dilakukan tanpa membuka perut pesakit. Walaupun begitu, penggunaan kaedah laparoskopi adalah terbatas. Sekiranya pendarahan …

Read More »
error: Content is protected !!