drzubaidi

hamil lendiran darah di mulut selepas makan antacid untuk gastrik

HAMIL LENDIRAN DARAH DI MULUT SELEPAS MAKAN ANTACID UNTUK GASTRIK   Assalammualaikum doctor. Saya hamil 12 minggu dan sering diserang gastrik yang teruk. Semalam saya kena serangan gastrik lagi. Kemudian saya ambil pil antacid, tetapi bila bangun pagi ini ada keluar lendiran berwarna merah. Adakah kesan dari pengambilan pil itu? Saya sangat bimbang. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Lendiran berwarna merah, (berkemungkinan darah) sangat berbeza dengan muntah darah atau batuk berdarah.   Muntah darah selalunya seseorang itu akan betul-betul muntah, dan isi muntahan itu mengandungi campuran makanan yang dimakan, dan darah yang berketul. Darah itu …

Read More »

Berapa lama susu ibu boleh bertahan

BERAPA LAMA SUSU IBU BOLEH BERTAHAN?     “Salam doctor. Semoga dr berada dlm keadaan sihat sejahtera hendaknya.  Saya mahu bertanyakan, berapakah tempoh hayat sebenar bagi susu ibu yang diperah dan disimpan dalam deep freezer? Adakah benar-benar tempoh maksimum hanya sehingga 6 bulan? Atau masih boleh digunakan setelah tempoh 6 bulan?. Ini kerana saya menghasilkan susu sebanyak lebih kurang 50-60 oz sehari, maka masih terdapat susu yang telah melebihi tempoh tersebut yang masih belum dgunakan. Saya juga telah mencuba susu tersebut  & mendapati rasanya sama sahaja dengan susu-susu  yang masih belum tamat tmpohnya. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM. …

Read More »

kesan sampingan makan ubat pencair darah aspirin

KESAN SAMPINGAN MAKAN UBAT PENCAIR DARAH ASPIRIN   “Assalamualaikum doktor, saya ingin bertanya berkaitan keadaan suami saya. Beliau menjalani prosuder jantung dan diberikan ubat aspirin. Alhamdulillah beliau beransur sembuh, cuma beliau mengalami alergi yang agak teruk seperti ruam merah dan kulit ditapak tangan, jari dan kedua belah kaki beliau mengelupas sehinggakan lapisan pertama kulit hilang sama sekali. Semasa merujuk kepada hospital kerajaan di sini doktor telah memberikan jenis ubat alergi iaitu clartyne. Mohon pencerhan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ubat aspirin selalu diberikan kepada pesakit yang mengalami darah yang pekat di tahap sederhana. Ubat-ubat lain seperti warfarin hanya …

Read More »

KENAPA BAYI TIDAK DIBENARKAN PULANG KE RUMAH?

  Salam Dr, kakak saya baru melahirkan seorang bayi, namun bayi tersebut dilahirkan  3 minggu lebih awal dari tarikh yang dijangka disebabkan kakak saya mempunyai masalah air mentuban yang sikit. Bayi telah dimasukkan ke NICU setelah dilahirkan disebabkan darah merahnya terlalu pekat. Doktor telah melarang kakak saya untuk menyusukan bayinya, namun pihak hospital telah memberikan susu ‘khas’ (mungkin susu formula, saya tak pasti). Setelah diberi susu tersebut, bayi kakak saya muntah. Setelah diberi susu ‘khas’ selama 2 hari, bayi masih lagi muntah, jadi doktor cakap bayi kakak saya mungkin mmpunyai masalah dalam perut kerana masih muntah. Jadi mereka terpaksa menahan …

Read More »

Pesakit diabetes perlu bersedia sebelum hamil

“Salam doctor. Saya seorang pesakit diabetes, berusia 28 tahun. Saya menggunakan daonil 10mg dua kali sehari. Semenjak kelahiran pertama, kandungan gula saya agak tinggi dan akhirnya doctor memberitahu bahawa saya mengalami penyakit diabetes. Sebelum itu saya tidak mempunyai penyakit ini. Dua minggu lepas, sepupu saya juga pesakit diabetes telah koma ketika melahirkan anak beliau. Doktor mengesahkan bahaya ia disebabkan komplikasi diabetes. Saya amat risau tetapi dalam masa yang sama ingin mempunyai anak lagi. Anak pertama say telah meninggal dunia akibat masalah pneumonia setelah 3 bulan dilahirkan. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM Kehamilan di kalangan pesakit …

Read More »

CLOMID UNTUK HAMIL KEMBAR

  “Salam. Saya hendak bertanya, adakah doctor membuat rawatan untuk mendapat anak kembar? Saya tidak ada masalah untuk hamil dan kitaran haid saya tetap dan normal. Umur anak saya yang terakhir adalah  3 tahun lebih dan tidak lama lagi saya akan membuang IUCD. Bolehkah saya mengambil pil clomid untuk mendapatkan anak kembar. Mohon pencerahan, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Ada wanita yang beranggapan bahawa dengan mengamalkan clomid, seorang wanita itu mungkin hamil kembar. Ini tidak benar. Secara umumnya, Clomid hanya menyebabkan 10% kehamilan kembar dua, dan kurang daripada 1% menyebabkan kehamilan kembar tiga atau lebih banyak lagi. Tidak semua …

Read More »

Penyakit Kelamin

PENYAKIT KELAMIN “Salam Dr Zubaidi. Saya ingin bertanya berkaitan dengan penyakit kelamin. Adakah penyakit kelamin boleh terjadi  jika kebersihan alat sulit tidak djaga dengan rapi eg keputihan?  Dan bolehkah ia menjangkiti suami jika melakukan hubungan seks ?. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Penyakit kelamin hanya disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman, seperti chlamydia, sifilis, dan gonorrhoea. Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seks melalui faraj, dubur atau oral (mulut) sama ada suami/isteri atau individu lain yang telah dijangkiti. Ia tidak dpata disebarkan selain dari itu. Walaupun seorang wanita mengalami alat kelamin yang tidak bersih dan …

Read More »

Psoriasis

PSORIASIS     Psoriasis adalah penyakit radang kulit yang kronik yang disebabkan oleh faktor genetik (keturunan). Ia bermula dengan ruam merah, dan mempunyai sisik, yang apabila digaru akan menyebabkan habuk putih. Ia biasanya berlaku terutama pada kulit kepala, siku, dan lutut. Psoriasis tidak boleh disembuh kerana punca kerosakan terhadap kulit ini bermula dalam genetik seseorang. Selalunya ia boleh dikawal dengan baik, boleh datang dan pergi dengan sendirinya. Terdapat pelbagai jenis rawatan bergantung kepada betapa teruknya penyakit itu. Ia boleh dikawal dengan krim topikal dan rawatan cahaya ultraungu. Bagi masalah psoriasis yang teruk, ia boleh dikawal dengan ubat-ubatan yang ditelan atau …

Read More »

Herpes Zoster

HERPES ZOSTER Herpes zoster, juga dikenali sebagai kayap, adalah disebabkan oleh virus yang menyebabkan penyakit chickenpox menjangkiti semula akibat daya tahan seseorang individu itu menjadi lemah. Kali ini ia akan merosakkan saraf pada kulit, dan jika tidak dirawati akan menular ke dalam saraf tunjang atau otak. Ia bermula apabila seorang individu mengalami rasa sakit badan, dan menyangkakan ia hanya disebabkan oleh sakit otot. Selepas dua hari ia akan menyebabkan ruam dan lepuhan pada sebelah badan pada kawasan yang dikendalikan oleh saraf yang terlibat (dermatome). Virus Zoster ini selalunya menjangkiti warga tua, terutama daya tahannya lemah, dan bertambah teruk jika mengalami …

Read More »

PUNCA MIGRAINE DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

  “Salam doctor. Saya mengalami sakit kepala migraine sejak remaja. Sakit kepala itu sesekali datang dan kali terakhir saya mengalaminya ialah pada 5 tahun yang lepas. Baru-baru ini anak perempuan saya berusia 12 tahun mengadu sakit kepala. Adakah ia berpunca dari masalah keturunan. Mohon pencerahan. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Terima kasih kasih atas pertanyaan puan. Ya sakit kepala migraine boleh dialami oleh kanak-kanak dan remaja, walaupun ia berumur kurang dari 15 tahun. Dalam satu kajian, mendapati bahawa 40% dari kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah mengalami sakit kepala yang membimbangkan, dan 75% lagi pernah mengalami sakit …

Read More »

MIGRAINE DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA

“Salam doktor Anak saya berusia 11 tahun kena migrain. Saya sudah jumpa doktor pakar dan dia bagi macam-macam  ubat termasuk ubat tahan sakit. Benarkah migraine boleh berlaku pada kanak-kanak. Mohon pencerahan. Terima kasih”. Sakit kepala pada kanak-kanak dan remaja sering berlaku dan masih kurang didiagnosis oleh doktor. Saya masih ingat ketika saya menderita sakit kepala yang teruk selama seminggu ketika belajar di matrikulasi UKM ketika saya berumur 18 tahun. Saya tidak boleh membaca buku, sering rasa loya dan muntah dan rasa mahu tidur saja. Ini sangat mengganggu pembelajaran saya dan akhirnya keputusan peperiksaan saya pada semester itu sangat teruk. Ketika …

Read More »

Mahu Hamil Semula Selepas Gugur

MAHU HAMIL SEMULA SETELAH GUGUR “Salam doctor, saya mengalami mengalami keguguran  pada  dua bulan lepas, dan saya telah habis mengalami haid sekarang.  Saya  ingin tahu, adakah saya perlu rehat beberapa bulan utk hamil semula? Sekian, mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya ucapkan takziah pada puan atas kehilangan yang puan alami. Berdoalah agar ALLAH menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Janganlah bersedih. Rasulullah S.A.W bersabda:  “Siapa saja dari hamba yang tertimpa suatu musibah lalu ia mengucapkan:”Segala sesuatu adalah milik Allah dan akan kembali pada-Nya. Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah ang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik”, maka …

Read More »

LAKUKAN SENAMAN BERJALAN SEBELUM BERJOGING

  “Salam doktor, saya ingin bertanya. Umur saya memasuki 45 tahun, dan sedikit obese. Saya juga mempunyai masalah diabetes dan kandungan kolestrole yang tinggi. Saya ingin melakukan senaman berjogging. Apa nasihat doktor? Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya menasihatkan agar saudara mulakan dengan senaman berjalan kaki dulu.   Berjalan adalah lebih mudah tetapi sangat bermanfaat. Ia boleh membantu saudara mengurangkan berat badan, mengurangkan tahap kolesterol, menguatkan tulang, mengurangkan tekanan darah dan merendahkan kandungan gula dalam darah.   Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa berjalan dan aktiviti fizikal ringan yang lain boleh meningkatkan daya ingatan dan menghindari penyakit nyanyuk. …

Read More »

Lelaki juga memerlukan senaman Kegel

LELAKI JUGA MEMERLUKAN SENAMAN KEGEL SEBAGAI LANGKAH MENCEGAH KENCING TIDAK LAWAS   Saya sering mendapat pertanyaan dari lelaki berumur 50an mengenai masalah mereka tidak tos buang air kecil. Di usia begini jika mengalami masalah kawalan air kencing, sudah tentu agak sukar memberishkan diri sebelum melakukan solat.Oleh itu saya sering menyarankan agar melakukan senaman Kegel. Senaman ini tidak akan membuatkan seseorang itu kelihatan lebih muda, tetapi mereka dapat menguatkan otot pada kawasan kemaluan, yang menyokong pundi kencing. Apabila otot di kawasan anus dan punci kencing menjadi lemah, ia akan menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kawalan air kencing. Senaman kagel ini bukan …

Read More »

BAHAYA JIKA KANAK-KANAK MENGAMBIL GARAM BERLEBIHAN

Kanak-kanak dan remaja di Malaysia mengambil terlalu banyak garam natrium  setiap hari. Dianggarkan mereka mengambil lebih dari 1,000 mg dari dari tahap yang yang dibenarkan. Kebanyakan mereka mengambil kira-kira  3,500 mg natrium sehari, manakala maksimum yang disarankan ialah  2,300 mg natrium dalam sehari. Kebanyakan garam natrium ini datangnya dari makanan segera seperti yang disediakan secara komersial seperti pizza, mi segera, sup segera, dan makanan ringan. Pengambilan garam natrium yang berlebihan akan merosakkan jantung dan ginjal dalam masa yang panjang. Oleh itu tidak hairan ramai di kalangan orang muda sekarang, dalam usia lewat 20an telah mula mengalami penyakit tekanan darah tinggi. …

Read More »

KESAN TEKANAN DARAH YANG TINGGI PADA INGATAN (MEMORI)

“Salam doctor, saya telah menghidap penyakit hypertension sudah 10 tahun. Agak sukar untuk mengawal bacaan tekanan darah saya. Selalunya bacaan tekanan sistolik antara 140-150 sementara tekanan diastolic antara 90-100. Doktor kata bacaan saya tidak boleh rendah lagi kerana saya telah menggunakan ubat yang terbaik, tetapi masih sukar untuk mendapat tekanan darah yang normal. Masalahnya saya mengalami sifat mudah lupa. Baru-baru ini saya kehilangan handfon, setelah puas mencarinya, rupanya saya tertinggal dalam kereta. Adakah masalah ingatan ini berkaitan dengan penyakit saya? Mohon pencerahan, doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM Benar, penyakit tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, bukan saja menyebabkan seseorang …

Read More »

KEMURUNGAN DAN PENYAKIT: MANA YANG DATANG DULU? 

Apabila kemurungan menyerang, doktor biasanya memeriksa pesakit bagi menyiasat apa yang berlaku di dalam minda dan otak pesakit. Pada saya, apa juga yang penting juga ialah memeriksa apa yang sedang berlaku di dalam tubuh pesakit itu , kerana masalah kesihatan juga boleh menyebabkan gangguan fikiran. Malah, selain dari penyakit dalam tubuh, kesan sampingan ubat yang diberikan untuk merawat penyakit dalam tubuhnya juga boleh menyebabkan kemurungan. Banyak kajian menunjukkan bahawa penyakit dalam tubuh boleh mencetuskan kemurungan. Sehingga ini, separuh daripada pesakit serangan sakit jantung dan pesakit kanser berasa sedih dan kecewa sehingga menyebabkan kemurungan. Ramai pesakit diabetes, Parkinson, dan penyakit kronik …

Read More »

Wanita sukar hamil, dikesan apabila hormonnya tidak seimbang

WANITA SUKAR HAMIL, DIKESAN APABILA HORMONNYA TIDAK SEIMBANG “Salam doktor. Saya sudah tiga tahun berkahwin tetapi belum mendapat anak. Baru-baru ini saya telah berjumpa doktor. Dari pemeriksaan ultrasound, doktor memberitahu semua folikel saya dalam ovari sangat kecil dan tidak matang. Pemeriksaan darah juga menunjukkan hormon FSH saya agak tinggi. Mohon penjelasan doktor. Terima kasih WA ALAIKUM MUS SALAM. Sepanjang kehidupan seorang wanita, satu kelenjar ovari mengandungi beribu-ribu folikel, dan folikel-folikel ini ibarat kelompang air yang mengandungi telur ovum. Bagaimana tubuh memberitahu kelenjar ovari untuk mematangkan dan mengeluarkan ovum dari ovari? Inilah yang dinamakan keseimbangan hormon. Kelenjar pituitari yang terdapat di …

Read More »

Menggunakan EPO Ketika Menyusukan Anak

MENGGUNAKAN EPO KETIKA MENYUSUKAN ANAK   “Salam doctor, bolehkah ibu menyusu makan evening primrose oil? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai saintis berpendapat bahawa ibu yang menyusukan anak MUNGKIN selamat menggunakan minyak Evering Primerose.   Sungguh pun MUNGKIN selamat (kerana belum ada kajian dan laporan yang mengatakan EPO berbahaya diambil ketika menyusukan anak), namun saintis mencadangkan agar mengelakkan penggunaan buat sementara waktu sehingga selesai tempuh menyusukan anaknya.   Walau bagaimanapun, mereka juga mencadangkan agar tidak menggunakannya ketika hamil.   Saya sendiri berpendapat bahawa EPO boleh diamalkan sebagai suplemen ketika menyusukan anak kerana susu ibu sendiri mengandungi LA …

Read More »

Lelaki Botak Dikaitkan dengan Penyakit Kanser Prostat

LELAKI  BOTAK DIKAITKAN DENGAN PENYAKIT KANSER PROSTATE “Salam doctor. Benarkan lelaki yang botak senang mendapat penyakit kanser prostate? Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ya, benar.  Lelaki yang mempunyai corak kebotakan yang tertentu mungkin menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit kanser prostat yang agresif berbanding dengan lelaki yang tidak botak. Ini bedasarkan satu kajian yang dibuat baru-baru ini. Namun kajian ini hanya menunjukkan kaitan (association) dan bukan penyebab (causative). Ini kebotakan di kalangan lelaki bukanlah penyebab penyakit kanser tetapi lelaki yang botak selalunya mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami penyakit itu. Kebotakan di kalangan lelaki mempunyai pelbagai …

Read More »

Kerja kuat sepanjang minggu berbahaya pada jantung

BEKERJA KUAT SEPANJANG MINGGU BERBAHAYA PADA JANTUNG Bekerja kuat sepanjang minggu boleh memberikan kesan buruk kepada jantung, menurut satu kajian yang dilakukan terhadap masyarakat Korea telah diterbitkan dalam ‘American Journal of Industrial Medicine’. Kajian ini dilakukan ke atas masyarakat Korea seramai 8,350 orang sepanjang tahun 2007-2009. Keputusan kajian ini menunjukkan orang yang bekerja melebihi 40 jam seminggu, mempunyai risiko lebih tinggi risiko untuk mendapat serangan sakit jantung setelah 10 tahun bekerja. Rujukan: Mo-Yeol Kang, Soo-Hun Cho, Min-Sang Yoo, Taeshik Kim, Yun-Chul Hong. “Long working hours may increase risk of coronary heart disease” Article first published online: 27 AUG 2014 DOI: …

Read More »

Anak sering demam sejak masuk TASKA

ANAK SERING DEMAM SEJAK MASUK TASKA   “Salam doctor, anak saya berumur dua tahun dan saya telah mula menghantar dia ke TASKA kerana saya mula mendapat pekerjaan. Apa yang merisaukan saya ialah  anak saya sering demam. Ada kalanya tinggi da nada kalanya sederhana. Perlukah saya saya memberikan ubat antibiotic? Saya sangat risau Adakah beliau mengalami penyakit berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Demam di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah adalah suatu fenomena yang biasa. Ini disebabkan daya tahan kanak-kanak adalah rendah.   Semakin kanak-kanak itu membesar, semakin jarang dia akan mengalami demam.   …

Read More »

LENDIRAN FARAJ BERCAMPUR DARAH, SEDIKIT DAN HANYA BEBERAPA HARI

“Salam doctor, baru-baru ini saya mengalami masalah haid. Saya baru saja habis haid dan beberapa hari kemudian, ada lendiran bercampur darah, berwarna coklat keluar dari kemaluan saya. Adakah ia normal. Mohon pencerahan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengadu bahawa haid mereka telah habis minggu lepas dan kini terdapat terdapat pula sedikit lagi darah yang keluar. Sudah tentu ini bukanlah kitaran haid yang normal. Pendarahan haid yang normal biasa berlangsung kira-kira empat hingga lima hari, dan wanita yang mengalami haid untuk seminggu hingga sepuluh hari. Purata kitaran haid yang normal ialah 28 hari. Namun begitu kitaran haid …

Read More »

KESAN KEHAMILAN TERHADAP PENYAKIT ASTHMA

“Salam doktor. Apakah risiko saya mengalami asthma apabila saya hamil? Untuk pengetahuan doktor saya agak kerap diserang asthma tetapi setakat ini hanya menggunakan inhaler dan nebulizer salbutamol saja. Mohon pencerahan. Terima kasih”  WA ALAIKUM MUS SALAM Bagi wanita yang tidak pernah mengalami asthma sebelum hamil, selalunya kehamilan tidak menyebabkan beliau mengalami serangan asthma. Tetapi bagi wanita yang pernah mengalami asthma sebelum hamil, kesan kehamilan terhadapan penyakit asthmanya berbeza-beza. Satu pertiga dari pesakit asthma yang hamil, akan mengalami serangan asthma yang teruk. Satu pertiga lagi akan merasakan penyakit asthmanya bertambah baik. Dan satu pertiga lagi kehamilan tidak memberikan apa-apa kesan terhadap …

Read More »

YOGURT UNTUK KANAK-KANAK DAN BAYI

“Salam doctor, bolehkah yogurt diberikan kepada bayi yang berumur enam bulan ke bawah untuk mengurangkan kembung perut dan merawat sembelit ? Mohon pencerahan. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebaiknya bayi diberikan susu secara ekslusif (tiada tambahan makanan lain kecuali susu sahaja) sehingga berumur  satu tahun, dan boleh diberikan bersama makanan lain selepas berumur satu tahun.   Islam pula menggalakkan pemberikan susu sehingga bayi/kanak-kanak berumur dua tahun.   Yogurt adalah makanan bayi yang baik. Ia mengandungi banyak protein berkualiti tinggi, banyak kalsium, dan mengandungi banyak bakteria yang baik/berfaedah.  Oleh itu yogurt sesuai diberikan kepada bayi yang berusia lebih …

Read More »

Susu kambing untuk bayi berumur 6 bulan

SUSU KAMBING UNTUK BAYI BERUMUR 6 BULAN   Lifelong Left Foot Pain Sep 9, 2014 PRESENTATION   “Assalammualaikum doctor, saya ingin bertanya berkenaan susu tepung susu kambing yang semakin mendapat perhatian ibu bapa sebagai ganti susu lembu yang berada di dalam pasaran sekarang. Apa  pendapat doctor mngenai susu tepung susu kambing untuk bayi 6 bulan ke atas? Saya sebagai ibubapa perlu mendapat kesahihan produk bukan sahaja dari segi halal malah kandungan yang terdapat di dalam susu trsebut membantu dalam tumbesaran kanak-kank . Apa yang perlu saya kaji sebelum memberikan susu ini kpda anak saya? Mohon pandangan doctor. Terima kasih”   …

Read More »

Risiko bius pengsan untuk pembedahan di kalangan kanak-kanak/bayi

RISIKO BIUS PENGSAN UNTUK PEMBEDAHAN DI KALANGAN KANAK-KANAK/BAYI   “Salam doctor. Anak saya berusia 8 tahun akan menjalani pembedahan pembuangan tonsil. Doktor beritahu anak saya akan diberikan bius pengsan. Adakah ia akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan anak saya? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya memahami perasaan puan, kerana sebagai ibubapa tentu merasa resah apabila melihat anak mereka akan menjalani pembedahan.   Oleh kerana bayi dan kanak-kanak mempunyai tubuh yang kecil, maka ubat bius yang akan diberikan mengikut nisbah berat badan mereka.  Oleh itu sebelum melakukan apa-apa pembedahan, doctor akan memeriksa bayi dan kanak-kanak ini …

Read More »

UBAT YANG BOLEH MENYEBABKAN ALAHAN TERUK

  Orang ramai boleh mengalami alahan kepada mana-mana ubat, akan tetapi terdapat sebahagian ubat yang lebih kerap menyebabkan alahan berbanding ubat-ubatan lain.   Antibiotik merupakan punca alahan yang paling kerap dikaitkan dengan alahan ubat. Baru-baru ini, ubat kemoterapi dan antibodi monoklonal juga dikatakan mendorong tindak balas anafilaksis.   Berikut adalah senarai ubat-ubatan yang paling kerap dikaitkan dengan alahan (atau bukan alahan dalam beberapa kes):   1. PENICILLIN . Kira-kira 1 dalam 10 orang melaporkan bahawa mereka mempunyai sejarah “alahan” kepada penicillin. Namun demikian, kurang daripada 10% individu yang berfikir bahawa mereka alah kepada penicillin. alah kepada ubat tersebut. Walau bagaimanapun, …

Read More »

D&C dapat membersihkan rahem dan meningkatkan kesuburan

D&C DAPAT MEMBERSIHKAN RAHEM DAN MENINGKATKAN KESUBURAN   “Salam doktor. Saya berumur 38 tahun dan mengalami kitaran haid yang tidak menentu. Saya telah mencuba rawatan pil hormon, namun kitaran haid saya masih tidak menentu dan saya belum dikurniakan zuriat lagi. Ada yang mencadangkan saya menjalani prosedur D&C. Bukankah D&C adalah untuk membersihkan rahem setelah keguguran. Mohon pencerahan. Terima kasih”   D&C adalah prosedur mengeluarkan tisu lapisan dalam rahem (endometrium) dengan menggunakan alatan tertentu dan pesakit diberikan ubat bius. Kebanyakan pesakit yang keguguran, D&C dilakukan untuk mengeluarkan janin yang telah meninggal dunia di dalam rahem. Dengan ini rahem dapat dibersihkan. Jika …

Read More »

Risiko bius pengsan kepada ibu dan janin dalam rahem

RISIKO BIUS PENGSAN KEPADA IBU DAN JANIN DALAM RAHEM?       “Salam doctor. Saya akan menjalani pembedahan tidak lama lagi. Adakah pembedahan dan penggunaan ubat bius akan memberik kesan pada janin saya ? Saya baru hamil 12 minggu? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Secara amnya doktor akan untuk menunggu sehingga selepas kelahiran bayi sebelum menjalankan apa-apa pembedahan yang tidak mendesak.   Doktor pakar bedah akan melakukan pembedahan kepada wanita hamil hanya jika keadaan mereka keadaan mereka sangat serius dan boleh mengancam nyawa ibu, jika pembedahan tidak dilakukan pada masa itu. Contoh penyakit itu ialah …

Read More »

BAYAR KONSULTASI DOKTOR DAN UBAT-UBATAN DENGAN SAMPAH

Saya sangat tertarik dengan idea yang dilaksanakan oleh seorang pemuda di Indonesia bernama Gamal Albinsaid, yang baru berusia 24 tahun yang telah membuka  lima pusat kesihatan di bandar Malang yang menjalankan sistem ‘Klinik Insurans Sampah’, agar dapat memberikan rawatan dan nasihat kesihatan percuma kepada penduduk termiskin di Indonesia. Secara tidak langsung usaha ini dapat  membantu menguruskan  masalah penghasilan sampah yang semakin banyak. Sampah-sampah ini diasingkan mengikut jenisnya. Sampah organik boleh ditukar menjadi baja yang kemudiannya akan dijual kepada petani. Sampah botol plastik dan tin akan dihantar ke pusat pungutan sampah untuk diproses dan dijual kembali ke kilang. Penduduk miskin yang …

Read More »

Ubat selsema ketika menyusukan anak

UBAT SELSEMA KETIKA MENYUSUKAN ANAK     Bagi ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, saya menasihatkan agar berhati-hati mengambil ubat antihistamine yang digunakan untuk rawatan selsema,batuk dan alahan. Ini kerana ubat-ubatan itu mungkin boleh diresap ke dalam susu ibu dan memberikan kesan kepada bayi yang disusukan. Antara ubat yang perlu dielakkan ialah: Alimemazine Cetirizine Cinnarizine Cyproheptadine Desloratadine Dimenhydrinate Fexofenadine Hydroxyzine Loratadine Mizolastine Ketotifen Jika tidak selesa dengan selsema, batuk dan masalah alahan ketika menyusukan anak dan mahu menggunakan ubat-ubatan ini, dapatkan nasihat doktor agar pemantauan dapat dilakukan.   IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang …

Read More »

UJIAN TAHAP KESUBURAN SUAMI ISTERI GEMPAL

“Salam doctor. Saya telah berkahwin selama 4 tahun. Usia perkahwinan saya sudah mencecah empat tahun. Tetapi saya lagi hamil. Adakah disebabkan saya dan suami berbadan besar menyebabkan saya sukar hamil? Bagaimana saya boleh memeriksa tahap kesuburan saya dan suami. Mohon pencerahan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Lelaki dan wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan selalunya mempunyai masalah kesuburan. Ini tidak bermakna puan dan suami tidak boleh mempunyai zuriat, tetapi proses untuk hamil akan memerlukan usaha yang lebih dari pasangan yang mempunyai berat badan yang normal. Selalunya wanita dan lelaki yang mempunyai bacaan BMI yang melebihi 30kg/m2 akan mengalami …

Read More »

Clomid ubat penyubur

CLOMID UBAT PENYUBUR     “Salam doktor. Baru-baru ini saya ke klnik kerana masalah kitaran haid saya tidak menentu dan saya telah berkahwin selama 3 tahun tapi belum ada anak. Doktor memberikan saya ubat CLOMID. Bolehkah saya menggunakannya?  Mohon pencerahan”    WA ALAIKUM MUS SALAM Pada kebiasaannya penyebab utama sukar untuk hamil ialah apabila seorang wanita mengalami ANOVULATION , iaitu wanita itu gagal menghasilkan telur ovum dalam setiap kitaran haid mereka. Selalu masalah ini selalu dihadapi oleh wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Namun begitu sebilangan kecil wanita yang mempunytai kitaran haid yang normal mengalami masalah yang sama. …

Read More »

Anak Terhantuk dan Kepala Berdarah

  “SALAM doctor, baru-baru ini anak saya berusia 3 tahun mengalami hentakan yang kuat di kepala apabila rak buku terjatuh setelah digoyangnya menimpa beliau. Anak saya mengalami luka, tetapi berhenti selepas beberapa ketika. Selain itu beliau pernah beberapa kali tergelincir dan jatuh kepala dulu. Saya sangat risau terhadap kesan hantukan itu? Adakah ia berbahaya? Mohon pandangan doctor, terima kasih”    WA ALAIKUM MUS SALAM   Anak-anak dalam usia segini memang aktif dan selalu terdedah kepada kecederaan kepala.   Walau bagaimana pun, kesan luka atau koyakan pada kulit kepala sebenarnya adalah kecederaan yang tidak serius, terutama apabila tiada pendarahan yang banyak …

Read More »

BOLEHKAH BAGI PESAKIT JANTUNG GUGUR DUA KALI, HAMIL SEMULA?

  “Salam doktor. Saya berumur 23 tahun, telah berkahwin selama 3 tahun. Masalah saya ialah saya adalah pesakit jantung berlubang, malangnya saya telah keguguran sebanyak dua kali sepanjang perkahwinan itu. Menurut doctor, keguguran kali pertama keguguran disebabkan saya terlalu lemah untuk meneruskan kehamilan, sementara keguguran kedua berlaku dengan sendiri kerana saya jatuh di bilik air. Saya ingin sangat untuk mendapatkan zuriat. Adakah saya tidak lagi berpeluang untuk hamil semula? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Saya bersimpati dengan puan dan saya percaya apa yang telah ditakdirkan untuk kita, sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita. Namun kita juga digalakkan …

Read More »
error: Content is protected !!