Ubat yang boleh menyebabkan alahan teruk

UBAT-UBAT YANG BOLEH MENYEBABKAN ALAHAN TERUK

 

Orang ramai boleh mengalami alahan kepada mana-mana ubat, akan tetapi terdapat sebahagian ubat yang lebih kerap menyebabkan alahan berbanding ubat-ubatan lain.

Antibiotik merupakan punca alahan yang paling kerap dikaitkan dengan alahan ubat. Baru-baru ini, ubat kemoterapi dan antibodi monoklonal juga dikatakan mendorong tindak balas anafilaksis.

Berikut adalah senarai ubat-ubatan yang paling kerap dikaitkan dengan alahan (atau bukan alahan dalam beberapa kes):

1. PENICILLIN . Kira-kira 1 dalam 10 orang melaporkan bahawa mereka mempunyai sejarah “alahan” kepada penicillin. Namun demikian, kurang daripada 10% individu yang berfikir bahawa mereka alah kepada penicillin. alah kepada ubat tersebut. Walau bagaimanapun, orang yang benar-benar alah kepada penicillin terdedah kepada gejala anafilaksis yang boleh mengancam nyawa. Oleh itu, amat penting untuk memberitahu doktor anda tentang tindakbalas alahan ubat masa lalu anda.

2. ANTIBIOTIK CEPHALOSPORIN . Tindak balas cephalosporins hampir menyamai tindakbalas penicillin. Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan bahawa seseorang yang alah kepada penicillin boleh mendapat tindak balas alahan kepada cephalosporins kerana kedua-dua ubat tersebut mempunyai kaitan yang sama.

3. UBAT YANG MENGANDUNGI SULFONAMIDES (termasuk antibiotik, ubat oral diabetik dan beberapa ubat diuretik). Tindak balas ubat ini tidak jelas sama ada disebabkan oleh alahan atau proses immunologi lain. Tiada ujian yang tepat untuk menentukan jika seseorang itu alah kepada ubat-ubatan dalam kelas ini.

4. UBAT TAHAN SAKIT Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs (NSAID), termasuk aspirin, ibuprofen dan naproxen. Kelas ubat-ubatan ini boleh menyebabkan alahan dan bukan alahan seperti gatal-gatal/bengkak, memburukkan lagi asma dan menyebabkan anafilaksis. Tiada ujian yang tepat untuk menentukan jika seseorang itu alah kepada kelas ubat-ubatan ini.

5. UBAT BIUS SETEMPAT  (Local Anesthetics). Tindak balas alahan kepada ubat bius setempat (novocaine, lidocaine) jarang berlaku, dan biasanya disebabkan oleh bahan-bahan lain di dalam ubat, seperti pengawet atau adrenaline (terdapat dalam local anesthetics untuk membuat ubat tahan lebih lama apabila disuntik).

6. UBAT BIUS PENGSAN  (General Anesthesia). Sesetengah ubat-ubatan yang digunakan semasa pembedahan kerap kali menyebabkan tindak balas alahan dan anafilaksis.

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

error: Content is protected !!