Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Kesan Bayi dan kanak-kanak jatuh dan terhentak kepala

Kesan Bayi dan kanak-kanak jatuh dan terhentak kepala

KESAN BAYI DAN KANAK-KANAK JATUH DAN TERHENTAK KEPALA

 

children bump

 

“Salam doktor. Saya ingin bertanya, Bayi atau kanak-kanak sering terjatuh dan kerap terhentak kepala. Adakah perkara ini memberikan kesan tidak baik kepada mereka? Apakah tanda  bahaya pada kanak-kanak ini? Perlukah dibawa segera berjumpa doktor? Apakah apakah kesannya sama ada jangka masa pendek dan panjang. Mohon pencerahan, terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Setiap kali bayi atau anak kecil kita jatuh dari sofa atau katil, kita berasa runsing jika mereka mengalami kecederaan terutamanya kecederaan kepala. Bagi kanak-kanak yang masih kecil dan masih tidak stabil berjalan, kemalangan lebih kerap berlaku di dalam rumah.

 

Walaupun sofa dan katil itu tidak tinggi, mungkin setakat ketinggian lutut kita, tetapi secara relative berbanding dengan saiz bayi, ketinggian sebegitu boleh disamakan dengan ketinggian aras kepala kita. Bayangkan kita jatuh dari tingkat pertama rumah, begitulah dibandingkan kesannya bayi kita yang jatuh dari sofa atau katil.

 

Oleh itu kita perlu melakukan pemeriksaan menyeluruh terhadap kecederaan yang mungkin dialami oleh bayi kita , terutamanya jika dia jatuh pada kepalanya, sama ke depan atau ke belakang.

 

Bayi yang jatuh mungkin tidak mengalami kecederaan yang serius, kerana mereka mempunyai tulang yang lembut dan tidak mudah patah seperti orang dewasa atau kanak-kanak yang lebih besar.

 

Apabila berlaku kemalangan, pemeriksaan harus dilakukan bagi memastikan bahawa bayi tidak mengalami luka yang serius, atau patah tulang, kecederaan organ dalaman, atau kecederaan kepala yang serius.

 

Jika bayi kelihatan baik dan bayi berkelakuan  seperti biasa, berkemungkinan bayi tidak menyebabkan kecederaan serius. Namun begitu, pemerhatian harus dilakukan dalam tempoh 24 jam. Sebarang kelakuan yang tidak normal, terutama apabila bayi jatuh pada bahagian kepala, bawalah bayi berjumpa doktor untuk diperiksa.

 

Bayi yang beberapa kali jatuh dari katil, sofa atau di lantai  juga merunsingkan ibubapa.  Adakah mereka akan mengalami kesan jangka panjang apabila besar kelak?

 

Sebarang kecederaan kepala yang hanya melibatkan kulit kepala tidak mendatang sebarang kesan jangka panjang. Kecederaan pada kulit kepala biasanya dalam bentuk luka, lebam dan bengkak atau benjolan.

 

Jadi  bayi yang beberapa kali jatuh dan tidak mengalami kecederaan atau hanya mengalami kecederaan kulit kepala, tidak perlu dirisaukan.

 

Namun jika bayi mengalami kecederaan gegaran otak (concussion), ia lebih membimbangkan apatah lagi jika mereka setiap kali jatuh beberapa kali dan mengalami gegaran.

 

Gegaran otak adalah kecederaan pada fungsi otak, bukan pada struktur anatomi otak. Oleh itu bayi yang mengalami gegeran otak, tidak dapat dikesan melalui pemeriksaan xray atau CT scan, tetapi individu tersebut  mungkin mengalami rasa sakit pening, tidak memberikan tumpuan pada permainan mereka, mudah lupa, tidak dapat berjalan dengan betul dan seperti hendak jatuh bila berjalan atau bangun.

 

Pada asasnya agak sukar untuk mengesan gegeran otak pada bayi, berbanding dengan orang dewasa kerana mereka tidak boleh berkomunikasi dan memberitahu apa yang mereka rasakan.

 

Tetapi jika kita lihat bayi tidak ceria atau tidak aktif, berkemungkinan besar, bayi itu mengalami gegaran otak atau kecederaan otak yang lebih serius.

 

Walau bagaimana pun, gegaran otak biasanya pada kemalangan yang lebih serius, seperti satu hentakan pada kepala, atau apabila badan mereka digoncang dengan lebih kuat.

 

Gegaran otak akan memberikan kesan pada fungsi otak  bergantung pada tahap kecederaan yang dialami.  Kecederaan ini memerlukan masa untuk sembuh dengan sempurna dan adakalanya memberikan kesan apabila bayi itu semakin besar.

 

wallahu a’lam

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!