asam gelugor mengurangkan berat badan

ASAM KEPING (ASAM GELUGOR) MENGURANGKAN BERAT BADAN DAN MENGURANGKAN SELERA MAKAN

Makanan Melayu dan Nusantara yang biasa kita makan setiap hari kaya dengan ulam dan rempah-ratus. Ia merupakan herba yang banyak khasiatnya, malangnya tidak diketahui oleh orang pada masa ini.

Untuk menambah rasa masam secara segar, orang kita menggunakan rempah-ratus seperti asam jawa, asam suntan, asam gelugur (asam keping atau garcinia atroviridis atau garcinia cambogia), asam kandis dan asam kranji.

Setiap kawasan di nusantara ini mungkin menggunakan nama yang berbeza untuk Garcinia Atroviridis. Sebagai contoh orang Indonesia di Sumatra menyebutnya sebagai Asam Gelugur, manakala rakyat Malaysia memanggilnya dengan Asam Keping.

Buah ini dikatakan sebagai sebahagian dari keluarga manggis, tetapi ia mempunyai persamaan dengan limau. Asam keping sendiri bukan sahaja masam, tetapi ia kaya dengan vitamin C.

Pada zaman dulu, ia bukan sahaja digunakan sebagai rempah, tetapi ia juga digunakan sebagai rawatan untuk pelbagai penyakit. Sebagai contoh, buah ini berguna untuk mengurangkan berat badan, merawat penyakit malaria, menurangkan selera makan, membantu memecah lemak, masalah kitaran haid, mengecutkan saiz rahem selepas melahirkan anak dan banyak lagi.

Dalam kajian oleh penyelidik oleh Forest Research Institute of Malaysia (FRIM), asam keping atau asam gelugur mempunyai asid hidroksiktrik (HCA). Ia melambatkan glukosa ditukar kepada lemak dalam sel-sel lemak. Ia juga boleh mengawal pengeluaran serotonin di otak, yang berfungsi meningkatkan selera makan.

Leave a Reply

error: Content is protected !!