Assalamualaikum Dr Zubaidi. Terima kasih diatas kesudian doktor membaca e-mail saya. Tujuan saya menghantarkan e-mail ini adalah untuk meminta nasihat mengenai masalah kitaran haid saya.
Saya mengalami masalah kitaran haid tidak menentu sejak berumur 18 tahun dan kini saya sudah pun berumur 36 tahun. Pada awalnya kitaran haid saya 2 bulan sekali. Kemudian naik 6 bulan sekali dan begitulah seterusnya. Jarak kita haid saya semakin lama semakin tidak menentu. Kini saya sudah tak ingat bila kali terakhir saya datang haid. 5 tahun lepas mungkin.
Saya sudah rujuk beberapa kali dengan beberapa orang doktor dan memaklumkan kepada mereka tentang keadaan saya. Mereka hanya scan dan memberi saya pil perancang. Selalunya bekalan diberi untuk 3 bulan dan selama 3 bulan itu haid saya datang seperti normal. Bila saya berhenti consume pil tu, kitaran haid saya kembali bermasalah. Perkara tu berlanjutan sehingga sekarang.
Kali terakhir saya jumpa doktor pakar di sbuah hospital pakar di Johor Bahru dan dia menyuruh saya berhenti consume pil perancang. Katanya lagi tak payah risau dan biar haid tu datang dengan sendirinya. Dah lebih hampir 5 tahun. Macam tu jugak. Malah saya ada ambil herba tradisional tapi tidak membantu.
Soalan saya, adakah sebenarnya saya sudah menopause 😅😅
Sekian. Mohon pencerahan dan pendapat Dr Zubaidi. Mudah-mudahan ada jalan penyelesaiannya.
Terima kasih.
WALAIKUMUSALAM
Setiap wanita mempunyai tempu kitaran haid yang berbeza. Ada wanita yang mempunyai kitaran haid yang tetap, ada wanita yang mempunyai kitaran haid yang lambat beberapa hari.
Kitaran haid yang normal bagi seorang wanita mempunyai tempuh kitaran haid antara 21 hingga 35 hari dan tempuh haid antara yang biasa antara 5 hingga 10 hari.
Saya tidak memeriksa puan. Saya percaya puan telah berjumpa dengan doctor pakar sakit puan Gynaecologist, dan beliau telah menerangkan masalah yang puan alami dan memberikan ubat yang sesuai untuk puan.
Kitaran haid yang tidak normal berlaku bila puan mengalami:
- Masa setiap tempoh mula berubah-ubah melebihi 35 hari atau kurang 21 hari.
- Kehilangan darah yang terlalu banyak atau terlalu sedikit berbanding dengan kehilangan darah pada hari-hari kedatangan haid yang biasa.
- Bilangan hari kedtangan haid kurang dari hari-hari biasa atau berpanjangan untuk beberapa minggu.
Punca masalah ini disebabkan oleh factor-faktor sementara dan ada juga disebabkan oleh factor-faktor yang kekal. Selalunya disebabkan oleh masalah tahap hormone estrogen dan progesteron yang tidak teratur yang menyebabkan kitaran haid puan tidak menentu.
Saya bersetuju dengan doctor yang merawat puan, bahawa pil perancang (yang mengandungi hormone) tidak dapat membantu puan mengekalkan kitaran haid puan. Kitaran haid puan menjadi normaldengan pengambilan pil-pil perancang itu dan setelah puan berhenti mengambil pil-pil tersebut, kitaran haid puan menjadi tdak menentu semula.
Ini kerana hormone yang ada dalam pil-pil itu hanya menggantikan hormone yang tidak dapat dihasilkan oleh kelenjar ovari puan. Ia tidak merawat masalah sebenar iaitu masalah ketidakseimbangan hormone. Ia tidak merangsangkan pengeleuaran hormone dari dalam. Pil-pil itu hanyalah bantuan dari luar yang membantu kekurangan hormone yang dialami.
Ketidakseimbangan hormone selalunya berkait rapat dengan penyakit Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS) dan masalah thyroid yang selalu tidak diberikan perhatian oleh doctor yang merawat.
Masalah ini juga berlaku apabila seorang wanita menggunakan suntkan pernajang keluarag seperti Depo-Provera, atau alat pencegah peranang yang dimasukkan ke dalam rahem (Inta-Uterine Device).
Dalam kes puan, puan telah mengalami masalah ini sejak berumur 18 tahun selama 18 tahun (kini berusia 36 tahun). Sudah tentu masalah ini agak kompleks dan mungkin rawatannya mengambil masa yang lebih lama.
Selalunya seorang wanita tidak menunggu lama bagi mendapat kesembuhan (kitaran haid menjadi normal) kecuali jika beliau mengalami masalah PCOS atau masalah kekurangan hormon thyroid (hypothyroidism). Pemeriksaan hormone ini juga penting bagi menentukan puan sudah menopause atau belum.
Saya mencadangkan puan melakukan pemeriksaan darah untuk mengetahui tahap hormone puan. Jika telah melakukan ujian-ujian tersebut, puan boleh membawanya berjumpa mana-mana doctor atau kepada saya untuk penilaian semula. Tidak salah jika puan mendapatkan ramai pandangan dari doctor-doktor berbeza.
Pengalaman saya merawat masalah seumpama ini ialah dengan mencadangkan penurunan berat badan agar mendapat berat badan yang bersesuaian dengan ketinggian. Selalunya saya akan berikan beberapa suplemen yang menggalakkan pengeluaran hormone oleh kelenjar ovari. Dengan ini kesannya lebih berkekalan.
Semoga bermanfaat.