MILIARIA ATAU RUAM PELUH? Salam doctor, saya mengalami masalah ruam dari sejak kecil lagi. Terutama apabila saya berpeluh. Apakah rawatan yang sesuai untuk saya? Mohon pencerahan, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Setelah saya melihat gambar yang saudara berikan dan percaya punca utama masalah ini apabila saudara berpeluh atau apa saja keadaan yang menyebabkan saudara berpeluh. Saudara mungkin mengalami keadaan penyakit yang dinamakan “Miliaria” atau juga dikenali sebagai “ruam peluh”. Miliaria adalah penyakit biasa dalam masyarakat seperti kita, tinggal dalam cuaca panas dan lembap. Ia bermula dari peringkat kanak-kanak dan bayi kerana punca …
Read More »Pelajar Perempuan Taiwan Tidak Menukarkan Contact Lens Selama 6 bulan dan menyebabkan hampir buta
PELAJAR PEREMPUAN TAIWAN TIDAK MENUKARKAN CONTACT LENS SELAMA 6 BULAN DAN MENYEBABKANNYA HAMPIR BUTA Seorang pelajar di Taiwan hampir buta akibat tidak menukar kanta lekap (contact lens) beliau selama enam bulan. Akhirnya dijangkiti Acanthamoebic Keratitis yang menyebabkannya hampir buta. Acanthamoebic Keratitis menyebabkan rasa kesakitan, kemerahan dalam mata dan penglihatan kabur. Pelajar Taiwan ini bukan saja tidak tanggalkan kanta lekap beliau selama enam bulan, tetapi juga tidur dan berenang juga. Amoeba ini mungkin berasal dari kolam renang itu. Ruang di antara kanta lekap dan mata adalah sesuai untuk mikroorganisma anaerob Acanthamoeba yang tidak memerlukan oksigen untuk …
Read More »Bahayakah menahan kentut?
ADAKAH BERBAHAYA MENAHAN KENTUT? “Salam doctor. Baru-baru ini saya mengerjakan umrah dan ketika beriktikaf, saya menahan kentut kerana tempat mengambil wuduk agak jauh. Adakah menahan kentut ini berbahaya? Mohon pencerahan”. WA ALAIKUM MUS SALAM Saya faham keadaan saudara kerana saya pernah berada di sana. Memang tempat mengambil wuduk dan bilik air agak jauh dari tempat solat. Ramai yang menyangka menahan kentut sangat berbahaya. Ini disebabkan kentut mengandungi gas Hidrogen Sulfida, yang menyebabkan kentut kita busuk. Namun dalam satu kajian di Universiti Exeter di England menunjukkan bahawa hidrogen sulfida boleh mencegah kerosakan mitokondria. Mitokondria adalah struktur penting dalam sel yang menjana …
Read More »Wanita yang pernah keguguran boleh mendapat sakit jantung
KEMATIAN BAYI DALAM RAHEM DAN KEGUGURAN BERKAITAN DENGAN PENYAKIT JANTUNG PADA MASA HADAPAN Wanita yang pernah mengalami beberapa kali keguguran (miscarriage) dan kematian bayi dalam rahem (stillbirth) adalah penanda bagi wanita itu mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung pada masa hadapan. Kajian ini telah diterbitkan dalam journal perubatan terkenal, Annals of Family Medicine. Dalam kajian itu mereka mendapat risiko untuk mendapat penyakit jantung (coronary heart disease) adalah 27% lebih tinggi bagi wanita yang pernah mengalami keguguran atau kematian bayi dalam rahem berbanding dengan wanita yang tidak pernah mengalaminya. Mereka juga mendapat sebanyak banyak …
Read More »Kecederaan tisu dapat dirawat dengan rawatan stem sel
KECEDERAAN TISU KETIKA BERSUKAN DAPAT DIRAWAT DENGAN RAWATAN STEM SEL. Kecederaan hamstring yang dialami oleh pemain tengah Argentina, Angel Di Maria menghalangnya daripada bermain pada perlawanan akhir Piala Dunia 2014 menentang Jerman. Pihak pengurus Argentina mereka akan menghantar pemain ini untuk rawatan stem sel dengan harapan dapat mempercepatkan penyembuhan yang beliau alami. Walaupun sebelum ini terdapat kontroversi yang mengatakan bahawa rawatan stem sel tidak sesuai untuk atlet. Pakar Orthopedist mengatakan bahawa terdapat hanya sedikit bukti yang menunjukkan rawatan stem sel ini mempunyai keberkesanan dalam kecederaan sukan. Namun yang pastinya rawatan stem sel bukanlah rawatan yang …
Read More »Bantu Palestin dengan jihad ekonomi
BANTU PALESTINE DENGAN JIHAD EKONOMI BANGI, 16 Julai 2014. Jihad terhadap Palestin yang terutama (awla) bagi waktu sekarang adalah dengan jihad ekonomi, kata Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS) Prof Madya Dr Aznan Hasan. “Jihad itu luas dalam pelbagai bentuk dan suasana. Dalam konteks kita di Malaysia, kita boleh melaksanakan jihad ekonomi untuk mereka. “Kita boleh menggerakkan segala usaha dan kerahan dalam kalangan kita untuk memberi sumbangan antaranya bantuan kewangan, makanan, perubatan serta kempen memboikot segala produk berkaitan Israel. “Ini kerana jihad fizikal mungkin kurang bersesuaian untuk waktu ini,” ulas beliau berkenaan persoalan jihad yang boleh dilakukan oleh …
Read More »Kenyataan Rasmi Majlis Ulama ISMA (MUIS) berkenaan insiden MH 17
KENYATAAN RASMI MAJLIS ULAMA ISMA (MUIS) BERKENAAN INSIDEN MH 17 “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (155) (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (156)Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya.” (Al-Baqarah: 155-157) Majlis Ulama ISMA …
Read More »Kopi Dan Kanser Prostate
COFFEE MENGURANGKAN RISIKO KEMATIAN AKIBAT KANSER PROSTATE Satu kajian meta-analisa yang memeriksa 12 kajian kes kawalan yang melibatkan 7,909 kes kanser prostate dan 9 kajian kohort yang melibatkan 455,123 pesakit, mendapati: “Minum air kopi melebihi 4-5 cawan sehari dapat mengurangkan kebarangkalian risiko mendapat kanser prostate (high-grade) dan kematian akibat kanser prostate. Rujukan:Lu Y, Zhai L, Zeng J, Peng Q, Wang J, Deng Y, Xie L, Mo C, Yang S, Li S, Qin X. “Coffee consumption and prostate cancer risk: an updated meta-analysis.” Cancer Causes Control. 2014 May;25(5):591-604. KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI Jika berminat mendapatkan konsultasi 20 minit bersama Dr Zubaidi, …
Read More »TEKANAN DARAH TINGGI KETIKA HAMIL
“Salam doctor. Saya berumur 25 tahun dan hamil 24 minggu. Baru-baru saya menjalani pemeriksaan di Pusat Kesihatan Ibu dan Anak. Saya disyaki mempunyai darah tinggi. Bacaan tekanan darah saya ialah 150/90. Saya tidak pernah mnghidap penyakit ini sebelumnya. Cuma ibu dan bapa saya memang kedua-duanya pesakit darah tinggi dalam rawatan. Saya ingin bertanya, apakah punca penyakit darah tinggi dialami oleh wanita hamil? Mohon nasihat doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Seorang wanita didiagnosakan sebagai mempunyai penyakit darah tinggi ketika hamil (Pregnancy Induced Hypertension) apabila bacaan tekanan darahnya melebihi 140/90 atau bacaan diastoliknya saja yang melebihi 90 mmHg. Bacaan ini …
Read More »TEKANAN DARAH RENDAH KETIKA HAMIL
Salam doktor, saya seorang ibu muda berusia 19 tahun. Saya mempunyai persoalan yang memerlukan kepastian. Saya kini sedang hamil dan semenjak hamil, tekanan darah saya semakin turun. Tekanan darah normal saya adalah 110/70 dan 110/60, tetapi telah mencecah kepada 90/53 dan kini 90/40. Adakah keadaan ini membahaya atau petanda yang tidak baik? Malahan, berat saya juga menurun sebanyak 3.7 kg. dalam masa tujuh minggu. Saya pernah pitam dan menjadi seram sejuk dengan tiba-tiba. Saya juga selalu hampir pitam apabila ingin berdiri ketika sedang duduk atau baring. Keadaan ini kerap berlaku. Mohon keterangan lanjut daripada yang pakar. Segala maklum balas, saya …
Read More »Hukum menggunakan ethyl alkohol @ ethanol sebagai bahan antiseptik
HUKUM MENGGUNAKAN ETHYL ALKOHOL @ETHANOL SEBAGAI BAHAN ANTISEPTIK Semasa saya bekerja sebagai houseman di sebuah hospital awam di selatan tanahair air, tugas yang agak mencabar ialah melakukan rutin mengambil darah setiap pesakit sebelum kami melakukan ward-round setiap pagi. Tujuan pengambilan darah di waktu pagi ialah agar keputusan darah akan dapat diketahui dan dibincangkan ketika melakukan ward-round di waktu petang. Pada satu pagi seorang pakcik telah dimasukkan ke wad kerana disyaki mengalami demam denggi. Saya memberi salam dan memberitahu beliau hasrat saya untuk mengambil darah. Beliau enggan. Ini kerana cecair sapuan yang saya lakukan sebelum saya …
Read More »Memahami konsep Istihalah (Pembahagian dan Model Istihalah dalam Proses Pembuatan Makanan)
PEMBAHAGIAN DAN MODEL ISTIHALAH DALAM PROSES PEMBUATAN MAKANAN Kerancakan perkembangan sains dan teknologi secara tidak langsung menyebabkan para fuqaha lebih bersikap progresif dan peka dengan perkembangan yang ada. Ini kerana sains diambil kira sebagai nilai semasa dalam menetapkan sesuatu ketetapan hukum yang lebih tepat. Ia selaras dengan dinamisme fiqh yang merentasi masa dan tempat terhadap penentuan persoalan-persoalan baru. Pengaplikasian teori istihalah sebagai instrumen purifikasi alternatif dapat membantu dalam menyelesaikan beberapa polemik baru yang dikembangkan oleh kemajuan sains dan teknologi khususnya terhadap penghasilan dan pemprosesan makanan secara moden di Malaysia. Walaupun begitu, ia memerlukan penelitian serta kajian …
Read More »Bimbang anak jatuh dari katil
“Salam Doktor, Saya ada seorang anak lelaki berusia 7 bulan. Pagi tadi anak saya jatuh dari katil. Ada bengkak diatas dahi anak saya. Dia menangis tapi selepas 3 minit mcm tu, dia berenti dan main macam biasa. Saya juga telah bawa anak saya ke klinik sejurus lepas kejadian tu. Menurut doctor yang check anak saya, tiada apa2 yang serius. Tapi sebagai seorang ibu, saya sgt risau. Need your advice.” WA ALAIKUM MUS SALAM Apa yg selalu kita risau apabila anak jatuh dari katil ialah anak akan mengalami kecederaan dan pendarahan otak. Kecederaan ini bergantung pada ketinggian katil, benda-benda keras yang …
Read More »Coca-cola pernah menyebabkan wabak gejala penyakit yang tidak diketahui
“Apa yang sedapnya minum Coca-cola?” Tanya saya kepada seorang rakan yang sering kali memesan air tersebut apabila kami berjumpa di kedai mamak. “Entahlah, rasa seperti mendapat kelegaan apabila minum coke. Doc, you tak pernah minum ke?” “Dulu pernah minum, tapi dah taubat. Nak jaga kesihatan.” Saya jawab selamba. “Ala doc, ada Diet Coke.. tak ada kalori” Saya hanya tersengih. Malas menerangkan pada orang yang tidak berminat. Saya pernah membaca satu penulisan di hournal perubatan terkenal, British Medical Journal dan Lancet yang melaporkan pada 8 June 1999, seramai I26 remaja perempuan …
Read More »Kesan sampingan suntikan perancang keluarga
“Salam doctor. Saya baru berumur 28 tahun dan baru melahirkan anak yang kedua. Saya ingin mengambil kaedah perancang yang selamat kerana kedua-dua anak saya agak rapat. Untuk pengetahuan doktor, saya pernah mengambil pil perancang keluarga dan bertukar sebanyak tiga jenis pil kerana saya mengalami sakit kepala dan loya yang teruk. Jadi saya bertukar kepada suntikan. Malangnya semenjak saya mengambil suntikan pula, haid saya juga tidak teratur setiap bulan, kadang kala ada dan tidak, dan pernah keluar selama 15 hari atau kadang kala lebih. Saya ingin mendapat kepastian, adakah selepas saya berhenti mengambil suntikan hormon akan menyebabkan kesukaran …
Read More »UPT kabur, bagaimana nak pastikan saya hamil
” Asalam doktor..saya ada buat upt siang hari tadi..result nye line yg ke dua tu kabur..lepas tu malam tadi saya tengok balik pregnancy test tu line ke dua nampak terang..saya pregnant ke doktor? Mohon pencerahan dan terima kasih.. “ WA ALAIKUM MUS SALAM Mungkin puan melakukan ujian UPT terlalu awal. Cara terbaik melakukan UPT adalah pada waktu pagi setelah tidak datang haid 6 minggu dari tarikh hari pertama kitaran haid yang lepas atau dua minggu selepas tarikh sepatutnya haid. Jika puan masih lagi tidak pasti, boleh lakukan: 1. Tunggu lagi dua minggu dan uji UPT semula. 2. …
Read More »Kegemukan dan kurang hubungan intim meramalkan risiko serangan jantung
“Salam doctor. Baru-baru ini suami saya berusia 35 tahun telah dimasukkan ke Jabatan Kecemasan hospital awam, dan disahkan mengalami serangan jantung. Sebelum ini kami tidak tahu yang beliau mempunyai penyakit darah tinggi dan tahap kolestrole yang tinggi. Ini kerana suami saya agak ‘takut’untuk melakukan pemeriksaan. Berat badannya tidak berapa gemuk, 88kg dan tinggi 180cm. Boleh doctor komen sedikit bagaimana serangan jantung boleh berlaku pada dirinya. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya harap puan bersikap terbuka kerana mungkin apa yang hendak saya jelaskan ini agak sulit. Saya sedari ramai lelaki yang agak sukar untuk diperiksa kesihatan mereka, dan hanya akan …
Read More »Kentang Goreng Boleh Menyebabkan Tumor dan Kanser
“Salam doctor. Saya diberitahu oleh rakan saya bahawa memakan kentang goreng yang dijual di restoren segera boleh menyebabkan kanser. Adakah ianya benar atau khabar palsu saja. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Ya benar. Khabar yang mengatakan bahawa memakan kentang goreng boleh menyebabkan kanser bukanlah suatu khabar palsu. European Food Safety Authority (EFSA) iaitu satu badan berautoriti yang memastikan industri makanan menyediakan makanan yang selamat dimakan oleh masyarakat Eropah telah mengesahkan acrylamide dalam makanan berpotensi meningkatkan risiko kanser bagi pengguna di semua peringkat umur. Acrylamide dalam makanan dihasilkan oleh tindak balas kimia apabila makanan (terutamananya karbohidrate) digoreng dengan suhu yang tinggi (120 …
Read More »Ramai wanita hamil tidak diberitahu bahaya toksin dari persekitaran
Wanita hamil yang terdedah kepada bahan kimia toksik yang berada di persekitaran mereka termasuk bahan-bahan yang berada di dalam rumah. Banyak kajian saintifik menunjukkan toksin kimia ini akan menjejaskan kehamilan mereka. Namun hanya beberapa doktor O&G dan doctor lain seperti doctor awam dan doctor keluarga yang menasihati pesakit, iaitu wanita hamil, tentang bahaya toksin dari persekitaran mereka dan memberi cadangan bagaimana untuk mengelakkan toksin tersebut. Kebanyakan doktor hanya memfokuskan rawatan pesakit mereka yang hamil kepada isu-isu kesihatan seperti pemakanan yang seimbang, senaman, obesiti dan penyakit seperti diabetes dan darah tinggi. Ramai doktor berkata mereka tidak mahu menakutkan pesakit mereka mengenai …
Read More »Produk ubat jerawat boleh menyebabkan alahan teruk
“Salam doctor, saya seorang pelajar kolej berumur 18 tahun. Baru-baru ini saya menggunakan ubat kream untuk merawat jerawat saya. Saya beli di farmasi. Malangnya selepas menggunakannya, kulit saya rasa panas dan terbakar. Terdapat ruam dan warna kehitaman seperti terbakar teruk. Adakah saya mengalami alahan pada ubat jerawat itu. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Ya, saya percaya saudari mengalami reaksi alahan pada kulit setelah menggunakan produk ubat jerawat itu. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh satu badan yang mengawal keselamatan ubat, Food and Drug Administration (FDA) di Amerika syarikat pada 25 June 2014 telah melaporkan terdapat insiden di …
Read More »Infectiosum erythema ruam, demam rendah
Infectiosum erythema, atau “fifth disease” adalah penyakit yang biasa menjangkiti kanak-kanak akibat jangkitan virus Parvovirus B19. Jangkitan boleh menyebabkan ruam pada tubuh dan muka. Ia bermula apabila kanak-kanak itu mengadu sakit kepala, demam yang rendah, dan hidung selsema dan berair 2-3 hari sebelum bermulanya ruam. Kanak-kanak ini akan pulih secara spontan tanpa rawatan, pastikan minum air secukupnya , insha ALLAH.
Read More »Makanan yang boleh menyebabkan pening
“Salam doktor. Benarkah ada makanan yang menyebabkan seseorang mengalami pening. Mohon pencerahan. Terima kasih” Pening, adalah perasaan yang merasakan bahawa dunia sedang bergerak mengelilingi kita. Ramai pakar perubatan berpendapat bahawa ia disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair dalam alat pengimbangan badan yang berada dalam telinga, jangkitan kuman sehingga menyebabkan keradangan dalam telinga, serangan migrain atau dalam kes-kes yang jarang berlaku, ia adalah tanda awal bagi pendarahan otak, penyakit multiple sclerosis atau serangan strok. Kandungan gula dalam darah yang rendah (hypoglycaemia) juga boleh menyebabkan pening. Malah makanan tertentu juga boleh menyebabkan rasa pening bagi sesetengah individu. Makanan masin Garam yang …
Read More »Menjadi kurus, tiada selera, demam rendah, batuk berdarah ..tanda santau, kata rakannya
Saya masih ingat apabila saya dipanggil ke sebuah rumah kongsi yang dihuni oleh pekerja warga asing. Ketika itu saya masih bekerja di HSA JB sebagai MO di Jabatan Pembedahan. Petang itu 5.30pm baru selesai kerja. Semalamnya oncall seharian dan wad pembedahan macam biasalah penuh dengan pesakit. 5 pesakit baru yang masuk. Dua kes disyaki acute appendicitis, satu kes kecederaan dalaman (intraabdominal injury) dari Kluang akibat jatuh dari bumbung, satu kes juga kecederaan dalaman setelah jatuh dari motorsikal di Tambak Johor dan satu kes polis apabila seorang lelaki Cina ditikam di perut di hadapan pub. Saya boleh saja cakap “Saya penat, saya …
Read More »Luka Pembedhan Ceserean Lebih Baik Dijahit Dari Dikokot (Staples)
“Salam doctor. Saya ingin bertanya. Saya berbincang dengan doctor sakit puan saya dan dia memberikan saya pilihan sama ada mahu menjahit luka Ceserean menggunakan jahitan biasa atau pun kokot staple. Mengikut pengetahuan dan pengalaman doctor, mana yang lebih baik. Mohon penverahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM, Di Malaysia, luka ceserean ketika mengeluarkan anak dari rahem selalunya ditutup dengan dua cara. Cara pertama menggunakan jahitan biasa dan satu lagi menggunakan kokot (staple). Penggunaan kokot semakin popular di kalangan doctor kerana ia lebih cepat dan kosnya lebih murah. Dianggarkan bahawa menutup luka menggunakan kokot, paling kurang lebih cepat 10 minit berbanding …
Read More »Punca Sakit Belakang Ketika Hamil
“Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat. Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar. Bagi mengimbangkan pusat gravity itu, selalunya puan akan menukarkan …
Read More »Manik dalam telinga anak
“assalamualaikum dr…..sy ibu yg tengah celaru….ank sy mengadu skit telinga pd sabtu lalu….hr yg sama sy bw dia ke klinik biasa dan dr kata masuk air….tp hr berikutnya sy jmpa dr yg sma dan cek skali lg….dr xpasti dan tranfer ke hkl…smlm sy g hkl dan cuci dr sana kt ada benda cm manik tp xbleh kluarkan sbb ank sy meronta dan minta sy msk wad tuj tggu blik bedah….mrka akn bius 1bdn dan kluarkan bnda 2….sy xbrani dan bbincang dgn suami…suami sy suggest tuk bw ke klinik ent jln pudu…dr sana cek dan cuba kluarkan dan ada drh …
Read More »Bahaya bayam menyebabkan batu dalam ginjal?
Baru-baru tersebar dalam internet bahawa bayam (pinach) tidak boleh dimakan kerana memudaratkan. Mulanya saya ingatkan ianya hanya gurau, namun penulis blog itu beria-ia mengatakan ia sangat berbahaya kepada kesihatan, terutamanya boleh menyebabkan batu pada ginjal. Saya pun cuba mencari profile penulis, manalah tahu penulis blog adalah seorang pakar pemakanan dan isu yang dibawa adalah penemuan terbaru yang diambil dari mana-mana journal pemakanan atau kesihatan. Rupanya penulis hanya menggunakan samaran saja dan tiada rujukan sahih. Saya percaya ianya hanyalah kutipan sampah “copy and paste” saja. Jika benar bayam sangat berbahaya, sudah tentu ia menjadi punca keracunan yang …
Read More »Kanak-kanak ketawa mengilai dirasuk syaitan rupanya mengalami ketumbuhan otak
Ada pepatah mengatakan “ketawa adalah ubat yang terbaik”. Tetapi bagaimana jika saya katakana ketawa yang melampau adalah satu penyakit? Seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang tinggal di Bolivia mengalami mengalami masalah ketawa yang melampau dan tidak terkawal, yang sebenarnya berpunca dari masalah ketumbuhan otak yang serius. Doktor pada mulanya menyangka kanak-kanak perempuan ini hanya mempunyai masalah tabiat yang buruk. Para bomoh pula mendakwa dia dirasuk syaitan. Namun apabila seorang doctor melakukan pemeriksaan MRI scan otak mendapati kanak-kanak ini mengalami masalah otak. Dr José Burgos Liders Zuleta, dari Advanced Medical Image Centre, di Bolivia, …
Read More »Penjelasan Terhadap Keraguan Suntikan Vaksin (Imunisasi)
KENYATAAN AKHBAR BERSAMA KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA DAN KETUA PENGARAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA 1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyedari ada di kalangan ibubapa yang agak khuatir dan ragu-ragu untuk memberikan suntikan vaksin atau imunisasi kepada bayi mereka ekoran daripada berita-berita dan khabar angin yang tersebar luas di media baru yang mengatakan bahawa vaksin mengandungi bahan-bahan haram dan membahayakan yang boleh mengancam kesihatan dan nyawa manusia. Juga turut disebarkan ialah program imunisasi yang dijalankan oleh Kerajaan adalah bertujuan untuk melemahkan umat Islam. Semua berita yang tersebar ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan sebenarnya …
Read More »Vaksin disahkan selamat dan berkesan?
Banyak kajian telah mengesahkan bahawa vaksin yang biasa digunakan untuk meninggikan daya tahan kanak-kanak di Amerika Syarikat adalah selamat, malah berkesan dalam mencegah banyak penyakit yang boleh mengancam nyawa. Tetapi oleh kerana telah banyak informasi yang mengelirukan mengenai risiko vaksin ini, dan sebenarnya bahaya sebenar apabila ibubapa enggan untuk menghantar anak mereka untuk diberikan suntikan vaksin, maka sekumpulan pengkaji telah mengambil keputusan untuk meneliti semula secara sistematik semua kajian yang telah dijalankan dan yang telah diterbitkan dalam journal-journal perubatan. Mereka mendapati dan membuat kesimpulan bahawa pemberian suntikan vaksin adalah selamat malah berkesan. Para penyelidik itu mengkaji …
Read More »Sembelit ketika berpuasa di bulan Ramadan
“Salam doktor. Saya mengalami sembelit dan sudah tiga hari saya tidak ke bilik air. Adakah ini disebabkan oleh puasa atau kurang minum air? Mohon pencerahan. Terima kasih” Sembelit berlaku apabila pergerakan usus besar yang perlahan sehingga najis yang mulanya berbentuk cair menjadi keras apabila berada di hujung dubur (anus). Ini kerana sepanjang pergerakan yang perlahan itu cecair dari najis akan diserapkan semula ke dalam usus besar. Oleh itu sembelit mendatang kemudaratan jika ia dibiarkan lama kerana semua toksik dalam najis telah diserap semula. Orang yang lama mengalami sembelit (chronic constipation) akan menyebabkan tubuh mereka lemah, …
Read More »MENGELAKKAN KEMBUNG PERUT SELEPAS BERBUKA DI BULAN RAMADHAN
“Salam doktor. Bagaimana hendak mengurangkan kembung perut selepas berbuka puasa di bulan Ramadan ini? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kembung perut berpunca dari pengumpulan gas di dalam perut dan usus besar. Ia berlaku kepada hampir semua individu bergantung bagaimana dia makan dan apa yang dia makan. Cara mengelakkan kembung perut selepas berbuka dengan cara: 1. Jangan makan secara berlebihan sehingga terlalu kenyang. Makan dalam jumlah yang kecil dan boleh diulang semula selepas solat maghrib dan terawih. 2. Kurangkan makanan yang yang banyak lemak (santan) atau pedas. Makanan yang berlemak menyebabkan perut terpaksa …
Read More »Jangan mendengar kata-kata negatif orang sekeliling
Saya bukan dari keluarga yang berada atau terpelajar. Ibubapa saya hanya lulus darjah enam dan ayah saya terpaksa bertungkus lumus bekerja sebagai pemandu kren di sebuah kilang di Singapura untuk membesarkan lima orang adik beradik saya. Kami tinggal di kawasan setinggan berdekatan dengan bandar Johor Bahru. (Alhamdulilah sekarang telah mendapat geran tanah dari kerajaan negeri) Banyak cerita suka duka ketika saya menuntut ilmu. Saya ingin berkongsi cerita yang saya dengar dari guru saya. Mungkin cerita ini bermanfaat pada adik-adik yang masih belajar dan pada sesiapa saja yang masih mengejar impian mereka. Cerita ini biasa didengar dan saya ingin mengulang bercerita …
Read More »Ubat Penahan Sakit yang lebih selamat
“Salam doctor. Saya telah didiagnosakan sebagai pesakit Peptic Ulcer Disease. Malangnya saya juga pesakit sendi arthritis yang memerlukan ubat penahan sakit. Saya mendapat tahu ubat-ubat penahan sakit yang baru seperti Arcoxia sesuai untuk saya. Boleh doctor berikan pencerahan. Terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Ubat-ubat tahan sakit (painkiller) yang selalu diberikan oleh doctor dikategorikan sebagai “NSAIDs”, iaitu non steroidal anti inflammatory drugs atau ubat yang merawat keradangan yang bukan jenis steroids. Apabila badan kita mengalami kecederaan sama ada kecederaan fizikal dari luar seperti terseliuh, atau kecederaan dalaman seperti jangkitan kuman, badan kita akan mengalami keradangan. Ketika …
Read More »Perjalanan kehidupan bukan hanya untuk pencapaian tetapi menikmati kehidupan
Seorang ayah yang amat sibuk dengan kerjanya, akhirnya memenuhi janji untuk membawa anaknya pergi memancing. Dengan hati yang agak berat, dia terpaksa membatalkan beberapa temujanji penting dan akhirnya dapat bercuti untuk bersama anaknya. Mereka menghabiskan masa seharian dengan memancing namun tidak mendapatkan seekor ikan pun. Dengan perasaan marah, si ayah pulang ke rumah kerana ia menganggap cuti yang diambil adalah suatu yang sia-sia. Banyak hal yang dapat dilakukan di pejabat jika dia bekerja pada hari itu. Sedangkan pada hari dia terpaksa membatalkan temujanji yang bakal memetrikan perniagaan yang jutaan ringgit, dia gagal mendapatkan seseekor ikan pun. Namun ia tidak meluahkan …
Read More »DOS PARACETAMOL YANG SELAMAT
“Salam doctor, apakah dos paracetamol yang selamat digunakan. Bagaimana paracetamol boleh menyebabkan keracunan? Mohon penjelasan dan terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Keracunan akibat pengambilan paracetamol boleh menyebabkan kerosakan hati. Ini kerana paracetamol akan dileraikan dalam tubuh dan menghasilkan bahan terakhir “N-acetyl-p-benzoquinoneimine” (NAPQI) yang akan merendahkan tahap kandungan “glutathione” (antioksidan) dalam hati. NAPQI ini juga merosakkan sel-sel hati secara langsung. Kebanyakan individu yang mengalami kerosakan hati tidak dapat dikesan dalam masa 24 jam selepas pengambilan dos yang berlebihan kerana tidak menunjukkan tanda-tanda keracunan yang jelas. Mereka hanya mengadu kembung perut atau dan rasa tidak selesa di bahagian perut atau mengadu …
Read More »
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman
