Artikel Terkini

Pesakit Berhak Pilih Doktor

“Susah sangat­kah hendak bercakap? Kita hendak tanya lagi tetapi dia cepat-cepat suruh keluar dan ambil ubat.” Itu komen seorang pesakit yang baru mendapatkan perkhidmatan di sebuah klinik kecil di taman perumahannya. Ketika mengadu mengenai sakitnya, si doktor terus memberi beberapa ubat dan si pesakit yang mahu mengetahui ubat yang diberi seperti nama ubat, tujuan diberi dan kesan pe­ngambilannya, dia tidak diberi penjelasan terperinci. Ternyata doktor itu begitu berat mulut hendak berkomunikasi dan membuat penera­ngan. Tentu ada yang pernah mengalami pengalaman ini dan rasa kecewa lantas membuat keputusan tidak mahu mengunjungi klinik yang sama lagi. Bolehkah doktor bersifat ‘pendiam’ di dalam …

Read More »

Kesan Pil Perancang kepada Kanser Payudara

Saya menerima banyak pertanyaan setiap hari. Saya mengharapkan rakan-rakan FB yang bertanya melalui inbox fb bersabar kerana saya mempunyai masa yang terhad. Baru-baru ini saya menerima soalan dari seorang wanita awal 40an yang telah mengamalkan pil perancang keluarga selama 8 tahun. “Salam, saya ingin bertanya tentang pil perancang keluarga. Ibu saya menghidap kanser payudara dan telah selamat dibedah. Saya dinasihatkan untuk berhenti dari mengamalkan pil perancang ini kerana ada risiko kanser payu dara. Adakah saya harus menghentikannya? Terima kasih” Sebelum menjawab soalan ini, elok kita lihat kebarangkalian seseorang wanita di Malaysia untuk mendapat kanser payudara. Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita …

Read More »

Perbezaan antara Sperma dan Semen (Air Mani)

Kali ini klinik FB saya diajukan dengan pertanyaan dari beberapa pasangan yang baru berkahwin. Kerisauan bermula apabila mereka berkahwin pada umur 30an dan merancang untuk mendapatkan zuriat dengan segera. Mereka risau kerana ‘percubaan’ mereka untuk hamil belum berjaya. Ini kerana air mani yang dipancutkan ke dalam faraj telah keluar semula dan menggagalkan percubaan isteri untuk hamil. “Salam, doktor saya sudah berkahwin selama 6 bulan. Kami berdua berumur 30thn. Setiap kali selepas bersama dengan suami, saya mendapati air mani suami terkeluar semula dalam kuantiti yg byk. Apakah yang menyebabkan kejadian tersebut dan apakah yang harus saya lakukan…wassalam” Saya pasti pertanyaan ini …

Read More »
error: Content is protected !!