Artikel Terkini

Tips melegakan masalah sembelit selepas melahirkan anak

TIPS MELEGAKAN MASALAH SEMBELIT SELEPAS MELAHIRKAN ANAK.     Wanita yang baru melahirkan anak, kerap mengalami masalah sembelit untuk beberapa hari. Selalunya ketika masih berada di hospital, doctor akan memberikan enema bagi mengurangkan masalah ini.     “Enema adalah bahan selalunya berbentuk cecair yang dimasukkan ke dalam rectum (usus besar) untuk mengeluarkan najis”.       Jika semasa proses melahirkan anak, seorang wanita diberikan ubat tahan sakit atau suntikan bius pada tulang belakang, usus akan berfungsi dengan lebih perlahan dan ini menyebabkan lebih mudah mendapat masalah sembelit.   Begitu juga jika mengambil pil zat besi (untuk menambahkan sel-sel darah merah) …

Read More »

Selamatkah melahirkan anak di rumah?

RADIO SALAM FM 17 FEB 2018, RADIO BERNAMA 22 FEB 2018   KENAPA ADA SESETENGAH KITA MAHU MELAHIRKAN ANAK DI RUMAH? Setakat interviu radio pada hari ini, belum ada dalam mana-mana akta atau undang-undang di Malaysia yang menghalang kelahiran di rumah atau di tempat-tempat lain selain dari hospital. Kita belum dengar lagi ada pendakwaan terhadap ibu yang melahirkan anak di rumah, di bilik air atau di bawah pokok. Sama ada sengaja atau tidak. Ia bukan kesalahan. Jadi melahirkan anak, tidak semestinya di hospital atau mana-mana kemudahan kesihatan yang lain. Ia adalah pilihan wanita yang hamil itu. Walau bagaimanapun, Kementerian Kesihatan …

Read More »

LIMA PERKARA YANG HARUS KITA TAHU SEBELUM MEMBERIKAN ANAK KITA SUPLEMEN

10 FEB 2018 RADIO SALAM FM DAN 15 FEB 2018 RADIO BERNAMA SECARA RINGKAS, APAKAH ITU SUPLEMEN? Ramai ibubapa di Malaysia yang memberikan sekurang-kuranganya satu suplemen kepada anak-anak mereka, sama suplemen diet (selalunya dalam bentuk vitamin) dan produk makanan tambahan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dan perkembangan IQ. Penjualan semua produk suplemen ini dipantau oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsan, di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia harus didaftarkan dan mendapat kelulusan oleh biro ini. Barulah ia dibenarkan dijual kepada masyarakat. Oleh itu banyak produk suplemen yang dijual di farmasi dan toko ubat. Begitu juga yang dijual secara penjualan terus (direct selling). Ia …

Read More »
error: Content is protected !!