Salah satu tanda kehamilan ialah tidak dating darah haids pada tarikh sepatutnya. Oleh itu saya berasa amat pelik jika ada wanita yang mengaku hamil dan mengalami haids. Ini satu kekeliruan. Kedatangan haids dan kehamilan ibarat malam dan siang. Mana mungkin malam dan siang berlaku serentak. Begitu juga dengan kehamilan dan kedatangan haids. Mustahil orang yang hamil akan kedatangan haids kerana kedua-duanya tidak berlaku serentak. Kekeliruan ini juga menyebabkan doctor mengira tarikh dijangka melahirkan bayi (date of delivery) pada tarikh yang salah. Masalah ini selalunya diselesaikan dengan bantuan pemeriksaan ultrasound. Sebenarnya mereka mengalami pendarahan di awal kehamilan, …
Read More »Bina Keluarga
“Meramal” hayat anak menggunakan teknik Preimplantation Genetic Diagnosis
Seorang rakan FB yang baru kematian seorang anak yang baru dilahirkan bertanyakan kepada saya sama ada ada teknologi perubatan moden yang boleh meramalkan kecacatan yang bakal dihadapi oleh bayi. Ini kerana bayi beliau mengalami penyakit yang berkaitan dengan genetik atau kecacatan kromosom, iaitu Klinefelter Syndrome. Oleh kerana beliau diberitahu oleh doctor pakar, bahawa kebarangkalian untuk isteri beliau hamil semula dan mengalami masalah yang sama adalah sangat tinggi, beliau mengharapkan dan berdoa agar biarlah selepas ini mendapat anak yang sihat. Perkataan ‘meramal’ adalah perkataan yang agak keras dan sensitif. Saya bimbang rakan saya mungkin akan salah faham. Isu sama ada Islam …
Read More »Berkahwin semasa belajar dan belum sedia untuk hamil
Saya memahami kehendak dan naluri orang muda yang sedang belajar terutama jauh di luar negeri. Suasananya mungkin agak berbeza dengan suasana di Malaysia. Di sini kita ada ibubapa yang dekat dan sering memantau perkembangan pelajaran dan kehidupan kita. Di luar negeri mungkin tiada siapa yang dapat kita minta nasihat kerana kebanyakan kita hampir sebaya. Ketika saya belajar di India dulu ketika melanjutkan pelajaran di bidang perubatan, umur saya sudah memasuki 21 tahun dan kebanyakan kami (batch pertama dan kedua) berumur sebaya. Saya tidak nampak di antara kami yang sama-sama selalu berjemaah di masjid di kariah kampus, mampu memberikan nasihat …
Read More »Menggugurkan Bayi kerana Cacat (Edward’s Syndrome)
“Assalamualaikum doktor. Saya hamil 26 minggu. Pada kehamilan saya berusia 20 minggu saya telah menjalani pemeriksaan ultrasound dan mendapati fizikal bayi saya mengalami kecacatan, berkemungkinan disebabkan oleh genetic disorder. Saya juga telah menjalani pemeriksaan amniocentesis dan disahkan mengalami Edward’s syndrome trisomy 18. Saya difahamkan oleh doktor bahawa kebarangkalian untuk bayi saya hidup setelah dilahirkan hanyalah 1%. Sebagai seorang Islam saya masih lagi ragu-ragu lagi dgn keputusan yang bakal saya buat. Serelah berbincang dgn pihak keluarga dan suami, kami bercadang untuk menggugurkan kehamilan saya. Apa pandangan doktor?”. Wa alaikum mus salam. Saya mengucapkan takziah kepada puan atas dugaan …
Read More »METFORMIN UNTUK WANITA PCOS
Assalamualaikum Doc, Isteri saya keguguran bulan lepas dan ini keguguran yang kedua. Semasa saya menemani isteri saya untuk berjumpa doctor pakar perbinan, beliau telah memberikan kami ubat GLUCOPHAGE 500mg, katanya boleh membantu dalam mengatasi masalah hormone. Cara pemakanannya dimulakan dengan 1/2biji 2kali sehari dan berhenti bile isteri saya hamil nanti. Buat masa ini saya tidak membenarkan isteri saya mengambil ubat ini kerana saya masih lagi keliru. Saya harap doctor boleh membantu saya. Terima Kasih Jawapan: Masalah ketidaksuburan bukanlah suatu masalah yang mudah diselesaikan. Terdapat pelbagai punca ketidaksuburan pada pasangan muda. Antara sebabnya ialah penyakit PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome). Ia berlaku …
Read More »Kehamilan Semula Selepas Pembedahan Caesarean
Kini di Malaysia ramai ibu yang telah melahirkan anak secara pembedahan Caesarean, sama ada dilakukan secara elektif atau kecemasan. Pembedahan Caserean secara elektif bermakna pembedahan yang dijalankan untuk mengeluarkan bayi dalam rahem pada tarikh yang dirancang, sementara pembedahan secara kecemasan ialah pembedahan yang dilakukan serta-merta kerana bayi dalam rahem atau ibu yang hamil berada dalam keadaan yang bahaya. Dalam kedua-dua pembedahan ini, banyak darah yang hilang semasa pembedahan. Dianggarkan seorang wanita yang menjalankan pembedahan Ceseran akan kehilangan antara 200ml hingga 1500 ml, bergantung kepada kesukaran ketika pembedahan. Jika ia dilakukan secara kecemasan, sudah tentu lebih banyak darah yang hilang berbanding …
Read More »Mengalami Masalah untuk Hamil Semula
Anak merupakan salah satu rezeki yang Allah kurniakan kepada pasangan-pasangan yang terpilih. Ada yang Allah berikan anak tunggal, ada yang mendapat bilangan anak yang sedikit dan ada yang mendapat bilangan anak yang ramai. Dalam Al Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas. “Atau Ia (ALLAH) mengurniakan mereka kedua-duanya, anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia (ALLAH) juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Ia (ALLAH) Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.” (Surah Asy-Syura: 50) Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah. Jadi wanita yang pernah hamil dan telah mempunyai anak, tiba-tiba mendapati diri mereka sukar untuk hamil semua, sedarlah bahawa ini semua ujian dari Allah …
Read More »Jalur Samar di UPT: Adakah Saya Hamil?
Saya mendapati membeli alat pemeriksaan UPT di farmasi dan melakukan ujian sendiri di rumah memang mudah, tetapi ia boleh mendatangkan kekeliruan apabila jalur di kotak ujian mengeluarkan jalur yang agak samar. Keputusan ujian pemeriksaan UPT bagi pengesahan kehamilan seseorang wanita ada kalanya mengelirukan jika tidak diberikan konsultasi oleh doktor. Saya ada menulis satu artikel mengenai ujian pemeriksaan air kencing ini. Boleh baca di https://drzubaidi.com/blog/?p=1107. Pemeriksaan ujian UPT sebenarnya mengesan kehadiran hormone human chorionic gonadotropin (hCG) dalam air kencing seorang wanita yang dikeluarkan oleh uri (placenta) dalam rahem. Ujian UPT yang positif bermakna alat ujian UPT dapat mengesan hormon hCG di …
Read More »Pancutan Air Mani ke Belakang atau Retrograde Ejaculation
Masalah Retrograde Ejaculation (RE) banyak ditanyakan kepada saya. Retrograde ejaculation sebenarnya berlaku apabila air mani (semen) masuk ke dalam pundi kencing, ketika berlaku orgasm dan klimaks. Semasa seorang suami mengalami klimaks semasa jimak, sperma dikeluarkan dari telur zakar (testicles) melalui satu saluran dinamakan (vas deferens) yang membawa sperma ini kepada kelenjar prostate, di mana sperma dan lendiran lain akan bercampur dqan membentuk air mani (semen). Sepatutnya air mani dan sperma ini keluar melalui saluran air kencing lelaki (urethra) untuk sampai ke faraj (vagina) isteri. Sayangnya hal ini tidak berlaku, air mani masuk ke dalam pundi air kencing. Walaupun RE …
Read More »Mengapa Saya Rasa Seperti Hamil Tetapi Ujian UPT Negatif?
Saya menerima banyak pertanyaan melalui inbox di FB dari ramai wanita yang keliru mengenai perasaan mereka yang seperti sedang hamil. Ini kerana mereka tidak mengalami haid untuk beberapa minggu, tetapi apabila ujian air kencing UPT dilakukan, mereka mendapati ia negatif (mereka tidak hamil). Saya memahami perasaan mereka yang sangat berharap untuk hamil, namun belum lagi diberikan rezeki untuk hamil. Banyak berdoa dan teruskanlah usaha, semoga doa dimakbulkan Allah. Perasaan untuk hamil setelah mencuba beberapa tahun mencuba bukanlah perasaan yang boleh diabaikan. Ramai yang menyatakan kesedihan kepada saya apabila setelah lama berikhtiar, pada saat darah haids tidak datang pada waktu yang …
Read More »Risau Air Mani Bercampur Darah
Saya selalu menasihatkan rakan FB supaya menulis email atau menghantar pertanyaan ke inbox Facebook saya jika soalan itu berkaitan dengan masalah yang terlalu peribadi. Namun ada yang datang ke pusat kesihatan tempat saya bekerja untuk bersemuka. Saya alu-alukan pertemuan itu. Namun saya hanya seorang petugas yang menerima gaji setiap bulan dari majikan. Berjumpa saya di pusat kesihatan, bermakna ada kos pendaftaran dan konsultasi yang dikenakan oleh majikan saya, Kumpulan Perubatan Sdn Bhd. Jadi bersangka baiklah dengan saya. Saya tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk berkongsi ilmu. Baru-baru ini seorang rakan FB berjumpa saya. Dia bukanlah rakan FB pertama yang berjumpa saya …
Read More »Scoliosis Dan Kehamilan
Permasalahan tentang scoliosis semakin menjadi perhatian. Ada beberapa persoalan yang ditanyakan rakan-rakan saya di FB berkenaan dengan penyakit ini. Setakat ini saya ada menulis 2 artikel mengenainya. Pembaca boleh rujuk di https://drzubaidi.com/blog/?p=2302 dan https://drzubaidi.com/blog/?p=2358. Saya percaya tentu ramai pesakit scoliosis yang menderita secara senyap dan tidak tahu bagaimana hendak meredakan kekeliruan. Semoga penerangan saya ini dapat dijadikan panduan. “Doktor, saya ada membaca artikel penulisan doktor mengenai scoliosis. Kebetulan saya adalah salah seorang daripada pesakit ini. Saya telah berkahwin selama 3 tahun, tetapi belum ada rezeki lagi, saya belum dikurniakan anak. Saya ingin tahu adalah masalah scoliosis ini menyebabkan saya tidak …
Read More »Kaitan Pil Perancang Keluarga Dengan Stroke
Baru-baru ini staff saya memberitahu bahawa kakaknya yang berusia 43 tahun dimasukkan ke hospital akibat pengsan di rumah ketika memasak. Pada mulanya keluarganya enggan membawa pesakit ke hospital kerana menyangka beliau diserang santau. Kebetulan sebelum ini pesakit ada bertengkar dengan keluarga berkenaan harta peninggalan nenek mereka. Setelah tidak sedarkan diri hampir 12 jam, dan berusaha semua ’cara kampung’, akhirnya atas nasihat seorang ustaz, mereka membawa pesakit ke hospital. Waktu itu tengah malam dan keadaan pesakit semakin teruk. Mukanya pucat dan mulutnya mula berbuih. ”Iskh, sah lah ini santau..” bisik orang kampung bila melihat keadaan pesakit. Namun apa yang mereka tidak …
Read More »Mengapa Prosedur IUI Kadangkala Tidak Berjaya
Pengalaman saya bekerja di Jabatan Gynaecology dan Obstetric di sebuah hospital awam di selatan tanah air membantu saya memahami perasaan ramai wanita yang menjadi pesakit untuk mendapatkan rawatan kesuburan. Saya tidak pasti sama ada masalah ini telah diselesaikan dengan baik atau tidak. Namun lima tahun dahulu ketika saya bekerja di sana, masalah komunikasi antara doktor yang merawat dan pesakit amat lemah. Pesakit yang amat berharap agar doktor dapat membantu mereka memahami mengapa mereka masih belum dikurniakan anak, dilihat dengan pandangan sepi terhadap tuntutan emosi mereka. Jadi tidak hairanlah jika ramai di antara mereka yang berputus asa dari mendapat rawatan selanjutnya …
Read More »Buah Keladi untuk Masalah Ketidakseimbangan Hormon?
“Salam doktor, saya ingin bertanya. Isteri saya mengalami masalah yang berat iaitu beliau selalu keguguran. Doktor yang merawat memberitahu isteri saya mengalami kekurangan hormon progesterone, yang menjadi penyebab beliau selalu keguguran. Doktor memberikan beliau ubat Susten 100 (Progesterone Soft gelatin Capsules) bagi memastikan kehamilannya dapat diselamatkan. Melalui pemeriksaan ultrasound, beliau sedang hamil 6+ minggu. Adakah makanan yang sesuai bagi membantu isteri yang sedang hamil ini?” “Salam doktor, saya ingin bertanya adakah makanan tambahan yang boleh meningkatkan hormon progesterone dalam tubuh. Saya mengalami kitaran haid yang tidak teratur dan pernah gugur empat bulan lepas. Bolehkah keladi membantu merawat masalah …
Read More »Sakit di Tulang Ekor (Coccydynia) Selepas Melahirkan Anak
Seorang wanita bertanyakan tentang masalah yang dihadapi oleh beliau setelah melahirkan anak secara normal. Beliau mengalami sakit di hujung tulang belakang (tulang ekor) yang berlarutan beberapa minggu. Akibat daripada ketidakselesaan dan kesakitan ini, beliau tidak dapat melakukan kerja-kerja rumah dengan sempurna. Kehamilan dan melahirkan anak adalah proses fisiologi yang normal. Wanita yang hamil dan melahirkan anak bukanlah dianggap pesakit. Namun begitu proses yang normal ini adakalanya mendatangkan kemudharatan diri. Oleh itu banyak perkara yang perlu diambil perhatian dalam kedua-dua proses ini. Salah satu punca kesakitan pada tulang ekor (coccyx) ialah proses melahirkan anak. Kesakitan pada tulang ekor ini dinamakan coccydynia. …
Read More »Hormone Progestrone dan Kesuburan
Saya amat menginsafi bahawa Allah amat berkuasa terhadap diri dan nasib kita. Walaupun semasa bertunang kita mungkin merancang untuk mempunyai anak yang ramai, namun perancangan Allah lebih tepat. Sudah tentu perancangaNYA lebih baik jika kita dapat menyingkap tabir hikmah yang tersembunyi. Seorang rakan FB bertanya pada saya. “Apa punca saya sering mengalami keguguran di awal kehamilan, doktor? Ini masuk kehamilan yang ke empat. Baru masuk 8 minggu. Semua kehamilan saya sebelum ini keguguran. Saya takut ia berulang kembali” Begitu juga seorang lagi. “Saya mengalami masalah kesuburan. Doktor pakar yang memeriksa memberitahu bahawa saya mengalami masalah hormone progesterone yang rendah. Apakah …
Read More »Adakah Pil Perancang Kehamilan Menyebabkan Kegemukan?
Setiap ubat-ubatan yang digunakan mempunyai kesan sampingan tertentu. Namun ia bergantung kepada individu. Ada pesakit yang tidak mengalami kesan sampingan itu, tetapi ada juga pesakit yang mengalami kesan sampingan yang teruk. Pil Pencegah Kehamilan (Oral Contraceptive Pills – OCP) dikaitkan dengan kesan sampingan yang merisaukan kebanyakan wanita iaitu pertambahan berat badan. Mereka bimbang dengan perubahan saiz pada payudara, peha dan punggung mereka. Ramai wanita yang mengamalkan OCP kerana masalah kesihatan mereka bertanyakan perkara yang sama kepada saya. Jika berat mereka bertambah tentu tidak baik untuk kesihatan dan dikhuatiri bakal berdepan masalah perubatan yang lain pula. Kesan ini tidak dirasakan oleh …
Read More »Jangan Terlalu Lama Mengamalkan Suntikan Pencegah Kehamilan
Ramai wanita muda yang datang ke klinik untuk mendapatkan suntikan pencegahan kehamilan. Saya tertanya-tanya dalam diri, apakah mereka mengetahui kesan sampingan dan bahaya-bahaya yang menanti jika mereka terus mengamalkan suntikan ini tanpa membuat pemeriksaan. Saya pasti ramai wanita ini tidak diberitahu bahawa jika mereka mengalami sakit kepala, mengalami tekanan darah tinggi, masalah darah yang pekat atau menghadapi masalah fungsi hati (liver disease), maka mereka harus menghentikan penggunakan suntikan ini. Untuk itu suntikan pencegah kehamilan ini harus diberikan oleh doktor yang melakukan pemeriksaan berkala kepada pesakit. Doktor harus memeriksa darah pesakit setiap kali sebelum suntikan diberikan dan melakukan pemeriksaan darah untuk …
Read More »Bilateral Tubal Reversal
Saya mendapati ramai wanita yang menggunakan kaedah yang kekal untuk menjadi tidak subur. Mereka mengambil keputusan ini atas pelbagai alasan. Kebanyakan mereka melakukanya dengan nasihat doktor atas keperluan kesihatan mereka. Mengikut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa kali ke 12 pada 20 Jan 1977 memutuskan bahawa memandulkan lelaki dan wanita secara amnya hukumnya adalah haram. Kemudian Fatwa terhadap kaedah pemandulan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada tahun 1981 memutuskan bahawa kaedah pemandulan yang kekal atau melemahkan dan merosakkan fungsi reproduktif seseorang individu secara kekal adalah haram. Ini berdasarkan ayat al Quran: “..dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, …
Read More »Apakah Kaitan Ovarian Cysts dengan Ketidaksuburan?
Saya banyak menerima pertanyaan mengenai ovarian cyst dan ketidaksuburan. Sebaiknya nasihat mengenainya diberikan oleh doktor yang memeriksa, kerana saya hanya dapat memberikan nasihat berbentuk panduan saja. “ Assalamu alaikum Doktor. Saya telah berkahwin selama 2 tahun lebih tetapi masih belum hamil. Pada awal tahun lepas saya ada melakukan pemeriksaan kesuburan. Mengikut laporan doktor, saya mempunyai satu cyst di ovari sebelah kanan. Doktor tidak menyarankan saya untuk melakukan pembedahan membuang cyst namun katanya cyst itu akan membesar. Saya sangat risau memikirkan apabila cyst itu bertambah besar, tentu akan menyukarkan saya untuk hamil. Jadi apa nasihat doktor? Terima kasih..” Saya …
Read More »Perlukah Henti Penyusuan Anak Apabila Hamil Semula?
“Hamil lagi..??!!” “Ish abang ni. Macam tak percaya pulak. Yang buat saya mengandung adalah abang. Abang jangan buat-buat tak percaya pulak”. Saya nak tergelak mendengar perdebatan suami-isteri itu. “Doktor, macam mana ni, anak saya baru masuk umur satu tahun. Masih lagi menyusu badan.” keluh si isteri. “Maaf puan, saya tak buat pengguguran bayi. Saya takut dosa. Lagi pun perkara ini sepatutnya boleh dielakkan kalau puan dan suami merancang. Lainlah kalau kehamilan puan mengancam nyawa..” “Habis macam mana doctor?” “Teruskan saja kehamilan ini. Jika puan rasa berat untuk membesarkannya kerana tekanan ekonomi, saya boleh bantu dengan mencari ibu bapa angkat untuk …
Read More »Hamil Walaupun Menggunakan IUCD
“Tahniah, melalui ujian air kencing, kami mendapati puan hamil. Boleh saya tahu bila tarikh haid puan?” “Haa.. Saya hamil? Tak mungkin sebab saya guna alat perancang. Macam mana saya boleh hamil. Saya tak mahu bayi ini!!” Terkedu saya mendengar jawapan wanita ini. Apakah ujian air kencing yang dibuat telah memberikan keputusan yang silap? “Kalau macam itu, apa kata kita lakukan pemeriksaan ultrasound untuk kepastian..” saya sudah hilang kekuatan untuk berfikir. Nasib baik alat IUCD bukan dimasukkan oleh saya. Saya memang tidak berminat untuk memasukkannya walaupun memasukkan alat IUCD adalah mudah dan dapat dilakukan oleh mana-mana doktor. “Bagaimana doktor, betulkah saya hamil?” …
Read More »Tribulus Terrestris: Ubat Kuat Lelaki?
Selepas menunaikan solat Subuh, saya membuka komputer dan menyelak facebook. Manalah tahu kalau ada pertanyaan yang boleh dijawab dengan segera. Oleh kerana tidak ramai lelaki yang bertanya tentang masalah kesuburan, maka saya terus tertarik apabila membaca permasalahan ini. “Salam doktor..dari pemeriksaan air mani, saya mendapati saya tidak mempunyai sperma. Doktor yang memeriksa mencadangkan agar saya mengambil rawatan herba tribestan. Apa pendapat doktor berkenaan tribestan? Adakah keadaan azoospermia ini dapat dibantu?” Saya tidak pasti sama ada dia berjumpa dengan doktor pakar atau tidak, kerana selalunya doktor yang berpengalaman akan mendiagnosa masalah atau penyakit terlebih dahulu sebelum mencadangkan rawatan. Amat pelik apabila …
Read More »Masalah Kesuburan Di Kalangan Pasangan Muda
Saya kerap mendapat pertanyaan dari email atau inbox mengenai masalah kesuburan bagi pasangan-pasangan muda yang baru berkahwin. Ramai pasangan yang telah menunggu beberapa tahun, tetapi masih belum lagi dikurniakan zuriat. Adakah ini satu fenomena yang normal? Satu kajian di UK mendapati bahawa setiap satu daripada tujuh pasangan di sana menghadapi masalah ketidaksuburan. Di Malaysia, perangkaan pasangan yang menghadapi masalah kesuburan sama dengan perangkaan di UK, walaupun tiada kajian yang dilakukan. Kesimpulannya, masalah ini adalah masalah yang biasa berlaku di kalangan pasangan yang baru berkahwin. Mereka rasa malu dan terpencil, tetapi harus mendapatkan nasihat dan rawatan. Pada …
Read More »Adakah Pengambilan EPO Selamat Ketika Hamil?
“Doktor, benarkah EPO boleh memberikan manfaat kepada wanita hamil?” “Tak merbahaya ker?” tanya seorang wanita yang hamil 13 minggu dalam inbox fb saya. Ini adalah soalan yang amat sukar dijawab. Saya bertanyakan tentang manfaat evening primrose oil (EPO) kepada beberapa orang rakan yang menjadi pakar perbidanan dan mereka hanya mengangkat bahu dan tidak mahu memberikan komen. Kebanyakan pakar perbidanan mengambil jalan tengah. Oleh kerana tiada bukti yang menyokong bahawa EPO selamat digunakan ketika hamil, maka ada baiknya jika tidak mengambil EPO ketika hamil. Walaupun belum ada bukti bahawa EPO memberikan kemudharatan pada ibu dan bayi, kita juga tidak tahu kesan …
Read More »Faedah Asid Folik kepada Kesuburan dan Kehamilan
Ramai yang bertanya mengenai satu produk kesuburan yang hangat di pasaran. Produk ajaib itu ibarat cahaya yang memberikan sinar kepada pasangan-pasangan yang mengalami masalah kesuburan dan telah berkahwin bertahun-tahun lamanya. Dengan mengamalkan beberapa kotak produk kesuburan itu, banyak testimonial yang mengatakan ramai telah pun hamil dan menjadi ibu dan bapa pada anak masing-masing. Namun testimonial yang tidak diberitahu adalah rungutan pasangan yang telah mencuba beberapa kali produk kesuburan itu namun masih berada di jalan yang tidak berpenghujung. Nasihat yang saya boleh berikan ialah masalah kesuburan bukanlah masalah seperti demam dan batuk, yang hanya boleh dibelikan ubat di farmasi dan mencubanya. …
Read More »Kegemukan Suami dan Kesuburannya
Saya masih teringat peristiwa seorang kanak-kanak yang agak montel, menjerit-jerit ketika dikhatankan. Saya dan pembantu bersusah payah dalam usaha melakukannya. Apa tidaknya, tidak ubah seperti mahu menyembelih seekor kambing. Pembantu saya memegang tangan. Bapanya memegang peha agar punggungnya tetap di atas katil, sementara seorang rakan bapanya menekan dada budak itu agar tidak bergerak. Lima orang sedang ‘bergelut’ di bilik yang kecil, menyebabkan kesemua kami berpeluh. Lolongan dan teriakan budak tadi akhirnya berakhir setelah saya menyempurnakan tugas itu dengan kepayahan dan mengambil masa sejam. Bapanya berjabat tangan dan mengucapkan terima kasih. “Sebelum ini dah lima kali saya ke klinik, semua doktor menolaknya. Terima kasihlah doktor kerana …
Read More »MENGAPA RAWATAN KESUBURAN SERING GAGAL
Ramai pasangan yang mengalami masalah kesuburan kecewa dengan rawatan kesuburan yang mereka jalani. Mereka kecewa kerana rawatan itu terlalu panjang waktunya, sehingga mengambil masa berbulan-bulan. Ini bermakna mereka terpaksa mengambil cuti bagi setiap hari temujanji, selain ‘letih’ memakan ubat atau disuntik dengan suntikan hormon setiap hari. Rawatan kesuburan memang mengambil masa yang panjang di samping memerlukan wang yang banyak dan kesungguhan diri. Ia benar-benar menguji hati kita, sama ada ‘kita betul-betul berusaha semaksima yang mungkin’ sebelum menyerahkannya kepada takdir Allah atau kita berpuas hati dengan apa saja ketentuan yang Allah berikan tanpa berusaha. Rawatan kesuburan bukan seperti rawatan …
Read More »Kesan Kaffein Kepada Kesuburan Wanita
Saya ditanya tentang kaitan kesuburan dengan pengambilan kaffein. Dalam penulisan kali ini saya memfokuskan kesan kaffein terhadap kesuburan wanita dan risiko keguguran. Bagi wanita yang tidak mempunyai masalah kesuburan, tentunya kaffein tidak memberikan apa-apa kesan. Bagaimana pula dengan pasangan yang telah lama berkahwin dan masih menunggu dikurniakan cahaya mata? Nasihat saya, amalan meminum kaffein harus dihentikan bagi lelaki dan wanita. Beberapa kajian telah dilakukan dan mereka mendapati wanita yang yang minum lebih dari satu cawan kopi sehari akan mengalami kesan ketidaksuburan sebanyak 50 peratus. Kajian itu dijalankan pada tahun 1999 terhadap 100 orang wanita yang tidak mengamalkan minum kopi berbanding …
Read More »Kepentingan Mengetahui Berat Bayi dalam Rahem
”Doktor, semasa saya berada di klinik, doktor memberitahu saya anak yang berada dalam kandungan mempunyai berat yang tidak normal. Maknanya pembesaran fizikalnya dalam rahem tidak mengikut umur kehamilan saya. Saya bimbang jika anak yang saya lahirkan akan mempunyai berat badan dan saiz yang kecil. Boleh doctor komen?” Saya sudah lama tidak melakukan pemeriksaan ultrasound untuk bayi dalam rahem. Saya amat kagum dengan teknologi kini yang mampu mengukur berat bayi yang bakal dilahirkan dengan lebih tepat. Sejak awal kelahiran, bayi di dalam rahem akan membesar dengan kadar yang berlainan jika dibandingkan dengan bayi-bayi yang lain. Ada bayi yang bersaiz besar dan …
Read More »Adakah Tekanan (Stress) Mengganggu Kesuburan Wanita?
“Doktor boleh saya lakukan ujian UPT. Tiga bulan saya tidak kedatangan darah haids.” Berseri-seri wajah seorang wanita muda ditemani suaminya. Masing-masing senyum. Mengharapkan berita gembira. Sementara menunggu keputusan air kencing saya ajak mereka berbual. Bukan cerita biasa tetapi history-taking yang biasa ditanya oleh doktor. Tujuannya untuk mengetahui punca penyakit. ”Kami baru bernikah tahun lepas. Kebetulan suami saya dinaikkan pangkat terpaksa bertugas di Putrajaya, sementara saya pula ditukarkan di front office. Stress saya menghadapi kerenah pelanggan” Saya mengangguk-angguk. ”Kami sedang stress, doktor..” saya melihat ada titisan air mata bergenang di kelopak mata. “Mertua saya pula banyak memberi tekanan agar saya cepat …
Read More »D&C dan Kehamilan Semula
Banyak soalan yang klinik FB terima mengenai kehamilan dan keguguran. Saya cuba menjawab pada kadar kemampuan saya. Klinik FB kali ini ditanya mengenai sama ada D&C mempengaruhi kebarangkalian untuk hamil semula. “Salam doktor, saya sekarang sedang mengalami kitaran haids yang tidak teratur semenjak dari keguguran sehingga sekarang. Saya ingin bertanya adakah rawatan D&C menyebabkan saya mempunyai peluang yg sgt tipis utk hamil semula?” Setiap kali musibah keguguran ditanyakan kepada saya, saya amat bersimpati. Nasihat saya banyaklah bersabar atas dugaan yang Allah berikan. Tentu banyak hikmah yang tersembunyi. Namun berusahalah agar kesihatan puan bertambah pulih seperti sedia kala. Sepanjang pengetahuan saya, …
Read More »Ketidakseimbangan Hormone Ketika Hamil: hCG dan Progesterone
Banyak soalan yang ditanyakan mengenai ‘ketidakseimbangan hormon’ yang dikatakan menjadi punca keguguran. Sehingga perkataan itu di’kambinghitam’kan bagi setiap punca keguguran yang tidak diketahui. Untuk mendapat diagnosa ketidakseimbangan ini, jalanilah beberapa pemeriksaan darah. Ia harus dijelaskan oleh doktor yang merawat. Jangan menggunakan alasan ini tanpa bukti yang jelas. Saya mengharapkan penulisan kali ini tidak memberatkan fikiran para pembaca klinik FB. Saya cuba memudahkan penulisan ini Insya Allah.. Baru-baru ini saya menerima mesej dalam inbox FB saya berkenaan dengan keguguran dan peluang kehamilan akibat ketidakseimbangan hormon. Banyak soalan bertanyakan apa yang dimaksudkan dengan tahap hormone yang rendah. Adakah ianya akan menyebabkan keguguran bagi setiap …
Read More »Bila Harus Ke Hospital Untuk Kelahiran?
“Mana doktor? Mana doktor? Bini saya dah nak terberanak ni !” Saya masih ingat peristiwa itu ketika saya masih lagi menjadi houseman (doktor pelatih) di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Baru hari kedua. Semua kelam kabut bila saya diberikan ‘pressure’ begitu. Saya segera memanggil Dr Khairiah, registra di Jabatan O&G. Tak sempat untuk bertanyakan apa-apa lagi. “Relaxlah Zubaidi. Dah ambil history dan buat clerking?” Dr Khairiah memang relax. Sekarang sudah menjadi Pakar Perunding O&G di Pusat Bersalin Barakah, Kelang. Saya terkedu. Saya juga menjadi kelam kelam kabut seperti suami wanita itu. Dengan tenang Dr Khairiah memeriksa. Saya memerhati dan kemudiannya …
Read More »Kekerapan Jima’ untuk Hamil
Masalah ketidaksuburan adalah musibah dan ujian yang kerap terjadi di kalangan mereka yang baru berkahwin. Ramai yang masih menunggu dan mencuba walaupun sudah beberapa tahun berkahwin. Pada masa yang sama kita membaca banyak berita di akhbar yang memberitahu ramai anak yang baru dilahir telah dibuang dan ditinggalkan oleh ibu-ibu yang hamil di luar ikatan perkahwinan. Adakah ini suatu kebetulan atau suatu peringatan. Malah ada yang mengeluh ’kalau tak kahwin, sekali buat sudah hamil. Tapi kalau kahwin, dah bertahun-tahun tidak hamil-hamil lagi’ . Bagi mereka yang menghadapi masalah sebegini haruslah banyak bersabar. Selain mengikuti nasihat yang diberikan doktor, perlulah banyak bermohon …
Read More »