Produk ubat jerawat boleh menyebabkan alahan teruk

“Salam doctor, saya seorang pelajar kolej berumur 18 tahun. Baru-baru ini saya menggunakan ubat kream untuk merawat jerawat saya. Saya beli di farmasi. Malangnya selepas menggunakannya, kulit saya rasa panas dan terbakar. Terdapat ruam dan warna kehitaman seperti terbakar teruk. Adakah saya mengalami alahan pada ubat jerawat itu. Mohon pencerahan. Terima kasih”

WA ALAIKUM MUS SALAM.

Ya, saya percaya saudari mengalami reaksi alahan pada kulit setelah menggunakan produk ubat jerawat itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh satu badan yang mengawal keselamatan ubat,  Food and Drug Administration (FDA) di Amerika syarikat pada 25 June 2014 telah melaporkan terdapat insiden di mana ubat merawat jerawat yang boleh diberi terus dari farmasi, tanpa preskripsi doctor, boleh menyebabkan alahan pada kulit yang teruk.

Bahan-bahan dalam ubat merawat jerawat biasanya ialah benzoyl peroksida atau asid salisilik. Ia sangat berkesan merawat jerawat, tetapi menyebabkan alahan pada individu tertentu yang sensitif.

Reaksi alahan ini boleh berlaku dalam masa beberapa minit, dalam masa satu hari atau lebih selepas menggunakan produk tersebut.

Produk-produk ini terdapat dalam bentuk gel, losyen, pencuci muka, toners, scrub muka, dan produk-produk lain.

Reaksi alahan ini yang jarang berlaku tetapi ia boleh menjadi serius dan berpotensi untuk menyebabkan kematian. Reaksi alahan ini berlaku pada individu yang sensitive dan selalunya sudah mengetahui mereka ada mengalami reaksi alahan pada ubat tertentu.

Reaksi alahan berbeza dari satu seorang dengan seorang yang lain. Ada yang hanya mengalami rasa gatal atau ruam, mengelupas, kekeringan atau warna kehitaman pada kulit muka.

Ada yang mengalami tindak balas alahan yang lebih teruk seperti kesukaran bernafas, rasa pitam, dan mengalami bengkak mata, muka, bibir, atau lidah. Pengguna seperti ini perlu berhenti menggunakan produk jerawat ini dan mendapatkan rawatan perubatan kecemasan dengan segera.

Oleh itu FDA menasihatkan pengguna agar lebih berhat-hati dalam menggunakan produk ubat jerawat ini dan mintalah nasihat dari farmasi yang bertugas jika mereka sedia mengetahui mereka mempunyai alahan pada beberapa jenis ubat.

Lihat pada label produk dan pastikan bahan-bahan uatama dalam produk itu sesuai untuk mereka.

Bagi pengguna yang sensitif terhadap beberapa bahan aktif farmasi, dan ingin menggunakan produk buat pertama kali, saya mencadangkan agar menyapukan pada satu bahagian  kulit yang mengalami jerawat dan tunggu dalam masa tiga hari.

Jika tiada reaksi alahan berlaku, maka produk tersebut boleh digunakan mengikut arahan pada label yang disertakan.

Bagi pengguna yang mengalami alahan kulit, boleh mencuba kream Labecia Revitalizing Moisturizer keluaran UTM yang tidak mempgandungi steroid dan bahan racun yang berbahaya. Info lanjut di https://www.facebook.com/pages/Labicea-Revitalizing-Moisturizer/486696818067490?fref=ts

Wallahu a’lam

Leave a Reply

error: Content is protected !!