Advertorial
Home » Doktor Menjawab » kurma dicampur dengan gula

kurma dicampur dengan gula

KURMA DIJUAL DICAMPUR DENGAN GULA
kurma
 
“Salam dr zubaidi nak tanya betul ke kurma yg jual di Malaysia nie ade campur gula. Terima kasih”.
 
WA ALAIKUM MUS SALAM
 
Saya mohon maaf sebab tidak dapat menjawab isu ini. Saya tidak dapat fakta yang tepat mengenai buah kurma yang dicampurkan dengan gula ini.
 
Walau bagaimana pun saya ada membaca laporan akhbar KOSMO mengenai kegiatan penjual yang ingin mengaut keuntungan besar, dengan mengimport buah kurma secara pukal dengan harga yang murah. Kemudian diproses (dibersihkan dan dicampurkan dengan gula) dan disimpan beberapa lama untuk sebati sebelum dicampur semula dengan buah kurma kualiti sederhana.
 
Kemudian buah kurma ini dijual semula dengan harga yang lebih tinggi menyamai kualiti kurma yang sederhana itu. Hasilnya, buah kurma kualiti rendah ini akan terasa manis seperti kurma yang berkualiti baik tapi sebenarnya ia telah dicampur gula merah. Buah kurma jenis ini dilaporkan dijual secara timbang dan banyak dijual di kedai-kedai runcit atau gerai kaki lima sepanjang Ramadan.
 
Namun saya tidak pernah menerima laporan yang lebih sahih. Nasihat saya belilah kurma yang berkualiti untuk mendapat nutrisi yang terbaik.

WALLAHU A’LAM

 

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: