Kesalahan minta sijil cuti sakit

KESALAHAN MINTA SIJIL CUTI SAKIT

MC

 

“Assalammualikum Dr Zubaidi. Saya ingin mohon pertolongan doctor untuk saya membeli ‘back dated MC’. Sebenarnya pada  hari Sabtu lepas saya mengalami sembelit sehingga menyebabkan menyebabkan buasir. Saya rasa sakit sangat sehingga tidak mampu bergerak, dan tidak dapat ke klinik kerana tiada orang yang membantu menghantar saya. Ini kerana saya tinggal bersendirian di rumah sewa saya. Pada keesokan harinya, saya cuba mencari klinik namun tiada klinik yang buka pada hari Ahad. Saya tidak tahu buat macam mana sebab saya beritahu pada syarikat saya yang saya cuti sakit pada hari Sabtu tersebut.  Kebetulan pula saya mengalami sakit senggugut.

 

Saya tahu bahawa menjadi kesalahan bagi saya membeli MC dengan cara ini tetapi bagaimana saya perlu cari MC? Saya betul-betul terdesak. Saya guna medical card Nicare. Klinik doctor ada panel Micare kah? Jika ada, saya kan bagi gambar medical card saya dan doctor boleh decust bayaran dari situ. Saya harap sangat doktor boleh membantu saya mendapatkan ,back dated MC’ untuk saya. Terima kasih.”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Untuk pengetahuan puan/saudari, pihak saya tidak pernah menjual atau sedang menjalani aktiviti jual Medical Certificate, MC (Sijil Cuti Sakit).

 

Kebiasaanya MC akan diberikan oleh doctor pada pesakit yang telah diperiksa, dan didapati tidak berkemampuan untuk menjalankan kerja atas sebab keadaan penyakit yang dialaminya. MC akan diberikan mengikut kadar sakitnya. Selalunya klinik swasta atau pusat kesihatan kerajaan akan mengeluarkan satu atau dua hari MC.

 

Jarang MC yang dikeluarkan melebihi seminggu, hanya untuk penyakit berjangkit seperti chicken pox yang masih dalam peringkat ‘boleh berjangkit’ atau pesakit mengalami kecederaan luka yang dijahit. Mereka diberikan rehat supaya ia membantu mempercepatkan penyembuhan.

 

Bagi kes-kes yang teruk seperti patah tulang, keguguran atau masalah yang lebih teruk, selalunya diberikan oleh doctor pakar setelah diperiksa di hospital.

 

Dalam keadaan puan/saudari, MC akan diberikan jika puan/saudari pergi ke klinik berhampiran setelah doctor memeriksa dan mendapati saudari/puan perlukan rehat. Jika puan tidak ke klinik, maka sudah tentu MC tidak dapat dikeluarkan pada tarikh tersebut.

 

Doktor tidak mengeluarkan MC pada tarikh terkemudian (back dated MC) kerana doctor tidak memeriksa pesakit pada tarikh tersebut. Jadi ia menyalahi etika mengeluarkan pada tarikh tersebut, sedangkan doctor tidak memeriksa pesakit.

 

Dalam beberapa kes, terdapat di mana pesakit melakukan jenayah atau kesalahan pada tarikh yang terkemudian dan pergi berjumpa selepas beberapa hari dan mengaku sakit pada tarikh tersebut. Apabila dibicara dalam mahkamah, pesakit membuktikan dia tidak berada di tempat berlakunya jenayah kerana ‘telah disahkan sakit’ dan diberikan MC. Ini menyebabkan doctor yang memberikan MC terpaksa memberikan keterangan dalam mahkamah.

 

Sudah tentu ianya sesuatu yang memalukan dan menjadi kesalahan bila memberikan seuatu MC (pengakuan sakit) sedang tidak memeriksaan pesakit pada tarikh tersebut. Inilah antara sebab doctor amat berhati-hati dalam memberikan MC kepada pesakit yang tidak diperiksa pada tarikh tertentu.

 

Saya sendiri berpengalaman apabila pesakit mahukan MC pada tarikh tertentu pada masa yang sama pesakit tidak hadir kerja dan telah ‘ditangkap’ semasa bercuti membeli belah. Mujur saya tidak memberikan MC, Cuma surat pengesahan pesakit ada mengambil ubat pada tarikh tertentu. Apa yang dipertikaikan, mengapa pesakit boleh diberikan cuti sakit, jika beliau boleh membeli belah di pusat bandar.

 

Selain itu ada beberapa isu lain yang mungkin timbul. Oleh kerana pesakit yang mendapat MC, mendapat gaji penuh, maka ia menjadi satu kesalah dalam akta SPRM dan dianggap rasuah bagi mana-mana individu yang mengemukakan tuntutan palsu bagi sijil sakit (MC). Doktor pula boleh didakwa (jika benar mengeluarkan MC palsu) sebagai kesalahan bersubahat.

 

MC palsu tidak bermakna sijil MC yang palsu tetapi butiran dalam MC tersebut seperti tarikh MC dikeluarkan, doctor yang memeriksa, dan tarikh dibenarkan rehat yang tidak benar.

 

Individu yang mengemukan MC palsu boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana  mengemukakan tuntutan palsu. Doktor yang mengeluarkan ‘MC palsu’ juga boleh disabitkan kesalahan yang sama.

 

Bagi menyelesaikan masalah puan/saudari saya mencadangkan berterus-terang dengan Pengurus umber Manusia di tempat bekerja, saya percaya beliau memahami. Bagi mendapatkan cuti yang telah diambil, sebagai rekod boleh memohon Cuti Kecemasan (Emergency Leave) atau Cuti Tahunan (Annual Leave).

 

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

error: Content is protected !!