D&C dapat membersihkan rahem dan meningkatkan kesuburan

D&C DAPAT MEMBERSIHKAN RAHEM DAN MENINGKATKAN KESUBURAN

 

“Salam doktor. Saya berumur 38 tahun dan mengalami kitaran haid yang tidak menentu. Saya telah mencuba rawatan pil hormon, namun kitaran haid saya masih tidak menentu dan saya belum dikurniakan zuriat lagi. Ada yang mencadangkan saya menjalani prosedur D&C. Bukankah D&C adalah untuk membersihkan rahem setelah keguguran. Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

D&C adalah prosedur mengeluarkan tisu lapisan dalam rahem (endometrium) dengan menggunakan alatan tertentu dan pesakit diberikan ubat bius.

Kebanyakan pesakit yang keguguran, D&C dilakukan untuk mengeluarkan janin yang telah meninggal dunia di dalam rahem. Dengan ini rahem dapat dibersihkan. Jika tidak rahem akan mengalami pendarahan yang sedikit-sedikit dan tidak berhenti.

Selain itu D&C juga ada kalanya dilakukan sebagai rawatan untuk pesakit wanita berumur 40an yang mengalami pendarahan akibat ketidakseimbangan hormon.

D&C juga dilakukan jika doktor mengesyaki bahawa pendarahan dari rahem itu disebabkan oleh penyakit kanser rahem dan D&C dilakukan bertujuan untuk mengambil contoh tisu bagi tujuan diagnosa.

D&C juga dilakukan oleh setengah doktor bagi “membersihkan” rahem bagi tujuan sebagai rawatan kesuburan.

Dan D&C juga ada kalanya dilakukan untuk mengeluarkan baki uri yang tertinggal di dalam rahem selepas melahirkan anak.

Bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan mengamalkan Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM bagi mempercepat penyembuhan rahem akibat luka melahirkan anak dan pembedahan Ceserean.

 

Wallahu a’lam.

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM dan vitamin E Tocotrienols di http://needsvenue.com.my

Bagi individu yang mengalami kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea Revitalizing Moisturizer. Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

 

Leave a Reply

error: Content is protected !!