BOLEHKAN IBU YANG HAMIL DAN MENYUSUKAN ANAK MENGAMBIL UBAT CACING?

meben

 “Salam doktor, bolehkah ibu yang hamil dan menyusukan anak mengambil ubat cacing? Terima kasih”

WA ALAIKUM MUS SALAM

Mebendazole adalah ubat cacing yang banyak terdapat di pasaran kita. Ia dikategorikan sebagai kumpulan C, iaitu kajian haiwan di makmal telah membuktikan terdapat kesan ketoksikan dan menyebabkan kecacatan pada janin dalam rahem haiwan yang diuji (teratogen). Namun tiada ujian yang dibuat kepada wanita yang hamil, maka kesannya tidak diketahui.

Saya mencadangkan penggunaan ubat cacing hanya diberikan kepada wanita yang hamil, jika ia dirasakan terlalu perlu, contohnya ada tanda jangkitan cacing yang jelas seperti terdapat cacing pada najis di tandas. Jika tidak boleh tunggu pada masa yang lebih selamat.

Bagi wanita yang menyusukan anak, ubat ini menyerap masuk ke dalam susu ibu dalam kuantiti yang kecil.

Saya mencadangkan penyusuan kepada bayi diberikan selepas 24 jam pemberian dos terakhir. Selalunya ubat Mebendazole diberikan sebanyak 100 mg dua kali sehari selama 3 hari.  Jadi selepas 24 jam dari dos terakhir (esok harinya), ibu boleh menyusukan anak itu semula tanpa ada rasa risau.

RUJUKAN:  Savioli L, Crompton DW, Neira M “Use of anthelminthic drugs during pregnancy.” Am J Obstet Gynecol 188 (2003): 5-6

Leave a Reply

error: Content is protected !!