Artikel Terkini

Mengurangkan Sakit Kepala Ketika Berpuasa

Saya tercengang dan bagai tidak percaya apabila seorang pesakit Melayu beragama Islam meminta saya menuliskan surat pelepasan dari berpuasa. “Doktor boleh tak tuliskan surat pelepasan untuk saya tidak berpuasa kerana saya mengalami migraine dan tidak boleh berpuasa. Kalau saya berpuasa pasti migraine menyerang. Saya terpaksa makan ubat” “Surat pelepasan?!!” Sepanjang menjadi doctor, tidak pernah saya mendengar ada surat pelepasan untuk tidak berpuasa. Melampaunya! “Ya, surat pelepasan untuk saya tidak berpuasa. Mana tahu kalau saya tengah makan, pegawai Jabatan Agama lslam Johor menyerbu. Boleh saya tunjukkan surat pelepasan itu..” Saya mengurut dada.  Saya dipaksa untuk bersubahat. Tak pasal-pasal saya mendapat dosa …

Read More »

Hal-hal Mengenai Perubatan yang Tidak Membatalkan Puasa

(Diterjemahkan dari buku Puasa, Hikmah dan Hukum oleh: Syeikh Abdul Majid Aziz Az-Zindani) Sesungguhnya Majlis Himpunan Fiqh Islam yang bersidang pada perhimpunan muktamarnya yang kesepuluh di Jeddah, Kerajaan Saudi Arabia, sepanjang jangka masa dari 23 sehingga 28 Safar 1418H (bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1998M); Setelah ia meninjau kajian-kajian yang dikemukakan di dalam tajuk benda-benda yang membatalkan Puasa di dalam skop perubatan, dan [meninjau] penyelidikan, kajian dan saranan yang datang daripada Forum Fiqh Perubatan Ke-9 yang diadakan oleh Badan Islam bagi Sains Perubatan, dengan kerjasama Perhimpunan ini dan pihak-pihak lain, di Dar Baidho’ di Kerajaan Maghribi, di dalam tempoh …

Read More »

Bengkak Pergelangan Kaki di Kalangan Warga Tua

Bulan Ramadhan baru memasuki hari yang kedua. Di kebanyakan masjid penuh dengan jemaah yang mengimarahkannya. “Abang, mak telefon, kata kaki dia bengkak..” “Jangan risau. Berdiri solat tarawih lama sangat kot”. Itu detik hati saya. “Tak bahaya ke? Mak ada darah tinggi..” Saya tergamam. Mungkinkah bengkak di pergelangan kaki berkait dengan penyakit darah tingginya? Ramai di kalangan warga tua yang mengadu mengalami bengkak di pergelangan kaki. Bengkak ini tidak menyakitkan dan ia akan hilang dengan sendiri setelah beberapa hari, tanpa perlu mengambil apa-apa ubat. Ia tidak bahaya. Bengkak ini dinamakan ankle edema iaitu pengumpulan cecair pada pergelangan kaki akibat kesan graviti. …

Read More »
error: Content is protected !!