hubungan intim

RASA SAKIT SEMASA EREKSI

RASA SAKIT SEMASA EREKSI Ramai yang bertanya tentang masalah yang dihadapi oleh segelintir lelaki, iaitu mereka mengalami masalah rasa sakit atau tidak selesa apabila mereka mengalami ereksi.   Sudah tentu ia mengganggu kemampuan untuk melakukan hubungan intim dengan lebih baik. Akhir ia juga menyebabkan mereka rasa takut bila diajak untuk bersama.   Adakah ia berkait rapat dengan kerosakan saraf?   Secara am ada beberapa masalah yang mungkin muncul ketika seorang lelaki mengalami ereksi. Ini mungkin menunjukkan ada sesuatu yang tidak normal berlaku pada diri lelaki tersebut.   Kulit menjadi merah dan mengelupas. Apabila ia disentuh, keadaan ini menjadi lebih teruk. …

Read More »

MASALAH TEKANAN DARAH MENGGANGGU KEBOLEHAN EREKSI LELAKI

MASALAH TEKANAN DARAH MENGGANGGU KEBOLEHAN EREKSI LELAKI   Masalah ereksi adalah masalah seksual yang menyebabkan lelaki tidak boleh melakukan fungsi seksualnya kerana tidak mendapat tahap ereksi maksima. Ini mengakibatkan zakar tidak mampu mengekalkan reksi pada yang masa yang sepatutnya.   Masalah ereksi ini boleh disebabkan beberapa faktor, antaranya kerosakan pada sistem reproduksi akibat penyakit kronik seperti diabetes, mengalami gangguan karena stress yang berlebihan sehingga menyebabkan kemurungan, kegemukan dan kadar hormon testosteron yang semakin menurun.   Salah satu puncanya ialah akibat mengalami masalah tekanan darah tingg i (hypertension).   Dari sebuah kajian yang pernah dilakukan, kebanyakan lelaki yang mengalami masalah hypertension …

Read More »

KENALI PASTI PUNCA CEPAT TEWAS DI RANJANG

   Maaf saya berterus-terang. Masalah taboo yang semakin meningkat di kalangan para suami muda.       Hubungan kelamin adalah kunci utama bagi perhubungan suami isteri. Ini kerana di situ bermulanya suatu kepercayaan yang mendalam antara satu sama lain. Selain dari kepuasan, ia juga melambang kesatuan jiwa dan tubuh.       Semakin menjadi tren biasa di kalangan suami muda berusia 20-30an yang mengalami suatu masalah besar yang menjejaskan hubungan kelamin. Mereka boleh bertahan lama di kala beronani dan berfantasi, tetapi terlalu awal tewas di kala ‘berjuang’ di medan yang sebenar bersama si isteri.       Kenapa ini berlaku? …

Read More »

MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM (SEKS) KETIKA HAID BOLEH MENYEBABKAN KEHAMILAN

    MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM (SEKS) KETIKA HAID BOLEH MENYEBABKAN KEHAMILAN     “Selamat sejahtera, Dr Zubaidi. Saya mahu pencerahan sedikit dari doctor dan saya harap doktor boleh membantu saya. Bolehkah seorang wanita itu hamil selepas melakukan hubungan seks ketika datang haid kerana suami saya terpancut dalam ketika saya dalam haid. Mohon pencerahan doktor. Saya bimbang. Terima kasih.”   SELAMAT SEJAHTERA   Sama ada sepasang suami isteri sedang cuba untuk mendapatkan cahaya mata atau cuba untuk menjarakkan kehamilan, apa yang penting ialah dengan mengetahui hari subur seorang wanita.   Hari subur ini dapat dikenalpasti dengan melakukan catatan berkaitan dengan kitaran …

Read More »

RASA SAKIT SEMASA HUBUNGAN INTIM

    Ramai wanita yang bergelar isteri mengadu tentang masalah kesakitan semasa melakukan hubungan intim bersama suami. Hal ini adalah hal selalu dialami oleh para isteri dan tidak mampu dikongsikan dengan sesiapa.  Mereka malu untuk mendapatkan rawatan kerana menganggap masalah ini adalah terlalu aib untuk didedahkan.     Namun ramai yang tidak menyangka bahawa rasa sakit semasa melakukan hubungan kelamin ini adalan tanda awal bagi sesuatu penyakit yang lebih serius.  Ramai wanita yang tidak menikmati hubungan intim ini, malah menakutkan mereka.     Banyak punca-punca yang boleh menyebabkan sakit semasa melakukan hubungan intim, sama ada ia berkaitan dengan faktor fizikal …

Read More »

Bentuk sperma yang cacat, sukar hamil

BENTUK SPERMA YANG CACAT MENYEBABKAN SUKAR HAMIL “Salam doctor. Saya berusia 28 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga. Saya telah bertunang dan akan mendirikan rumahtangga. Saya dan tunang agak terbuka dalam membincangkan hal perkawinan kami. Baru-baru ini tunang telah melakukan pemeriksaan airmani, kerana beliau agak risau dengan tabiat onani beliau. Analisis air mani beliau menunjukkan dia mempunyai morfologi sperma tidak normal. Apa yang perlu saya buat, doctor?” WA ALAIKUM MUS SALAM Pemeriksaan airmani adalah pemeriksaan yang dilakukan bagi menentukan tahap kesuburan seorang lelaki. Ibarat menanam pokok, sungguh pun tanah yang subur dicampakkan benih yang tidak berkualiti, benih itu hanya akan …

Read More »

Tanda ubat rangsangan seks berbahaya

AWAS DENGAN PIL RANSANGAN SEKS ” Salam doktor. Saya lihat banyak produk kuat yang dijual secara berleluasa di internet, termasuk fb. Adakah ia selamat?” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai lelaki tidak mengetahui bahawa pil rangsangan seks dijual di psaran, hampir kesemuanya mengandungi bahan terlarang yang berbahaya Sildenafil dan Taladafil yang sepatutnya diambil dengan nasihat doktor. Bagaimana hendak tahu sama ada pil perangsang itu mengandungi bahan terlarang? 1. Tindak balasnya sangat cepat, dan selalunya diambil beberapa jam sebelum melakukan hubungan seks bersama isteri. 2. Ada kesan sampingan, seperti: Sakit kepala Pening Rasa panas pada bahagian muka, leher dan dada Hidung tersumbat  …

Read More »

onani menyebabkan batang zakar patah

KUAT BERONANI BOLEH MENYEBABKAN BATANG ZAKAR PATAH “Salam doktor, saya berumur 23 tahun. Saya mengalami masalah ketagihan untuk beronani walaupun saya sedang cuba untuk menghindarkannya. Ketika ini amalan onani saya saya agak pelik iaitu ketika onani, saya akan  membengkokkan zakar saya sedikit  untuk menambah keseronokan. Saya dapati selepas ejakulasi, saya akan merasa sakit pada zakar. Jika saya tidak membengkokkan zakar ketika masturbasi, saya tidak akan berasa sakit selepas ejakulasi. Apa yang saya tahu, lelaki boleh melakukan banyak posisi dan gaya  ketika melakukan masturbasi atau hubungan seks. Saya risau tidak boleh memberi kepuasan kepada isteri pada masa depan kerana saya tidak …

Read More »

Kentut Dari Faraj

KENTUT DARI FARAJ   ” Salam doktor, saya ingin bertanya. Umur saya 36 tahun dan mempunyai 4 orang anak. Masalah saya ialah saya mengeluarkan bunyi ketika bersama suami saya. Seolah-olah saya kentut, padahal ia keluar dari faraj, bukannya dubur. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ada kalanya angin boleh keluar dari faraj. Ia sebenarnya adalah pembebasan udara yang terperangkap di dalam faraj semasa atau selepas hubungan seks dengan suami, menyebabkan ia berbunyi seperti kentut.   Ia tidak mengandungi gas berbahaya dan dan tidak mempunyai bau tertentu. Ia hanya udara dari atmosfera.   Puncanya adalah otot-otot di …

Read More »

Kesan jangka panjang onani, melancap dan masturbasi

KESAN JANGKA PANJANG MASTURBASI, MELANCAP DAN BERONANI   “Salam doktor, saya ingin bertanya apakah kesan beronani?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Onani, masturbasi dan melancap merujuk pada perkara yang sama, iaitu mendapat kepuasan seksual bersendirian atau bersama pasangan dengan menggunakan tangan atau alat bantuan seks.   Perbuatan ini memang akan menyebabkan seorang lelaki mengalami tanda-tanda awal mati pucuk, seperti sukar mendapat kepuasan (lambat pancutan), sukar mendapat ketegangan zakar atau ketegangan zakar yang tidak maksima.   Bagi wanita pula selalunya sukar dikesan kerana mereka lebih suka mendiamkan diri walaupun tidak mendapat kepuasan seksual. Kebiasaanya wanita juga mengalami masalah ini kerana …

Read More »

Luka Faraj Lambat Sembuh

LUKA FARAJ BELUM SEMBUH     “Assalamualaikum doctor Zubaidi.  Saya mengalami bengkak pada kelenjar limfa di bahagian celah peha. Hal ini disebabkan oleh ulcer dalam vagina yg telah terkoyak semasa hubungan kelamin. Untuk makluman doctor sy telah berkahwin. Saya telah diberikan ubat antibiotik cefamyine, ubat bengkak papase, serta gel gengigel untuk di sapu pada ulcer yg terdapat dlm mulut dan dalam vagina.   Ubat yang diberikan adalah untuk 7hari sahaja. Sekiranya ubat telah habis dan bengkak masih belum reda..perlukah saya berjumpa dengan doctor semula?   Saya juga mengalami demam yang biasanya lebih terasa dalan waktu malam. Saya juga menggunakan alternatif …

Read More »

Lelaki mengalami kerosakan alat kelamin setelah menyuntiknya dengan gel vaseline

LELAKI MENGALAMI KEROSAKAN ZAKAR SETELAH MENYUNTIKNYA DENGAN GEL  VASELINE   Lelaki berbangsa Hungarian, dan merupakan bapa kepada seorang anak, berusia 24 tahun telah menyuntik zakarnya dengan gel Vaseline untuk meningkatkan kelelakian beliau. Hasrat beliau untuk membesarkan saiz kemaluan (zakar) beliau.   Rakan beliau melakukan suntikan ini setelah mempelajarinya di internet. Akhirnya beliau tidak dapat lagi mengalami ketegangan zakar (ereksi) kerana alat kelaminnya telah rosak. Ia juga telah menyababkan rasa sakit dan bengkakan. Beliau memberitahu “Saya  terpaksa berhenti melakukan hubungan seks dengan isteri saya kerana ia terlalu menyakitkan. Setiap hari adalah sukar bagi saya kerana ia sangat menyakitkan dan menyebabkan pendarahan. …

Read More »

Berkhatan tidak menyebabkan pancutan pramatang

BERKHATAN TIDAK MENYEBABKAN PANCUTAN PRAMATANG     “Salam doctor, saya ingin bertanya. Saya bukan Melayu dan bukan Islam. Saya mahu berkhatan, malangnya saya banyak membaca dari majalah mengatakan bahawa berkhatan boleh menyebabkan pancutan awal. Adakah ini benar? Terima kasih doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tahniah kerana mahu berkhatan. Berkhatan bukan saja tuntutan agama Islam, tetapi juga tuntutan agama Yahudi dan beberpa mazhab dalam Kristian.   Malah ramai orang lelaki yang tidak percayakan tuhan di barat, turut berkhatan kerana mereka mahu menjaga kebersihan.   Lelaki yang berkhatan mempunyai risiko yang sangat rendah mendapat penyakit kanser penis.   Berkaitan dengan …

Read More »

Kekeringan faraj selepas melahirkan anak

KEKERINGAN FARAJ SELEPAS MELAHIRKAN ANAK “salam doc.. Maaf andai soalan saya agak sensitif Saya baru bersalin 3bulan lepas..dan umur saya baru saja 24tahun.. Masalah sy,pertama kali sy bersama suami selepas bersalin vagina sy terasa kering.. Tapi bila bersama suami,sy tidak merasa sakit ketika bersama. Cuma di bahagian bibir vagina saya tidak basah.. Dan ia agak susah nk masukkan zakar semula apabila ia terkeluar kerana kesat. Dan apabila sy mencapai tahap klimaks pon sy masih tak rasa bibir vagina sy basah.. Sy rse buntu dgn masalah ini.. Takut andai suami mula hilang selera.. Harap doktor dapat membantu.. Terima kasih”   WA …

Read More »

Pelincir untuk kekeringan faraj

PELINCIR UNTUK KEKERINGAN FARAJ    “Salam doctor, saya mengalami masalah kekeringan faraj. Hal ini sangat merisaukan saya kerana saya baru berumur 32 tahun dan mempunyai seorang anak. Apabila bersama suami, saya mengalami rasa sakit dan pedih. Bolehkah doctor mencadangkan sebarang pelincir faraj untuk saya?” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengadu rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami. Ini disebabkan luka pada vulva, iaitu pembukaan faraj. Antara puncanya ialah apabila wanita itu belum cukup lagi dirangsang dengan sepenuhnya, sehinggakan tidak banyak lendiran faraj yang dikeluarkan sebelum menerima kemasukan batang zakar ke dalam faraj. Kemasukan batang zakar ke dalam …

Read More »

Lendiran faraj berkurangan, sakit ketika bersama suami

LENDIRAN FARAJ BERKURANGAN, SAKIT KETIKA BERSAMA SUAMI     “Salam doctor, saya mengalami masalah kekeringan faraj. Hal ini sangat merisaukan saya kerana saya baru berumur 32 tahun dan mempunyai seorang anak. Apabila bersama suami, saya mengalami rasa sakit dan pedih. Adakah ini berbahaya?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengadu rasa sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami. Ini disebabkan luka pada vulva, iaitu pembukaan faraj. Antara puncanya ialah apabila wanita itu belum cukup lagi dirangsang dengan sepenuhnya, sehinggakan tidak banyak lendiran faraj yang dikeluarkan sebelum menerima kemasukan batang zakar ke dalam faraj.   Kemasukan batang zakar ke …

Read More »

Bolehkah hamil ketika melakukan hubungan intim ketika haid

BOLEHKAH HAMIL KETIKA MELAKUKAN HUBUNGAN INTIM KETIKA HAID   “Salam, doctor. Bolehkah saya hamil ketika saya melakukan hubungan intim sedang saya mengalami haid?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Untuk hamil, seorang wanita itu haruslah berada dalam tempuh subur, iaitu ketika telur wanita ovum keluar dari kelenjar ovary. Proses ini dinamakan ovulasi.   Kemudian ia disenyawakan oleh sperma yang dikeluarkan dari alat kelamin lelaki ketika melakukan hubungan intim.   Pada kebiasaannya telur ovum tidak akan dikeluarkan ketika seorang wanita sedang mengalami haid. Tetapi proses ovulasi boleh berlaku pada awal dalam kitaran anda, terutamanya jika seorang wanita itu mempunyai kitaran haid …

Read More »

Pendarahan Selepas Hubungan Intim

PENDARAHAN SELEPAS HUBUNGAN INTIM “Selamat sejahtera Dr. Saya Puan XXX . Saya mengalami pendarahan selepas mengadakan hubungan intim. Saya tidak merasa sakit. Mohon pencerahan dari doktor. Terima kasih” Jawapan: Mengenai pendarahan selepas hubungan intim saya ada menulis dalam blog. 1. https://drzubaidi.com/blog/pendarahan-selepas-persetubuhan/ 2. https://drzubaidi.com/blog/lendiran-bercampur-darah-selepas-hubungan-intim/ Semoga bermanfaat. [IKLAN] Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM, Vitamin C dan Natrieo di http://needsvenue.com.my Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream Labicea …

Read More »

Saiz zakar kecil sebelum berkahwin

SAIZ ZAKAR KECIL SEBELUM BERKAHWIN “Salam doctor, benarkah zakar lelaki yang sudah berkahwin lebih besar berbandingkan dengan lelaki yang belum berkahwin. Saya masih risau mengenai saiz zakar saya kerana saya akan berkahwin tidak lama lagi. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Zakar seorang lelaki tidak sama jika dibandingkan dengan seorang lelaki lain. Saiz dan bentuk zakar bergantung kepada baka keturunan dan umur. Saiz dan bentuk zakar seorang yang sudah berkahwin selalunya lebih besar berbandingkan ketika dia masih bujang mungkin disebabkan kerap melakukan hubungan seks dengan isteri menyebabkan otot-otot zakar lebih mudah mengembang dan membesar. Jadi tidak perlu risaukan …

Read More »

Kesan Onani Pada Perkahwinan

KESAN ONANI PADA PERKAHWINAN “Saya berusia 24 tahun dan masih bujang. Masalah saya ialah saya sering melakukan onani ketika melihat bahan lucah. Bagaimana cara saya menangani masalah ini? Saya bimbang apabila berkahwin nanti saya lebih menikmati onani dari bersama dengan isteri saya kerana tidak mampu mencapai ereksi walaupun dirangsang oleh isteri saya nanti. Mohon penjelasan, doctor” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya sebenarnya simpati dengan masalah saudara. Bukan senang seorang yang ketagihan untuk meninggalkan tabiatnya. Ramai yang mencuba, tetapi tidak ramai yang mampu meninggalkannya terus. Kebanyakan mereka hanya dapat mengurangkan tabiat ini. Untuk meninggalkan tabiat ini, langkah pertama saudara kena faham …

Read More »

Lelaki berusia masih bertenaga?

LELAKI BERUSIA MASIH BERTENAGA? “Salam doctor. Saya berumur 35 tahun. Saya telah dirisik oleh seorang lelaki berumur 62 tahun. Jika saya bersetuju, ini kali kedua perkahwinan saya dan saya harap ia memberikan kebahagian pada saya. Soalan saya, adakah lelaki yang berumur 60an masih mempunyai tenaga di kala saya memerlukan? Mohon penjelasan Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Saya ucapkan tahniah kerana puan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Sudah tentu banyak harapan yang puan impinkan dari perkahwinan ini. Namun begitu saya minta puan jangan terlalu banyak mengharap, kerana perkahwinan puan tidak boleh disamakan dengan perkahwinan pasangan muda. Rumah tangga …

Read More »

Kegemukan dan kurang hubungan intim meramalkan risiko serangan jantung

“Salam doctor. Baru-baru ini suami saya berusia 35 tahun telah dimasukkan ke Jabatan Kecemasan hospital awam, dan disahkan mengalami serangan jantung. Sebelum ini kami tidak tahu yang beliau mempunyai penyakit darah tinggi dan tahap kolestrole yang tinggi. Ini kerana suami saya agak ‘takut’untuk melakukan pemeriksaan. Berat badannya tidak berapa gemuk, 88kg dan tinggi 180cm. Boleh doctor komen sedikit bagaimana serangan jantung boleh berlaku pada dirinya. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya harap puan bersikap terbuka kerana mungkin apa yang hendak saya jelaskan ini agak sulit. Saya sedari ramai lelaki yang agak sukar untuk diperiksa kesihatan mereka, dan hanya akan …

Read More »

Pendarahan Selepas Persetubuhan

“Salam doktor..saya baru berkahwin seminggu yang lalu. Saya ingin bertanya sama ada normal atau tidak pendarahan berlaku selepas persetubuhan ? Saya mengalami pendarahan teruk pada kali pertama tetapi berkurangan selepas seminggu. Pendarahan ringan tetap berlaku apabila berlaku deep penetration. Adakah itu normal? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Pendarahan selepas melakukan hubungan seksual bersama suami boleh menyebabkan kekeliruan pada wanita, teruatama apabila busia 40an. Ini kerana ia mungkin salah satu tanda awal penyakit kanser i pangkal rahim (cervical cancer). Jadi ada baiknya jika puan berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan Paps smear bagi mengesan kanser pangkal rahim di peringkat awal. …

Read More »

Merancang Tidak Hamil Tanpa Pil dan Suntikan

Ramai pasangan yang bertanya bagaimana untuk mengelakkan kehamilan tanpa menggunakan pil atau suntikan perancang. Salah satu cara ialah menggunakan kaedah pengiraan hari subur. Untuk tidak hamil pasangan suami isteri haruslah mengelakkan dari melakukan hubungan intim pada hari subur. Jika mahu melakukan juga, haruslah menggunakan kaedah menggunakan kondom. Namun begitu ramai yang gagal untuk tidak hamil kerana tidak dapat mengira dengan tepat hari subur mereka. Untuk menggunakan kaedah ini, diminta pasangan suami isteri tidak mengadakan hubungan intim pada hari ke 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan. Maksudnya untuk lebih selamat, kena ‘berpuasa’ 10 hari pada hari ke 10 hingga 19 …

Read More »

Keputihan akibat penyakit kelamin boleh menyebabkan sukar hamil

  “Assalamu alaikum doctor, saya berumur 24 tahun, sudah 3 tahun berkahwin dan  belum mempunyai cahaya mata. Saya akui sebelum ini saya dan suami agak liar dan kami sering bertukar pasangan. Saya tidak pasti sama ada ia adalah punca saya mengalami keputihan yang teruk setiap hari. Saya juga telah membuat pemeriksaan doctor dan doctor memberitahu saya bahawa keputihan yang saya alami tidak ada kaitan dengan keputihan. Mohon pencerahan, doctor”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan puan.   Memang benar keputihan tidak ada kaitan dengan sukar untuk hamil, tetapi ia boleh berlaku secara tidak langsung.   Keputihan yang …

Read More »

Mengapa Isteri Suka Dipeluk

Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa. Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga. Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut. Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh …

Read More »

Jangkitan Herpes Simplex pada bibir

  Jangkitan Herpes Simplex 1 (HSV 1) menyerang bahagian bibir, sekitar mulut dan mata.   Ia menyebabkan timbulnya lepuhan berisi cecair jernih di kawasan yang dijangkiti. Setelah pecah, ia akan meninggalkan kesan melecet, mengering dan sembuh seperti biasa.   Pada jangkitan kali pertama proses pemulihan mengambil masa 2 hingga 4 minggu. Kebiasaannya, lepuhan itu muncul semula selepas beberapa minggu, tetapi ia tidak berbahaya dan mudah untuk sembuh.   Jangkitan HSV 1 pada sekeliling bibir akan mengakibatkan rasa tidak selesa dan pedih   Malangnya tiada rawatan khas untuk merawat jangkitan herpes. Ubat antiviral hanya memendekkan tempoh jangkitan herpes berlaku.   Virus …

Read More »

Hilangan ingatan selepas hubungan intim

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya berumur 48 tahun. Saya mengalami masalah di mana pada suatu malam saya mengalami sakit kepala dan telah menelan ponstan. Keesokkan paginya suami saya mengajak saya melakukan hubungan intim dan saya menikmatinya. Satu tertidur selepas itu. Apabila bangun saya agak keliru. Saya tidak perasaan sama ada hari masih pagi atau sudah petang. (Suaminya saya memberitahu masa itu tengah hari). Saya duduk di atas katil, tetapi saya tidak ingat apa yang berlaku dan sedang berlaku. Apakah saya mengalami maslah serius?”   Wa alaikum mus salam.   Melakukan hubungan intim, boleh menyebabkan beberapa kesan yang agak tidak baik, …

Read More »

Risau Air Mani Bercampur Darah

Saya selalu menasihatkan rakan FB supaya menulis email atau menghantar pertanyaan ke inbox Facebook saya jika soalan itu berkaitan dengan masalah yang terlalu peribadi. Namun ada yang datang ke pusat kesihatan tempat saya bekerja untuk bersemuka. Saya alu-alukan pertemuan itu. Namun saya hanya seorang petugas yang menerima gaji setiap bulan dari majikan. Berjumpa saya di pusat kesihatan, bermakna ada kos pendaftaran dan konsultasi yang dikenakan oleh majikan saya, Kumpulan Perubatan Sdn Bhd. Jadi bersangka baiklah dengan saya. Saya tidak mengenakan apa-apa bayaran untuk berkongsi ilmu. Baru-baru ini seorang rakan FB berjumpa saya. Dia bukanlah rakan FB pertama yang berjumpa saya …

Read More »
error: Content is protected !!