Tag Archives: pneumococcal

SELAMATKAH UBAT UNTUK ANAK ANDA?

Dalam merawat kanak-kanak, penggunaan ubat yang selamat sangat penting kerana tindak balas tubuh kanak-kanak terhadap ubat tidak sama dengan orang dewasa. Ini kerana wujud perbezaan keadaan fisiologi dan kematangan organ dalam tubuh mengikut peringkat usia dan perkembangan mereka. Kanak-kanak lebih terdedah kepada risiko mendapat kesan toksik dan kesan sampingan ubat jika berlaku kesilapan pemberian dos ubat. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting, terutama dalam aspek kesedaran dan pengetahuan berkaitan penggunaan ubat yang betul dan selamat untuk kanak-kanak. Antara pengetahuan penting harus diberi penekanan adalah cara penyediaan, pengambilan dan penyimpanan ubat untuk memastikan keselamatan dan keberkesanannya ketika digunakan. Cara …

Read More »

Bacaan pemeriksaan darah untuk fungsi hati tidak normal

BACAAN PEMERIKSAAN DARAH UNTUK FUNGSI HATI TIDAK NORMAL   “Salam Dr. Baru-baru nie saya ada p buat blood test.. pastu bahagian liver ada menunjukkan peningkatan.. antara part yg meningkat ialah total protein, globulin n SGOT/AST dan A/G Ratio x smpi 1.0 pun,, adakah ini menunjukkan saya mengalami penyakit kritikal… perlu ka saya mendapat rawatan hospital”   WA ALAIKUM MUS SALAM Pemeriksaan darah untuk ujian fungsi hati (liver function test) kadang kala menunjukkan bacaan yang tidak normal terutamanya pada parameter SGOT dan AST . Namun jika bacaan itu tidak melebihi dua kali ganda dari bacaan normal, selalunya ia hanya menunjukkan hati …

Read More »

Rahem jatuh

RAHEM JATUH   “Salam doctor, saya ingin tanya bagi pihak kawan saya. Dia mengalami peranakan jatuh. Dia sudah berubat kampung secara mengurut dan makan jamu tapi masih tidak ok. Dia beritahu seperti ada macam ada sesuatu di lubang faraj. Kalau hamil, ada kesan apa-apa kah? Saya sudah suruh dia pergi hospital tapi dia tidak mahu kerana takut. Saya harap doktor dapat beri penjelasan dan bantu cara rakan saya. Saya kasihan pulak tengok kawan saya tu. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM     Uterus (rahem) adalah struktur peranakan yang disokong oleh otot-otot dan ligament.  Jika ini otot atau ligamen …

Read More »

Luka Faraj Lambat Sembuh

LUKA FARAJ BELUM SEMBUH     “Assalamualaikum doctor Zubaidi.  Saya mengalami bengkak pada kelenjar limfa di bahagian celah peha. Hal ini disebabkan oleh ulcer dalam vagina yg telah terkoyak semasa hubungan kelamin. Untuk makluman doctor sy telah berkahwin. Saya telah diberikan ubat antibiotik cefamyine, ubat bengkak papase, serta gel gengigel untuk di sapu pada ulcer yg terdapat dlm mulut dan dalam vagina.   Ubat yang diberikan adalah untuk 7hari sahaja. Sekiranya ubat telah habis dan bengkak masih belum reda..perlukah saya berjumpa dengan doctor semula?   Saya juga mengalami demam yang biasanya lebih terasa dalan waktu malam. Saya juga menggunakan alternatif …

Read More »

Selalu mengalami bengkakan tiroid

SELALU MENGALAMI BENGKAKAN TIROID       “Assalamualaikum doktor. Terima kasih kasih kerana hari ini doctor banyak kongsikan masalah tiroid. Saya juga menghadapi masalah tiroid. Awal tahun ini saya sudah beberapa kali mengalami bengkakan pada kelenjar tiroid saya. Saya pun tidak tahu puncanya.  Saya ada pergi ke  klinik kesihatan, Medical Assistant hanya bagi ubat demam, antibiotic dan ubat bengkak. Disebabkan terlalu kerap adik saya ada beritahu yang kawan adik dia yang mempunyai masalah tiroid telah disahkan doctor  menghidap kanser hidung tahap3. Adik saya risauda n dia suruh saya buat biopsi. Tetapi bila saya pergi klinik kesihatan medical assistant itu cakap …

Read More »

Susu Formula Tidak Serasi Menyebabkan Sembelit

SUSU FORMULA TIDAK SERASI MENYEBABKAN SEMBELIT   “Salam doctor.  Anak saya minum susu formula, dan tiada masalah. Baru-baru ini saya menukar susu formula jenama lain tetapi  bila minum susu yang  baru tu, anak saya mengalami sembelit . Dia meneran sampai menangis. Adakah susu yang baru itu tidak serasi dengan anak saya? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sembelit adalah masalah yang biasa dialami oleh bayi, terutama yang diberikan susu formula. Bayi yang diberi susu formula lebih mudah untuk mengalami sembelit kerana susu formula lebih sukar untuk dihadam daripada susu ibu, menyebabkan najis bayi  menjadi keras  dan besar. Bayi …

Read More »

SUSU FORMULA TIDAK SERASI MENYEBABKAN SEMBELIT

  “Salam doctor.  Anak saya minum susu formula, dan tiada masalah. Baru-baru ini saya menukar susu formula jenama lain tetapi  bila minum susu yang  baru tu, anak saya mengalami sembelit . Dia meneran sampai menangis. Adakah susu yang baru itu tidak serasi dengan anak saya? Mohon pencerahan”    Jawapan: WA ALAIKUM MUS SALAM Sembelit adalah masalah yang biasa dialami oleh bayi, terutama yang diberikan susu formula. Bayi yang diberi susu formula lebih mudah untuk mengalami sembelit kerana susu formula lebih sukar untuk dihadam daripada susu ibu, menyebabkan najis bayi  menjadi keras  dan besar. Bayi yang diberi susu ibu tidak mungkin …

Read More »

Vaksin untuk URTI?

VAKSIN UNTUK URTI?   “Salam dr. Vaksin pneumococcal utk kanak2 bole ambil dr umur brape ye? Ada vaksin lain x yg bagus utk elakkn ank slalu dapat URTI? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Vaksin pneumococcal ada dua jenis.   1. Pneumococcal Conjugate Vaccine (PCV13)  adalah disyorkan untuk semua kanak-kanak berumur kurang daripada 5 tahun, semua wargatua berumur 65 tahun atau kanak-kanak dan orang dewasa yang berumur  6 tahun ke atas dan mempunyai faktor-faktor risiko tertentu.     2, Pneumococcal polysaccharide vaccine (PPSV23)  adalah disyorkan untuk wargatua berusia 65 tahun ke atas, Tetapi boleh juga diberikan pada kanak-kanak …

Read More »

SERANGAN SAKIT JANTUNG SECARA SENYAP

“Salam doctor. Saya mempunyai seorang kawan berusia 40 tahun, pesakit diabetes dan mempunyai kandungan kolestrole yang tinggi. Dia sebelum ini tidak pernah mengalami masalah jantung. Malangnya pada awal tahun ini, 2015 belum telah disahkan meninggal dunia ketika tidur. Apa penerangan yang dapat diberikan dari sudut saintifik, doctor?” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mengucap takziah pada saudara dan keluarga Allahyarham atas kehilangan beliau. Sesungguhnya setiap manusia yang bernyawakan akan pergi untuk selama-lamanya. Sama ada dengan sebab yang diketahui atau tidak diketahui. Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali ‘Imran ayat 185). Mengikut kajian saintifik, pesakit diabetes …

Read More »

Ubat selsema ketika menyusukan anak

UBAT SELSEMA KETIKA MENYUSUKAN ANAK     Bagi ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, saya menasihatkan agar berhati-hati mengambil ubat antihistamine yang digunakan untuk rawatan selsema,batuk dan alahan. Ini kerana ubat-ubatan itu mungkin boleh diresap ke dalam susu ibu dan memberikan kesan kepada bayi yang disusukan. Antara ubat yang perlu dielakkan ialah: Alimemazine Cetirizine Cinnarizine Cyproheptadine Desloratadine Dimenhydrinate Fexofenadine Hydroxyzine Loratadine Mizolastine Ketotifen Jika tidak selesa dengan selsema, batuk dan masalah alahan ketika menyusukan anak dan mahu menggunakan ubat-ubatan ini, dapatkan nasihat doktor agar pemantauan dapat dilakukan.   IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang …

Read More »

AIR KETUBAN YANG BANYAK

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi …

Read More »

Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari …

Read More »

MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

  “Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti.   Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang …

Read More »

Penyakit untut harus dirawat segera.

    Saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman ini sekadar menyedarkan masyarakat tentu perlunya mendapatkan rawatan yang betul sebelum parah.   Untut atau elephantiasis adalah penyakit yang menyebabkan penebalan kulit, terutama kulit kaki dan kerandut zakar (scrotum).   Dianggarkan enam peratus penduduk negara kita dijangkiti, terutama yang tinggal di perkampungan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.   Kajian pada 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan dan 10 pesakit disahkan menghidap untut.     Apabila memperkatakan mengenai penyakit untut, sudah tentu kita akan membayangkan pesakitnya …

Read More »

Makanan yang Tidak Baik Diambil ketika Menyusukan Bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu. Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi. Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang. Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan …

Read More »

Mengapa Haids Tidak Menentu selepas Melahirkan atau Keguguran?

As salam mu alaikum doctor, pada tahun lepas saya lewat kedatangan haids selama sebulan lebih dan apabila saya buat UPT, result negatif. Pada masa yang sama mengalami rasa rasa sakit seperti senggugut dan tidak lama kemudian darah keluar secara sedikit-sedikit, sehingga saya disahkan mengalami keguguran. Selepas itu haids saya kembali teratur tetapi baru-baru ini ia menjadi tidak teratur.  Saya mula haids pada 4/8/2012 hingga 16/09/2012 (selama 44 hari) dan kemudian pada 17/09/2012 sehingga 20/10/2012 saya masih belum haids. Saya telah melakukan ujian UPT tetapi negative.  Adakah saya hamil? Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat …

Read More »

Manfaat tidur tengah hari

Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis …

Read More »

Nenas boleh Sebabkan Keguguran?

“Doktor, benarkah makan nenas ketika hamil boleh menyebabkan keguguran?” Saya diam. Hal ini tidak diajar semasa kuliah O&G semasa saya berada di universiti dulu. Jadi saya biarkan persoalan ini, sehingga saya mendapat jawapan yang sahih dari rakan-rakan yang telah menjadi pakar sakit puan dan perbidanan. “Menurut kata orang tua, nenas ini tajam dan boleh menyebabkan keguguran” sambung wanita itu lagi. Saya mengangguk-angguk kepala sebagai tanda menghargai pandangan beliau. Tidak ramai doktor yang sedar bahawa terdapat beberapa kes di mana wanita yang hamil memakan nenas dan mengalami keguguran. Adakah ini satu fakta atau satu kebetulan? Saya mendapati tidak banyak kajian saintifik …

Read More »

PENAMBAHAN BERAT BADAN KETIKA HAMIL

Saya sangat risau apabila seorang wanita yang hamil, mahu mengekalkan berat badannya supaya sentiasa kelihatan cantik. Saya faham kehendak ini, namun semasa proses kehamilan, adalah mustahil bagi seorang wanita untuk mengekalkan berat badannya. Penambahan berat pasti berlaku. Jika tidak mencapai berat yang sesuai, doktor dan jururawat tentu akan cemas dan menasihati agar memakan lebih banyak makanan yang mengandungi kalori yang tinggi. “Doktor, saya hamil untuk kali pertama. Saya membuat pemeriksaan kehamilan di salah sebuah klinik awam di bandar tempat saya tinggal. Jururawat di situ memberitahu saya tidak mempunyai penambahan berat badan yang cukup. Apakah yang dimaksudkan oleh jururawat yang bertugas. …

Read More »

Merawat Baki Tali Pusat Bayi Anda

“Pagi ini saya sungguh dukacita melihat seorang bayi yang mengalami jangkitan kuman di pusatnya. Ini disebabkan bayi itu seperti tidak dipedulikan dan tidak dijaga baki talipusat yang telah dipotong. Pusatnya bernanah, berbau dan bengkak. Demam dan tidak bermaya. Layakkah seorang ibu atau bapa minta dilayan sebaiknya oleh si anak apabila mereka sudah tua dan uzur nanti?” Itulah ayat pembuka yang saya letakkan di dinding FB saya pada 13 Mac 2011. Ia telah mengundang pelbagai komen. Tali pusat (umbilical cord) adalah struktur penting dalam hubungan fizikal antara anak dan ibunya. Seorang anak menerima nutrien dan oksigen melalui uri (placenta) yang terlekat …

Read More »

MC (Sijil Perakuan Sakit): Hak Pekerja, Hak Majikan atau Hak Doktor?

”Ya Allah, Aku berlindung pada keagungan-Mu dari keburukan rasa sakit yang aku deritai dan aku risaukan.” MC dan realitinya Sijil perakuan sakit atau yang dikenali sebagai MC ibarat menjadi bau bangkai gajah yang busuk dihidu umum yang selama ini ditutup dengan hanya sehelai daun pisang. Dalam kenyataan akhbar pada Isnin 24 Mei 2010, Cuepacs juga menyuarakan keresahan ini. Menurut Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam itu, seramai tiga peratus dari kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka. Walaupun angka 3% tidak besar namun jika ditukarkan ke angka sebenar ianya berjumlah 36 000, cukup untuk mengganggu …

Read More »

Sakit Kepala Berterusan: Adakah Tumor Otak?

Sakit kepala akibat tumor otak tidak akan lega dengan menelan ubat penahan sakit.

Read More »
error: Content is protected !!