Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bayi/Kanak-kanak » Meningkatkan daya tahan ibu dan anak

Meningkatkan daya tahan ibu dan anak

breast feeding 3

 

“Assalamu alaikum doktor, saya mengalami alahan yang kuat pada makanan dan habuk. Saya kerap demam, selsema dan sakit. Anak saya yang berusia 2 tahun juga selalu demam dan sakit. Banyak kali saya membawanya berjumpa doctor, tetapi beliau tetap mengalami masalah yang sama, iaitu demam dan selsema. Adakah daya tahan kami tidak kuat, doctor?”

 

Walalaikum mus salam.

 

Daya tahan seorang ibu sangat berkait rapat dengan bayinya. Hubungan emosi dan fizikal, sama ada memeluk anak, memberi makan dan menguruskan fizikal anak, sangat mempengaruhi daya tahan anak yang dijaganya.

 

Bagi ibu yang baru melahirkan anak, saya amat menggalakkan mereka memberikan susu ibu pada bayi mereka.

 

Kolostrum dalam susu ibu, adalah sumber yang kaya dengan pelbagai antibodi, dan sangat penting dalam memastikan kekuatan daya tahan bayi yang baru dilahirkan dapat diberikan.

 

Dua tahun pertama dalam kehidupan seorang bayi  adalah masa yang sangat penting di mana tubuh kanak-kanak akan membangunkan sistem imun semula jadi dan matang.

 

Pemberian kolostrum iaitu susu awal yang dikeluarkan oleh payudara oleh seorang ibu selepas melahirkan bayi, harus diteruskan dengan sehingga bayi berusia dua tahun.

 

Kajian perubatan membuktikan bahawa perlindungan yang menakjubkan dapat diberikan terhadap sebarang jangkitan kuman sama ada virus, bakteria atau parasite.

 

Selain itu perhatian juga perlu diberikan kepada kebersihan diri, termasuk mencuci tangan. Kita sebagai orang Islam sekurang-kurangnya, telah mencuci tangan sebanyak  15 kali sebelum solat lima waktu semasa wuduk.

 

Mengamalkan kebersihan diri seorang ibu akan setiap hari akan mengelakkan seorang bayi dari mendapat banyak jangkitan kuman.

 

Buah-buahan dan makanan yang sihat lain yang disebut dalam al Quran dan hadis, jika diamalkan oleh seorang ibu dapat membantu meningkatkan daya tahan anak dan mencegah mereka dari pelbagai penyakit kerana khasiat makanan-makanan ini dipindahkan kepada mereka dengan penyusuan ibu.

 

Buah-buahan dan herba seperti sistem imun, termasuk zaitun dan minyak zaitun ,habatus sauda,  halia , anggur , buah delima , cuka asli, rosemary, madu dan buah ara .

 

Selain itu seorang ibu dapat meningkat daya tahan dengan banyak melakukan amalan dengan berpuasa, solat, bersadekah dan banyak berdoa.

 

Amalan-amalan seperti  amalan  bekam dan menderma darah, minum air zam-zam dan air mineral yang lain harus digalakkan.

 

Pendedahan yang kerap kepada matahari untuk mendapatkan vitamin D secara semula jadi amat digalakkan, selain mengamalkan makanan yang kaya dengan vitamin D termasuk minum susu yang segar.

 

Nasihat saya hindarkan mengambil ubat-ubatan kecuali jika sangat perlu  dan setelah mendapat nasihat doctor.

 

Wallahu a’lam.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top