Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bina Keluarga » Mengalami Masalah untuk Hamil Semula

Mengalami Masalah untuk Hamil Semula

couple with new son

Anak merupakan salah satu rezeki yang Allah kurniakan kepada pasangan-pasangan yang terpilih. Ada yang Allah berikan anak tunggal, ada yang mendapat bilangan anak yang sedikit dan ada yang mendapat bilangan anak yang ramai.

Dalam Al Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas.

“Atau Ia (ALLAH) mengurniakan mereka kedua-duanya,  anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia (ALLAH) juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya  mandul. Sesungguhnya Ia (ALLAH) Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.” (Surah Asy-Syura: 50)

Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah. Jadi wanita yang pernah hamil dan telah mempunyai anak, tiba-tiba mendapati diri mereka sukar untuk hamil semua, sedarlah bahawa ini semua ujian dari Allah yang harus diterima dengan redha dan berusahalah dengan cara yang betul serta berdoa.

Tidak boleh hamil semula selepas pernah melahirkan seorang anak dinamakan ketidaksuburan sekunder (secondary infertility). Fakta ini agak sukar diterima oleh sesetengah pasangan kerana mereka sebelum ini tidak mempunyai masalah kesuburan.

Ramai pasangan yang berkahwin tidak sampai setahun, isteri telah hamil. Setelah anak besar dan merancang untuk mendapatkan seorang anak lagi, mereka mengalami masalah. Perasaan hampa menguasai diri dan pelbagai nasihat telah diterima. Apabila terlalu lama menunggu, pasangan ini mula rasa keliru dan kecewa.

Namun saya selalu menasihatkan pasangan-pasangan ini agar jangan mudah kecewa dan berputus harap. Ini kerana rahmat Allah sangat luas. Sekurang-kurangnya mereka telah dikurnia seorang cahaya mata, berbanding dengan orang lain belum lagi menimang cahaya mata.

Kebanyakan pasangan yang berkahwin tidak menghadapi masalah kesuburan. Dianggarkan seramai 84 peratus dari pasangan yang berkahwin, dan tinggal bersama, kerap melakukan hubungan jimak (melakukan antara 2-3 kali seminggu) tanpa menggunakan apa-apa alat mencegah kehamilan, akan hamil dalam masa setahun. Peratusan ini meningkat ke 92 peratus apabila pasangan yang sudah berkahwin selalunya memperolehi zuriat pada tahun kedua.

Oleh itu jika setelah berusaha selama dua tahun, sama ada pasangan ini belum pernah mendapat cahaya mata atau belum pernah hamil, saya nasihatkan agar berjumpa dengan doktor pakar kesuburan bagi mengkaji masalah sebenar yang dihadapi.

Pemeriksaan harus dilakukan terutama bagi pasangan yang sedia maklum mengalami masalah kesihatan sebelum mereka berkahwin seperti diabetes mellitus, SLE atau pernah menjalani rawatan kanser. Ini kerana semakin lama menunggu, kesuburan seorang wanita akan menurun. Bagi wanita yang sudah berumur 35 tahun, saya menasihatkan agar tidak harus menunggu lebih dari enam bulan untuk berjumpa dengan doktor pakar kesuburan.

Masalah kesuburan ini bukanlah suatu isu yang memalukan, malah harus diberikan perhatian yang serius, terutama jika ia menggegarkan keharmonian rumahtangga.

Dianggarkan satu dari tujuh pasangan yang berkahwin mengalami masalah kesuburan. Ada yang tidak begitu teruk, malah ada yang sangat teruk. Ini semua tanda kekuasaan Allah. Kita sebagai hamba harus redha dan berusaha mencarikan penyelesaiannya dengan cara yang betul.

Masalah ketidaksuburan sekunder ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan disebabkan oleh pelbagai sebab. Ada yang berlaku semenjak awal perkahwinan dan ada yang berlaku setelah mendapat seorang atau dua orang anak. Masalah ini boleh berpunca dari suami, isteri atau kedua-duanya sekali.

Antara punca ketidaksuburan yang biasa berlaku ialah:

• masalah kurang jumlah sperma lelaki dalam air mani (32 peratus)

• masalah ketidak dating haids dan ovulasi (4.9 peratus)

• masalah kerosakan pada tiub fallopian pada wanita (16.7 peratus)

• masalah endometriosis atau masalah lain yang mengganggu rahem (3.3 peratus)

• kombinasi masalah suami (lelaki) dan isteri (wanita) (17 peratus).

Sebanyak 19 peratus dari ketidaksuburan ini tidak dapat dipastikan puncanya. Diagnosa ini memang mengecewakan, keran doktor telah habis ikhtiar untuk mengesan puncanya. Sekali lagi, kita harus redha dengan ketetapan Allah dan teruskan berusaha. Yang menarik ialah seramai dua pertiga dari pasangan yang meneruskan usaha dan berdoa, akan hamil setelah mendapat rawatan pada tahun ketiga.

Jadi janganlah berputus harap dan menerima nasihat dari orang yang tidak ada ilmu dalam merawat masalah ini. Sekarang banyak pusat kesuburan sama ada di swasta atau di kerajaan yang menawar perkhidmatan rawatan kesuburan.

Bagi pasangan yang mengalami masalah kesuburan sejak dari awal perkahwinan atau pasangan yang mengalami masalah ‘ketidaksuburan sekunder’, cara rawatannya adalah sama.

Doktor pakar kesuburan akan memeriksa kedua-dua suami dan isteri. Doktor akan memastikan isteri boleh mengeluarkan telur ovum, dan suami mempunyai bilangan sperma yang mencukupi.

Antara pemeriksaan darah yang diperiksa untuk isteri ialah:

  1. Serum Progesterone. Jika seorang isteri mempunyai kitaran haids yang tetap (28 hari dalam satu kitaran) , ujian darah ini akan dilakukan pada hari ke 21  untuk memastikan sama ada beliau mengalami ovulasi. Jika tidak mempunyai kitaran haids yang tetap, maka pemeriksaan akan dilakukan pada akhir kitaran itu dan diulang untuk beberapa minggu sehingga kedatangan darah haids , untuk menentukan masa ovulasi yang sebenar.
  2. Serum Gonadotrophins (FSH and LH). Ujian ini penting bagi menentukan seorang wanita itu mengalami penyakit seperti Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) atau ‘Premature Ovarian Failure’  (Menopause Pramatang) yang menyebabkan telur ovum tidak dapat dikeluarkan dari kelenjar ovari.
  3. Serum Prolactin. Ujian ini untuk menilai masalah lain yang menjadi punca masalah ovulasi, kerana tahap serum prolactin yang tinggi akan menghalangkan pengeluaran telur ovum dan ovulasi.

Selain itu ujian untuk menilai tahap kesempurnaan sistem reproduktif juga dijalankan. Antaranya pemeriksaan untuk menentukan sama ada sekatan pada tiub fallopian, ujian untuk jangkitan chlamydia atau jangkitan pada pelvis (‘Pelvic Inflammatory Disease’), dan pemeriksaan ultrasound bagi melihat imej organ kelenjar ovari.

Ujian bagi suami/lelaki pula ialah pemeriksaan air mani bagi menentukan bilangan sperma yang cukup. Jika doktor mendapati bahawa bilangan sperma tidak mencukupi, ujian ini akan diulang semula setelah 3 bulan bagi membolehkan telur zakar (testis) melengkapkan proses pembentukan sperma.

Jadi janganlah berputus asa dengan rahmat Allah. Secara sunatullah, doktor akan memeriksa dan menentukan puncanya. Apabila tahu puncanya, barulah boleh diberikan rawatan yang betul.

Tidak mustahil untuk seorang yang mengalami masalh kesuburan, dikurniakan zuraiat oleh Allah. Ada yang menunggu 10 tahun, dan Tidak mustahil bagi Allah memberikan yang terbaik untuk pasangan ini.

Hal ini diterangkan oleh Allah dalam al Quran, sebagai bukti kekuasaannya.

“Nabi Zakariya bertanya: “Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?” ( Surah Maryam: 8 )

Jadi janganlah berputus asa kerana rahmat dan kasih Allah dan teruskan berusaha.

Proxeed Plus dapat meningkat kualiti sperma.

Boleh PM ke https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia untuk keterangan lanjut.

Wallahu a’lam.

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (230512)

6 comments

  1. sy telah berjumpa doktor pakar. Ujian kesuburan telah dibuat selama 6bln tp tiap jwp yg positif. skrg doktor berhentikan utk 6bln. kata doktor dlm masa 6bln kdg2 akan hamil tp sy tidak. Apa perlu sy buat utk hamil kali ke 2. Sy juga penah buat tiub follopian kerana mengandung luar rahim 6thn dulu. Hrp doktor dpt bantu sy.

  2. Slm. Doktor saya mengalami masalah di lema sehingga skrg. Pada 26 July saya telah di masukkan ke wad kerana masalah dermatitis yang di alami sy.. tapak kaki saya mengalami masalah b’nanah dan risau ke tulang, sy di masukkan ke wad ortopedik untuk mnjalani pmbedahan kecik.. sblom di sahkan hamil, saya telah mnjalani x-ray di bahagian tapak kaki. pengiraan saya ketika itu dlm 4 minggu 3 hari. Adakah khamilan saya selamat kerana sy telah m’mbuat buku merah di klinik ibu & anak, kerana k’hamilan sy masih awal. scan xdpt di lakukan.. sy buntu memikirkan adakah x-ray itu m’bahayakan kehamilan ini?? Terima Kasih.

  3. Slm..br ni Dr sahkn ade PCOS n GTT pun show diabetik.sy usaha kwl pmknn n trn kn berat.Dr bg ubt glucophage utk treat kedua2 poblem sy serentak..boleh x Dr jelaskn mcm mn glucophage blh bntu masalah PCOS sy..tq.

  4. khairul nazifah bt ibrahim

    salam dr.sya berumur 33 thn mnakala suami 35thun.mpunyai ank brumur 4 thn..1st mgandung anak ini,adalah bunting pelamin.dan saya ingin mnimang lg ank.sya pnah mgmbil ubt ocp slama 2 thun dan telah bhenti mgambilnya 2 thun yg lpas..msalah say skrag,haid sya dtag teratur..tiada masalah.sya pnah mgmbil ubat subur dan telah mjalani pmeriksaan darah yg p nah d syorkan oleh dr yag lain…tapi smpai skrag sya tiada tanda2 untuk hamil lagi

  5. rohanis ahmad

    Assalamualaikum..

    Dr, saya telah berkawin pd oktober 2009. sy berumur 39thn dan suami sy 34thn. sy telah mempunyai 2 org cahaya mata berumur 15thn dan 11thn. untuk perkawinan kali kedua ni sy masih belum mempunyai cahaya mata untuk suami sy ini. sekurang-kurangnya sy hendak le sorang.Adakah sbb kesuburan sy yg berumur ni dr? Kedatangan haid sy teratur. alhamdulillah..sy tidak mempunyai apa2 masalah. Hrp dr. dpt memberi penjelasan atau pendapat.Terima kasih dr.

  6. Assalam Dr,
    Saya berumur 37 thn. Selepas saya kawin setahun stgh barulah saya mengandung, itupun setelah menjalani ujian kesuburan & diberi ubat subur oleh doktor. Dan anak saya sekarang berumur 8 thn. Dalam usaha mendapatkan anak lagi, saya telah keguguran sebanyak 3 kali (thn 2011 & 2012). Soalan saya, perlukah saya menjalani lagi ujian kesuburan? Dan dlm usia sebegini, saya tau mmg banyak risikonya. Apakah nasihat Dr utk mendapatkan kandungan yang sihat pada usia sebegini? Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!