Advertorial
Home » Doktor Menjawab » Kesan tekanan darah tinggi pada memori

Kesan tekanan darah tinggi pada memori

KESAN TEKANAN DARAH YANG TINGGI PADA INGATAN (MEMORI)

 

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

 

“Salam doctor, saya telah menghidap penyakit hypertension sudah 10 tahun. Agak sukar untuk mengawal bacaan tekanan darah saya. Selalunya bacaan tekanan sistolik antara 140-150 sementara tekanan diastolic antara 90-100. Doktor kata bacaan saya tidak boleh rendah lagi kerana saya telah menggunakan ubat yang terbaik, tetapi masih sukar untuk mendapat tekanan darah yang normal. Masalahnya saya mengalami sifat mudah lupa. Baru-baru ini saya kehilangan handfon, setelah puas mencarinya, rupanya saya tertinggal dalam kereta. Adakah masalah ingatan ini berkaitan dengan penyakit saya? Mohon pencerahan, doctor”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Benar, penyakit tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, bukan saja menyebabkan seseorang itu mengalami masalah mudah lupa, tetapi juga mengalami masalah membuat keputusan dan berfikir dengan baik. Kebolehan kognitif beliau akan berkurangan.

 

Ramai yang menyangka bahawa penyakit tekanan darah tinggi akan menyebabkan kerosakan pada ginjal, jantung gagal berfungsi dan stroke (angina ahmar) saja.

 

Memang benar. Sepanjang pengalaman saya bekerja di di Jabatan Kecemasan, ramai pesakit tekanan darah tinggi yang tidak dapat diselamatkan lagi dan meninggal dunia  akibat serangan sakit jantung dan serangan stroke yang kuat (massive stroke).

 

Namun begitu banyak kajian terkini mengatakan bahawa orang yang mempunyai penyakit tekanan darah tinggi mudah mengalami sifat mudah lupa. Kesannya hanya dapat dirasai oleh pesakit hanya selepas 5-10 tahun selepas menghidap penyakit itu, bergantung bagaimana tekanan darah tingginya dikawal.

 

Sifat kelupaan begini dinamakan “demensia vascular” berlaku apabila kedua-dua tekanan sistolik (bacaan atas) dan distolik (bacaan bawah) terlalu tinggi. Semakin lama tekanannya tidak dikawal semakin tinggi dia mengalami risiko untuk menjadi mudah lupa.

 

Kemerosotan kognitif yang sederhana seperti lupa di mana letak kunci, atau di lupa nama rakan yang baru dikenali, bukanlah jadi masalah yang serius.  Namun kehilangan ingatan dan fungsi kognitif yang lain seperti berfikir dan membuat keputusan yang baik, mendtangkan masalah yang teruk. Ia akan mengganggu kehidupan seseorang itu dalam membuat keputusan dan berfikir.

 

Sebagai contoh, jika disuruh buat pilihan antara A dan B, beliau sendiri tidak tahu mengapa dia melakukan pilihan tersebut. Seorang jurujual membantalkan temujanji dengan  bakal pelanggannya. Bila si isteri bertanya, kenapa tidak pergi berjumpa dengan bakal pelanggan, si suami tercengang-cengang sebab dia pun tidak tahu mengapa dia batalkan temujanji itu.

Dia mungkin tidak dapat berfikir dengan baik jika dia mengalami masalah di tempat kerja.

 

Kerosakan sel-sel otak akibat tekanan darah terlalu tinggi yang mengakibatkan seorang pesakit mengalami masalah ingatan ini.  Jika kerosakan pada sel-sel otak ini tidak serius, ia boleh dibaiki.

 

Tetapi jika kerosakan ini telah lama berlaku kerana pesakit telah lama menghidap penyakit darah tinggi, atau kerosakan sel-sel otak terlalu teruk akibat tekanan darah yang terlalu tinggi, maka selalunya masalah ingatan yang mudah lupa ini sukar dipulihkan dan mungkin bertambah teruk.

 

Oleh itu seorang pesakit darah tinggi harus mendapat rawatan dengan cepat dan dirawat dengan lebih agresif apabila dia mula mengalami masalah tekanan darah tinggi.

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!