Advertorial
Home » Doktor Menjawab » kesan sampingan ubat antacid

kesan sampingan ubat antacid

KESAN SAMPINGAN UBAT ANTACID

 

antacid

“Salam doctor. Saya sering mengalami pedih perut terutama pada waktu malam. Jadi saya ada stok beberapa jenis ubat gastrik seperti Gelusil dan MMT dalam petiais. Apakah kesan sampingan ubat itu jika saya kerap mengambilnya? Mohon pencerahan, terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Semua ubat yang diambil secara berlebihan akan memberikan kesan sampingan. Oleh itu ia harus diberikan dengan preskripsi dan pantauan dari doctor.

 

Ubat antacid tidak terlepas dari masalah ini.

 

Antara kesan sampingannya ialah:

 

  1. Antasid boleh menyebabkan masalah ‘gastrik’yang dialami bertambah teruk jika digunakan dalam jangka masa yang lama dan tidak mengikut aturan akibat fenomena “dose-dependent rebound hyperacidity”. Walaupun ia jarang berlaku, namun ia boleh berlaku pada sesetengah pesakit.
  2. Ia juga boleh menyebabkan fenomena “milk-alkali syndrome” di mana kadar penyerapan kalsium dalam tubuh terlalu tinggi hingga menyebabkan tisu-tisu dalam tubuh terutamanya ginjal diserapi oleh kasium, sehingga ‘mengeras’ dan merosakkan ginjal.
  3. Antasid yang mengandungi aluminium hidroksida boleh menyebabkan masalah sembelit.
  4. Sementara antasid yang mengandungi magnesium pula akan menyebabkan masalah cirit-birit.

 

Oleh itu saya menasihatkan puan agar mendapatkan pemeriksaan dan rawatan doctor. Saya percaya masalah gastrik puan dapat dirawat dengan lebih baik. Ini akan mengurangkan kekerapan puan mengalami gastrik dan menggunakan antacid.

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!