Saya merasa kasihan pada ibu yang hamil apabila mereka mengalami alahan teruk ketika hamil. Ada kalanya kulit mereka menjadi kering, beruam merah dan adakalanya terdapat bekas-bekas cakaran dan garu akibat kegatalan yang mengganggu.
Ramai juga yang berasa agak bimbang untuk memakan ubat yang diberikan kerana sayangkan kesihatan anak yang dikandung.
”Teruk dugaan saya pada kehamilan yang lalu. Kulit saya tumbuh biji-biji gatal. Sepanjang malam saya menggarunya” keluh seorang wanita yang hamil.
”Saya sudah kurangkan makan seafood, kacang dan telur.Tapi masih lagi gatal, doc”
Bagi yang menghidap masalah alahan kulit, tentu keadaan mereka menjadi bertambah teruk. Rajin-rajinlah menyapu pelembap jika kulit telah menjadi kering dan merasa gatal.
”Kenapa adik perempuan saya tidak mempunyai masalah kegatalan semasa hamil?”
Kegatalan kulit ketika kehamilan adalah sesuatu yang sukar dirawat. Apatah lagi ada beberapa jenis masalah kegatalan kulit ini yang hanya berakhir setelah selesai melahirkan anak. Ini bermakna selagi wanita itu hamil, selagi itulah dia akan merasa kegatalan kulit. Bersabarlah dengan ujian itu.
Inilah perjuangan seorang ibu. Tentu kita berasa insaf apabila mengenang kesusahan ibu sehingga melahirkan kita. Pelbagai ujian diharungi sepanjang kehamilan. Semoga ibu menjadi inspirasi yang baik untuk ibu-ibu hamil.
Perubahan Hormon
Kegatalan kulit semasa hamil selalunya berpunca daripada pemakanan dan peluh yang menyebabkan radang pada kulit terutama pada abdomen dan payudara yang sedang membesar.
Ramai saintis yang mengatakan ianya disebabkan oleh perubahan hormone estrogen ketika hamil dan akan hilang selepas melahirkan anak.
Ada yang merasa gatal pada tapak tangan dan kaki dan menyebabkannya kemerah-merahan. Bagi mereka yang sedia ada mengalami penyakit kulit seperti eczema, kegatalan ini akan menjadi bertambah teruk.
“Bagaimana nak kurangkan kegatalan ini. Puas saya letak bedak sejuk dan kunyit.”
Kegatalan yang biasa dapat dikurangkan dengan mandi menggunakan air suam. Mandi menggunakan air panas mnyebabkan menyebabkan kulit menjadi kering dan kegatalan akan bertambah teruk. Gunakan sabun yang mempunyai pH 7, bilas dan keringkan menggunakan tuala yang lembut.
Selepas itu boleh sapukan krim pelembap yang tidak mempunyai pewangi kerana mosturiser yang berbau wangi kadangkala boleh menyebabkan kegatalan. Pakai pakaian kapas yang longgar dan kurangkan keluar pada waktu panas yang boleh menyebabkan berpeluh.
“Jadi tak perlulah berjumpa doktor. Boleh dapatkan ubat dari farmasi saja?”
Jenis-jenis Kegatalan
Namun begitu harus diingat terdapat sebanyak satu peratus daripada kehamilan akan mengalami kegatalan, ruam merah dan ’biji-biji’ keluar pada kulit abdomen. Ini bukan kegatalan biasa. Keadaan ini dinamakan pruritic urticarial papules and plaques of pregnancy (PUPPP).
PUPPP bermula pada trimester ketiga, selalunya selepas 35 minggu dan kerap berlaku pada wanita hamil anak kembar atau kehamilan pertama. Ia bermula di stretch marks (striae) abdomen iaitu garis-garis kehitaman pada kulit perut abdomen. Kemudian tanda-tanda ini akan merebak ke peha, punggung dan lengan .
Ia tidak merbahaya dan tidak memberikan kesan pada bayi yang dihamil. Cuma ianya menyebabkan kegatalan yang tidak tertanggung kepada si ibu.
Jika di klinik, saya selalunya memberikan ubat krim yang harus disapukan pada bahagian yang gatal. Boleh gunakan ubat krim yang mengandungi streoid kerana ianya selamat digunakan pada kulit. Antaranya krim clobetasol dan betamethasone. Boleh ulang penggunaannya beberapa kali. Jika kegatalan dan ruam sudah berkurang, bolehlah dikurangkan penggunaannya.
“Saya sudah cuba krim itu namun masih gatal dan saya tak boleh melelapkan mata !”
Jika kegatalan terlalu teruk, bolehlah mencuba pil tablet antihistamine seperti zyrtec dan atarax. Ia akan mengurangkan kegatalan dan membantu wanita hamil itu untuk tidur. Namun sebelum mencuba ubat-ubat itu, haruslah berbincang dengan doktor.
PUPPP akan hilang beberapa hari selepas melahirkan namun ada yang kekal lebih lama untuk beberapa minggu. Ia jarang berulang pada kehamilan berikutnya.
Punca sebenar PUPPP tidak diketahui dengan jelas. Namun ada pakar perubatan yang memberikan sebab bahawa pengembangkan (stretching) kulit abdomen menyebabkan kerosakan tisu kulit dan seterusnya menyebabkan radang. Ia selalu berlaku pada kehamilan bayi lelaki (70%).
“Saya tidak pasti kalau nyamuk menggigit saya malam tadi. Saya perasan ada bonjol-bonjol seperti gigitan serangga. Terasa amat gatal.”
Selain itu, masalah kegatalan kulit semasa kehamilan disebabkan oleh keadaan yang dinamakan prurigo of pregnancy (POP). Kulit mengalami gelembung kecil seperti digigit serangga teruatama di tangan, kaki dan tangan.
Ia tidak merbahaya pada bayi. POP boleh muncul sepanjang kehamilan tetapi selalunya muncul pada semester kedua dan ketiga. Ia dirawat dengan memberikan krim steroid atau pil tablet antihistamines . Ia akan hilang selepas melahirkan.
“Kalau berair macam chicken pox pulak bagaimana? Ada gelembung berair”
Kalau kegatalan kulit itu terlalu kompleks, maka berjumpalah doktor yang berpengalaman. Tidak semestinya kegatalan dan gelembung berair itu tanda-tanda chicken pox.
Keadaan yang lebih teruk yang menyebabkan kegatalan kulit pda wanita hamil dinamakan pemphigoid gestationis di mana terdapat lepuhan (gelembung berair) yang gatal dan mengeluarkan cecair.
Masalah kulit ini lebih serius kerana memberikan kesan pada kehamilan dan menyebabkan kelahiran pramatang. Ia bermula pada trimester kedua dan berterusan sepanjangan kehamilan. Keadaan ini boleh berulang pada kehamilan yang berikutnya.
“Saya pernah mengalami kematian bayi semasa hamil. Ketika kehamilan saya berumur 37 minggu doktor memberitahu bayi saya meninggal dunia. Doktor kata, ada kaitan dengan hati dan kegatalan yang saya alami”
Memang benar, ada masalah kegatalan kulit ketika hamil yang memberikan ancaman pada kesihatan bayi. Masalah kegatalan ini dinamakan sebagai intrahepatic cholestasis of pregnancy berlaku apabila saluran hempedu tersumbat menyebabkan bile acid berkumpul di dalam kulit dan menyebabkan kegatalan.
Ia muncul pada trimester kedua dan ketiga, bermula dari tapak tangan dan tapak kaki. Tiada ruam yang kelihatan tetapi kegatalannya menyebabkan wanita yang hamil menggarunya sehingga kulit melelas dan melecet. Tanda-tanda lain ialah air kencing menjdi keruh dan gelap, dan berasa lemah. Ia selalunya akan hilang selepas kelahiran namun boleh berulang pada kehamilan berikutnya.
Pemeriksaan darah penting untuk membuat diagnosa masalah ini. Pemeriksaan ultrasound untuk melihat keadaan bayi juga penting kerana keadaan ini menyebabkan kematian bayi dalam kandungan (stillbirth), kelahiran pramatang dan pendarahan yang sukar dikawal pada bayi dan ibu ketika dalam proses melahirkan.
Nasihat saya pada wanita yang hamil dan mengalami kegatalan kulit, berbincanglah dengan doktor yang berpengalaman.
Wa allahu a’lam.
[IKLAN]
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my
Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:
Assalamualaikum Dr,
Saya pregnant 14weeks,saya mempunyai simptom2 seperti PUPPP.kegatalan tu bermula sejak mgg lepas iaitu pada 24/2 pada bahagian perut.ia dimulai dengan bintat2 kecil dah akhirnya bercantum menjadi besar.sekarang cantuman tu menjadi lebih besar dan makin merebak diseluruh perut..
peha saya pn terdapat bintat2 tersebut..
Saya sudah berjumpa dengan 2 Doktor.
1) Doktor yang pertama hanya memberikan saya ubat sapu jenis miconazole cream. Cream ini tidak memberikan kesan apa2 kepada kepada saya malahan menjadi bertambah teruk
2)Doktor yang kedua(doktor kulit) telah memberikan saya ubat cream (prednisone@prednisolone, saya tak pasti sbb Doc just tulis ‘pred’ pada bekas cream tu), isomin (makan 1biji sekali) dan ubat warna putih (2biji,2x sehari)
Soalan saya:
1. apakah pandangan Doktor tentang ubat yang saya ambil?adakah bersesuai dengan penyakit yang saya alami?
2. Jika saya ingin mengambil ubat zytec dan cream clobetasol @ betamethasone, bagaimanakah cara mengambilannya?(berapa kali patut disapu,n berapa biji zyrec yang perlu diambil utk sehari?)
salam doc….sy menghadapi mslh gatal2 stu bdn skrg ni…sblm ni sy pakai sbun dettol…pas2 tukar sabun sebamed n lotionnye…sbb ph nye 5.5….tp cam yg doc kte gune kan sbun ph 7…cth sbun spe ye doc? sy dh g klinik…krim2 yg doc bg sume xjln…n skrg sy try psg aircond sbb xnk bg kulit kering…tp aircon mgeringkn kulit…cne ye doc….sbb tmbhn pula pd waktu mlm sy spukan losyen calamine…dan untuk pil adakah selamat utuk diambil? sbb sy xbrani nk mkn mne2 pil yg diberikan oleh doc…huuuhuhu…dan sabun adakah sabun yg ade oat protien sesuai digunakan tuk mslh ini doc? time kasih….
doktor,
saya mempunyai eczema & skrg sdg hamil 8 minggu…soalan saya, bolehkah saya menggunakan ubat sapu ‘dermovate’? saya tahu ubat tersebut mengandungi steroid, ttpibuat masa skrg saya tdk ada plhn lain…apakah ubat yg blh menggantikan dermovate? TQ doc….
Sekadar berkongsi: Semasa saya pregnant, saya telah dijangkiti POP~ prurigo on pregnancy. Saya mendapatkan rawatan di klinik, tetapi tidak diterangkan dengan jelas tentang penyakit gatal2 saya ini. Doktor hanya bekalkan saya ubat rendam(warna ungu) serta krim sapu yang tidak begitu berkesan… Gatal2 yang bermula dikaki, merebak ke tangan dan akhirnya ke badan… (sebab kuku yg menggaru bawa jangkitan kuman ke merata badan)… Saya telah letak minyak panas, bagi menghlangkan gatal2… Tapi tidak begitu berkesan. Namun, saya cuba letak nexodem. Alhamdulilah.. sangat berkesan. Harap ini dapat membantu ibu2 mengandung yang mendapat POP mcm saya. :D
sharing is caring..
semasa pregnant 32mggu,perut saya pun jadi gatal-gatal.mula-mula sekadar ruam kecil..bila saya f/up di klinik kesihatan,doktor hanya bagi calamine.masa apply calamine,gatal hilang sekejap je,lpas tu jadi balik dan makin teruk!dari ruam kecik jadi merebak besar-besar.sampai saya pergi klinik swasta,doktor bg cream betamethasone.lpas seminggu,ruam2 dah hilang,gatal pun dah kurang.masa saya f/up di hospital swasta pun,doktor bg cream yg sama.skarang gatal2 dah takde,cuma kulit jd kering sikit.alhamdulillah..dah hilang sengsara menggaru :)
Assalamu’alaikum Doktor.. Saya sedang hamil 11 minggu dan ini merupakan kemahilan pertama. Saya sedang mengalami PUPPP. Saya telah bertemu doktor dan diberi Beprosone (active ingredient Betamethasone Dipropionate) dan Piriton. Adakah Piriton boleh diambil oleh saya? Doktor tersebut mengatakan Zyrtec terlalu kuat untuk perempuan hamil. Boleh doktor tolong terangkan? Terima kasih doktor.. :)
Saya juga diberi piriton seawal hamil 8 minggu. Alhamdulillah gatal berkurang walau tidak sepenuhnya
Saya juga diberi piriton seawal hamil 8 minggu. Alhamdulillah gatal berkurang walau tidak sepenuhnya
Dr Zubaidi: Terima kasih atas perkongsian pengalaman.
salam…sy juga mengalami ruam yg teruk di bhgian perut lengan peha n bahagian belakang badan….dh byk kali tukar mandian…semuanya xberkesan..last skali sy mandi pakai cecair dettol yg di bancuh brsama air…2 3 hari ruam n gatal2 yg amat tu beransur hilang n lega…xpe ke dokter..?tq
salam…sy juga mengalami ruam yg teruk di bhgian perut lengan peha n bahagian belakang badan….dh byk kali tukar mandian…semuanya xberkesan..last skali sy mandi pakai cecair dettol yg di bancuh brsama air…2 3 hari ruam n gatal2 yg amat tu beransur hilang n lega…xpe ke dokter..?tq
Dr Zubaidi: Wa alaikum mus salam. Selalunya bagi kegatalan seperti ini, doktor akan memberikan ubat antihistamin atau ubat cream yang menyebabkan seorang wanita itu berasa lega. Cecair Dettol mengandungi bahan kimia Chloroxylenol yang berfungsi sebagai pembunuh kuman. Jika puan merasa lega dengan menggunakan Dettol, bermakna ada jangkitan kuman pada kulit puan selain dari alahan kulit. Berjumpalah doktor bagi pemeriksaan yang lebih sempurna.