Bengkak Pergelangan Kaki di Kalangan Warga Tua

Bulan Ramadhan baru memasuki hari yang kedua. Di kebanyakan masjid penuh dengan jemaah yang mengimarahkannya.

Abang, mak telefon, kata kaki dia bengkak..”

Jangan risau. Berdiri solat tarawih lama sangat kot”. Itu detik hati saya.

Tak bahaya ke? Mak ada darah tinggi..”

Saya tergamam. Mungkinkah bengkak di pergelangan kaki berkait dengan penyakit darah tingginya?

Ramai di kalangan warga tua yang mengadu mengalami bengkak di pergelangan kaki. Bengkak ini tidak menyakitkan dan ia akan hilang dengan sendiri setelah beberapa hari, tanpa perlu mengambil apa-apa ubat. Ia tidak bahaya.

Bengkak ini dinamakan ankle edema iaitu pengumpulan cecair pada pergelangan kaki akibat kesan graviti.

Banyak faktor-faktor yang menyebabkan bengkak di pergelangan kaki. Antara puncanya ialah :

  1. Berdiri terlalu lama
  2. Duduk terlalu lama dalam kereta atau kapal terbang
  3. Berat badan yang berlebihan
  4. Jika pernah berlaku kecederaan di kawasan itu, bengkak akan lebih mudah berlaku

Jika bengkak kaki berlaku setelah berlaku perkara-perkara di atas, ia tidak merbahaya. Selalunya bengkak itu tidak menyakitkan dan akan berkurangan setelah beberapa hari.

Cakap kat mak, supaya angkat kaki melebihi paras jantung ketika berbaring. Nanti bengkak itu akan hilang secara perlahan-lahan

Saya memberikan beberapa saranan-saranan yang boleh dilakukan di rumah. Jika bengkak itu mulai surut, maka  ia tidak menunjukkan tanda-tanda bahaya.

Selain itu, bengkak kaki boleh dihilangkan dengan melakukan pergerakan pada otot betis supaya darah dapat dipamkan ke jantung iaitu dengan melakukan pergerakan ringan pada sendi-sendi dan otot betis. Urutan yang ringan pada bengkak itu juga membantu melancarkan perjalanan saluran limfatik.

Jika bengkak itu berulang, pesakit boleh menggunakan stokin khas yang boleh didapati dari farmasi. Penjagaan makanan juga penting. Pesakit dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan ‘low-salt diet’.

Bagi bengkak yang tidak merbahaya, doktor selalunya akan memberikan ubat Frusemide 40mg (diuretic) yang mana air yang terkumpul akan dibuangkan melalui air kencing. Namun ubat ini mempunyai kesan sampingan dan harus diberikan secara berhati-hati kepada pesakit warga emas, terutama jika mereka mempunyai penyakit kronik. Oleh itu ubat ini hanya digunakan setelah mendapat nasihat doktor.

Jika bengkak itu tidak menyusut saiznya, ia adalah tanda bagi komplikasi penyakit yang lebih serius. Warga emas yang mempunyai penyakit kronik seperti diabetes dan darah tinggi harus mendapatkan pemeriksaan yang lebih teliti di hospital, terutama jika bengkak itu tidak berkurangan setelah beberapa hari. Dikhuatiri, bengkak itu menandakan seseorang itu mengalami masalah jantung, ginjal atau hati yang serius.

Sebahagian warga emas mengambil beberapa jenis ubat untuk merawat beberapa penyakit kronik mereka. Ada juga antara ubat-ubatan ini yang boleh menyebabkan bengkak di pergelangan kaki.

Beberapa ubat yang diberikan doktor juga boleh menyebabkan bengkak pada kaki. Antaranya:

  1. Pil hormon replacement therapy (HRT) dan testosterone
  2. Pil untuk penyakit darah tinggi seperti calcium channel blockers (seperti nifedipine, amlodipine, diltiazem, felodipine, and verapamil)
  3. Pil yang mengandungi steroids
  4. Pil rawatan kemurungan jenis MAO inhibitors (seperti phenelzine dan tranylcypromine) dan tricyclics (seperti nortriptyline, desipramine, dan amitriptyline)

Jadi jika berjumpa doktor untuk mengadu masalah bengkak kaki, saya sarankan agar pesakit membawa ubat-ubatan mereka agar doktor yang memeriksa dapat menyemak ubat-ubatan itu.

Doktor akan menghentikan ubat-ubatan itu dan mungkin menggantikannya dengan ubat yang lain bagi mengelakkan bengkak di pergelangan kaki berulang. Saya pernah ditanya oleh seorang rakan yang mengadu bengkak di kaki ibunya.

“Doc, ibu I ada bengkak di pergelangan kaki tapi yang peliknya, dia mengadu sakit pada bahagian itu. Bahaya tak?”

Jika bengkak kaki disertai dengan rasa sakit, selalunya ia menunjukkan masalah yang lebih merbahaya, sama ada infeksi dan gout. Pemeriksaan yang rapi harus dilakukan.

Jadi saya mencadangkan agar warga tua yang mengalami masalah bengkak di pergelangan kaki agar menjalani pemeriksaan oleh doktor, terutama jika mereka adalah pesakit kronik seperti seperti hypertensi/darah tinggi, diabetes/kencing manis dan hyperkolestrol.

Saya bimbang bengkak kakinya adalah tanda-tanda komplikasi penyakit kronik seperti kegagalan jantung, buah pinggang atau mungkin hati. Doktor akan memberikan rawatan berdasarkan penyakit yang sebenar, dan bukan hanya untuk menghilangkan bengkak di pergelangan kaki sahaja.

Wallahu a’lam.

 

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (100811)

Rujukan :

Goldman L. Approach to the patient with possible cardiovascular disease. In: Goldman L, Ausiello D, eds. Cecil Medicine. 23rd ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier; 2007:chap 48.

Benoit Blondeau; Lawrence L Tretbar; Morgan, Cheryl E.; Simon J. Simonian (2007). Lymphedema: Diagnosis and Treatment. Springer.

  10 comments for “Bengkak Pergelangan Kaki di Kalangan Warga Tua

  1. shamsul adhar
    15/12/2011 at 2:17 pm

    Salam Tn Doctor,
    Ibu sy berumur 65thn dan mengalami bengkak kaki +- 10thn sudah. Berbagai2 ihtiar sudah dicuba namun hasilnya mengecewakan.Para Doc yg merawat juga mengesahkan ibu sy tiada masalah jantung dan kencing manis. Masalah buah pinggang saya tidak pasti.Sejak 6 bulan yg lalu ibu sy hanya duduk di atas wheel chair dan baring saje.Selama 10thn ini ibu bergantung sama ubat yg diberi tapi cuma mengurangkan sakit tetapi tidak mennyembuhkan. Sampai satu tahap hospital menyuruh ibu berhenti makan ubat apabila ibu mula berak darah.Saya harap sangat Tuan Docktor dapat mencadangkan rawatan2 lain yg mungkin berkesan. Terima kasih.

  2. cindy8
    16/01/2012 at 7:13 pm

    salam Dr,
    Saya inging bertanya, Bapa saya mengalami bengkak di kaki dan ia telah berlarutan selama beberapa minggu, menurut kata bapa kaki itu tidak ada rasa sakit. Saya telah membawa bapa berjumpa dengan doktor dan darii pemeriksaan doktor bapa tidak mengidap sebarang penyakit. saya amat berharap dr dapat memberikan pendapat dan juga rawatan yang sewajarnya. Sekian, terima kasih.

  3. faiza
    27/02/2012 at 10:15 am

    Salam Dr,
    Saya telah mengalami bengkak di bhg atas tapak kaki untuk tempoh 3 minggu. saya berumur 45 tahun dan ada masalah darah tinggi. Untuk masa ini saya ambil ubat atenolol 50mg. Saya telah mendapatkan nasihat beberapa doktor dan nasihat yang diberikan tak ada apa2 dan mungkin water retention. Masalahnya tapak kaki saya akan membengkak bila kaki/betis saya sakit. Saya juga mangalami bengkak di bawah telinga terutama bila saya makan makanan yang keras atau kenyal spt roti. Terima kasih Dr kerana menyediakan blog ini ia amat bermanfaat.

  4. ita
    13/04/2012 at 11:20 pm

    assalam,
    kaki saya selalu mengembang( mcm bengkak) bila duduk dalam keadaan kaki yang tergantung. adakah saya ni ada mengidap apa2 penyakit yang kronik? saya ada darah tinggi tapi semasa mengandung sahaja..harap dr. dapat bagi sedikit pendapat.. terima kasih.

  5. Nor siah Ismail
    22/05/2012 at 7:47 pm

    Saya seorang guru, berumur 42 thn. Berat badan 79kg, tinggi 162cm. Saya selalu mengalami bengkak dibahagian betis setiap kali pulang dari kerja. Saya juga mengalami sakit di bahagian pinggul dan lutut. Sekarang saya cuba menurunkan berat badan dengan berbasikal, joging dan kurang makan makanan berkarbohidrat. Saya minum air jika terasa lapar. Tetapi masalah bengkak bukan sahaja di bahagian betis sahaja malah menjalar di bahagian kaki pula. Adakah perlu saya membuat pemeriksaan darah atau sekadar mengambil ubat untuk susut bengkak. Saya sangat berharap dr. dapat beri pandangan dan pendapat bagi menyelesaikan masalah saya ini..kerana apabila kaki saya bengkak saya terasa sangat lenguh dan sukar untuk melakukan aktiviti harian.

  6. azizan
    06/06/2012 at 6:45 pm

    Salam doktor.

    Saya ada bengkak betis tetapi tidak sebengkak seperti gambar yg DR. paparkan cuma bila ditekan lambat kembali normal. saya ada jumpa DR.Homeopathy dan dinasihatkan untuk membuat rawatan utk kenalpasti jantung dan buah pinggang. Menurut Dr.Homeopathy tersebut, saya tiada masalah kencing manis dan darah tinggi.

  7. tia
    27/06/2012 at 12:21 pm

    salam..dok
    abah saya umur 67 tahun baru2 ni dok kata jantubg bengkak dan paru2 berair..semlm saya cek perutnya kembung.apakah rawatan selanjutnya yang boleh dilakukan unt menyembuhkan penyakit abah.dia cepat sesak nafas kebelakangan ini.tolonglah dok apakah tindakan sewajarnya unt abah..terima kasih

  8. SITI HAPILAH MASSRI
    10/07/2012 at 7:50 pm

    ayah saya menhidap kencing manis dan kaki yang membengkak kerana penyakit itu.. adakah dengan mengambil insulin kaki yg bengkak akan surut..

  9. Zaiton Jamaluddin
    11/07/2012 at 9:53 pm

    A’skum. Saya ingin bertanya adakah saya mempunyai penyakit yg serious kerana kaki saya akan mula bengkak sekiranya saya banyak jalan. Dan kedua dua ibu jari tangan saya, kiri dan kanan tidak boleh bengkok. kini saya bergantung dengan pain killer saja. Saya berumur 53 tahun sekarang. tidak bekerja.

  10. nur hidayat
    05/08/2012 at 10:11 am

    salam, Doc
    nenek saya kena stroke & lumpuh badan sebelah kanan…selepas seminggu keadaan mulut dia dah pulih tetapi ada sedikit bengkak pada kaki yg lumpuh & tgn jugak..kini dah 2 minggu lebih keadaan tgn dia dah makin surut..cuma kaki kanan yg lumpuh (sebelah kanan)masih kelihatan bengkak. adakah mmg perkara biasa atau petanda lain utk org yg mengidap penyakit ini (stroke berdarah)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *