Advertorial
Home » Tag Archives: doa

Tag Archives: doa

Tekanan darah tinggi ketika hamil

TEKANAN DARAH TINGGI KETIKA HAMIL   “Salam doctor. Saya berumur 25 tahun dan hamil 24 minggu. Baru-baru saya menjalani pemeriksaan di Pusat Kesihatan Ibu dan Anak. Saya disyaki mempunyai darah tinggi. Bacaan tekanan darah saya ialah 150/90. Saya tidak pernah mnghidap penyakit ini sebelumnya. Cuma ibu dan bapa saya memang kedua-duanya pesakit darah tinggi dalam rawatan. Saya ingin bertanya, apakah punca penyakit darah tinggi dialami oleh wanita hamil? Mohon nasihat doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Seorang wanita didiagnosakan sebagai mempunyai penyakit darah tinggi ketika hamil (Pregnancy Induced Hypertension) apabila bacaan tekanan darahnya melebihi 140/90 atau bacaan ... Read More »

Bimbang anak jatuh dari katil

“Salam Doktor, Saya ada seorang anak lelaki berusia 7 bulan. Pagi tadi anak saya jatuh dari katil. Ada bengkak diatas dahi anak saya. Dia menangis tapi selepas 3 minit mcm tu, dia berenti dan main macam biasa.  Saya juga telah bawa anak saya ke klinik sejurus lepas kejadian tu. Menurut doctor yang check anak saya, tiada apa2 yang serius. Tapi sebagai seorang ibu, saya sgt risau. Need your advice.”  WA ALAIKUM MUS SALAM Apa yg selalu kita risau apabila anak jatuh dari katil ialah anak akan mengalami kecederaan dan pendarahan otak. Kecederaan ini bergantung pada ketinggian katil, benda-benda keras yang ... Read More »

Demam yang lambat sembuh

  “Salam dr. Ibu saya sedang demam dan sudah dibawa untuk pemeriksaan doctor. Beliau telah mengambil ubat yang telah diberikan. Pada mulanya, demamnya macam sudah kebah tetapi kemudian panas semula. Semalam dan pagi ini suhu badan dia kadang kala sejuk kadang kala menjadi panas. Adakah normal? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Demam yang berulang adalah sesuatu yang bukan normal. Selagi belum belum mendapat kesembuhan, selagi itu ubat perlu diberikan.   Namun begitu ubat yang diberikan hanyalah asbab untuk kesembuhan. Kena yakin bahawa ALLAH yang menyembuhkan. Namun ALLAH meminta kita berusaha mendapat kesembuhan tanpa mengurangkan keyakinan kepadaNYA.   ... Read More »

Halalkah Produk Makanan Tambahan Yang Diambil Selepas Melahirkan Anak?

    “Salam doktor, saya ingin bertanya. Saya baru melahirkan anak. Perlukah saya mengambil makanan tambahan untuk saya kerana saya meragui kebanyakan produk yang dijual di farmasi dan on line. Mohon pencerahan.”     Sekiranya seorang ibu menjaga pemakanan yang baik dan seimbang, mengambil vitamin dan makanan tambahan mungkin tidak perlu.   Walau bagaimanapun, dengan tuntutan dan tekanan hidup selepas melahirkan anak, ramai wanita yang tidak dapat memastikan pemakanan mereka benar-benar berkhasiat .   Oleh itu, ramai wanita yang mengambil multivitamin dan makanan tambahan memastikan mereka mendapat semua nutrien yang diperlukan.   Namun begitu, harus berhati-hati kerana ada pengeluar multivitamin ... Read More »

Ada Ketumbuhan dalam Payudara

  “Assalamu alaikum doctor, sata berumur 30 tahun dan ibu saya meninggal dunia di usia 45 tahun akibat kanser payudara. Baru-baru ini ketika mandi, saya memeriksa payudara saya dan mendapati payudara saya ada ketulan. Saya sangat takut kerana kawan-kawan saya mengatakan bahawa jika ibu mengalami kanser payudara, anak perempuannya juga boleh mengalami masalah yang sama. Adakah ketulan ini bahaya, doctor. Mohon penjelasan”     Ramai wanita yang merasa risau apabila mendapati ada ketulan atau ketumbuhan di dalam payu dara mereka.   Bukan semua ketumbuhan di dalam payu dara merupakan kanser payu dara. Kebanyakan ketumbuhan ini adalah ketumbuhan biasa yang bukan ... Read More »

Meningkatkan daya tahan ibu dan anak

  “Assalamu alaikum doktor, saya mengalami alahan yang kuat pada makanan dan habuk. Saya kerap demam, selsema dan sakit. Anak saya yang berusia 2 tahun juga selalu demam dan sakit. Banyak kali saya membawanya berjumpa doctor, tetapi beliau tetap mengalami masalah yang sama, iaitu demam dan selsema. Adakah daya tahan kami tidak kuat, doctor?”   Walalaikum mus salam.   Daya tahan seorang ibu sangat berkait rapat dengan bayinya. Hubungan emosi dan fizikal, sama ada memeluk anak, memberi makan dan menguruskan fizikal anak, sangat mempengaruhi daya tahan anak yang dijaganya.   Bagi ibu yang baru melahirkan anak, saya amat menggalakkan mereka ... Read More »

Darah Tinggi Semasa Hamil

“Salam sejahtera doktor saya ingin bertanya jika menghidap tekanan darah tinggi apakah risikonya pada bayi dan juga ibunya. Terima kasih doktor”. Salam sejahtera. Saya bersimpati dengan puan, jika puan mengalami masalah ini. Banyaklah berdoa, insya ALLAH akan akan permudahkan kehamilan puan. Ada wanita yang mengalami penyakit darah tinggi sebelum beliau hamil lagi. Penyakit ini akan menjadi lebih teruk sewaktu hamil dan akan memberikan pemantauan yang lebih yang teliti apabila mereka mula memasuki trimester kedua. Beberapa jenis ubat darah tinggi yang selamat digunakan semasa hamil. Ada pula wanita yang mengalami tekanan darah tinggi apabila mula hamil yang selalunya berlaku selepas kehamilan ... Read More »

Banyakkan doa dan sedekah jika anak lahir pramatang

  Ramai ibubapa yang berputus harap apabila melahirkan anak secara pramatang, dan bayi pula dilahirkan mempunyai berat yang kurang dari 1.0kg.   Walaupun pada amnya, kebarangakalian untuk bayi sebegini untuk meneruskan kelangsung hidup agak rendah, namun sebenarnya mereka mempunyai peluang untuk terus hidup jika diberikan peluang dan dijaga dengan baik.   Satu contoh yang menarik di mana seorang bayi, yang dipercayai paling kecil dilahirkan seberat hanya 0.25 kilogram dan setinggi ukuran telefon bimbit telah dilahirkan.   Inilah tanda kebesaran ALLAH.   “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran ... Read More »

Pengalaman Pesakit SLE Kedua

Saya didiagnos SLE pada tahun 1991 setelah hampir setahun sakit dan doktor yg merawat ketika itu tidak dapat kenalpasti penyakit saya. Setelah didiagnos saya dirawat dgn steroids akan tetapi buah pinggang saya gagal pada tahun 1993. Saya menjalani hemodialysis selama 5 tahun. Dari saya mula didiagnos dan diberitahu bahawa penyakit ini tiada ubat, keluarga saya tak henti2 ikhtiar. Bermacam2 ubat tradisional dan pemakanan yg dicuba. Ubat doktor tidak pernah tinggal. Doa serta solat hajat apatah lagi. Ini kerana kita yakin apa yg tertera dlm Quran tentang setiap penyakit ada penawar. Keadaan saya ketika hemodialysis memang agak teruk dan tidak stabil. Kerap ... Read More »

Membaca al Quran untuk merawat Gastrik

    “Assalamu alaikum doctor. Saya menghadapi masalah gastrik yang kronik. Perut saya sering merasa sakit, rasa loya di tekak, muntah-muntah dan berat badan menurun sebanyak 5 kg dalam masa dua bulan. Saya sudah banyak kali berulang-alik hospital untuk rawatan gastrik, tetapi belum reda. Bolehkah doctor memberikan pandangan?”   Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang tuan hadapi. Apabila umur kita semakin meningkat, seluruh anggota dan organ badan kita tidak seperti dulu.   Antara masalah yang dihadapi oleh orang yang memasuki umur 50an ialah masalah penghadaman atau sering disebut gastrik.   Jadi jangan memandang remeh penyakit gastrik yang ... Read More »

Panduan untuk hamil selepas usia 35 tahun

    Lelaki dan wanita yang baru mendapat jodoh dan merancang untuk mendapatkan zuriat, mereka harus melakukan lebih banyak usaha. Ini kerana tahap kesuburan mereka semakin menurun dan memerlukan lebih banyak suplemen untuk mengekalkan kesuburan mereka.   Kesuburan yang rendah akan menyebabkan kehamilan semakin sukar dan mengambil lebih banyak masa.   Ramai pasangan yang sudah berumur 35 tahun ke atas yang berputus harap. Padahal kebanyakan mereka masih berpeluang untuk menimang cahaya mata sendiri asalkan terus berusaha dan berdoa kepada ALLAH.   Dalam Al Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas.   “Atau Ia (ALLAH) mengurniakan mereka kedua-duanya,  anak-anak lelaki dan perempuan, dan ... Read More »

Pendarahan selepas Pap smear

As salam Dr…saya telah berusia 37 tahun telah berkahwin selama 15 tahun. Saya telah pergi ke hospital dan telah membuat pap smear dan semasa prosedur tu terdapat darah dan luka di ‘os ‘apabila pap smear dilakukan dan dr telah melakukan ‘burn’di kawasan luka tersebut dan berhenti sekejap pendarahan itu.dan terus sambung kerja pada hari yang sama.malam itu pula terjadi pendarahan sehingga la sekarang apa tandatu dr …adakah kanser takut la saya ..tolong saya dr…Minta dijauhkan nauzubillah.. Dr Zubaidi: Saya bersimpati dengan masalah puan. Namun janganlah terlalu memikirkan perkara yang belum berlaku kerana ia belum ditakdirkan. Ia akan menyebabkan puan berasa ... Read More »

Kecederaan saraf selepas melahirkan anak menyebabkan kaki tidak boleh memijak ke lantai

Assalamu a’laikum doktor. Saya berusia 28 tahun dan baru melahirkan anak 22 Julai yang lalu secara pembedahan. Ketika hamil 9 bulan, saya mengalami rasa sakit pada bahagian pinggul kiri sehinggakan saya tidak dapat berjalan.Kaki kiri tidak dapat memijak dan pinggang belakang terasa sakit. Bila berbaring, saya tidak dapat bangun dan terpaksa diangkat perlahan-lahan. Saya juga terpaksa mengesot dan menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Pihak hospital telah melakukan pemeriksaan xray tetapi menurut doctor, tiada masalah dengan tulang saya. Pemeriksaan ultrasound juga telah dijalankan namun tiada dapat mengesan masalah pada pada kaki kiri saya. Saya ingin bertanya adakah kesakitan ini akan berakhir ... Read More »

Hukum Mengambil Ubat Penahan Haid

Saya serba salah ketika memberikan ubat penahan haid kepada wanita yang mahu mengerjakan umrah di hujung Ramadhan. Beliau mahu terus kekal berpuasa di bulan Ramadhan dan menghidupkan malamnya. “Doktor, bolehkah saya dapatkan pil kerana saya mahu mengerjakan umrah tidak lama lagi. Kebetulan pula ia bertepatan dengan sepuluh hari terakhir Ramadhan” Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Islam adalah agama yang sederhana. Islam tidak pernah memaksa kita melakukan di luar keupayaan kita. Apatah lagi jika amalan-amalan itu berupa amalan yang tidak diwajibkan. Allah berfirman : “Allah tidak membebani seseorang di luar kemampuannya..” (Surah Al-Baqarah: 286) Semoga kita tetap memperolehi pahala sepertimana ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!