Tag Archives: demam

Kitaran Haid Tidak Normal, Perlukah Pemeriksaan Doktor

KITARAN HAID TIDAK NORMAL, PERLUKAH PEMERIKSAAN DOKTOR? “Assalamualaikum doktor,  Saya ingin bertanye tentang pertukaran kitar haid.sebelum bernikah saya mengalami kitar haid yang normal selama 28 hari..tetapi selepas 2 bulan bernikah kitar haid saya berubah kepada 35 hari.adakah saya patut berjumpa dengan doktor ataupun tidak. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kitaran haid yang normal ialah antara 21-35 hari. Purata kitaran haid yang biasa ialah 28 hari. Jadi jika kitaran haid sesekali menjadi panjang dan pendek, dan  ia berlaku sesekali, ia masih dianggap normal. Kitaran haid melambang kesuburan seorang wanita. Jadi hal yang utama, walau berapa panjang atau pendek kitaran haid …

Read More »

Air dapat merawat migraine

AIR YANG DIMINUM DAPAT MENGURANGKAN SAKIT KEPALA DAN MIGRAINE “salam doctor. Saya adalah penghidap migraine yang kuat dan kerap. Boleh dikatakan setiap bulan saya akan mengalam sakit kepala sehingga tidak dapat melakukan kerja. Saya sering mengambil MC untuk berehat di rumah. Selain dari ubat-ubatan, apakah yang say perlu lakukan untuk mengurangkan sakit kepala saya. Mohon nasihat, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM. Sakit kepala migrain adalah serangan sakit kepala yang teruk sehingga menyebabkan rasa mual dan muntah . Sesetengah pesakit menjadi sangat sensitif  terhadap cahaya dan bunyi bising. Kebanyakan pesakit akan merasa sakit pada sebahagian kepala, dan biasanya ia berulang. …

Read More »

Lendiran Dari Faraj Tanda Subur

LENDIRAN DARI FARAJ TANDA SUBUR “Salam doctor, saya ada soalan yang agak segan saya Tanya kepada mana-mana doctor. Masalah saya ialah beberapa hari selepas haid saya kering, terdapat banyak lendiran faraj keluar. Ia berwarna jernih dan tidak berbau. Adakah ia menandakan suatu penyakit. Untuk pengetahuan doctor saya berusia 22 tahun dan masih belum berkahwin. Mohon penjelasan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Lendiran faraj yang banyak keluar, tidak bermakna ia suatu penyakit. Ia adalah normal dan mungkin suatu tanda saudari seorang yang subur. Selalunya apabila beberapa hari selepas haid kering, akan keluar lendiran dari faraj, bentuknya seperti putih telur yang …

Read More »

Mengira Hari Subur Bagi Mengelakkan Hamil

MENGIRA HARI SUBUR BAGI MENGELAKKAN HAMIL “Salam doctor,saya banyak mengikut dan membaca tentang info mengenai kesihatan penyakit yang doktor kongsikan. Saya ingin bertanya dengan lebih terperinci tentang perancang keluarga tanpa mengambil pil, suntikan, implan dll. Saya ingin merancang sendiri. Masalahnya sy tidak tahu masa subur, tanda2 subur dan bagaimana kiraan waktu subur. Saya berharap sangat doktor dapat membantu dan memberi pandangan yang sewajarnya. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM Kaedah perancang keluarga tanpa menggunakan apa-apa alat perancang keluarga , dinamakan kaedah kalender.   Dalam kaedah ini, pasangan suami isteri cuba mengelak melakukan hubungan seksual pada hari-hari subur.   …

Read More »

Guttate psoriasis

  Tidak semua antibiotik menyebabkan alahan ubat. Adakalanya doktor terkeliru apatah lagi selepas ubat diberikan, pesakit mengadu mengalami alahan pada kulit.   Dalam satu keadaan yang dinamakan “Guttate psoriasis” atau dalam bahasa mudahnya  ” letusan psoriasis ” adalah sejenis penyakit kulit psoriasis yang muncul selepas jangkit.   Pesakit mengalami demam, selsema dan batuk, lalu diberikan antibiotik.   Tidak lama, pesakit datang semula ke klinik dan mengadu mengalahi ruam yang gatal di kulitnya. Ruam sebesar  0.5-1.5 cm diameter, terutamanya pada kulit belakang dan peha.   Dalam kes ini, alahan itu bukannya disebabkan oleh alahan ubat tetapi letusan yang berlaku pada seseorang …

Read More »

Keratoacanthoma

KERATOACANTHOMAS Seorang petani berusia 68 tahun datang ke klinik dengan menunjukkan masalah yang dialami pada jari kanannya. Seperti ada ketumbuhan  (nodule) dan sedikit nanan di tengah-tengahnya. Beliau tidak berasa sakit dan semua jarinya boleh digerakkan tanpa masalah. Selepas biopsy diambil, beliau didiagnosakan mempunyai masalah “Keratoacanthomas” dan sebahagian dari kanser yang dinamakan Squamous Cell Carcinoma dan perlukan rawatan yang agresif. Ia  gigitan serangga atau jangkitan kuman.    

Read More »

pesakit batu karang mengalami tulang yang reput

PESAKIT BATU KARANG MENGALAMI TULANG YANG REPUT     Pesakit yang pernah mempunyai batu karang dalam ginjal mungkin mengalami peningkatan risiko untuk mendapat kecederaan patah tulang dengan mudah. Kajian ini diterbitkan dalam “Clinical Journal of the American Society of Nephrology.” Ini kerana pesakit yang mempunyai batu karang dalam air kencing selalunya bermula dengan mengalami peningkatan kepekatan mineral kasium dalam air kencing. Mineral kalsium ini akan perlahan-lahan mendak dalam buah pinggal dan menyebabkan batu karang. Kalsium yang keluar melalui air kencing biasanya berasal dari tulang dalam tubuh. Ini bermakna garam kalsium dari tulang keluar dan menyebabkannya menjadi rapuh dan mudah patah …

Read More »

Bolehkah Bidan Kampung Mendiagnosa Fibroid

“Salam doktor. Saya berusia 26 tahun dan belum berkahwin. Baru-baru ini saya telah diurut oleh seorang bidan kampung sebagai persediaan saya untuk bernikah tidak lama lagi. Saya diberitahu oleh bidan kampung itu bahawa ada fibroid. Sedangkan saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan kitaran haid saya. Bolehkah saya mempercayai kata-kata beliau?. Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya tidak menolak pengalaman bidan kampung, namun ada beberapa perkara yang beliau katakan mungkin betul dan mungkin tidak. Kata-kata beliau mungkin setakat kebetulan saja.   Ini kerana fibroid adalah ketumbuhan pada rahem yang berada jauh di dalam perut. Dengan urutan …

Read More »

Memakai bra ketika menyusukan anak

BOLEHKAH WANITA MENYUSUKAN ANAK MEMAKAI BRA BERDAWAI   “Salam doctor, saya menyusukan anak bersuia sebulan. Oleh kerana payudara saya agak besar, saya menggunakan bra berdawai kerana ia memberi keselesaan bagi saya. Namun ada yang mengatakan, wanita yang hamil tidak boleh menggunakan sebarang bra. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai wanita yang tidak hamil suka memakai bra yang mempunyai dawai. Namun begitu bagi wanita yang menyusukan anak, mereka tidak digalakkan untuk untuk memakai bra sebegini .   Ini kerana bentuk payudara akan sentiasa berubah. Sebelum menyusukan anak di waktu pagi, saiz payudara mungkin membesar. Setelah menyusukan …

Read More »

SUSU FORMULA TERBAIK UNTUK BAYI ECZEMA

  “Assalamualaikum Dr, saya ingin bertanya kepada Dr. susu formula apakah yang sesuai untuk bayi yang mempunyai ekzema. Buat pengetahuan Dr. Anak saya sekarang berumur 6 bulan lebih.. sejak lahir saya memang bagi bf sampai sekarang tapi saya ingin mencampur susu formula kepada anak saya.. kerana air susu saya sudah tidak banyak seperti mula2. Buat pengetahuan Dr. Jg saya sudah pernah memberikan susu formula dumex.. bayi saya menyusu dan tidak pernah memuntahkan balik susu itu tetapi selepas 2 hari begitu timbul bintik merah bengkak seperti gigitan nyamuk di kaki, peha, dan kepala , dan selepas bebrapa hari bintik tersebut baik …

Read More »

GEJALA JANGKITAN KUMAN PADA GINJAL KETIKA HAMIL

  “Salam doktor, saya hamil 20 minggu. Baru-baru ini saya mengalami rasa pedih ketika kencing dan melihat air kencing saya agak keruh. Saya rasa sangat letih dan demam menggigil. Adakah ini tanda jangkitan kuman pada pundi kencing. Mohon pencerahan. Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Semasa hamil, jangkitan kuman pada pundi kencing lebih mudah menjangkiti berbanding dengan wanita yang tidak hamil.   Jika tidak diberikan rawatan yang sempurna, kuman akan menjangkiti pula buah pinggang (ginjal) dan boleh memudaratkan diri dan bayi dalam rahem.   Tanda-tanda jangkitan kuman pada ginjal ialah : 1. Demam panas (sehingga menggigil, dan berpeluh) 2. …

Read More »

APAKAH GELAJA JANGKITAN KUMAN PADA PUNDI KENCING PADA WANITA HAMIL?

  “Salam doktor. Saya hamil 20 minggu. Saya mengalami kencing yang kerap. Ada rakan-rakan mengatakan saya mengalami kencing kotor, dan jurarawat di pusat kesihatan pula mengatakan ia adalah normal bagi wanita yang sedang hamil. Bagaimana saya hendak mengetahui sama ada ia disebabkan oleh kencing kotor atau disebabkan rahem saya yang sudah membesar? Mohon pencerahan. Terima kasih. WA ALAIKUM MUS SALAM. Kencing kotor adalah nama yang diberikan oleh orang awam untuk jangkitan kuman dalam air kencing. Ia boleh berasal dari pundi kencing atau dari ginjal. Gejala jangkitan pada pundi kencing (cystitis) berbeza dari seorang wanita dengan wanita yang lain. Tanda-tanda biasa …

Read More »

Bahana MSG

Beberapa tahun dahulu ada seorang lelaki berbadan besar datang berjumpa saya, kerana sakit kepala. Bacaan tekanan darahnya agak ‘borderline’ dan saya memintanya datang semula selepas seminggu. Saya tidak memberikannya ubat. Saya minta dia minum air 2L sehari setelah membaca al fatihah dan tiupkan ke dalam air botol itu. Sebelum beliau meninggalkan saya, saya menarik tangannya dan berbisik. “Kalau mahu sihat, tak perlu lagi ke restoran segera seperti McD, Bugger King, KFC.. “ Beliau tidak datang. Selepas enam bulan, pada satu malam dalam perjalanan pulang, saya mengisi minyak di Petronas. Ada seorang lelaki gagah menepuk saya dari belakang. Saya fikirkan saya …

Read More »

KESAN DEMAM DI AWAL KEHAMILAN

“Salam doktor, saya hamil 10 minggu. Demam saya sekejap naik dan sekejap turun. Adakah kesan seperti ini memberi kesan pada bayi saya yang masih dalam rahem?”  WA ALAIKUM MUS SALAM Di awal kehamilan, demam yang rendah mungkin tidak menjadi masalah, tetapi demam tinggi (lebih dari 103 darjah Fahrenheit) boleh membawa maut untuk bayi. Ini disebabkan oleh proses-proses fisiologi dalam perkembangan janin seperti aktiviti pembentukan tulang dan otot yang memerlukan peningkatan suhu dalam badan. Peningkatan susu ini, atau demam yang rendah ini bukanlah disebabkan oleh masalah jangkitan kuman. Namun begitu jika tubuh seorang wanita yang hamil itu mengalami demam yang tinggi, …

Read More »

MENGAPA DEMAM KETIKA HAMIL BERBAHAYA?

“Salam doktor. Adakah demam ketika hamil berbahaya kepada bayi dalam rahem. Mohon pencerahan, terima kasih”. WA ALAIKUM MUS SALAM Di awal kehamilan, demam yang rendah(kurang dari 103 darjah Fahrenheit atau 38.6 darjah Celcius) mungkin tidak menjadi masalah. Ini disebabkan oleh proses-proses fisiologi dalam perkembangan janin seperti aktiviti pembentukan tulang dan otot yang memerlukan peningkatan suhu dalam badan. Ia bukanlah disebabkan oleh masalah jangkitan kuman. Namun begitu jika tubuh seorang wanita yang hamil itu mengalami demam yang tinggi, melebihi 38.6 C, ia boleh menyebabkan pembentukan fizikal janin yang melibatkan pembentukan tulang dan otot tadi menjadi terjejas dan akhirnya menyebabkan kecacatan janin …

Read More »

RAWATAN PLATELET RICH PLASMA (PRP)

“Saya ingin meminta pandangan doktor mengenai rawatan Platelet Rich Plasma. Bagaimana pandangan doktor mengenai rawatan ini? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rawatan Platelet Rich Plasma (PRP) adalah rawatan yang baru dan masih belum diterimapakai adalam arus perdana perubatan moden di Malaysia.  Oleh itu ia masih dianggap sebagai rawatan alternative kerana pihak KKM belum memasukkannya ke dalam senarai rawatan yang diberikan di hospital awam oleh doctor pakar yang digajikan oleh kerajaan Malaysia. Ia telah digunakan seawal tahun 1990-an dalam pembedahan  maxillofacial dan pembedahan plastik. PRP dihasilkan dari darah pesakit sendiri. Ia sebenarnya adalah serum darah pesakit yang mengandungi …

Read More »

Luka Diabetes

LUKA DIABETES   “Salam doctor, saya seorang berusia 50 tahun dan penghidap diabetes selama 10 tahun. Masalah saya ialah mengalami  rasa berdenyut-denyut pada kaki kanan saya. Apakah rawatan yang terbaik untuk saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Kebanyakan pesakit diabetes mellitus akan mengalami masalah kerosakan saraf jika tahap gula dalam darah tidak dikawal dengan baik. Tidak hairanlah jika pesakit diabetes akan mengadu rasa ‘terbakar’ dan menyucuk terutamanya pada tapak kaki dan betis. Ini bermakna bahawa pesakit diabetes tidak dapat mengawal gula dalam darahnya dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih agresif. Jika tidak dikawal dan bertambah teruk, …

Read More »

Kitaran Haid 40-60 Hari

KITARAN HAID 40-60 HARI.. “Salam doctor, saya mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur. Selalunya antara 40-60 hari. Adakah ia disebabkan oleh masalah PCOS?”Mohon penjelasan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Tanda utama seorang wanita mungkin mengalami masalah Sindrom Ovari Polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome – PCOS) ialah apabila mengalami kitaran haid yang tidak teratur. Ada pesakit yang mengalami haid antara dua hingga tiga bulan sekali. Namun begitu kitaran haid yang tidak teratur, hanya satu tanda untuk penyakit PCOS, dan pesakit harus menjalani pemeriksaan doctor, teruatamanya pemeriksaan hormone dalam darah dan ultrasound bagi melihat imej ovary. Ini kerana PCOS berlaku apabila …

Read More »

TIPS MERAWAT BATUK TANPA UBAT

Selain daripada pengambilan ubat batuk, kita boleh juga lakukan langkah-langkah berikut ini:   1. Minum air mineral dengan banyak antara 1.5-2.0 L sehari bagi mecairkan kahak. 2. Elakkan memakan makanan yang menyebabkan lebih banyak lendir seperti bahan tenusu, daging, makanan segera, gula dan makanan manis, tepung putih. 3. Jauhi sebarang asap termasuk asap rokok . 4. Elakkan dari persekitaran yang berhabuk, dan tinggal dalam bilik berhawa dingin terlalu lama. 5. Menyedut stim dari air yang mendidih atau mandi dengan air panas dapat membantu melegakan hidung yang tersumbat. 6. Masukkan air dalam rongga hidung dan hembus dengan kuat untuk membuang kahak …

Read More »

SUDAH MENGAMBIL UBAT BATUK TETAPI BELUM SEMBUH

“Salam doktor, saya mengalami batuk selama dua minggu. Pelbagai jenis ubat batuk yang saya gunakan. Saya ambil dari klinik dan hospital dan ada yang saya beli dari farmasi dan kedai ubat. Ia belum sembuh. Adakah ubat-ubat yang saya ambil tidak lagi berkesan kepada saya? Mohon pencerahan”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Batuk adalah bukan penyakit. Ia adalah mungkin gelaja bagi penyakit yang lebih serius atau ia adalah sebagai tindak balas refleks yang normal apabila melegakan rongga pernafasan yang tersekat atau apabila terkena bahan-bahan seperti habuk, atau hawa yang sejuk.   Adakalanya batuk disertai dengan selsema dan demam yang rendah. …

Read More »

NAJIS ANAK ADA DARAH

“salam doktor.  Anak saya berumur kurang 2 bulan. Semasa pantang, najisnya mempunyai darah (seperti sehelai bulu mata), saya ingatkan ianya disebabkan pemakanan saya. Saya kurangkan pengambilan makanan pedas dan monitor najis anak saya. Namun selepas pantang, kejadian sama berulang lagi sebanyak 2kali. Kali terakhir, darah lebih banyak berbanding biasa. Adakah ini disebabkan masalah usus. Mohon pencerahan doktor dan apakah yang patut dilakukan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. Langkah pertama yang puan lakukan ialah pastikan ia sememangnya darah pada najis, dengan melakukan ujian makmal. Adakalanya apa yang disangkakan ‘darah’ sebenarnya bukannya darah, tetapi warna najis bayi yang berubah. Saya mencadangkan …

Read More »

BINGUNG CYST DAN KEHAMILAN

“Assalamualaikum Dr.  Saya ingin bertanya pendapt  tentang perkara yang sedang saya alami skrg, iaitu berkaitan dengan kehamilan. Saya  telah membuat ujian UPT di rumah dan keputusan kabur. Hari pertama haid saya yang terakhir  ialah 26.8.2014. Saya telah ke klinik swasta pada  8.10.2014 untuk kepastian dan ujian UPT menunjukkan jalur lebih terang berbanding yang dibuat di rumah. Apabila  doctor melakukan pemeriksaan perut, doctor memberitahu tiada apa-apa  yang dapat dikesan cume ada cyst sebesar 3x3cm. Doktor juga memberitahu  kemugkinan saya hamil tetapi janin tidak jelas. Saya sy perlu melakukan pemeriksaan ultrasound ulangan, tambahan pula ada  keluar cairan coklat dalam kuantiti sedikit setiap …

Read More »

anak kurang berat badan

ANAK BERAT KURANG “Salam doktor, anak saya berusia satu tahun dan empat bulan. Namun berat badannya hanya 8kg. Bagaimana hendak meningkatkan berat badan dia. Adakah ini akan beri kesan sampingan pada anak saya bila besar nanti?” WA ALAIKUM MUS SALAM Walaupun mungkin berat anak puan agak ringan, namun begitu, berat badan sahaja tidak memberi makna bahawa seorang kanak-kanak itu mengalami pertumbuhan fizikal yang perlahan. Pertumbuhan fizikal kanak-kanak diukur pada ketinggiannya, berat badan dan lilitan kepala dan dipadankan dengan umur dan jantinanya. Setelah kelima-lima parameter ini akan dipadankan pada graf pertumbuhan fizikal kanak-kanak. Pertumbuhan fizikal kanak-kanak tidak dikira dengan BMI, tetapi …

Read More »

berhati-hati menggunakan shampu anti kutu

BERHATI-HATI MENGGUNAKAN SHAMPOO ANTI KUTU “as salam dr zubaidi, saya nak tanya. bolehkah wanita mengandung (8 bln) menggunakan ubat kutu? terima kasih.”     WA ALAIKUM MUS SALAM Sebelum menggunakan sebarang shampoo anti-kutu, sentiasalah baca arahan pada pek atau risalah yang diletakkan di dalam kotak shampoo tersebut. Shampoo anti kutu haruslah digunakan berhati-hati oleh: 1. bayi yang berusia di bawah usia enam bulan 2. wanita hamil dan menyusukan anak 3. individu yang mengalami asma atau mudah mendapat alahan Jika anda masih tidak pasti, dapatkan nasihat daripada pegawai farmasi di tempat shampoo itu dijual. Walau bagaimana pun terdapat shampoo anti-kutu yang …

Read More »

Adakah proses induksi kelahiran selamat?

PROSES INDUKSI KELAHIRAN, ADAKAH IA SELAMAT? “Salam doktor, saya sedang hamil 39 minggu. Menurut doktor jika tiada rasa sakit untuk hamil, berkemungkinan saya akan diinduksi proses kelahiran. Adakah ia selamat. Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Salah satu soalan yang sering ditanya kepada saya semasa bekerja di wad persalinan (obstetric), iaitu soalan yang sama juga ialah adalah proses induksi kelahiran selamat? Tidakkah ia mengganggu proses kelahiran yang normal? Induksi kelahiran adalah proses permulaan kelahiran yang dibantu olrh doktor dengan beberapa kaedah dan ubat, agar selepas itu proses kelahiaran yang normal (dengan rahem mengecut) dapat dapat bermula. Tujuan proses …

Read More »

Jangkitan Kuman Paru-paru di Kalangan Bayi

  “Doktor apakah tanda jangkitan paru-paru pada bayi 1 tahun 8 bulan?. Mohon pencerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM United Nations Children’s Fund (UNICEF) telah membuat anggaran bahawa penyakit jangkitan kuma di paru-paru (pneumonia) di kalangan kanak-kanak telah membunuh kira-kira 3 juta kanak-kanak di seluruh dunia setiap tahun. Ini bermakna jangkitan penyakit ini sangat bahaya. Kematian ini berlaku terutama di kalangan kanak-kanak yang mengalami penyakit kronik paru-paru akibat kelahiran pra-matang, penyakit jantung semenjak lahir (kongenital), dan kanak-kanak yang mengalami daya  tahan yang rendah (immunosuppression). Walaupun kebanyakan kematian berlaku di negara-negara yang miskin, tetapi ia masih menjadi punca utama kematian …

Read More »

Mahu Hamil Semula Selepas Gugur

MAHU HAMIL SEMULA SETELAH GUGUR “Salam doctor, saya mengalami mengalami keguguran  pada  dua bulan lepas, dan saya telah habis mengalami haid sekarang.  Saya  ingin tahu, adakah saya perlu rehat beberapa bulan utk hamil semula? Sekian, mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya ucapkan takziah pada puan atas kehilangan yang puan alami. Berdoalah agar ALLAH menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Janganlah bersedih. Rasulullah S.A.W bersabda:  “Siapa saja dari hamba yang tertimpa suatu musibah lalu ia mengucapkan:”Segala sesuatu adalah milik Allah dan akan kembali pada-Nya. Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah ang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik”, maka …

Read More »

Anak sering demam sejak masuk TASKA

ANAK SERING DEMAM SEJAK MASUK TASKA   “Salam doctor, anak saya berumur dua tahun dan saya telah mula menghantar dia ke TASKA kerana saya mula mendapat pekerjaan. Apa yang merisaukan saya ialah  anak saya sering demam. Ada kalanya tinggi da nada kalanya sederhana. Perlukah saya saya memberikan ubat antibiotic? Saya sangat risau Adakah beliau mengalami penyakit berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Demam di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah adalah suatu fenomena yang biasa. Ini disebabkan daya tahan kanak-kanak adalah rendah.   Semakin kanak-kanak itu membesar, semakin jarang dia akan mengalami demam.   …

Read More »

Ubat selsema ketika menyusukan anak

UBAT SELSEMA KETIKA MENYUSUKAN ANAK     Bagi ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, saya menasihatkan agar berhati-hati mengambil ubat antihistamine yang digunakan untuk rawatan selsema,batuk dan alahan. Ini kerana ubat-ubatan itu mungkin boleh diresap ke dalam susu ibu dan memberikan kesan kepada bayi yang disusukan. Antara ubat yang perlu dielakkan ialah: Alimemazine Cetirizine Cinnarizine Cyproheptadine Desloratadine Dimenhydrinate Fexofenadine Hydroxyzine Loratadine Mizolastine Ketotifen Jika tidak selesa dengan selsema, batuk dan masalah alahan ketika menyusukan anak dan mahu menggunakan ubat-ubatan ini, dapatkan nasihat doktor agar pemantauan dapat dilakukan.   IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang …

Read More »

Kuku jari berlekuk

KUKU JARI BERLEKUK “Salam doctor. Saya seorang wanita berusia 35 tahun, dan masalah saya ialah saya perasan kuku jari saya berlekuk-lekuk, dan kuku saya semakin menebal. Saya tidak pernah menggunakan sebarang pewarna kuku sebelum ini. Saya juga perasaan terdapat ‘kerakan’ berwarna putih pada kulit kepala dan siku saya semenjak setahun yang lepas. Mohon pendapat doctor. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya percaya pun mula mengalami penyakit “psoriasis” iaitu sejenis gangguan kulit dan kuku. Penyakit psoriasis ini tidak berjangkit kepada orang lain. Ia berpunca dari kombinasi factor genetic, hypersensitive dan factor sekeliling. Penyakit ini selalunya diwarisi dalam keluarga. Jika seseorang …

Read More »

PUNCA PENDARAHAN KETIKA HAMIL

  “Salam doctor, isteri saya sedang hamil. Beliau mengadu ada sedikit pendarahan berlaku. Adakah ianya berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya sukar menjawab soalan yang sauadara kemukakan kerana saya tidak mendapat keterangan dengan lebih lanjut.   Pendarahan ketika hamil, selalunya menandakan ada sesuatu yang tidak baik berlaku ketika hamil. Namun punca pendarahan itu bergantung kepada usia kehamilan dan pemeriksaan yang dijalankan.   Jika pendarahan berlaku di awal kehamilan, berkemungkinan disebabkan oleh “Pendarahan Implantasi”, di mana pendarahan berlaku apabila telur wanita ovum yang telah disenyawakan dengan sperma, bergerak menuju ke rahem dan menanamkan dirinya ke …

Read More »

RUAM PELUH

MILIARIA ATAU RUAM PELUH?     Salam doctor, saya mengalami masalah ruam dari sejak kecil lagi. Terutama apabila saya berpeluh. Apakah rawatan yang sesuai untuk saya? Mohon pencerahan, terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Setelah saya melihat gambar yang saudara berikan dan percaya punca utama masalah ini apabila saudara berpeluh atau apa saja keadaan yang menyebabkan saudara berpeluh.   Saudara mungkin mengalami keadaan penyakit yang dinamakan “Miliaria” atau juga dikenali sebagai “ruam peluh”.   Miliaria adalah penyakit biasa dalam masyarakat seperti kita, tinggal dalam cuaca panas dan lembap.   Ia bermula dari peringkat kanak-kanak dan bayi kerana punca …

Read More »

Infectiosum erythema ruam, demam rendah

  Infectiosum erythema, atau “fifth disease” adalah penyakit yang biasa menjangkiti kanak-kanak akibat jangkitan virus Parvovirus B19. Jangkitan boleh menyebabkan ruam pada tubuh dan muka.   Ia bermula apabila kanak-kanak itu mengadu sakit kepala, demam yang rendah, dan hidung selsema dan berair 2-3 hari sebelum bermulanya ruam. Kanak-kanak ini akan pulih secara spontan tanpa rawatan, pastikan minum air secukupnya , insha ALLAH.

Read More »

Menjadi kurus, tiada selera, demam rendah, batuk berdarah ..tanda santau, kata rakannya

Saya masih ingat apabila saya dipanggil ke sebuah rumah kongsi yang dihuni oleh pekerja warga asing. Ketika itu saya masih bekerja di HSA JB sebagai MO di Jabatan Pembedahan. Petang itu 5.30pm baru selesai kerja. Semalamnya oncall seharian dan wad pembedahan macam biasalah penuh dengan pesakit. 5 pesakit baru yang masuk. Dua kes disyaki acute appendicitis, satu kes kecederaan dalaman (intraabdominal injury) dari Kluang akibat jatuh dari bumbung, satu kes juga kecederaan dalaman setelah jatuh dari motorsikal di Tambak Johor dan satu kes polis apabila seorang lelaki Cina ditikam di perut di hadapan pub. Saya boleh saja cakap “Saya penat, saya …

Read More »

Punca Sakit Belakang Ketika Hamil

“Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat.   Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar.   Bagi mengimbangkan pusat gravity itu, selalunya puan akan menukarkan …

Read More »

Vaksin disahkan selamat dan berkesan?

  Banyak kajian telah mengesahkan bahawa vaksin yang biasa digunakan untuk meninggikan daya tahan kanak-kanak di Amerika Syarikat adalah selamat, malah berkesan dalam mencegah banyak penyakit yang boleh mengancam nyawa.   Tetapi oleh kerana telah banyak informasi yang mengelirukan mengenai risiko vaksin ini, dan sebenarnya bahaya sebenar apabila ibubapa enggan untuk menghantar anak mereka untuk diberikan suntikan vaksin, maka sekumpulan pengkaji telah mengambil keputusan untuk meneliti semula secara sistematik semua kajian yang telah dijalankan dan yang telah diterbitkan dalam journal-journal perubatan.   Mereka mendapati dan membuat kesimpulan bahawa pemberian suntikan vaksin adalah selamat malah berkesan.   Para penyelidik itu mengkaji …

Read More »
error: Content is protected !!