Advertorial
Home » Herba » Mengurangkan rasa loya dan muntah selepas kimoterapi dengan perahan halia

Mengurangkan rasa loya dan muntah selepas kimoterapi dengan perahan halia

PERAHAN HALIA MENGURANGKAN RASA LOYA DAN MUNTAH PADA PESAKIT KANSER YANG MENJALANI RAWATAN KIMOTERAPI.

 

chemotherapy

 

Ramai ibu yang memberikan anak mereka minum yang mempunyai ekstrak atau perahan halia untuk melegakan kembung anak mereka yang berumur 4 tahun ke atas.  Beberapa kajian terbaru menunjukkan bahawa perahan halia membantu mengurangkan rasa loya dan muntah jika diberikan kepada pesakit kanser yang menjalani rawatan kimoterapi. Hanya dengan memberikan suku suduteh perahan halia, sama ada dicampurkan dengan the, lemon atau madu, ia dapat mengurangkan rasa loya sebanyak 40%.

 

 

Dr Julie Ryan

Dr Julie Ryan

 

Kajian yang dilakukan oleh Assistant Prof Dr Julie Ryan, Pakar Dermatology dan Radiation Oncology di University of Rochester,  New York, Amerika Syarikat. Berbanding dengan pesakit yang menggunakan ubat sintetik untuk menahan muntah, 70%  dari pesakit yang menjalani rawatan kimoterapi masih lagi merasa loya dan muntah. Pembentangan ini dilakukan satu sidang media yang disokong oleh American Society of Clinical Oncology (ASCO).

 

Douglas Blayney

Dr Douglas Blayney

 

“Ramai pesakit (yang  masih mengalami rasa loya dan muntah walaupun mengambil ubat sintetik untuk menahan loya dan muntah) bertanya, ada tak cara lain untuk mengurangkan rasa loya dan muntah?” kata  Presiden ASCO Dr Douglas Blayney, dari University of Michigan, Amerika Syarikat.

 

“Kami mencadangkan penggunaan perahan halia diambil bersama dengan penggunaan ubat sintetik itu” katanya lagi.

 

Sebelum ini ada kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan perahan halia sebagai alternative tidak menunjukkan keputusan yang positif. Maknanya ada pesakit yang mendapat manfaat, dan ada yang tidak mendapatkan manfaat ini. Mereka mengalami rasa loya dan muntah selepas rawatan kimoterapi.

 

Namun Dr Julie Ryan memberitahu bahawa perahan halia ini harus diberikan kepada pesakit sebelum rawatan kimoterapi dimulakan.  Bukan semasa atau selepas rawatan ketika pesakit sudah merasakan rasa loya dan muntah itu.

 

Satu kajian di Amerika Syarikat yang dibantu oleh National Cancer Institute,  yang melibatkan seramai 644 orang yang mengadu mengalami rasa loya dan muntah selepas sesi pertama rawatan kimoterapi.

 

 

HALIA

 

Pesakit diambil secara rawak dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.  Mereka menerima placebo (suplemen yang tidak mengandungi sebarangperahan halia), dan yang lain menerima perahan halia dengan dos sebanyak 0.5 gram, 1.0 gram, atau 1.5 gram dalam satu kapsul untuk enam hari, sebelum mereka memulakan rawatan kimoterapi.

 

Semua pesakit ini juga menerima ubat sintetik Zofran untuk menahan loya dan muntah yang biasa diberikan selepas rawatan kimoterapi.

 

Peserta mencatatkan rekod 1 hingga 7 markah terhadap rasa loya yang mereka alami. 1 markah untuk tiada rasa muntah dan 7 markah bagi rasa loya dan muntha yang yang sangat teruk. Ia harus direkodkan empat kali sehari untuk empat hari.

 

Di akhir hari pertama, pesakit yang mengambil dos perahan halia yang menyamai  atau lebih perahan halia sebanyak suku suduteh mencatatkan rasa loya muntah mereka sebagai 1 atau 2 markah. Ini bermaksud tiada rasa loya dan muntah.

 

Sementara pesakit yang hanya menerima placebo mecatatkan rasa muntah mereka sebagai 4 atau 5 markah bermakna mengalami rasa loya dan muntah yang teruk.

 

Kajian menunjukkan semakin banyak dos perahan halia yang diberikan, semakin bermanfaat kepada pesakit. Manfaat itu kekal selama empat hari dalam kajian itu.

 

Malah Dr Julie Ryan memberitahu pesakit yang mengalami rasa loya dan muntah yang kuat pada hari pertama, akan kurang mengalami rasa loya untuk hari berikutnya.

 

Manfaat ini hanya diperlehi apabila menggunakan perahan halia yang tulin sama ada dalam bentuk cecair, atau serbuk. Ia tidak dapat didadati jika ia menggunakan ‘perasa halia’ yang dibuat secara sintetik.

 

Kesimpulan yang mungkin kita dapati ialah penggunaan perahan (ekstrak) halia bukanlah suatu mitos dalam perubatan kuno. Ia juga harus dikembalikan kepada masyarakat moden kerana manfaatnya yang sedia kita ketahui.

 

Bayangkan rasa loya dan muntah yang kuat apabila seorang pesakit menjalani rawatan kimoterapi dapat dikurangkan dan ditangani dengan baik menggunakan halia.

 

Apatalah lagi jika loya dan muntah disebabkan oleh perkara yang kurang serius seperti disebabkan oleh pergerakan kapal di dalam lautan bergelora, tercium bau busuk yang memualkan dan disebabkan oleh kehamilan.

 

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Scroll To Top
error: Content is protected !!
%d bloggers like this: