“Assalamualaikum Dr Zubaidi. Mohon pencerahan. Saya ingin bertanya, apabila saya mengambil olive oil, saya mengalami sakit perut dan cirit birit. Mengapa ia berlaku dan apa alternatif atau solusi utk perkara ini. Terima kasih”.
Waalaikumussalam.
Minyak zaitun adalah sebahagian diet Mediterranean yang dianggap sebagai makanan terbaik.
Namun begitu, minyak zaitun memang boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit pada beberapa orang.
Antara sebabnya adalah :
1. Kandungan Lemak : Minyak zaitun mengandungi lemak yang tinggi, dan lemak memerlukan masa lebih lama untuk dicerna. Ini boleh menyebabkan ketegangan pada sistem pencernaan dan menyebabkan sakit perut serta cirit-birit.
2. Kesan Laksatif : O memiliki kesan laksatif semulajadi (mudah buang air besar) yang dapat membantu meredakan sembelit, tetapi pada beberapa orang, ini boleh menyebabkan cirit-birit.
Terdapat beberapa solusi bagi masalah ini.
1. Kurangkan Jumlah Pengambilan : Cuba kurangkan jumlah minyak zaitun yang puan ambil. Mulakan dengan jumlah yang lebih kecil dan lihat bagaimana tubuh puan bertindakbalas.
2. Ambil bersama makanan : Ambil minyak zaitun selepas makan akan mengurang rasa sakit perut dan cirit-birit.
3. Ambil bersama segelas air kosong : Ini membantu mengurangkan rasa sakit perut dan mengurangkan gejala cirit-birit.
4. Ambil bersama Halia : Halia dapat membantu meredakan masalah pencernaan seperti mual dan sakit perut. Anda boleh meminum teh halia atau mengunyah potongan halia segar jika rasa loya dan muntah.
Terdapat juga alternatif lain yang boleh diambil sebagai alternatif minyak zaitun.
1. Minyak Ikan Omega-3 Ia juga dapat membantu mengurangkan keradangan dan tahap kolesterol jahat dalam tubuh.
2. Vitamin E bersifat anti-oksida yang mengurangkan keradangan tubuh dan menurunkan tahap kolesterol. Ambillah dalam bentuk tocotrienol.
3. Minyak Kelapa Dara kurang menyebabkan rasa sakit dan cirit birit berbanding dengan minyak ikan. Rasanya lebih diterima oleh penduduk Asia Tenggara.
Semoga menjawab soalan yang ditanya.
#HealthDrZubaidi
#minyakikan
#minyakkelapadara
#minyakzaitun
#loyadanmuntah
Boleh dapatkan Minyak Ikan Omega-3 NV. Ambil dua biji setiap hari
https://www.needsvenue.com.my/collections/kombo-istimewa/products/-family-pack-3-unit-nv-fish-oil-