Lendir Degil di dalam Tekak

Apakah yang menyebabkan lendir/kahak (phlegm)?

Lendir (Phlegm) adalah cecair yang pekat, melekat dikeluarkan oleh selaput  mukus (mucus membrane) yang terdapat di sepanjang saluran pernafasan. Maka lendir boleh dikeluarkan di sepanjang saluran pernafasan daripada paru-paru hingga ke rongga hidung. Apabila lendir ini berkumpul, ianya akan ditolak ke atas oleh “cilia” (rerambut kecil) daripada paru-paru naik ke tekak.

Lendir yang sedikit selalunya tidak mendatang masalah kerana ianya adalah sebahagian daripada sistem pertahanan badan. Lendir di paru paru dan trachea memerangkap habuk dan bendasing dan membawanya ke tekak ddengan cara rerambut cilia menolak lendir itu ke bahagian atas. Sekaligus menghalang habuk daripada masuk ke dalam sistem pernafasan. Namun begitu, lendir yang banyak menunjukkan ianya disebabkan oleh penyakit, dan bukannya perkara yang normal lagi. Ini berlaku terutama apabila lendir terlalu banyak dan mempunyai warna kuning atau hijau atau kuning kehijau-hijauan.

Apakah penyebab lendir berkumpul di tekak.

Lendir (phlegm) di tekak boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Sesetengah orang mengalami perasaan lendir di tekak pada waktu malam, manakala sebahagiannya pula mengalami lendir di waktu awal pagi. Ianya mungkin petanda bagi masalah saluran pernafasan yang kronik. Namun begitu masalah allergik (alahan) dan jangkitan virus adalah punca utama bagi lendir.

Tindakbalas allergik adalah disebabkan oleh habuk atau bendasing yang kecil. Sebagai contoh jika seorang pekerja di kilang kain, masalah utama beliau ialah terpaksa berdepan dengan habuk2 kain yang bersaiz kecil berterbangan di udara tanpa beliau sedari. Seorang guru yang mengajar murid-muridnya menggunakan kapur semasa menulis di papan hitam juga menghadapi masalah allergik pada habuk kapur, atau jika guru itu menggunakan pen marker untuk menulis, kemungkinan beliau akan allergik kepada bau dakwat yang digunakan.

Apabila tekak diserang oleh habuk sebegitu, ianya akan mencepatkan pembentukan lendir (mucus), yang bertujuan untuk mengumpulkan bendasasing yang halus ini dan dibuangkan dengan proses batuk. Ianya adalah sebahagian daripada sistem ketahanan tubuh (body immune system), pada masa yang sama menyebabkan radang tekak, selain dari pembentukan kahak yang banyak tadi.

Walau bagaimana jika tekak “diserang” dgn hebat, tubuh akan melipatgandakan sistem pertahanan sehingga menyebabkan saluran pernafasan menyempit, bagi mengelakkan banda asing ini masuk ke dalam saluran pernafasan. Ini dinamakan “bronchospasm” yang berlaku pada pesakit asthma, yang mana jika mereka bernafas, saluran pernafasan yang sempit menyebabkan pesakit mengeluarkan bunyi yang nyaring ketika bernafas.

Selain dari masalah itu, lendir yang banyak dan berkumpul boleh menyebabkan saluran pernafasan terhadang (block). Penyempitan saluran pernafasan (bronchospasm) dan saluran pernafasan yang tersumbat disebabkan oleh lendir yang pekat (mucus plug), boleh mengakibatkan kematian terutama pada kanak-kanak.

Lendir yabg terlau lama di tekak boleh menyebabkan masalah lain seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam paru-paru seperti acute bronchitis, pneumonia terutamanya bacterial pneumonia dan influenza pneumonia.

Jika seseorang mengalami demam yang tinggi, sakit tekak, sakit kepala dan selsema bersama lendir yang jernih, ianya mungkin hanya jangkitan virus. Jika lendir atau kahaknya berwarna kuning, ianya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria, terutamanya apabila lendir/kahak kuning itu beserta dengan demam yang tinggi susah bernafas, sakit kepala dan sakit di bahagian otot-ototnya.

Kahak yang melekat

Mereka yang mempunyai masalah lendir di waktu pagi selalunya mengalami keadaan di mana lendir ditekaknya akan selalu “melekat” di situ. Keadaan ini dinamakan “POST NASAL DRIP” keadaan di mana lendir yang dikeluarkan dari hidung (nostril) tidak memeleh keluar melalui lubang hidung tetapi mengalir ke belakang hidung dan berkumpul di tekak.

“Post Nasal Drip” selalunya sangat berkait rapat dengan allergik atau sinusitis. Selain itu tabiat menghisap rokok juga menyebabkan lendir di tekak dan sukar dibuang.  Bagi penghisap rokok yang kronik, selalunya kesan jangka panjang ialah paru-parunya sentiasa berlendir ( chronic bronchitis) dan kadang kala rosak paru-parunya dan sukar bernafas (emphysema).

Cara mengurangkan lendir

Lendir di tekak biasanya dirawat dengan pengambilan antihistamine, decongestant dan dalam kes yang teruk, mungkin steroids.  Namun begitu ada beberapa cara yang mudah bagi mengurangkan lendir di tekak yang boleh dicuba di rumah.

Salah satu cara yang mudah dengan minum air suam seberapa kerap yang boleh. Pesakit boleh menambahkan madu ke dalamnya. Cara lain dengan mencampurkan madu dengan cinnamon (kayu manis) dan diminum dengan secamca madu. Jika tidak, boleh makan sup tomato disediakan dengan halia, bawang putih dan lada putih (pepper). (Pembetulan dilakukan pada 171012)

Walau bagimanapun harus dicari punca (sources) penyebab allergik di dalam rumah atau di persekitaran rumah anda.

Allergik pada habuk dan cuaca sejuk adalah salah satu sebab utama bagi mereka yang mempunyai allergi.

31 comments

  1. salam doc,

    sy mengalami maslah pernafasan, kdg2 bila sy nk tidur tiba2 nafas sy tersangkut..dn sy seolah2 tidak boleh bernafas..keadaan ni kerap berlaku..kdg sy merasakan seperti ada sesuatu di dalam tekak sy, seakan2 kahak.. tpi tidak plak boleh keluarkan kahak itu..rase mcm tersekat2..apakah yg patot sy lakukan? tq-

    • Salam , saya ada menulis artikel tentang “lendir yang degil” dalam blog ini. Harap dapat baca dan nyatakan yg mana tidak faham. Insya Allah nanti saya terangkan.

  2. salam dr. saya mengalami masalah tidur yang serius. saya dapati masalah ini ada kaitan dengan pernafasan. terasa lendir bergerak dalam hidung bila saya berubah posisi tidur. saya cuba juga kaedah tradisional iaitu guroh resdung. tapi lendir terlalu pekat susah keluar. masalah saya sukar untuk bersin dan batuk. sekali sekala kalau bersin terasa lega. saya jarang bersin dan batuk

  3. Salam Dr Zubaidi,

    Saya mengalami keadaan dimana tiap2 pg mesti ada kahak yg akan keluar tp tak batuk pun. Bila sy baca artikel Dr, mmg btul habuk adalah puncanya…selain dr cara2 pencegahannya boleh sy tahu faktor2 lain dr segi mkanan yg bleh kita elakan

    Terima kasih…

  4. Salam, boleh tak bantu saya..saya mengalami susah bernafas hidung saya terasa berat utk bernafas sudah beberapa bulan saya mengalami nya dan ianya sgt menganggu aktiviti saya membuatkan saya cepat letih. Apa yang saya harus lakukan??

  5. Salam, sebenarnya ibubapa sekarang kurang pandai dlm menjaga anak2 di waktu mereka kecil. Org tua dulu2 pandai jaga anak agar tak kena selsema, batuk, semput dll. Kalau kena pun bila dah dewasa yg lazimnya salah sendiri. Antaranya mak/ayah saya kata:
    – jgn tidur menggunakan kipas dan aircond. Kalau panas juga alihkan kipas ke arah lain.
    – jgn pasang ubat nyamuk, tidur guna kelambu
    – jgn mandi waktu malam, mandi awal ptg kira2 pkl 5 – 6 pm
    – kalau demam jgn mandikan anak, sekalipun dah baik demam, tunggulah beberapa hari, kalau perlu uras2 badan shj.
    – amalan mandikan anak masa demam menyebabkan anak mudah rabun (kecik2 dah pakai spek)
    – selimutkan anak tidur, jgn benarkan mereka tidor tanpa baju, kalau degil rotan
    – mlm2 jgn benarkan anak keluar main2 atau jumpa kawan terutama apabila hari angin, kadang2 dia kata dah malam elakkan kena embun.
    – Ayah/mak saya dulu setiap kali ada angin ribut tgh mlm yg dtg tiba2 akan segera duduk berhampiran di kepala anaknya sambil bacakan apa2 surah. Mereka kata mcm istilah ‘kepala angin’. Sekalipun angin waktu tgh mlm atau awal subuh…mereka akan dtg ke tempat tidur dan usap kepala anak2nya sambil baca surah2. Bila angin dah reda baru mereka tidor semula. Rupa2nya ayah/mak tidur pun ada tanggungjawab.

    Selalu dia pesan jgn tidur atas lantai simen krn dada dan perut akan sejuk.
    Selalu dia pesan elakkan (kurangkan) makan benda2 sejuk spt kangkung, bayam, timun (boleh sikit2), cempedak/nangka/rebung/labu (makanan bergetah) dan sebagainya. Jgn minum air batu (ais).
    Jgn main air hujan.

    Saya waktu masih kecil kurang mengerti….dah besar baru saya tahu. Rupa2nya besar tanggungjawab dan penting dlm menjaga kesihatan anak2.

    Susah saya nak gambarkan betapa murninya arwah ayah saya dlm mendidik anak2….alhamdulillah ibu masih ada. Tapi saya kagum sifat org dulu2…. Mereka bijak dlm mengamalkan petua2…tu sbb org dulu2 umur sampai 70 – 90 masih ok, masih kuat, masih boleh berkebun. Org sekarang 40-50 dah ramai mati awal atau lemah atau sakit2.

  6. Salam doktor, bulan lepas sy mengalami batuk berkahak. selepas memakan ubat dr hospital batuk telah tiada dan kahak berkurangan. namun begitu sehingga ke hari ini, kahak sy masih belum hilang. yg memeningkan sy kahak tersebut seperti tersumbat dibhgn batang hidung dan mengganggu pernafasan sy. tido mlm mmg guna bantal tinggi. untuk pengetahun dr sy sdg mengandung 7 bulan.

  7. Assalamu’alaikum, Dr Zubaidi.

    Ada juga lendir yg terhasil akibat tindakbalas pertahanan badan dalam menangani reflux atau asid dari dalam perut yang naik ke atas dan tersangkut di tekak. Mungkin Dr. boleh bincangkan mengenai perkara ini dengan lebih lanjut. Memandangkan ramai penduduk Malaysia yang suka makan makanan pedas dan berempah.

    Yang kedua, lendir juga boleh terhasil akibat luka/trauma di saluran tekak, berhampiran peti suara. Mungkin Dr. boleh huraikan lagi tentang ini.

    Terima kasih, Dr.

  8. salam doc..ada yg kaitkan lendir di tekak ni berpunca dengan masalah usus or asid dalam badan..boleh explain x?

  9. Assalammualaikum Dr. Zubaidi,

    Sy mempunyai masalah Acute Sinus beberapa bulan yg lalu & telahpun menjalani pembedahan membuang nanah yg terdpt sinus saya 2 minggu lalu. Tapi saya masih ada masalah POST NASAL DRIPS. Adakah ubatan bukan berasaskan dadah untuk menyembuhkan penyakit ini? Harap Dr. dapt membantu permasalahan saya ini.

  10. Salam Dr.,
    Sy nk cuba petua mkn madu…tp Dr. tulis cinnamon(cengkih)…
    yg mana satu perlu diguna? cinnamon @ cengkih…sbb ia dua bhn yg berbeza…
    mohon penjelasan…
    Terima Kasih…

    • Salam Dr.,Sy nk cuba petua mkn madu…tp Dr. tulis cinnamon(cengkih) yg mana satu perlu diguna? cinnamon @ cengkih…sbb ia dua bhn yg berbeza mohon penjelasan Terima Kasih…

      Dr Zubaidi: Wsalam, puan boleh menggunakan kedua2nya.

  11. salam dr, saya marini, nak tanya doktor, mula2 saya demam biasa dlm 2 hari, lepas tu saya pergi kelinik, doktor bagi , ubat batuk dan selsema, tiba2 demam saya bertambah teruk, sakit tekak yg ter amat sangat, dan menghadapi selsema, dan juga sakit kepala,adakah ubat ni tak sesuai utk saya….

    terima kasih

  12. Salam. Saya mengalami sakit tekak dan batuk lebih dari 2 minggu, sejak dari minggu lepas saya rasa tekak saya sakit hingga ke telinga dan apabila saya telan air liur, terasa berlendir dan kerongkong seperti ada rerambut. Paling ketara berlaku pada waktu malam ketika sedang tidur iaitu pada sebelah kanan kerongkong dan sakit dari bawah lidah hingga ke telinga kanan.Saya juga akan rasa sakit apabila saya menguap. Saya telah ke klinik dan doktor mengatakan kemungkinan jangkitan kuman. Saya telahpun menghabiskan antibiotik namun sakit saya belum sembuh. Saya berharap sangat doktor dapat bantu saya. Terima kasih.

    • Salam. Saya mengalami sakit tekak dan batuk lebih dari 2 minggu, sejak dari minggu lepas saya rasa tekak saya sakit hingga ke telinga dan apabila saya telan air liur, terasa berlendir dan kerongkong seperti ada rerambut. Paling ketara berlaku pada waktu malam ketika sedang tidur iaitu pada sebelah kanan kerongkong dan sakit dari bawah lidah hingga ke telinga kanan.Saya juga akan rasa sakit apabila saya menguap. Saya telah ke klinik dan doktor mengatakan kemungkinan jangkitan kuman. Saya telahpun menghabiskan antibiotik namun sakit saya belum sembuh. Saya berharap sangat doktor dapat bantu saya. Terima kasih.

      DrZubaidi: wsalam. mungkin ubat antibiotik yang diberikan tidak sesuai dengan kuman yang menyerang tekak puan. Saya cadangkan buatlah pemeriksaan lengkap untuk masalah puan.

  13. saya mengalami masalah angin badan yg kritikal dimana saluran pernafasan sebelah kiri seperti tertutup dimana air dan makanan yang diambil tidak melaluinya. apabila saya ke klinik@hospital saya diberi ubat gastrik bg membuang angin didalam badan.saya tersiksa dengan keadaan sebegini hampir bertahun lamanya.

    • saya mengalami masalah angin badan yg kritikal dimana saluran pernafasan sebelah kiri seperti tertutup dimana air dan makanan yang diambil tidak melaluinya. apabila saya ke klinik@hospital saya diberi ubat gastrik bg membuang angin didalam badan.saya tersiksa dengan keadaan sebegini hampir bertahun lamanya.

      DrZubaidi: masalah ini dapat dikenalpasti dengan pemeriksaan OGDS dan ultrasound.

  14. Saya mengalami batuk2 yang kadang2 2 hari sekali atau sekali sehari, sama ada waktu pagi, t/hari atau malam. Kalau terkena malam, besoknya t/hari atau kalau ari ni t/hari besok mungkin pagi saya batuk. Apabila ini berlaku saya akan termuntahkan lendir yang banyak berwarna putih. Sesudah muntah barulah saya boleh meneruskan kerja. Apakah penyebab batuk tersebut?

  15. saya beri ceramah bulan puasa selama 2 jam. esoknya suara serak. tak sakit, tapi suara sukar untuk keluar, apa puncanya dan apa rawatan yg sesuai

    • saya beri ceramah bulan puasa selama 2 jam. esoknya suara serak. tak sakit, tapi suara sukar untuk keluar, apa puncanya dan apa rawatan yg sesuai

      DrZubaidi: cara terbaiklah minum air secukupnya ketika sahur dan berbuka.

  16. salam dr.setiap hari saya bermasalah dgn kahak..sy xbatuk tp kahak sentiasa ada walaupun dibuang.biasanya berwarna putih. Tetapi warna kuning n hijau pun kadang kadang mmg ada,saya harap dr dapat memberi penyelesaian kpd sy kerana ia mmg mengganggu rutin harian sy

    • salam dr.setiap hari saya bermasalah dgn kahak..sy xbatuk tp kahak sentiasa ada walaupun dibuang.biasanya berwarna putih. Tetapi warna kuning n hijau pun kadang kadang mmg ada,saya harap dr dapat memberi penyelesaian kpd sy kerana ia mmg mengganggu rutin harian sy

      DrZubaidi: kahak putih mungkin disebabkan oleh alahan dan virus, sementara kahak kuning atau hijau disebabkan oleh jangkitan bakteria. Banyak minum air dan buatlah pemeriksaan untuk mencari puncanya.

  17. Assalamualaikum doktor,

    Saya ingin bertanyakan pendapat doktor tentang keadaan isteri saya. Isteri saya mengalami selesema teruk sehingga mengeluarkan darah. Ianya berlaku apabila isteri saya bersin terlalu lama. Kadang2 hidung isteri saya berdarah tanpa sebab. Kami telah pergi ke klinik berkali2 dan jawapan yang diberikan adalah ruangan dalaman hidung isteri saya mudah cedera. Hanya ubat selesema diberikan. Tapi sampai ke hari ini isteri saya tetap bersin terutama selepas mandi. Saya telah cuba sebaik mungkin untuk memastikan rumah kami bebas dari habuk tapi keadaan tetap sama. Adakah isteri saya mempunyai alahan yang kronik? Apakah pendapat doktor?

  18. Salam DR.

    Saya sudah lama mengalami batuk kahak..mcm yg doc terangkan alegic pada bau2an spt perfume dsbg. kebelakangan ini kahak sy semakin teruk..wlaupon sy x minum ais tp ttp batuk kahak…baru2 ini sy demam & batuk..ini menyebabkan sy lgsg tdk boleh bernafas..bila ke klinik..doc hny menyuruh menyedut gas shj..skjp saja ok..kemudian sy sesak nafas kembali..sehingga setiap kali sy bernafas rsa sakit dibahagian dada…sy tahu sakit sy semakin serius..tp bila ke klinik doc hanya bg ubt shj..bantu la sy dr..:(

  19. dr..
    pada penghujung pembacaan saya tadi,dr ada menyarankan mencampurkan madu dengan cinnamon(cengkih)??
    cinnamon bukan ke kayu manis?
    cengkih=clove
    yang mana satu ni dr?madu dan clove atau madu dengan cinnamon?

    • dr..pada penghujung pembacaan saya tadi,dr ada menyarankan mencampurkan madu dengan cinnamon(cengkih)??
      cinnamon bukan ke kayu manis? cengkih=clove Yang mana satu ni dr?madu dan clove atau madu dengan cinnamon?

      Dr Zubaidi Hj Ahmad: Yang betulnya ialah cengkeh, jika terlalu kuat boleh guna kayu manis. Terima kasih atas teguran.

  20. salam, sy mengalami mslh dimana kahak selalu ada di tekak sy.
    ia selalunya berwarna putih. sudah 2 mggu berlarut. apekah sebab nya.
    jika ia virus. adakah ianya satu virus yg bahaya.

  21. salam, saya mengalami sakit tekak d seblah kanan… setiap kali tekak saya kering… apa bila saya telan, tekak saya terasa sakit d sebelah kanan… dan apabila saya telan makanan,tekak saya pedih..sudah beberapa hari saya mengalami sakit tekak ini…adakah ia kenser kerongkong.

  22. saya sudha mngalami semput atau lelah y sgt lama..masalah sye sye dh makan steriod y diberi oleh pihak hospital selama berbulan lamanyew..sehinggakn bdn sye semakin kembang..tetapi lendir dalam dada sye makin dn tdak nmpk langsung perubahan..dn jika ventholin atau ubt steriod beserta y keringkn kahak tu habis pasti sye akan sukar bernafas..smpi bila derita sya ni..bolekah sye hlangkn sakit ini. 010 566 6161 wassup

    • saya sudha mngalami semput atau lelah y sgt lama..masalah sye sye dh makan steriod y diberi oleh pihak hospital selama berbulan lamanyew..sehinggakn bdn sye semakin kembang..tetapi lendir dalam dada sye makin dn tdak nmpk langsung perubahan..dn jika ventholin atau ubt steriod beserta y keringkn kahak tu habis pasti sye akan sukar bernafas..smpi bila derita sya ni..bolekah sye hlangkn sakit ini.

      Dr Zubaidi: Lendir dan asthma adalah penyakit yang sukar diubati, tetapi dapat dikawal dengan baik. Pesakit asthma yang tidak dapat mengawal dengan baik penyakitnya akan merasakan banyak lendir di dalam tekak dan paru-paru. Ubat yang diberikan hanyalah membantu pesakit mendapatkan kelegaan. Jika asthma berada dalam keadaan kronik dan berpanjangan, akan menjebabkan pelbagai kemudharatan dalam paru-paru. Oleh itu dalam kes saudari, pemeriksaan lanjut harus dilakukan oleh doktor kerana dikhuatiri telah berlakunya kerosakan paru-paru. Wallahu a’lam.

  23. tekak saya lidah berwarna putih, didalamnya ada tompok tompok merah yg kecil dan selalu keluar lendir. Lidah dan tekak terasa kering, bagaimana cara untuk menghentikan lendir ini? Dan apa kah sebab penyakit ini?

Leave a Reply to kamalCancel reply

error: Content is protected !!