Kemurungan Semasa Hamil

Kehamilan  adalah rahmat bagi seorang wanita. Tiada siapa yang dapat menafikannya. Kehamilan merupakan berita yang ditunggu-tunggu oleh pasangan yang baru mendirikan rumahtangga atau yang telah lama menunggukan cahaya mata.

Namun ada kalanya kehamilan menyebabkan satu bebanan perasaan (emosi) dan fizikal  pada wanita. Apatah lagi jika kehamilan itu tidak dirancang. Perasaan ini sering berlaku pada wanita  yang bekerja dan tinggal berjauhan dari suami dan ibubapa.

Bayangkan seorang wanita masih mempunyai anak kecil, tinggal di bandar yang sibuk dan berjauhan dari suami. Setiap hari harus bangun awal pagi dan menghantar sendiri anak kecil ke nursery, sebelum pergi ke tempat kerja. Apabila petang terpaksa  mengambil anak pulang ke rumah. Jika anak sakit, terpaksa pula berjaga  malam, tentu ini akan memberikan tekanan perasaan (stress) kepadanya.

Belum lagi mengambil kira bebanan di tempat kerja dan sikap suami yang tidak mengambil berat. Kehamilan yang tidak dirancang pasti  akan menambah  tekanan perasaan dan boleh menyebab kemurungan.

Dalam kajian yang dilakukan di UK mendapati seramai 15% wanita yang ditemuduga pada usia kehamilan 32 minggu, mengalami saat yang paling menekan perasaan, stress.

Selain tekanan perasan, kehamilan juga memberikan tekanan fizikal. Mereka mudah rasa  penat, lapar dan rasa lemah badan. Tekanan perasaan dan tekanan fizikal akan menjadikan kehamilan satu perjuangan yang sangat hebat.

Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. Iaitu orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

Selalunya doktor dan jururawat kurang memberikan perhatian kepada aspek ini. Malah orang di sekeliling juga tidak pernah rasa simpati, membantu dan memberikan mereka motivasi.

Bagi wanita yang hamil anak pertama dan atau pernah keguguran sebelum ini, emosi mereka  tidak menentu. Mereka mudah risau. Mereka selalu memikirkan keadaan  anak yang sedang berada dalam rahem. Adakah bayi dalam keadaan sihat atau bahaya?

Kegusaran dan kebimbangan ini harus dikongsikan. Tetapi kepada siapa? Jika suami dan ibubapa pun jauh?

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran ” (al Baqarah:186)

Setiap keresahan dan kebimbangan yang dialami oleh wanita sama ada mengenai diri mereka atau bayi  mereka harus diberikan perhatian oleh doktor dan jururawat. Motivasi dan  penerangan yang jelas harus diberikan. Ini membantu mengurangkan tekanan perasan yang mereka alami. Selain pemeriksaan fizikal, pemeriksaan emosi dan mental wanita yang hamil, harus diberikan perhatian.

Tekanan perasaan boleh memudharatkan diri mereka dan bayi  dalam rahem. Hormon stress yang dikeluarkan ke dalam tubuh wanita, akan melintasi uri. Jika tindakan hormon ini terlalu lama, bayi boleh mengalami berat badan yang rendah atau kelahiran pra matang. Apabila besar, bayi ini juga dikatakan boleh mengalami masalah pembelajaran di sekolah.

Sudah menjadi tugas doktor dan jururawatlah untuk mengenalpasti sama ada seorang wanita itu berpotensi mengalami kemurungan (depression), terutama wanita yang sebelum hamil sudah pun mengalami rasa kerunsingan (anxiety) atau masalah pemakanan (eating disorders) atau mengalami penyakit mental yang serius seperti schizophrenia dan bipolar disorder. Kemurungan adalah suatu keadaan yang lebih teruk dari tekanan perasaan.

National Institute for health and Clinical Excellence (NICE), UK memberikan panduan, wanita-wanita seperti ini harus segera dikenalpasti.

Antara pertanyaan yang mungkin boleh diajukan oleh doktor kepada mereka ialah:

  1. adakah puan pernah merasa murung, tidak bersemangat atau berputus asa sepanjang bulan lepas?
  2. pernahkah puan rasa tidak berminat melakukan kerja seharian sepanjang bulan lepas?

Jika mereka memberikan jawapan YA, menunjukkan mereka sedang berada dalam keadaan tertekan yang harus diberikan perhatian. Soalan-soalan tambahan juga boleh diajukan bagi membezakan mereka sudah memasuki fasa kemurungan.

Mengikut panduan yang diberikan oleh National Institute of Mental Health, US, tanda-tanda kemurungan adalah:

  1. Sukar untuk memberikan tumpuan, mengingati fakta-fakta yang terperinci atau sukar membuat keputusan.
  2. Selalu rasa penat dan kurang bertenaga
  3. Rasa bersalah, tidak penting atau rasa dipinggirkan
  4. Rasa tidak mempunyai harapan
  5. Sukar untuk tidur (insomnia), mudah terjaga di awal pagi atau selalu mengantuk
  6. Rasa mudah marah atau tidak menentu
  7. Hilang rasa minat pada aktiviti atau hobi yang satu masa dulu sangat digemari, dan tiada minat pada hubungan seksual
  8. Rasa sakit pada tubuh yang berpanjangan seperti rasa sakit kepala, kejang atau masalah penghadaman yang tidak berkurangan walaupun telah diberikan rawatan
  9. Rasa tidak berselera untuk makan atau rasa mahu banyak makan
  10. Rasa sedih yang berpanjangan, gelisah, risau atau ‘kekosongan’
  11. Rasa mahu bunuh diri

NICE juga mencadangkan agar wanita yang hamil mengalami kemurungan yang sederhana harus ditawarkan rawatan kaunselling. Jika wanita itu mengalami tanda kemurungan yang teruk, haruslah dirujukkan segera kepada pakar psychiatrist segera.

Walaubagimanapun terdapat beberapa perbahasan sama ada wanita yang hamil selamat diberikan ubat antipsychotic yang merawat penyakit kemurungan mereka, kerana ubat-ubat ini boleh memberikan kemudharatan kepada bayi dalam rahem.

Saya mencadangkan agar diwujudkan satu kumpulan sokongan bagi mereka yang mengalami masalah tekanan perasaan ini. Mereka harus dibantu kerana tidak ramai wanita akan mengadu masalah emosi mereka kepada doctor kerana bimbang kerisauan mereka tidak akan didengar, atau dikatakan mengada-ngada.

Bagi wanita Islam, saya menasihatkan agar membuat persediaan mental dan fizikal ketika merancang untuk hamil. Ini kerana ramai di antara mereka yang memberi lebih perhatian kepada aspek fizikal berbanding aspek mental dan emosi. Suami juga perlu membantu isteri mereka yang sedang berhadapan dengan masalah ini.

Seterusnya, semasa hamil banyakkan ibadah dan membaca al-Quran kerana ia adalah cara terbaik untuk menguruskan stress dan tekanan perasaan. Allah yang menjaga hati dan perasaan, memberikan ketenangan dan kerisauan pada hamba-hambaNYA.

Allah berfirman: “Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar”. (Al-Baqarah: 153)

Wallahu a’lam.

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (090112)

15 comments

  1. salam dr.
    saya amat berterima kasih mengenai penulisan dr. pada kali ini.Untuk pengetahuan dr sya merupakan seorang ibu hamil 35 minggu dan mengalami masalah seperti yg ditulis oleh dr. dlm artikel ini. Walaupun sya mengandungkan ank yg ke-2 ttpi kdg2 prasaan risau ttp menghantui sya. Tekanan di tmpt kerja dan rumah, keadaan dri sya, keadaan smsa akan melahirkn suma ttp ada. Skrg sya amat rsau sewaktu bersalin nnti. Sya merupakan seorg k/tangan kerajaan dimana sya akan mlahirkan anak sya di hospital krajaan juga. Ttpi sya takut utk melahirkan ank sya di hspital krajaan setelah mendengar mcm2 crita yg kurang enak. Utk bersalin di hspital swasta sya rsa tidak mampu memandangkan sya hanya k/tangan sokongan shja, begitu juga dgn suami. Apa yg dr. katakan mengenai permasalah ini adlh bnar. Trlalu sdikit jmlah dr dan jururawat yg mengambil brat mengenai masalah ini.Sya berharap spaya Allah memberi sya kesabaran. Sekadar berkongsi ap yg dirsa.

  2. Wsalam, saya harap puan mendapat sokongan dari suami dan orang yg terdekat. Itu yang lebih memahami puan. Saya mendoakan agar Allah memberikan kemudahan untuk puan ketika hamil.

  3. as.kum dr….
    Saya nak mengajukan sedikit soalan…1)saya dah 3 kali membuat urine test…tapi tandanya agak samar tetapi ada…..dan saya sudah pun ke pakar sakit puan….dan menyatakan positif air kencing saya….tetapi saya risau sebelum dr.memberikan asid folic saya mengalami stain berwarna kecoklatan seperti awal mahu period….selepas mkn asid folic ianya berhenti….2)sekarang masalah saya,saya terlalu was2…tetapi sintom saya same seperti org mengandung…sakit brest….pening….dan saya mengalami stain yg membuatkan saya berasa kurang selesa….adakah betul saya mengandung….tetapi mcm maner dgn stain tu…runsing saya dibuatnye….adakah stain tu normal utk orang mengandung…saya takut….sebab mengandung pertama x seperti ni dan saya pernah keguguran sebanyak 3 kali n anak saya yg pertama sudah berumur 4 tahun…bolehkah doktor bagi sedikit penjelasan dan nasihat utk saya…..

  4. Assalamualaikum DR.,
    Terima kasih atas penulisan doktor kali ini. Sangat bertepatan dengan keadaan saya sebelum ini. Pada Oktober tahun lepas saya telah ditukarkan ke Putrajaya. Pada masa itu saya sedang hamil 6 bulan anak keempat. Saya tinggal sendirian di Putrajaya kerana suami dan anak2 terikat dgn komitmen kerja dan persekolahan. Kerana kasihankan anak ketiga yang masih kecil (1 tahun 7 bulan) saya turut membawanya tinggal bersama saya. Saya akui saya amat tertekan pada tempoh 2 bulan pertama. Saya mengalami keletihan melampau menguruskan diri dan anak berseorangan, di tempat yang agak asing pula bagi saya. Hampir setiap malam saya akan menangis sehingga tertidur. Selera makan juga berkurangan, malah setiap kali menjalani pemeriksaan kandungan berat saya hanya naik beberapa ratus gram sahaja, selalunya berat saya statik tidak berubah. Namun doktor dan jururawat tidak mengambil berat tentang hal ini sebaliknya sekadar menggesa saya supaya menghabiskan vitamin2 yang dibekalkan. Anak saya juga pernah demam panas, mungkin kerana berubah tempat ataupun kesunyian tanpa abang kakaknya. Setiap hujung minggu saya akan pulang ke Terengganu dengan kapal terbang bersama-sama anak. Situasi itu sangat memenatkan, juga menyedihkan. Saya tiada tempat berkongsi perasaan di tempat yang serba baru, hanya kepada suami saya dapat mengadu, tetapi saya perlu juga mengambil kira kesusahan suami yang perlu menguruskan segala-galanya sendirian. Mujurlah suami saya dapat melihat tanda-tanda awal kemurungan saya dan mencadangkan supaya saya meninggalkan anak kecil kepada pengasuh yang sanggup menjaganya. Di peringkat awal memang sukar menahan kerinduan. Alhamdulillah kini saya sudah dapat mengatasinya. Cuma adakalanya saya tetap tertekan terpaksa melakukan semuanya seorang diri dalam keadaan hamil yang makin sarat ini. Kini saya sudah hampir 38 minggu, masih berseorangan melakukan semuanya sendirian. Tetapi saya sudah memohon untuk bercuti awal minggu hadapan. Semoga Allah mempermudahkan segala-galanya….

    • Wa alaikum mus salam.. terima kasih atas perkongsian pengalaman puan. Tentu ramai wanita-wanita yang hamil membaca pengalaman puan dan mendapati bahawa mereka bukan ke seorangan. Di kala Allah menguji kita, inilah masa yang terbaik untuk kita membuktikan bahawa “kami beriman wpun diuji”. Banyakkanlah bersabar kerana setiap kemudahan akan datang selepas berakhirnya kesusahan.

  5. Assalamulaikum doktor

    Saya hamil 29 minggu dan mengalami masalah susah tidur. Saya susah utk tidur dan kerap terjaga di waktu mlm. Jika terjaga ia akan mengambil masa yg lama untuk tidur kembali. Kekadang tak blh tidur lansung. Sudah 3 minggu saya menghadapi masalah ini dan kekadang membuat saya merasa tertekan. Saya terfikir utk mengambil ubat tidur tapi takut kesan ke atas bayi.
    Boleh tak saya mengambil paracetamol atau ubatan lain seperti pil tahan muntah (Dimenhydrinate 50mg) untuk membantu saya supaya boleh tidur.

  6. as’kum doctor..
    sy skrang ni pregnant ank sulung, lbh kurg dlm 4 bln..sume ciri2 kemurungan yg doct listkn kat atas sy rs ada pd sy..tp saya anggap tu mgkin mslh biase org mengandung memandangkn sy x pnh ade experience..sy mmg slalu skit kepala, cpt kebas n kdg kejang, skit2 bdn..mlm dlm kul 1 @ 2 pg boleh kate hari2 terjaga, n then smpi pg x boleh tdo. pg nk ke tmpat kje pulak. jd kat office kdg sy jd x larat nk bkerja.. ditambah ngn jammed setiap kali pegi n balik keje, mmg bdn sy jd lesu..smpi umah msti dh fleet.. jgn katela nk kemas umah apetah lagi nk msk, sy mmg x berdaya..n sy slalu sush nk mkn..dr dl pun sy jns sush nk berselera mkn.. berat pun sush nk cecah 40kg

    akhir2 ni sy agak bermasalah ngn rmhtgga sy..sy rs suami sy mcm m’abaikn sy, walaupun x secara fizikal, tp sy rs terdera dr segi emosi n perasaan.. tp sy xdpt la nk sebutkn mslh mengenai ape, sbb xnk mengaibkn die. tp sy x boleh trima. hari2 sy menahan perasaan,mlm nk tdo menangis..setiap mlm sy x boleh nk tdo, dh hmpir sbuh br dpt terlelap skejap. kerap sy rs nk bercerai, sy x ksh wlupn jth talak ketika pregnant ni.. sy mmg patah hati n patah semangat.. sy rs kesian n rsu dengan bby dlm perut ni…klu x sy akn lbh patah semangt..

  7. Askum Dr n semua

    Masalah sy sama dgn zue.kenapa bila hamil ni rasa diabaikan? sgt rasa mderita perasaan.kdg2 sll menanggis sorang2 memikirnya.Suami kdg x pedulikan pun, buat biasa ja.Sy pernah mggunakan kaedah yg sy baca iaitu menunggu sehingga mood nya baik dan memberitahu nya, tp keadaan sama ja ..sy dh penat bmasam muka… akhirnya saya biarkan saja.

  8. Salam…sejak minggu ini saya terasa sangat stress dengan suami…suami tiggal rumah sendiri dan saya tinggal dengan ibu bapa saya…dengan sedikit selisih faham sahaja saya merajuk hingga ke ari ini…dia langsung tidak memujuk..selalu stiap minggu dia akan blik ke rumah saya..tapi minggu ini dia tidak balik..saya sedih sangat..setiap hari memikirkan dan menangis seorang diri…macam-macam yang di fikirkan..saya sekarang hamil 35 minggu… saya rindukan dia…tidak boleh berjauhan dengan dia…

  9. Askm Dr.

    Saya hamil anak kedua sekarang sudah berusia 5 bulan…ada mengalami tanda-tanda kemurungan, kerana kesakitan yang dialami semasa hamil, saya tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja, jadi minat saya untuk bekerja hilang, saya ada berbincang dengan suami untuk meminta kebenarannya untuk berhenti bekerja dan berehat… tapi jawabnya sabarla… mungkin pembawakan budak je tu… saya rasa minda dan hati kekosongan,dan mudah menangis…bolehkah doktor memberi nasihat atau pandangan pada masalah yang saya alami sekarang…apa yang saya mahukan ialah berhenti bekerja dan berehat… kerana badan saya terlalu penat…

  10. Assalamualaikum dr,

    sy sedang hamil anak sulung,35 minggu…sekarang ni hidup selalu tertekan…keja kena rushing sbb takot xsempat settle semua tugas sebelum cuti bersalin…saya tiada tempat mengadu kerana ada masalah dengan suami..suami sering ambil mudah semua perkara, sukar mengakui kesilapan dan seolah2 mengabaikan sy…yg terlintas di fikiran sy hanya mahu bercerai..suami ada membantu melakukan kerja2 rumah seperti mengemas dan mencuci tp kami seolah2 sudah tiada perasaan sayang..buat hal masing2 dan bercakap bila perlu sahaja..sy sgt2 makan hati dan kerap menangis..sy takut memudaratkan bayi dalam kandungan..sy rasa terlalu terseksa dah menderita…semoga Allah beri kekuatan untuk sy terus bertahan..amin..

  11. Assalamulaikum Dr..saya rasa , saya bermasalah..sbelum nih saya pernha keuguran..memeang terlalu sedih tak terkata..tapi skarang Alhamdulillah, sya mengandung lagi..saya rasa kandungan saya nak masuk 2 bulan..saya belum pergi berjumpa doktor lagi untuk membuat check up..kerana saya terlalu takut nak mendengar apa yg dokter akan kata…tambahan pula, sekarang saya ada masalah dengan suami sya..suami saya tak mahu bersama saya lagi.nak berpisah dengan saya..saya memang stress tersangat dr..sya tak tahu apa yang perlu saya buat..kedua-dua perkara ini membuatkan saya menagis sentiasa dan berasa tidak penting..apa yang saya perlu buat dr? kerana saya betul2 dalam tekanan..saya sayangkan sgt2 kandungan saya ini..hanya Allah yang tahu..terima ksih Dr..

  12. salam..

    sy pn penah mengalami stress masa mengandung.. anak tunggal sy skg dh 2 thn lebih.. msa mengandung tu mmg stress sgt2.. x bersemangat etc.. bayangkanlah mse tu sy x bekerja (cuba cari kerja x dpt).. dgn suami x bpendapatan tetap.. hidup mmg susah.. msa lahirkan anak pn, byk kelengkapan xde.. cuma ada apa yg tmampu je.. sbnrnye sy x kesah pn semua tu, cuma yg sy terkilan smp skrg, layanan suami mse tu.. seolah2 abaikan perasaan sy, klu sy beremosi/sedih, suami marahkan sy, tidak memujuk, biarkan je sy bergelumang ngn perasaan sy sndri.. sedih sgt.. akhirnya sy hanya memujuk diri sndri.. byk lagi hal lain yg terguris perasaan sy, sy biarkan je.. sy tahu ada hikmah nya kejadian wanita & lelaki.. wanita ni byk menggunakan emosi (supaya mereka ni melihat perkara remeh/kecil/boleh jaga anak).. lelaki pula sepatutnya tahu menggunakan kelebihan akal yg Allah kurniakan.. supaya memimpin.. tetapi lelaki skrg suka mengutamakan ego sndri.. sukar nk mengalah dn memujuk isteri.. walhal wanita yg mengandung itu mengalami pelbagai perasaan berkecamuk.. hormon x menentu kan.. bagus artikel doc nie, muge info2 begini dpt membantu / menambah ilmu pasangan suami isteri & org keliling.. tq..

  13. Assalamualaikum dr..saya sangat setuju dengan saranan doktor mengenai kumpulan sokongan seperti kaunseling kelompok,kerana banyak manfaat yg dpt diperolehi…Sekadar 1 perkongsian ; Selepas melahirkan anak yang meninggal dalam perut, saya rasa lebih selesa berkongsi cerita dengan rakan2 yang pernah mengalami pglmn yg sama..walaupun mereka saya kenal di alam maya, tapi sokongan yg mereka berikan amat bermakna buat saya terutama semasa dalam tempoh berpantang..

  14. Assalamulaikum doktor. Saya hamil anak ketiga. setelah mendengar kisah negatif dr orang. Perasaan saya runsing dan selalu terbayang takut berlaku kepada saya. Bagaimana saya nk kuatkan semangat saya ni?

Leave a Reply to drzubaidiCancel reply

error: Content is protected !!