Hormone Progestrone dan Kesuburan

Saya amat menginsafi bahawa Allah amat berkuasa terhadap diri dan nasib kita. Walaupun semasa bertunang kita mungkin merancang untuk mempunyai anak yang ramai, namun perancangan Allah lebih tepat. Sudah tentu perancangaNYA lebih baik jika kita dapat menyingkap tabir hikmah yang tersembunyi.

Seorang rakan FB bertanya pada saya.

“Apa punca saya sering mengalami keguguran di awal kehamilan, doktor? Ini masuk kehamilan yang ke empat. Baru masuk 8 minggu. Semua kehamilan saya sebelum ini keguguran. Saya takut ia berulang kembali”

Begitu juga seorang lagi.

“Saya mengalami masalah kesuburan. Doktor pakar yang memeriksa memberitahu bahawa saya mengalami masalah hormone progesterone yang rendah. Apakah saya boleh dikurnikan anak?”

Saya sebenarnya bukanlah orang yang terbaik menjawab soalan-soalan ini, namun saya cuba membantu menjelaskan masalah yang dihadapi. Berbincanglah dengan doktor pakar kesuburan mengenainya.

Di antara punca masalah-masalah di atas ialah masalah hormon. Doktor selalu memberitahu tentang masalah “ketidakseimbangan hormone” . saya juga ada menulis mengenainya secara ringkas. (rujuk https://drzubaidi.com/blog/?p=1406)

Bagi mereka yang mempunyai tahap kandungan hormone progesterone yang rendah, ia adalah ujian bagi ketabahan kita. Tidak banyak doktor yang dapat menjelaskan punca-punca sahih masalah ini, namun insya Allah ia boleh dirawat.

Progesterone adalah hormone penting bagi kesuburan wanita sama ada untuk memulakan kehamilan atau untuk mengekalkan kehamilan. Perkataan “progesterone” dalam bahasa Latin bermakna “menyokong” atau “membawa” bagi merujuk kepentingan ini.

Ia dikeluarkan oleh corpus luteum, berfungsi bagi menyediakan lapisan endometrium dalam rahem bagi ‘menanam’ telur ovum yang telah disenyawakan. Setelah ‘ditanam’ pengeluaran hormone ini diambil alih oleh placenta (uri) dalam rahem bagi meneruskan perkembangan embryo. Jika pengeluaran hormone ini dihentikan, lapisan endometrium akan tanggal dan menjadi darah haids.

Bagi mereka yang sering mengalami keguguran, ini disebabkan oleh tahap kandungan hormone progesterone yang rendah. Ini menyebabkan lapisan endometrium (yang telah ‘ditanam’ telur yang telah disenyawakan) akan tanggal dan menyebabkan keguguran, terutama di awal kehamilan.

Rakan saya seorang pakar kesuburan memberitahu, bagi wanita yang sering mengalami keguguran setelah didiagnosa sebagai ‘rendah tahap progestrone’, dan sering mengalami keguguran di awal kehamilan, mereka akan diberikan supplemen progesterone sebagai ‘baja’.

Tanah yang kering tidak akan menumbuhkan benih.” Katanya.

Oleh itu supplemen progesterone diberikan sehingga 12 minggu bagi memastikan telur ovum yang telah disenyawakan boleh terus hidup. Namun jika ia mengalami keguguran juga walaupun telah diberikan supplemen ini, kemungkinan besar masalah keguguran ini disebabkan oleh lebih dari satu faktor, bukan setakat tahap hormone yang rendah saja.

“Doktor, bagaimana saya mahu tahu ketidaksuburan saya disebabkan tahap hormone progesterone yang rendah?”

Tanda yang mudah dilihat ialah apabila seorang wanita mengalami ‘waktu bersih’ kurang dari 10 hari. Ini bermakna belum sampai 10 hari, dia kedatangan darah haids semula.

Selain itu pemeriksaan darah boleh dilakukan untuk menguji tahap kandungan progestrone dalam darah.

Setelah mengetahui hari pertama kedatangan haids, beritahu doktor pakar bagi menetapkan tarikh untuk pemeriksaan darah.

Selain itu, pastikan menghentikan apa saja jenis ubat herba atau ubatan moden. Jika seseorang wanita sedang mengamalkan ubat pencegah kehamilan atau apa-apa ubat hormone, harus dihentikan selama 4 bulan sebelum pemeriksaan darah dilakukan. Pil hormone  dan pil pencegah kehamilan boleh mengganggu bacaan tahap hormone progesterone yang sebenar dalam tubuh seorang wanita.

Keputusan:

Tahap Progesterone dalam kitaran haids
Hari 1-14: Kurang dari 1 nanogram per milliliter (ng/mL) atau 0.5-2.3 nanomoles per liter (nmol/L)
Hari 15-28: 2-25 ng/mL atau 6.4-79.5 nmol/L
Tahap Progesterone ketika hamil
1st trimester: 10-44 ng/mL atau  32.6-140 nmol/L
2nd trimester: 19.5-82.5 ng/mL atau  62-262 nmol/L
3rd trimester: 65-290 ng/mL atau 206.7-728 nmol/L

Oleh itu tahap kandungan progesterone yang optima adalah penting seorang wanita.

Bagi wanita yang mengalami tahap progesterone yang rendah, janganlah berputus asa. Doktor selalunya akan memberikan ubat supplemen hormone progesterone bagi mengelakkan keguguran dan meningkatkan keupayaan untuk hamil.

Penulisan ini hanyalah panduan saja bagi pesakit untuk berbincang dengan doktor. Insya Allah jika dirawat dengan betul, Allah akan berikan yang terbaik untuk pesakit yang berusaha.

Wallahu a’lam.

Klik sini untuk membaiki kitaran haid yang tidak normal

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (230911)

Rujukan :

  1. Chernecky CC, Berger BJ (2008). Laboratory Tests and Diagnostic Procedures, 5th ed. St. Louis: Saunders.
  2. Fischbach FT, Dunning MB III, eds. (2009). Manual of Laboratory and Diagnostic Tests, 8th ed. Philadelphia: Lippincott Williams and Wilkins.

IKLAN

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my

Untuk pembelian Kacip Fatimah formulasi IBD UTM menggunakan kad kredit, sila klik di bawah:

[KLIK]
Warisan tradisi silam kini dalam tangan anda

8 comments

  1. zuraini zakariah

    dokto… hormon progesteron saye kurang sangat…
    hsg dah buat..sebelah tiub bahagian kanan blok pulak.
    pil duinum sudah 2 paket..saya makan..tapi hormon still rendah.. dokto cadangkan iui lepas raye nii. tp saya macam tak bersedia lagi..suami pula kuat merokok…n cepat klimik tak sampai 5 minit pun…macam mane yee nakk buat…sperma suami ok cuma tak tahap ok jee laa…
    tolong dokto bagikan penjelasan dan kaedah yang sesuai untuk saye lakukan….saya dah kawin 2 thn dan umur sudah 29 thun…peroid saya tetap tiap bulan lingkungan 7-9 hari….

  2. Salam Dr, saya hamil 4 minggu dan diberi ubat Utrogestan 100mg untul menstabilkan kandungan. Buat pengetahuan Dr, sy tidak mengalami pendarahan. Jadi soalan sy, menagpa sy perlu mengambil ubat tersebut sedangkan terdapat kenyataan yg mencegah wanita hamil dari mengambil ubat ini. Jika terus diambil, adakah ini mengancam kandungan?
    Terima kasih.

  3. Salam sejahtera Dr,

    saya baru mengikuti blog Dr ni. Banyak yang saya perlu selongkar dlm blog Dr ni krn ia memberikan pengetahuan kpd saya. Saya ingin berkongsi dgn Dr berkenaan dgn diri sy. Sy tidak dtg bln selama 2 bln. Pd bln pertama iaitu selepas 2 minggu 3 minggu lewat saya buat UPT ttp xde tanda positif. Pg tadi pun saya buat benda yg sama tp x menampakkan tanda positif. Masalah sy skrg selama 2 minggu (hingga ke hari ni), sy sering mengalami kesakitan bahagian ari2, buah dada dan badan terasa lesu. Dah 8 tahun sy berkahwin tp blm ada anak lagi. Adakah saya perlu check kat klinik utk memastikan sy preg ke x?

  4. Nor Zairina Binti Zainal Abidin

    Assalammualaikum Doktor…. Saya telah mempunyai anak berusia 3 tahun. Saya mendngandungkan anak selepas 9 bulan berkahwin. Kini saya ingin mengandung anak ke-2. saya telah mencuba selama setahun setengah dengan mencatat waktu subur dan kitaran haid namun gagal… Ape yang saya boleh lakukan untuk peluang hamil anak ke-dua? Saya melahirkan anak pertama secara pembedahan.

  5. salam Dr..saya berusia 34 thn dan sudah 8 thn kahwin dan masih belum dikurniakan zuriat..hormon pregesteron saya jg rendah, mungkin disebabkan masalah period saya yg tdk teratur. saya perlu mengambil ubat duphaston utk period..masalah ini amat merunsingkan saya..perlukah saya mengambil suppliment progesteron utk mengatasi masalah saya ini.

  6. assalam doc…sy merancang utk mengandung anak ke3 (kini ank ke2 sy berumur 3 tahun)…kami tidak pernah melakukan apa2 kaedah perancangan ttapi tetap tidak mengandung juga…apa yang mjadi masalah skrg adlh…haid sy tidak teratur…sy juga sll mengalami sakit di bahagian ari2 dan ada kalanya sakit ketika bsama dengan suami…adakah sy mpunyai masalah yg lain bkaitan dgn dalaman?sy sdh bjumpa dgn dktr ttp mereka mnyatakan sy subur…

  7. Salam Dr

    Sy ingin bertanyer skrang sy ader fibroid dan period sy tiap bln tdk menentu..Sy merancang untuk tidak mendptkan anak lg.jd sy tlh mengambil noriday.baru2 ni doc menyuruh sy tukar kpd pil duphaston.kebanyakkn website yg sy bc pil ini untuk memudahkan kehamilan.jd aper function duphaston ini

  8. assalamualaikum Dr. saya mengalami masalah hormon progesteron rendah, Dr. pakar sakit puan memberi ubat clomide, dan saya telah makan dalam 3 kitaran, tahap hormon meningkat. Dr. nasihatkan saya membuat laparoskopik untuk melihat bahagian dalaman dan masukkan dye melihat laluan, saya dalam dilema samada perlu atau tidak membuat laparoskopik. saya obes dan jika saya kurangkan berat badan adakah peratus utk saya mengandung lebih tinggi tanpa membuat laparoskopik dan hormon akan stabil?

Leave a Reply to LinaCancel reply

error: Content is protected !!