Artikel Terkini

PUNCA BERDEBAR-DEBAR

PUNCA BERDEBAR-DEBAR   “Salam, doktor. Apa sebenarnya rasa berdedar-debar ini? Terima kasih”.   Banyak punca yang menyebabkan rasa berdebar-debar. Antaranya:   Riadah atau senaman   Demam   Gangguan emosi seperti rasa takut, risau dan stress   Minuman bercaffeine.   Menghisap tembakau (merokok)   Minum minuman beralkohol   Ubat-ubat seperti ubat batuk dan selsema,   Suplemen pelangsing yang mengandungi bahan terlarang silbuteramine.   Berdebar-debar ini boleh berlaku pada pesakit yang mengalami masalah kekurangan darah merah (anemia), masalah pengeluaran hormone thyroid yang berlebihan (hyperthyroid), komplikasi dari serangan sakit jantung atau lemah jantung.   Semoga bermanfaat.     KONSULTASI BERSAMA DR ZUBAIDI   …

Read More »

BAGAIMANA KITA TAHU BERDEBAR-DEBAR. “Salam doktor. Bagaimana kita mahu tahu yang kita benar-benar mengalami masalah berdebar-debar ini?”     Selalunya kita sendiri mengesyaki yang kita mengalami degupan jantung yang laju apabila kita dapat rasakan debaran itu. Jika kita dilatih dalam ilmu pertolongan kecemasan dan CPR, mungkin kita mahir mencari nadi dan mengira degupan jantung kita. Jika kita tidak pasti, saya nasihatkan agar berjumpa doctor.   Apabila kita berjumpa doctor di klinik atau di Jabatan Kecemasan doctor akan melakukan pemeriksaan fizikal kita, terutama mengesan degupan jantung yang laju pada nadi. Doktor bertanyakan beberapa perkara yang berkaitan (medical history). Kadang kala doctor …

Read More »

ADAKAH BERDEBAR-DEBAR ITU BAHAYA?

“Doktor saya sering mengalami rasa berdebar-debar, adakah ia berbahaya?”   Selalunya degupan jantung yang normal antara 60-90 dalam seminit. Berdebar-debar ini bahaya jika melibatkan kadar yang sangat laju atau iramanya yang tidak sekata.     Masalah kadar yang laju. Secara mudah, jika melebihi 90 dalam seminit, dikenali sebagai “tachycardia”. Ada tiga jenis tachycardia bergantung di mana isyarat elektrik ini dimulakan.   Supraventricular tachycardia. Bermula pada bahagian atas jantung (ruangan atrium) Ventricular tachycardia. Bermula pada bahagian bawah jantung (ruangan ventricle) Sinus tachycardia. Bermula dari bahagian SA node (iaitu di tempat jantung mula mengeluarkan isyarat eletrik secara normal) tetapi dalam kadar yang …

Read More »
error: Content is protected !!