CoEnzyme Q10

PENGAMBILAN STATIN BOLEH MENYEBABKAN DIABETES?

Ya, penggunaan statin dalam jangka masa panjang boleh meningkatkan risiko diabetes, tetapi kesannya bergantung pada jenis statin, dos, dan faktor risiko individu. Bagaimana Statin Boleh Menyebabkan Diabetes? 1. Mengurangkan Sensitiviti Insulin Statin boleh mengganggu fungsi insulin, menyebabkan sel kurang sensitif terhadap insulin dan meningkatkan paras gula dalam darah. 2. Meningkatkan Rintangan Insulin Statin boleh mengganggu enzim dalam hati yang mengawal metabolisme glukosa, meningkatkan rintangan insulin, faktor utama dalam diabetes jenis 2. 3. Menyebabkan Perubahan Genetik dalam Sel Beta Pankreas Beberapa kajian menunjukkan bahawa statin boleh mempengaruhi sel beta pankreas, yang bertanggungjawab menghasilkan insulin. Siapa Berisiko Tinggi? Risiko lebih tinggi bagi …

Read More »

CO-ENZYME Q10 DAN PESAKIT 3 SERANGKAI

  “Salam doktor, saya menghidap diabetes, darah tinggi, dan sedang mengambil ubat kolesterol. Bolehkah saya mengambil co-enzyme Q10 ? Saya berumur 66 tahun dan sedang mengambil ubat dari hospital.”   Waalaikumussalam.   Co-enzyme Q10 (CoQ10) adalah antioksidan yang secara semulajadi terdapat dalam tubuh manusia dan membantu dalam penghasilan tenaga di dalam sel.   Ia mempunyai beberapa manfaat yang penting, terutama bagi pesakit diabetes, hipertensi, dan kolesterol tinggi.   Ia bukan rawatan utama bagi masalah penyakit 3 serangkai, tetapi membantu menguruskan penyakit dengan lebih baik.   CoQ10 dapat membantu meningkatkan sensitiviti insulin di kalangan pesakit diabetes.   Pesakit diabetes sering mengalami …

Read More »

SUPLEMEN UNTUK WARGA MAS YANG CEPAT MENGAH?

“Salam Dr. Saya nak tanya, apakah suplemen yang sesuai untuk ayah saya yang berumur 68 tahun? Sekarang dia nampak cepat mengah. Terima kasih”. Waalaikumussalam. Saya cadangkan Co-enzyme Q10 (CoQ10) sesuai dan bermanfaat untuk warga emas. CoQ10 adalah sejenis antioksidan yang dihasilkan secara semula jadi oleh badan, tetapi parasnya menurun dengan usia. Suplemen CoQ10 boleh membantu dalam beberapa aspek kesihatan, terutamanya bagi golongan yang lebih tua. CoQ10 membantu menghasilkan tenaga di dalam sel, yang penting untuk mengatasi keletihan dan mengekalkan kecergasan. Ia “menyokong fungsi jantung” dengan melindungi sel jantung daripada kerosakan oksidatif. Boleh mengurangkan simptom kegagalan jantung kongestif dan meningkatkan kualiti hidup …

Read More »

APA ITU CO-ENZYME Q10, FUNGSI DAN MANFAAT PENGAMBILAN SUPLEMEN INI?

Co-enzyme Q10 (CoQ10) adalah sejenis antioksidan yang terdapat secara semula jadi dalam tubuh kita. Ia dihasilkan dalam organ hati. Jadi ia selamat diambil dengan dos yang betul. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan tenaga di dalam sel-sel kita. FUNGSI CoQ10 1. Penghasilan Tenaga: CoQ10 membantu dalam penghasilan adenosine triphosphate (ATP), yang merupakan sumber tenaga utama untuk sel-sel kita. Bagi mereka yang cepat penat, co-enzyme Q10 dapat membantu mereka mendapatkan tenaga sepanjang hari. 2. Antioksidan: Ia melindungi sel-sel daripada kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia juga bersifat anti-keradangan yang membantu mengurangkan rasa sakit kepala, rasa sakit badan dan rasa …

Read More »

CO-ENZYME Q10 UNTUK PESAKIT HIPERTENSI?

“Assalamualaikum doc, untuk yang ada penyakit darah tinggi (hipertensi), bolehkah makan Co-EnzymeQ10? Jika boleh, bagaimana aturan/cara makan Co-Enzyme Q10 utk pengidap penyakit darah tinggi? Terima kasih”. Waalaikumussalam. Coenzyme Q10 (CoQ10) boleh membantu menurunkan tekanan darah bagi pengidap hipertensi. Beberapa kajian menunjukkan bahawa CoQ10 dapat meningkatkan keanjalan dinding arteri, yang boleh membantu mengurangkan tekanan darah. Cara pengambilan CoQ10 untuk pengidap darah tinggi: 1. Dos: Dos yang biasa disarankan adalah antara 100 mg hingga 200 mg sehari. 2. Waktu Pengambilan: CoQ10 sebaiknya diambil bersama makanan untuk meningkatkan penyerapan. Atau diambil bersama suplemen lain yang bersifat minyak seperti minyak zaitun. Semoga menjawab soalan yang …

Read More »

PESAKIT JANTUNG PERLU AMBIL CO-ENZYME Q10 DAN MINYAK IKAN

PESAKIT JANTUNG PERLU AMBIL CO-ENZYME Q10 DAN MINYAK IKAN   Saya seorang lelaki akhir 40an, pesakit metabolik. Baru ini doktor beritahu saya ada masalah saluran darah tersumbat. Tahap kolestrol saya agak tinggi, 6.4. Doktor memberikan saya ubat anti-kolestrol statin. pakah saya perlu ambil suplemen minyak ikan dan co-enzyme Q10. Terima kasih.   Sebagai pesakit jantung dan pesakit metabolik dengan tahap kolesterol yang tinggi, penggunaan suplemen minyak ikan dan Co-enzyme Q10 dapat memberikan manfaat tambahan. Minyak ikan mengandungi asid lemak omega-3 yang boleh membantu menurunkan tahap kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik). Co-enzyme Q10 pula adalah antioksidan …

Read More »

APA ITU EJECTION FRACTION?

APA ITU EJECTION FRACTION? 1. Kebolehan jantung mengepam darah setiap kali berdegup (kontraksi), dapat diukur dengan kaedah echocadiogrphy. 2. Dengan ini jantung yang mengalami kegagalan (penyakit lemah jantung) dapat dikenalpasti. 3. Kebolehan jantung mengepam diukur dan dikira dalam peratusan yang disebut EJECTION FRACTION (EF) 4. Selalunya doctor akan memeriksa kebolehan jantung pada sebelah kiri (ventrikel kiri) bagi mewakili keseluruhan fungsi jantung . 5. Bacaan EF yang normal adalah di antara 55-70%. Sebagai contoh, jika EF seorang individu adalah 65 %, bermakna 65% daripada jumlah darah dalam ventrikel kiri dipam keluar dengan setiap denyutan jantung. 6. Bacaan LVEF akan menjadi lebih …

Read More »

APA BEZA TEKANAN DARAH RENDAH DAN KURANG SEL DARAH MERAH?

1. Tekanan darah rendah adalah keadaan yang terjadi apabila tekanan dalam saluran darah lebih rendah dari 90/60 mmHg. 2. Sementara kurang sel darah merah atau anemia terjadi apabila tubuh tidak mengeluarkan sel darah merah secukupnya. Ia diketahui dengan melihat bacaan kekurangan hemoglobin (hb) dalam keputusan pemeriksaan darah. 3. Bagi wanita dewasa, kadar normal hemoglobin adalah 12 -16 g/dl sedangkan pada lelaki dewasa adalah 13.5 – 18 g/dl. 4. Kedua-nya keadaan ini akan menyebabkan tanda-tanda awal yang sama. Padahal, keduanya disebabkan oleh faktor yang berbeza, dan cara merawatnya juga berbeza. 5. Kedua-dua masalah tekanan darah rendah dan kurang darah merah menunjukkan …

Read More »

CO-ENZYME Q10 MEMBANTU MEMPERBAIKI KUALITI SPERMA

Assalamualaikum Dr Zubaidi. Saya sudah berkahwin 3 tahun tapi belum dikurniakan cahaya mata. Baru-baru ini saya buat pemeriksaan air mani mendapati bilangan sperma saya tidak mencukupi. Doktor yang merawat mencadangkan saya mengambil co-enzyme Q10. Benarkah ia membantu meningkatkan bilangan sperma saya. Terima kasih. Waalaikumussalam. Bilangan sperma yang normal seharusnya melebihi 20 juta sperma dalam setiap ml air mani. Jika saudara mengalami masalah ini, boleh lakukan tips berikut: 1. Turunkan berat badan kepada berat yang ideal. 2. Kurangkan merokok 3. Jauhi toksin persekitaran seperti pembunuh serangga dan asap kereta. 4. Hentikan minum alkohol. 5. Ambil makanan yang bernutrisi. 6. Pastikan penyakit …

Read More »

SAYA PENGAMAL UBAT ANTI-KOLESTROLE STATIN. PERLUKAH SAYA AMBIL SUPLEMEN CO-ENZYME Q10?

SAYA PENGAMAL UBAT ANTI-KOLESTROLE STATIN. PERLUKAH SAYA AMBIL SUPLEMEN CO-ENZYME Q10?     Soalan: Doktor telah memberikan saya ubat simvastatin untuk menurunkan kolesterol saya. Setelah enam bulan, keadaan saya bertambah baik, tetapi saya mengalami rasa sakit badan, dan kadangkala berasa dada. Saya mendengar bahawa jika kita mengambil ubat anti-kolestrol statin, kita perlu mengambil CoQ10 untuk mencegah masalah keradangan otot. Adakah itu benar? Jawapan: Terdapat bukti klinikal yang menunjukkan bahawa CoQ10 dapat membantu, sama ada untuk mengelakkan atau merawat masalah keradangan otot akibat penggunaan ubat anti-kolestrol statin . Co-enzyme Q10 juga dikenali sebagai ubiquinone adalah coenzyme yang membantu otot menghasilkan tenaga …

Read More »

BOLEHKAH COENZYME Q10 MERENDAHKAN RISIKO KESAN SAMPINGAN UBAT SINTETIK STATIN

1. Ramai yang tidak mengetahui bahawa selain merendahkan tahap kolestrol, ubat sintetik anti-kolestrol statin memberikan kesan sampingan. 2. Antara kesan sampingan yang mungkin dialami adalah: ✅ Sakit kepala✅ Pening✅ Lemah badan✅ Sakit-sakit otot, otot lembik atau lemah otot yang bukannya berpunca dari kurang bersenam✅ Rhabdomyolysis: pengoyakan otot lembut ke dalam saluran darah.✅ Kenaikan tahap alanine dan aspartate transaminase (parameter untuk ujian fungsi hati)✅ Kurang darah merah (anemia)✅ Hati Bengkak✅ Jaundis (kekuningan)✅ Reaksi hipersensitif seperti bengkak, kulit kemerah-merahan dan kegatalan✅ Sakit urat✅ Kebas otot✅ Sukar tidur✅ Boleh menyebabkan hiperglisemia (kadar gula naik dalam darah) 3. Jika mengalami kesan sampingan di atas, …

Read More »
error: Content is protected !!