BILA MASA SESUAI BUAT UJIAN KEHAMILAN.
“Salam, doktor. Bila masa yang sesuai untuk membuat pemeriksaan kehamilan? Terima kasih”
WA ALAIKUMMUS SALAM.
Terdapat tiga cara yang biasa saya gunakan untuk mengesahkan kehamilan.
Pertama, menggunakan kaedah ‘urine pregnancy test’ (UPT) di rumah. Ia boleh dilakukan pada minggu keenam dari tarikh hari pertama haid yang terahir, atau selepas dua minggu tidak datang haid pada tarikh yang sepatutnya.
Kedua, melakukan pemeriksaan ultrasound dengan meletakkan alat pengesan (probe) pada abdomen. Ia boleh dilakukan pada minggu ke lima selepas dari tarikh hari pertama haid yang lepas. Kadang kala imej yang dilihat tidak jelas, bergantung pada jenis mesin ultrasound dan ketebalan lemak pada bawah kulit abdomen.
Ketiga, melakukan pemeriksaan ultrasound dengan meletakkan alat pengesan (probe) ke dalam faraj. Ia lebih tetapmengesahkan kehamilan dengan membuat imbasan scan pelvis. Imbasan scan ini paling terbaik dan imejnya selalunya lebih jelas. Ia dapat dilakukan selepas seminggu tidak datang haid pada tarikh sepatutnya.
Semoga bermanfaat.
Saya mencadangkan pengambilan suplemen Ekstrak Kacip Fatimah (EKF) keluaran UTM untuk kesejahteraan diri wanita.
Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E. Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM di http://needsvenue.com.my
Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:
![[KLIK]](https://i0.wp.com/drzubaidi.com/blog/wp-content/uploads/2017/05/ekf1.jpg?resize=300%2C225&ssl=1)