Anak sering demam sejak masuk TASKA

ANAK SERING DEMAM SEJAK MASUK TASKA

 

“Salam doctor, anak saya berumur dua tahun dan saya telah mula menghantar dia ke TASKA kerana saya mula mendapat pekerjaan. Apa yang merisaukan saya ialah  anak saya sering demam. Ada kalanya tinggi da nada kalanya sederhana. Perlukah saya saya memberikan ubat antibiotic? Saya sangat risau Adakah beliau mengalami penyakit berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih”

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Demam di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah adalah suatu fenomena yang biasa. Ini disebabkan daya tahan kanak-kanak adalah rendah.

 

Semakin kanak-kanak itu membesar, semakin jarang dia akan mengalami demam.

 

Demam juga sering berlaku di kalangan kanak-kanak yang dijaga di  TASKA, kerana kanak-kanak ini mudah dijangkiti dari teman-teman yang sama tinggal di TASKA tersebut.

 

Jika anak puan hanya mengalami demam sahaja, jangan risau kerana selalunya disebabkan oleh jangkitan virus, yang tidak memerlukan rawatan yang agresif.  Jangkitan virus juga boleh menyebabkan batuk dan selsema.

 

Untuk jangkitan virus, ubat antibiotic tidak diperlukan dan memberikan pesakit, terutama kanak-kanak yang diserang virus biasa, boleh menyebabkan bahaya.

 

Walau bagaimana pun jika puan melihat anak puan mengalami demam, dan mengalami tanda-tanda jangkitan yang lain seperti terdapat ruam di anggota tanga dan kaki atau tubuhnya, rasa sukar bernafas, tidak aktif (berbaring saja), tiada selera makan dan demam yang kuat, puan boleh membawanya berjumpa doctor untuk pemeriksaan.

 

Untuk mengurangkan kekerapan jangkitan virus, saya mencadangkan agar anak puan diberikan makanan yang banyak nutrisi, kurangkan makanan segera dan makanan manis. Berikan beliau air yang secukupnya. Pastikan berat dan tinggi anak puan seimbang dengan umur beliau.

 

Wallahu a’lam

Leave a Reply

error: Content is protected !!