Telah vaksin tapi masih dijangkiti kuman

ADAKAH KANAK-KANAK YANG TELAH DISUNTIK VAKSIN MASIH BOLEH DIJANGKITI VAKSIN?

 

vaksin

 

“Salam doctor, saya ini penjelasan berkenaan jangkitan diphtheria. Adakah kanak-kanak yang menerima vaksin berpotensi mendapat jangkitan difteria daripada pesakit lain?  Apakah cara rawatan yang sesuai untuk kanak-kanak yang bervaksin sekiranya mendapat jangkitan itu? Adakah kanak-kanak yang bervaksin akan mengalami sakit yang lama sehingga boleh membawa maut sekiranya mendapat jangkitan difteria?. Sekian, terima kasih”

 

 

 

WA ALAIKUM MUS SALAM

 

Ya, kanak-kanak yang telah diberikan vaksin boleh dijangkiti semula dengan kuman diphtheria dari pesakit lain. Ini berlaku pada sebahagian kecil kanak-kanak yang diberikan suntikan vaksin, kerana:

 

  1. vaksin yang diberikan tidak berkesan atas beberapa sebab antaranya penyimpanan vaksin yang tidak mengikut piawai apabila disimpan di dalam petisejuk.

 

  1. antibody dalam tubuh kanak-kanak yang disuntik itu dikeluarkan dengan jumlah yang mencukupi, selalunya atas faktor genetic atau penyakit kronik.

 

 

Oleh kerana kanak-kanak ini telah diberikan suntikan vaksin tetapi antibodi dalam tubuhnya belum mencuupi. Jadi dia boleh dijangkiti  kuman diphtheria.

 

Namun begitu, kanak-kanak yang telah disuntik dengan vaksin, mempunyai dua kelebihan berbandingan dengan kanak-kanak yang tidak disuntik dengan vaksin.

 

  1. tahap jangkitan kuman tidak teruk, berbanding dengan kanak-kanak yang tidak disuntik.

b.kadar penyembuhannya lebih cepat, berbanding dengan kanak-kanak yang tidak disuntik.

 

 

Rawatan bagi pesakit diphtheria sama saja, sama ada telah diberikan vaksin atau tidak. Tetapi seperti yang diterangkan tadi kanak-kanak yang telah divaksin jarang mengalami jangkitan tahap yang teruk.

 

Belum ada kes di mana kanak-kanak yang telah diberikan vaksin mengalami jangkitan  diphtheria ini mengalami komplikasi jangkitan atau kematian.

 

Komplikasi berlaku akibat racun toksin yang dikeluarkan oleh kuman bacteria itu dan diserap ke dalam saraf, jantung, ginjal dan hati.

 

Selalunya kematian berlaku pada kanak-kanak yang belum diberikan vaksin.

 

Wallahua’lam.

Leave a Reply

error: Content is protected !!