Advertorial
Home » Koleksi Artikel » Bina Keluarga » Sukar hamil anak kedua

Sukar hamil anak kedua

SUKAR HAMIL ANAK KEDUA

 

Mengapa pasangan muda mengalami kesukaran untuk hamil mendapat anak kedua? Sedangkan sebelum ini sangat mudah bagi para isteri untuk hamil untuk kali pertama.

 

Saya masih ingat, lima tahun lepas, seorang wanita pernah berjumpa saya. Dia membawa suaminya dan anak kecilnya yang berumur 3 tahun. Mereka agak lewat berkahwin. Dia sekarang berumur 36tahun sementara suami berumur 40tahun. Anak pertama juga agak lambat. Dia lahir setelah 3 tahun berkahwin. Mereka bercadang untuk mendapat anak kedua, malangnya mereka telah mecuba untuk hamil hamil tetapi tidak berjaya.

 

Secara amnya, apabila si isteri pernah hamil dan melahirkan anak dengan normal, selalunya tidak sukar untuk hamil semula. Kesukaran untuk hamil semula selalunya mungkin disebabkan beberapa faktor yang mengganggu kesuburan.

 

Wanita ini ini telah melakukan pelbagai usaha yang telah dilakukan dengan berurut, makan ubat subur dan mencuba beberapa herba tetapi masih tidak berjaya.

 

Saya sangat berharap agar dapat hamil dalam masa yang dekat. Setiap kali saya buat UPT dan keputusannya negative, saya menganggap bulan itu bukan rezeki kami. Kami terus mencuba sehingga kami rasa sudah masanya kami mendapatkan rawatan yang betul. Umur kami semakin bertambah. Jika saya hamil pada umur 40 tahun, tentu risiko kehamilan saya semakin tinggi dan saya tidak mempunyai tenaga yang kuat lagi

 

Saya pernah berjumpa dengan doctor di hospital. Doktor kata, oleh kerana saya pernah hamil dan melahirkan anak, saya tidak perlu risau. Tidak ada sebab saya tidak boleh hamil semual. Saya hanya perlu bersabar dan terus berusaha”

 

“Bila saya dengar nasihat doctor berkenaan, saya berasa lega dan gembira. Namun setelah setahun, saya masih belum hamil. Saya amat risau kerana umur saya semakin meningkat”

 

“Saya juga pernah berjumpa dengan beberapa orang doctor dan bidan kampong. Saya pernah mencuba ubat kesuburan, Clomid dan berurut. Saya pernah menggunakan beberapa herba. Namun tidak ada hasilnya”

 

Masalah sperma berlaku di kalangan suami

Ketika itu, saya membuat pemeriksaan ultrasound dan darah, termasuk hormone. Si isteri tidak mengalami masalah kesuburan. Sementara bagi suami pula, saya melakukan pemeriksaan air mani dan mendapati beliau mengalami masalah kualiti sperma yang serius.

Saya masih ingat, perbualan itu apabila saya memberitahu bahawa si suami ada masalah kesuburan.

 

“Doktor, saya pernah buat pemeriksaan air mani sebelum ini. Sebelum anak pertama saya lahir, kami memang pernah menjalani pemeriksaan. Kualiti sperma saya sangat baik. Cuma masalahnya kami tidak berjauhan atas masalah kerja. Namun setelah kami dinasihatkan untuk bersama pada hari subur, maka isteri saya hamil selepas tiga bulan. Agak menghairannkan apabila kali ini, kualiti sperma saya agak menurun”

 

Saya tidak memaksa beliau menerima keputusan makmal bulat-bulat. Saya mencadangkan beliau mengulangi semula selepas sebulan. Namun hasil keputusan makmal tetap sama. Akhirnya beliau menerima hakikat bahawa beliau mengalami masalah itu.

 

Saya memberitahu, apabila seorang lelaki semakin berusia, beliau mengalami masalah kualiti sperma yang rendah. Masalah ini berlaku sama ada bilangan sperma yang rendah dan bilangan sperma yang mempunyai bentuk yang normal juga agak rendah.  Ini akan mengurangkan kebarangkalian untuk sperma itu dapat disenyawakan. Jika disenyawakan pun, ia menghasilkan “janin yang tidak kuat” dari segi genetik dan mudah keguguran.

 

Masalah kualiti sperma yang rendah ini bertambah buruk jika si suami menghisap rokok, tidak menjaga pemakanan terutama minuman berkarbonat, caffeine dan makan yang banyak MSG. Berat badan yang bertambah juga menyebabkan kesuburan yang rendah.

 

Namun begitu, saya gembira bila berjumpa dengan mereka baru-baru ini, membawa anak kedua ke klinik untuk suntikan vaksin MMR. Anaknya sudah berumur setahun, sihat dan cergas.

 

Beliau sempat mencerita bahawa mereka sebelum ini mereka telah  mencuba kaedah IUI dua kali tetapi gagal. Kemudian mereka mencuba IVF (dengan melakukan pinjaman bank dan masih membayar ansuran bulanan) tetapi gagal juga.

 

Mereka gembira kerana telah mengikut nasihat saya setelah melakukan pemeriksaan airmani. Walaupun ia mengambil masa hampir enam bulan, namun setalah mengambil beberapa suplemen yang saya cadangkan, kualiti  sperma beliau semakin meningkat. Akhirnya isteri beliau hamil tanpa kaedah bantuan seperti IUI dan IVF.

 

Saya memberitahu bahawa setiap orang akan diuji pelbagai ujian dan setiap kehamilan mempunyai pelbagai ujian yang berbeza. Banyakkan sabar dan jangan berputus harapan.

 

“Betul, doctor. Kehamilan kali kedua itu tidak mudah, sehingga pada satu tahap, saya dan isteri berasa berputus asa dan tiada harapan”

 

Saya bertanya, apa yang membuat beliau kembali bersemangat untuk berusaha. Beliau menceritakan, beliau dan isteri telah pergi umrah dan berdoa di depan kaabah, agar memberikan suatu yang terbaik untuk mereka. Sama ada memberikan anak kedua atau tidak, asalkan ia terbaik, mereka menerimanya.

 

Suatu malam, beliau bermimpi yang isterinya hamil. Sejak itu beliau percaya yang beliau akan mendapat annak kedua dan tidak berhenti mencuba.

 

Saya berpendapat bahawa dalam kes ini, pasangan itu bernasib baik kerana masalah kesuburan hanya melibat satu pihak saja, iaitu si suami. Namun banyak kes di mana kes kesuburan melibatkan kes yang lebih kompleks iaitu melibat kedua-dua pasangan suami dan isteri.

 

Masalah kesuburan di kalangan wanita

 

Dalam satu kajian menunjukkan purata wanita di Malaysia hamil pada usia 28 tahun. Apabila menunggu anak pertama membesar, dan umur semakin meningkat, kadar kesuburan semakin menurun dengan mendadak. Apabila menghampiri usia 35 tahun, isu kesuburan pada wanita menjadi hal yang utama, menjadi sebab mengapa ramai pasangan gagal mendapat anak kedua.

 

Ini kerana, factor kualiti telur yang merosot dan masalah kesihatan yang berkaitan dengan wanita seperti polyp, cyst, endometriosis dan fibroid boleh muncul pada bila-bila masa.

 

Kebanyakan wanita pula bekerja dan mempunyai gaya hidup yang tidak sihat. Faktor tekanan emosi akibat tekanan tempat kerja dan mengasuh anak yang membesar, berat badan bertambah dan pemakanan menyebabkan kesuburan seorang wanita semakin berkurang, walaupun pernah hamil dan melahirkan anak pertama.

 

Oleh itu, doctor perlu melakukan pemeriksaan untuk menganalisa mengapa seorang wanita menjadi lebih sukar untuk hamil. Biasanya untuk kehamilan yang pertama, pasangan harus menunggu dan mencuba secara biasa selama kira-kira setahun sebelum mendapatkan bantuan nasihat dari doktor, manakala anak kedua boleh mendapatkan bantuan setelah enam bulan mencuba.

 

Nasihat bagi yang gagal

 

Oleh kerana proses ini melibatkan kedua-dua pasangan, suami dan isteri, maka kedua-duanya haruslah melakukan pemeriksaan. Ini kerana apabila pasangan mengalami masalah kesuburan, iaitu lambat mendapat zuriat yang kedua dan seterusnya, saya mencadangkan agar melakukan pemeriksaan yang lengkap. Dengan pemeriksaan yang lengkap, barulah punca masalah ini dapat diketahui dan rawatan yang betul dapat diberikan.

 

Mungkin beberapa tahun dahulu, kesihatan dan kesuburan berada dalam keadaan baik, namun setelah beberapa tahun, tahap kesihatan dan kesuburan mungkin menurun. Ini kerana tahap kesihatan dan kesuburan kita adakalanya turun dan naik, terutama bila usia bertambah.

 

Jangan terlalu lama menangguhkan hasrat untuk mendapatkan anak ke dua.

 

 

IKLAN

 

Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak,  saya mencadangkan suplemen , selain dari vitamin C dan E.  Boleh dapatkan produk Kacip Fatimah keluaran UTM atau keluaran FRIM (diabetic-friendly) di http://needsvenue.com.my

Bagi lelaki yang mengalami masalah kualiti sperma, saya mencadangkan suplemen Proxeed Plus.  Info lanjut di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia

Bagi individu yang mengalami parut dan kekeringan kulit, terutamanya eczema saya mencadangkan cream  Labicea Revitalizing Moisturizer.  Info lanjut di https://www.facebook.com/Labicea-Revitalizing-Moisturizer-486696818067490/

Untuk pembelian menggunakan kad kredit sila klik di bawah:

EKSTRAK KACIP FATIMAH

PROXEED PLUS

LABICEA REVITALIZING MOISTURIZER

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

Scroll To Top
error: Content is protected !!