“Assalamu alaikum, doktor, baru-baru ini saya menjalani pemeriksaan air mani. Doktor mengatakan sperma saya rendah kualitinya sehingga menyebabkan isteri saya sukar dihamilkan. saya sangat sedih dan terkejut. Apa yang dimaksudkan sebagai sperma yang berkualiti rendah?”
WA ALAIKUM MUS SALAM
Sperma dibentuk di dalam organ testis, iaitu telur zakar. Pembentukan sperma bermula apabila seorang remaja mencapai akhil baligh sehingga usia tua.
Pada lelaki yang sihat, sperma dihasilkan sebanyak 300 juta sehari, dan mampu bertahan hidup selama 48 jam setelah ditempatkan di dalam vagina.
Secara amnya, isipadu air mani seorang lelaki apabila berlakunya ejakulasi adalah 2.5 sampai 6 ml, dan jumlah sperma yang dipancutkan adalah 40-100 juta per ml.
Sperma matang masak mempunyai stuktur :
1. Kepala, yang mengandung pati nukleus yang penuh dengan kromosom dan bahan genetiknya.
Pada permukaan di ujung kepala sperma terdapat enzim hialuronidase dan proteinase yang berfungsi untuk menembusi lapisan ovum.
2. Leher yang menghubungkan kepala dengan badan.
3. Badan mengandungi mitokondria yang berfungsi sebagai penghasil tenaga untuk pergerakan sperma.
4. Ekor berfungsi untuk mendorong sperma bergerak ke hadapan.
Sebarang kecacatan pada kepala, leher, badan dan ekor sperma dikatakan sebagai sperma yang mempunyai kualiti yang rendah.
Kecacatan pada kepala yang mengandungi genetik yang rosak juga akan menghasilkan janin yang lemah dan mudah keguguran di awal kehamilan.
Kecacatan pada kepala di mana jika sperma mengalami kekurangan enzim hialuronidase dan proteinase, akan menyebabkan sperma gagal menembusi permukaan telur ovum dan kedua-dua sperma dan ovum tidak dapat disenyawakan.
Kecacatan pada badan dan ekor akan menggagalkan pergerakan sperma menuju kepada ovum, dan sperma gagal disenyawakan dengan ovum.
Oleh itu saya mencadangkan agar saudara mengambil suplemen Proxeed Plus dan Co enzyme Q10. vitamin C dan vitamin E sebagai menggalkan pembentukan sperma yang matang dan sihat.
Boleh mendapat info di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia.
Wallahu a’lam.
Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis Perkongsian Pengetahuan dan Pengalaman

